Kelas Dr. Kidin (Adult Learning) semalam, beliau nyatakan bahawa ada yang melabelkan PhD sebagai : Permanent Head Damage... Permanent Health Damage (sebab ada yg dapat darah tinggi sebab tension ngan proses PhD ni).. dan lagi teruk, ada yang kata PhD ni PERMANENT HOME DAMAGE (sebab ada yg rumahtangga berantakan sebab terlalu fokus pada PhD ni!!)..
Hadoiiii.. IYE KE CAMTU??
ALLAHU.. sedih jika PhD ini dipandang sedemikian rupa… PhD takde salah apa2 pon..
Bagi aku, PhD tidak SETERUK yang digambarkan.. TIDAK LANGSUNG!!!.. Malah, PhD ini la yang menjadi vaksin untuk memulihkan kembali stress aku pada perkara2 lain.. (aku tak pernah stress sebab kelas PhD, tapi stress kalau tak dapat pergi kelas PhD - sebab tak dapat release stress!!).. hihihi...
Kelas PhD adalah salah satu terapi untuk aku..
YA, aku berkongsi citarasa yg sama dengan sahabatku, Maiza..
PhD bukanlah satu tekanan atau bebanan kepada kami, tetapi ia adalah terapi jiwa untuk kami.. dengan PhD kami mengaktifkan otak kami yang sedia sarat dgn pelbagai isu remeh temeh kepada ilmu yg lebih bermanfaat.. dgn PhD ini kami berkongsi pandangan dan perbezaan dalam banyak perkara.... dgn PhD kami berkongsi idea tentang aktiviti yang dapat dilakukan seterusnya.. apa program yang boleh kami koloberasi dengan mana2 pihak.. apa yang dapat kami sumbangkan kepada fakulti seterusnya masyarakat... huisshh... panjang cita-cita kami dengan PhD ni..
Bagi aku, PHD TIDAK SEKADAR TERHAD KEPADA SEGULUNG IJAZAH KEDOKTORAN DAN BERGELAR “DR”!!.. (bak kata aku dulu, gelaran tersebut sekadar BONUS – tetapi tidak megubah apa2 kedudukan aku di jawatan yg aku sandang sekarang di company sekarang!!! Jadi, takde apa yg nk aku kejarkan dgn status DR tu!!!)..
Untuk diri aku sendiri, sambung belajar adalah perkara yang sangat indah.. sangat seronok dan aku sentiasa teruja dengannya... apatah lagi jika menghadiri kelas, seminar, bengkel, taklimat.. ia merupakan halwa telinga serta layar minda yang paling menenangkan jiwa!!..
Contohnya semalam, dah 2 hari aku tak ke pejabat sebab anakku yang bongsu asyik merengek.. terus migrain menyerang.. (terasa nak hantukkan kepala ke dinding pun ada gak!!).. tapi, kelas PhD menyelamatkan mood aku... selepas hadir ke kelas, rasa tenang jiwa... balik rumah sangat ceria.. (sementelah pula dapat berbual panjang dgn sahabat tersayang sebab kami naik satu kereta... bestnyaaa !!)... dan Alhamdulillah, zharif pun turut ceria dan sudah mula gelak mengekek semula...
Betullah kata pakar2 motivasi..
"Kita akan CINTA sesuatu perkara yang kita set di minda kita yang kita CINTAKANNYA !.."
Sama jugak perihalnya kalau suruh aku JOGGING atau HIKING atau MENGEMBARA DLM HUTAN!! – TOBAT LAHUM (bak kata Ustaz Kazim) aku nak ikut!!.. HARUS AKU TOLAK MENTAH-MENTAH!!.. sebab aku telah SET di minda dan jiwa aku yang AKU BENCI AKTIVITI LUAR (terutamanya yang banyak mengeluarkan peluh serta PANAS!!!)... sebab tu aku tak pernah rasa excited dengan aktiviti luar waima jika melancung ke luar negara utk aktiviti sedemikian, aku tak minat!!! TITIK!!...
Tapi, itulah.. lain orang, lain pandangannya kan!!..
Walau apa jua pandangan dan pemikiran kita, sasarkan matlamat akhirnya adalah untuk mencari redha Allah.. ITULAH HAKIKAT YANG HAKIKI!!!..
Bak kata Ustaz Motivasi IKIM pagi ni.. fikir secara AKHIRAT MINDED!!..
Apa sahaja kedudukan, pangkat, pekerjaan, status dalam kehidupan, fikirkan dan lakukan dengan "AKHIRAT MINDED" – jadikan setiap pekerjaan @ perkara yang dilakukan itu adalah untuk mencari redha dan ganjaran syurga Allah.. BE CREATIVE to think as AKHIRAT MINDED!!.. (waaahhh... best tu Ustaz.. Jazakallahu khair!!).
Kalau orang yang Business Minded sering berfikir untuk menjadikan apa yg dilihat atau dipegang sebagai DUIT.. maka, orang yang Akhirat Minded perlu berfikir dan merancang untuk menjadikan apa jua tugasan dan perkara yang dilakukan untuk menjadi PAHALA!.. bagi mencari redha Allah!!.. Subhanallah..
Firman Allah:
Jadinya – bagi yang memandang PhD sebagai PERMANENT HEAD / HEALTH / HOME DAMAGE – ayuh kita tukar paradigma pemikiran kita.. jadikan PhD sebagai jalan untuk meraih redha Allah.. niatkan mencari ilmu kerana Allah, untuk diamalkan sbg manfaat dan disebarkan menjadi manfaat kpd org lain..
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang kita CARI (C), yang kita AMAL (A) dan kita SEBAR (S) untuk manfaat bersama, KERANA ALLAH... DEMI MENCARI REDHA ALLAH.. – moga ILMU yg kita C.A.S ini diizinkan Allah menjadi syafaat untuk kita di akhirat kelak .. dan dapat kita berkongsi syafaat dgn yang lain2.... juga sebagai laluan untuk kita mendapatkan syafaat teragung yakni syafaat Baginda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam.. serta membuka ruang untuk mendapat pengiktirafan ulung yang dikejar dek semua umat, yakni REDHA ALLAH – bagi melayakkan diri menghuni Jannatul Firdaus-Nya yang abadi!!.. KAYA. BERJAYA. BAHAGIA. DUNIA DAN AKHIRAT!!.. Ameen.
JOM C. A. S ILMU!!..
No comments:
Post a Comment