Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday

PhD OH PhD : Part 3 ~ Terhantuk dinding, berlanggar tiang!. Cukup2lah!!..


Aku selak kembali folder-folder lama dan proposal-proposal PhD yg aku buat masa tengah bersemangat duluuuuu…


(1/10 : antara helaian-helaian TAJUK DAN KERANGKA KAJIAN utk proposal PhD!!)




Ya, proposal pertama PhD aku bertarikh seawal 2 Jun 2009!!.. (convo Master pun belum masa ni!!.. aku convo Master pada August 2009)... Perghh... sungguh BERSEMANGAT!!... dan selepas itu muncul satu demi satu demi satu TAJUK dan KERANGKA KERJA “Proposal PhD” yg aku nk buat KONONNYA!!...

Ada tu yang aku dh siapkan “WRITE UP”nya – KONON!!.. (’isi cerita’ mcm penuh’, tapi entah hape yg aku merabankan!!!)

TAPI.... sehingga tarikh hari ini, detik ini dan saat ini (2012), TAJUK DAN KERANGKA KERJA proposal PhD aku JAUH, LAIN, BEZA, TAK DE KAITAN LANGSUNG dengan cadangan kertas kerja yang pertama dulu (2009) – SANGAT-SANGAT BERBEZA!!!..

Malah – juga ianya amat berbeza daripada yg aku submit untuk apply PhD (2011) dgn apa yg TER”LATEST” (dh nk masuk 2013) ni yg aku nk kaji!!.. haiiyooorrrrkkk!!!...

Andai  aku ‘faham’ betul apa itu KEHENDAK THESIS, rasanya dari tahun 2009 sampai 2012 ni, maunya aku dh settle PhD aku sebelum aku daftar kot!!.. (AGAKNYA laa!!)!!.. hahaha...

YA, aku akui.. di peringkat ini pemahaman aku tentang KEHENDAK THESIS masih KABUR.. bukan salah sesiapa, tapi salah aku sendiri.. kerana aku tidak benar-benar mencari dan mengerti apa itu THESIS / DISSERTATION!!..

Masa di peringkat Master, dissertation sekadar ’part of the subject’, jadinya tiada ’keperluan mendesak’ utk aku benar2 memahami konsep dan kaedah thesis ini sebenarnya.. jadinya, terus terang aku nyatakan bahawa aku buat dissertation + Viva memang sekadar mencukupkan syarat graduasi – tanpa ada ’jiwa’ di dalamnya!..

Masa tu mmg bersemangat nk sambung PhD sebab konon baru selesai master, so, macam FAHAM sangatla apa nk buat utk PhD nanti!!...

Sejak habis master (tahun 2009) sampai awal tahun ini (2012), terlalu banyak TAJUK DAN KERANGKA KAJIAN yang aku buat!!.. rasanya lebih daripada 50 tajuk + kerangka kajian yg aku dh lakarkan!!.. sebab apa?.. SEBAB AKU TAK FAHAM KONSEP!.. AKU TAK FAHAM KEHENDAK THESIS!!.. tapi aku sgt BERSEMANGAT NK BUAT THESIS!!!... kuikuikuiii....

Tapi, sekarang, baru aku sedar, yg selama ini, AKU TAK  BENAR-BENAR FAHAM!!... MAKA ITULAH AKU ASYIK TERHANTUK DINDING, BERLANGGAR TIANG!.

Aku rasa, cukup-cukuplah takat tu je aku menulis proposal yg entah hape-hape!!.. LETIH!!.. For the time being, aku mmg ”STOP” seketika apa jua aktiviti berkaitan proposal thesis!!..

Jujurnya, ia salah aku sendiri!..

Aku kurang bergaul dgn orang yg terlibat dlm akademik membuatkan aku SYOK sendiri ibarat berjalan dlm GELAP sambil pakai spek mata hitam!!!.. Aku juga kurang bertemu-bertanya kepada pensyarah.. juga kurang bertemu-bual dengan Senior2... hanya asyik dengan khayalan penulisan PhD sendiri – di 4 penjuru dinding pejabat aku ini!!...

Sebab aku bukan dari ’line’ akademik, maka itu, aku mungkin kurang jelas dan kurang faham kehendak thesis yg betul.. aku sekadar bergantung kepada SEMANGAT dan KEHENDAK sendiri utk sambung belajar!!!..

... dan sebab tu jugak la aku jd LETIH!!.. sebab lari tanpa map.. redah jalan gelap dgn spek mata hitam.. tu pasal asyik TERHANTUK DINDING, BERLANGGAR TIANG!!.. terbabas kiri kanan dan akhirnya STRESS sorang-sorang!!!.. hahahaha..


Ya, aku suka membaca dan menulis.. menulis memang hobi aku.. menulis merapu lagi terror – nk pulak meluah isi hati – mcm yg tgh tulis sekarang nih!!..sebab tu aku nak sangat buat PhD.. sebab aku nak menulis penulisan berbentuk ilmiah dan dengan guide yg betul!!..

Malah, aku sambung Master juga PhD pun bukan langsung berkaitan dengan kerjaya aku sekarang.. Bergelar Dr?.. itu sekadar Bonus utk ’orang’ seperti aku, kerana dengan JAWATAN aku di Company sekarang, tiada yang perlu aku kejarkan atau idamkan dengan gelaran tersebut (bukan boleh naik pangkat dah pun!!.. dh tak ada pangkat lain dh utk LEVEL aku!!!...  hihihihi).

Sungguh aku bersyukur bila Allah temukan aku dengan blog Dr OT.
Sangat2 bersyukur... melalui pembacaan demi pembacaan tulisan beliau, buat aku akur dan semakin YAKIN bahawa memang BENAR bahawa selama aku menulis proposal PhD sejak tahun 2009 hingga sekarang ini, aku MEMANG TERHANTUK DINDING, BERLANGGAR TIANG!!... SEBAB APA?.. SEBAB AKU TULIS ’SYOK SENDIRI’!!.. yehaaaa!!..

Membaca e-book Dr. OT buat aku sangat tak sabar nk TULIS THESIS DGN CEPAT DAN BETUL.. dan buat aku tak sabar nk ikuti Bengkel beliau!.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan.. moga Allah izinkan utk aku mengikuti Bengkel Penulisan Thesis Cepat oleh Dr. OT pd 9 November 2012 ini dgn sahabatku sayang @maiza!!.. (bertempat di ’tempat jatuh lagi dikenang’.. inikan pula tempat dapat first degree and first dating dgn cik abang sayang!!!!.. hihiihii.. UiTM Shah Alam di hatiku!!!... <3 o:p="o:p">


Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. (Al-Quran Surah Al-Kahf 18 : Ayat 103 dan 104)


”Ya Rabb.. sebahagian surah Al-Kahf menceritakan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir... Nabi Musa punyai Nabi Khidir untuk menunjukkan Baginda beberapa perkara di luar norma pemikiran biasa manusia... .. izinkanlah aku temui mereka-mereka yang Kau anugerahkan jiwa seperti Nabi Khidir dalam menyampaikan ilmu-Mu.. Jauhkanlah aku daripada menjadi hamba-Mu yang rugi, yang menyangka amalanku betul tapi sebenarnya sia-sia.. Jadikanlah aku hamba-Mu yang beradab dan berakhlak dalam mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-Mu... aku mohon petunjuk-Mu, hidayah-Mu,  kemudahan serta keredhaan-Mu.. Perhatikan aku Ya Allah.. Ameen”.



Ya Allah.. redhai kami semua.. Amin.



PhD Oh PhD: Part 2 ~ ALASAN adalah Pembunuh Senyap!!.

Dialog beberapa minggu yang lepas..

Cik Abang : Kenapa abang tengok leen dah tak banyak baca dan menulis sekarang ni?. Komputer pun tak bukak. Takde assignment ke?.. dah tak tulis tesis lagi ke?.

Aku: Hmmm… bukan taknak tulis. Tapi, LECEHLAH. Susah nak tulis KALAU banyak benda yang TAKDE!..

Cik Abang : Apa yang takde?

Aku: Banyak benda yang TAKDE yang buat MOOD leen DOWN nak buat tesis!!.

Cik Abang : Antaranya?

Aku: Leen tak pegi lagi bengkel Dr. OT – dia ajar cara mudah nak buat thesis!. Bila baca e-book dia dan blog dia, baru leen tahu yg selama ni apa yg leen buat sangatla membazir masa!!.. ASYIKLA BERLANGGAR DINDING, LEBAM BENJOL TAK TENTU HALA!!..

Cik Abang : Habis tu, kenape tak pergi je?.

Aku : Dah register dah!. Tunggu harinya je..

Cik Abang : Kena bayar?

Aku : Mestila.. takkan nak ILMU free je?.. Kita kalau kena kerja hujung minggu pun nak claim OT (Over Time!!).. Besar rahmat Dr tu nak ajarkan.. kalau tidak asyik la dok tersadung melintang patah kiri kanan.

Cik Abang : Hah.. dah tu, apa lagi yang disusahkan hati?.

Aku : SUSAHla nak start taip tesis atau download journal2 tu kalau takde laptop yang boleh jadi MAIN utk support!.
(saat ni dh terasa meluat sungguh pd si ’aku’ ni!.. MENGADA!! - mcm minta di'cepuk' pon ada gak bunyinya!!!))

Cik Abang : Tu kan ada komputer. Ada netbook. Ada Samsung S3 lagi.. (tak payah la nk bahankan orang!!.. handphone takde kaitan dlm ini bab!!)..

Aku : Leen nak Ultrabook. Senang skit nak bawak ke kelas or ofis. Ringan.

Cik Abang : Apa beza dengan laptop?.. Berapa harga dia?.

Aku : Dia lebih ringan.. slim and sangat canteeekk!!.. Harganya RM sekian sekian sekian..

Cik Abang : Hmm... esok kita pergi survey. Sambil tu telefon amir, suruh carikan jugak.

Aku : Thank U!..



Dialog minggu lepas.

Kak Zu : Tiny dah start buat tesis?

Aku : Apa pun belum kak zu!!.. Camne nak siapkan tesis dalam 5 sem ni?. Ni dah sem ke-2.. Tension lah!!.. Tiny tawakkal je la!!..

Kak Zu : Kenapa tak start lagi, kak zu tengok banyak yang tiny dah buat dulu.

Aku : Yang buat tu semua mengarut je kak zu. Takde value utk tesis PhD langsung!!.. Peringkat PhD ni kena bnyk refer journal.. bukan boleh sesuka hati petik tajuk dari langit je!!.. Tapi, nak cari jurnal dan bahan tesis kena cari di tempat yang betul.. kena masuk website, kena pergi library!.. Tu yang tak buat lagi tuh!!.. Tension sangat. Nak pergi library, dok bertangguh hari. Selagi tak cari bahan, selagi tu la tiny takde mood nak buat!.

Kak Zu : Nanti kita set hari untuk pergi library nak?.

Aku : Boleh jugak kak zu. Ada geng, semangat sikit. Bila nak pergi sorang tu yang BERCINTA amat tuh!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ALASAN!!..

ALASAN ADALAH PEMBUNUH DIAM KEPADA IMPIAN!..

Impian aku untuk melengkapkan penulisan tesis dalam amsa 5 semester akan menjadi ANGAN-ANGAN jika aku terus-menerus mencipta ALASAN untuk kepuasan ’nafsu’ sendiri!.

Nafsu mencipta alasan terusan menyelubungi hati aku kerana aku tahu TIADA PROGRESS dalam penulisan thesis PhD dan ini sudah semester aku yg ke-2!!!.. (Relax je lebih!! Haish).

Dialog-dialog antara aku, cik suami dan rakan sekelas sangat2 menunjukkan aku mempunyai SEJUTA ALASAN untuk menutup kekurangan diri!.

Ada satu AGEN SULIT yang sgt besar yang sedang mengintip IMPIAN aku iaitu – MALAS!!..

Aku kena belajar untuk LAWAN AGEN MALAS INI!..

Aku tahu bahawa AGEN MALAS ini hanya bisa dilumpuhkan dengan AGEN D.U.I.T!!

YA!. Aku perlu kembali kepada nawaitu asal - yakni mencari ilmu kerana Allah dengan formula "D.U.I.T"!!..

D - DOA
U - USAHA
I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKKAL

Bagaimana aku boleh terus bertawakal utk siapkan tesis dalam 5 semester jika di semester ke-2 dah pon tp aku belum berusaha untuk membaca, menaksir dan menulis?.

Pernah satu ketika aku sangat bersemangat!. Tapi sekarang semangat itu sgt luntur!. Aduhai. Aku perlu menggilapkan kembali IMPIAN aku agar aku dapat me’nyah-hapus’kan agen malas itu!!..

Ya.. aku perlu kembali ke pangkal jalan. Perlu kembali berdoa kepada Allah pentadbir sekalian jiwa.. aku mesti mula kembali berusaha untuk menempuh kejayaan.. aku mesti beristiqamah dalam usahaku.. dan aku bertawakkal atas apa jua yang telah Allah tetapkan padaku.. aku yakin ia terkandung hikmah yang banyak yang perlu aku cari kebaikan dari setiap kejadian!!..

AKU INGIN TERBANG MENGGAPAI IMPIAN!!!..

Bermula dari ’ZERO’ – and become a ”HERO”!!.. in achieving my WISH!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan aku kali ini adalah tentang kisah perjalananku aku sepanjang menempuh laluan PhD ini.

Jika baik yang berlaku, aku pulangkan rasa syukur itu kepada Allah yang Maha Unggul.

Yang tidak baik itu adalah kelemahan dan kealpaan dari kekhilafan diriku!!..
Aku merancang, Allah merencana rancangan, rancangan Allah yg paling HEBAT!.

Sesungguhnya setiap kejadian itu, ada Yang Menjadikan!.

Dan Dianya itu adalah ALLAH!!..

Setiap kejadian baik atau buruk itu ada sebab musababnya.. yang buruk menjadi asbab untuk datangnya kebaikan.. yang baik menjadi sebab agar menginsafi kekerdilan diri dan keagungan yang Maha Esa..

Firman Allah:
“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Quran Surah Al-Fathir 35 : Ayat 2)
Suhbanallah!..

Benarkan!!.. Aku tidak mampu memberi manfaat waima mudarat kepada diriku, mahupun kepada orang lain TANPA ALLAH yang menggerakkannya dan mengizinkannya berlaku.

Betapa pun aku ingin memberi manfaat kepada orang, jika tanpa izin Allah, tidak akan tercapai hasratku. Betapapun aku inginkan manfaat itu untuk diriku, tanpa izin dan kehendak Allah, tidak juga akan berlaku.

Yang baik tak semestinya baik!
Yang buruk tak semestinya buruk!.

Baik atau buruk sesuatu perkara, terkandung di dalamnya hikmah yang banyak – kepada yang mahu dan tahu untuk mengambil pengajaran dan iktibar!!..

Firman Allah:
”Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka”. (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (AL-Quran Surah Az-Zumar 39 : Ayat 8 & 9)

”Ya Rabb.. aku tidak mohon untuk tidak diuji. Sesungguhnya aku akur, bahawa di setiap desah nafas, derap langkah, kejadian dan peristiwa, baik dan buruk adalah takdir yang Kau tetapkan kepadaku seperti yang telah dicatat oleh Qalam, yang telah tersimpan kemas di Luh Mahfuz. Maka itu Wahai Tuhan Pemilik sekalian jiwa, aku mohon agar Kau berikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan setiap ujian-Mu. Aku mohon agar Kau sentiasa perhatikan aku yang sedang memikul pemberian-Mu.. berikan kesabaran kepadaku.. permudahkan laluanku.. tenangkan hatiku agar bersabar dan bersyukur menempuh liku kehidupan.. berikan kemampuan kepadaku untuk menggalas amanah-Mu – dalam anugerah, dalam musibah, dengan syukur, dengan sabar – dengan redha.. demi meraih redha-Mu”.

Redhailah kami semua Ya Rabb. Ameen.

PhD Oh PhD : Part 1 ~ Yet to start!!

ALLAHU AKHBAR!!..

Saat-saat ini adalah saat yang sangat-sangat mencabar jiwa dan minda..

Melihat ke dalam 'Folder PHD - Thesis 2012' - segala caca-marba artikel dok ada, tapi takde satu pon yang firm lagik untuk dibuat kajian!!..

PEMBAZIRAN WAKTU!.

Ya!!.. Aku dalam 'fasa' membazirkan masa yg amaattt banyak (harusla terkejar-kejar tak cukup siang dan malam waima hari minggu lepas ni!!). Dah di pertengahan semester ke-2 tapi thesis aku LANGSUNG TAKDE APA-APA PROGRESS!! (berangan nak siap dalam masa 5 semester KONON!!!)..

Mood banyaknya ke LONGKANG!
Momentum lembik LESU!.

Kenapa jadi camni?

Menyelam ke dasar diri, aku tahu JAWAPAN kepada mood yg down, momentum yg kurang ni!..

MALAS!!..
Penyakit yg memang tiada PENAWAR dalam dunia selain dr diri sendiri yg MELAWANNYA!!..

Aku bertangguh-tangguh dengan sejuta alasan!..
Belum beli Ultrabook la..
Belum pegi kelas Dr. OT la..
Belum bukak journal website lain la..

Hmm... memang TEPAT pepatah:
HENDAK SERIBU DAYA,
TAK HENDAK SERIBU DALIH!!..

Dan aku melalui FASA itu!!..

Aku mempunyai IMPIAN yg sangat tinggi - tapi rasanya sekarang ianya bukan impian sebaliknya sekadar ANGAN-ANGAN jika aku masih meneruskan PERILAKU begini (masih bermalasan dan belum mula menulis!!).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmm... paparan kali ini agak lain gaya penulisannya dari yang sebelum2 ini..

YA!.. AKU AKUR ITU!.

Kerana ini juga adalah sebahagian dari diriku!!.
Yang ada kalanya JATUH, LESU, MALAS, MOODY, dan pelbagai sikap yang membelakangkan momentum positif!!..

Aku akui, fasa ini amat TIDAK ENAK!..

I HATE THIS... YET.. THIS IS MY CURRENT SITUATION!!..

Apa nak mula?
Bila nak mula?
Bagaimana nak mula?
Kenapa tak mula?
Di mana nak mula?
Siapa yang kena mula? (???) - sendiri la weeeihhh!!..


Sebaik-baik penolong adalah Allah Subhanahu Wata'ala.
"Ya Allah.. ampuni aku.. bantu aku.. perhatikan aku.. janganlah aku tersasar dari paksi mencari redha-Mu kerana menurutkan sikap malas ini!..

"Ya Hayyu, Ya Qayyum.. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata!!" Aku mohon Ya Rabb. Ameen.


Ya Allah.. Ampuni dosa kami.. Redhailah kami semua.


Friday

PhD oh PhD –Satu lagi episod permusafiran!!..

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Segala puji hanya selayaknya untuk Allah, pentadbir sekalian alam.

Allahu Akbhar.

Cepat sungguh masa berlalu.. jika dirujuk entri lepas, berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan lamanya tiada catatan untuk blog ini..

Lupakah?.. Sibukkah?.. Jemukah?.. atau ada yang lebih menuntut perhatian dan peranan?

Bukan lupa.. jauh sekali jemu.. mana mungkin aku jemu perkara yang sangat aku gemari, iaitu MENULIS (dan bercakap!!.. hahaha).

BETUL TU.. ada perkara lain yang buatkan masaku lebih terarah tumpuannya ke sana...
Permusafiran dalam mengejar ilmu.. secara akademiknya, ilmu PhD – tangga teratas dalam ’sijil pendidikan’..

TETAPI, ia bukanlah penutup kepada pencarian ilmu dan dalam proses pembelajaran.. kerana ’pelajaran’ itu berterusan, sepanjang zaman, sehingga ke dalam liang lahat..

Maka itu, untuk menyeimbangkannya, kelas Fardhu Ain di Masjid Negara setiap sabtu, tetap aku teruskan, agar aku lebih jelas akan kepentingan ilmu dunia dan akhirat.. dan boleh memanfaatkan kepada diriku, mengamalkannya seterusnya menyebarkannya.. (sayangnya, kelas Bahasa Arab dan kelas pemantapan Al-Quran belum sempat menyelit dalam diari.. moga-moga Allah permudahkan, moga Allah izinkan.. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua).

Teruja?.. Ya, aku sangat teruja untuk menapak setiap langkah perjalanan mengejar ilmu-ilmu ini... ditambah dengan amanah Allah sebagai seorang isteri, ibu kepada 3 org cahaya mata (setakat ini), anak, menantu, adik, kakak, ipar-duai, saudara, sahabat, jiran, pekerja, rakan sekerja, pelajar, rakan seangkatan, teman dan ahli masyarakat juga mujaheedah Allah di muka bumi ini, sangat aku hargai ruang dan peluang yang Allah berikan kepadaku.. Alhamdulillah Ya Rabb..
 
Perjalanan hidup?..

Sebagaimana selayaknya seorang hamba kepada Pencipta, maka ciptaan-Nya sentiasa diberi ruang dan peluang merasai putaran pusingan roda kehidupan.. di atas juga dibawah.. tetapi semuanya tetap indah dan menarik walau di sisi mana jua roda itu berada!. Subhanallah..

Begitu juga perihalnya jiwa.. Adakalanya darjah keterujaannya terlalu tinggi menggapai langit biru.. terbang mealta di angkasa raya hingga ada tikanya tersasar dan lupa untuk menikmati hijaunya rumput dan dinginnya tanah lembah...

Ada pula tiba saatnya jatuh merundum beribu kaki di bawah lautan biru, lemas dan karam.. tercungap-cungap mencari ruang untuk menyambung nafas yang kian perit.. hingga terlupa bahawa kerap masanya diri berlari riang menikmati indahnya mentari dan sejuknya hujan ketika panas membahang..

Mood hari ini??. Sangat down!!.. Sangat-sangat down!!.. Down dengan permasalahan ’sepele’ yang muncul (kecik je pon permasalahannya) tapi tetiba hati menolak untuk menerimanya sebagai ’masalah kecil’, lantas memaksa akal untuk lebih gigih berfikir dan menaksir, lalu meruntun nafsu yang mencakar untuk meledakkan emosinya, mengakibatkan fizikal terasa letih, lemah dan longlai dalam meneruskan aktiviti ibadah mencari ilmu kerana Allah!!..
 
Kerana ’downnya’ perasaan aku hari ini, maka blog yang bersawang ini kubuka semula.. Mencari kekuatan jiwa melalui entri-entri lama.. Mencari kalam-kalam Allah yang bisa membakar rasa yang sumbunya mulai malap.. Membuka kembali pintu hati yang kurang simbahan cahaya.

Ya, namanya jua MANUSIA..
INSAN YANG MUDAH LUPA DAN ALPA!!..

Dan aku juga seorang manusia, insan ciptaan Allah yang tidak lari daripada permasalahan demi permasalahan diri!!..

Kerana kegalauan hati tatkala ini, aku nukilkan satu puisi, dan catatan-catatan selepas ini, adalah satu antalogi perjalanan permusafiran diri.. dalam mengejar ilmu, memenuhi jihad, mengharap redhanya Illahi..

(Moga ada manfaat yang akan aku perolehi, daripada tenggelamnya keterujaan hati dan rasa resah yang sarat disisi).

 
Senyuman di permusafiran ini..

Ketika mentari galak bersinar di pagi hari,
Teruja untuk berdandan kemas dan rapi,
Ingin menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Agung
Diluar sana..

Mentari yang melimpah cahayanya mengiringi permusafiran ini,
Ceria memijak rumput hijau,
Ria menapak di tanah rata..
Mengkagumi flora dan fauna serta lautan dan belukar..

Bila tiba tengahari, terasa bahangnya menusuk dada..
Mencari-cari tapak melepaskan lelah,
Belumpun sempat mencari lindungan, gerimis mula menerpa,
Dan hujan turun selebatnya,

Dalam kekalutan berlari mencari teduhan,
kaki tersadung lopak,
terjatuh lantas wajah terpalit lumpur tanah hitam..
dengan payah tetap bangun
langkah longlai mencari tempat menumpah teduh..
sambil menadah titis hujan dihujung dedaun,
membasuh sisa lumpur yang melekat..

Pabila hujan mulai reda..
dengan semangat yang sedikit luntur,
bergerak perlahan meniti jalan pulang,
mencari kekuatan dengan harapan panas kan tiba..

Berarak awan kelabu,
matahari kembali menampakkan diri,
perlahan terbentuk pancaran warna-warni,
Ya, itulah pelangi, yang datangnya tatkalah air dan cahaya bersatu..

Memandang indahnya pelangi,
bibir menguntum senyum, meski akur
Iakan hilang sesaat lagi..
Hati kembali galau,
melihat keadaan diri yang kuyup dan kotor..
rimas dengan lumpur yang bersalut..

Sesampainya di muka pintu,
Anak-anak tertawa, lucu mungkin geli hati..
Melihat si Ibu comot dengan lumpur penuh di baju..
Hati yang tadinya walang menjadi riang..
Terlupa seketika akan hujan, lopak dan luka..
Kerana senyuman-senyuman itu memberi nikmat bahagia
Pada jiwa.. pada hati yang redha!.

Meskipun jatuh itu penuh kesakitan
Dan comot itu sangat memalukan
Namun, ia menjadi nilai yang tinggi hartanya..
kerana kebangkitan dari kejatuhan itu..
menjadi inspirasi
pada sejuta jiwa yang terseksa,
untuk kembali ceria, dan bahagia dan merasai indahnya dunia,

Kuatlah wahai hati,
Tabahlah mengharungi permusafiran ini..
Sabarlah menghadapi ujian realiti,
Bersyukurlah dengan setiap anugerah..
kerna ternyata, hidup ini indah,
Seindah pancaran pelangi..
Yang hadir seketika
Tetapi terkesan di hati..

Dalam ujian, dalam pemberian..
Dalam musibah, dalam anugerah..
Teruslah cekal dan kental
Demi meraih redhanya Allah..
Dan impian ke Jannatul Firdaus-Nya
Mendengar ucapan "salaman-salama" setiap masa
buat selama-lamanya..

Ya Rabb.. Makbulkanlah.. Ameen.


  Firman Allah:
“Apakah kamu menyangka Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Quran, Surah Al-Mukminun, 23: Ayat 115).


Firman Allah:
”Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam ada tanda (keagungan Allah) bagi golongan ulu al-albab (yang mengerti). Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka!”(Al-Quran, Surah Al-Imran, 3: Ayat 190-191).

”DALAM SETIAP TAKDIR-NYA, TIDAK DIDATANGKAN DENGAN SENGAJA MELAINKAN TERKANDUNG HIKMAH YANG BANYAK DI DALAMNYA. KEYAKINAN ADALAH KEKUATAN BAGI MEREKA YANG MAHU MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN ATAS SETIAP ANUGERAH DAN MUSIBAH. MOGA ALLAH JAUHKAN KITA DARI AZAB API NERAKA DAN DIIZINKAN MENGHUNI SYURGA FIRDAUS YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA!!..”


Maka itu, aku mohon Allah permudahkan permusafiranku di dunia fana ini..
Aku mohon Allah sudi meredhai perjalananku..
Aku mohon Allah memberiku kekuatan dan rahmat-Nya untuk aku lalui episod demi episod perjalanan hidupku yang telah dicatat oleh Qalam di dalam kitab takdirku dengan penuh keinsafan dan keredhaan.

Allah itu sangat dekat.. lebih dekat dari urat nadi – maka sentiasalah berdoa kepada Allah, Dia Yang Maha Mendengar adalah Yang Maha Memakbulkan doa...

Jika doa itu sesuai dengan kita pada masa dan ketika permohonan itu dibuat, pasti akan segera Allah kabulkan. Jika tidak, Allah pasti simpannya untuk ketika yang lebih baik dengan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita doakan. Begitu juga jika Dia tidak langsung memakbulkan apa yang kita hajati kerana Dia lebih mengetahui bahawasanya perkara yang kita minta itu tidak sesuai untuk kita atau telah disediakan permintaan itu di Jannatul Firdaus bagi kita kecapi kenikmatannya di ’sana’ nanti..

Maka, sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana Dialah RABB, Tuhan yang Agung yang wajib disembah. Tiada Tuhan yang lain selain dari Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang benar!..

Ya Allah, bersaksikanlah kalimah yang aku catatkan ini, bahawa perjalananku mencari ilmu ini demi untuk meraih redha-Mu. Demi memenuhi jalan jihadku sebagai hamba-Mu dan sebagai khalifah yang Kau amanahkan ke atas bumi ini..

Ku semat kemas nasihat Rasul junjunganku, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bahawasanya:

”Untuk mengejar dunia, adalah dengan ilmu.. Untuk mengejar akhirat, adalah dengan ilmu.. dan untuk mengejar kedua-duanya adalah juga dengan ilmu”.
Aku mengejar ilmu kerana kuinginkan kedua-duanya. Ku ingin manfaatkan ilmu-ilmu ini untuk diriku, juga memberi munafaat kepada sekalian makhluk-Mu.


Ilmu-ilmu ini adalah sebagai pegangan dan amalan untuk diriku juga untuk aku kongsikan dan sampaikan kepada sekalian umat Rasulullahi Sallallahu Alaihi wassalam, sebagaimana sabda Baginda, ”Sampaikan dariku olehmu walau sebaris ayat”..

Moga ilmu yang Allah pinjamkan kepadaku ini, Allah izinkan aku memanfaatkannya untuk kebaikan diriku dan kebaikan mereka disekelilingku di dunia ini serta Allah izinkan ia menjadi syafaat kepadaku juga untuk aku berkongsi syafaat di akhirat nanti..

Ya Allah.. aku menyintai ilmu kerana cintaku kepada-Mu.Ya Allah.. aku mengejar ilmu kerana cintaku kepada Rasulku, yang mengajarku untuk mengejar dunia bagi mengejar akhirat-Mu dengan ilmu.Ya Allah.. aku mencari ilmu kerana ingin meraih redha-Mu.
 

MAKA, AKU MOHON, REDHAILAH AKU DAN KAMI SEMUA.. Ameen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.