Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, August 01, 2013

Membuang Sawang!

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
1.8.2013 - Sudah masuk bulan yang ke-8 dalam tahun 2013 ini dan berbaki lagi 5 hari Ramadhan sebelum ianya berlalu.
Merujuk kepada entri sebelum ini dan sebelumnya.. ALLAHU.. hanya satu entri sepanjang 6 bulan pertama 2013!.. Aduhaii.. itulah entri pertama dan juga yang terakhir dalam tempoh 6 bulan ini!.
2008-2013 ~ bermakna sudah 5 tahun aku mengenali dunia blog. Dunia yang banyak pengajian dan pengajaran yang ku perolehi daripadanya. 
Azam aku selepas ini adalah untuk 'menghidupkan' kembali blog ini. Tetapi dengan lebih bermanfaat. Bertujuan dan bermatlamat.
Tujuan utama adalah untuk menulis.
Matlamat utama adalah untuk menyampaikan.
"DEMI IQRA' : AKU MENULIS - KERANA ALLAH!".
Tulisanku ini akan aku jadikan modal berbayar di dunia dan saham yang akan ku raih untungnya di akhirat kelak. Moga Allah izinkan. Moga Allah permudahkan.

Ya Allah.. Aku mohon redha-Mu. Redhai kami semua. Ameen.

........................

2 comments:

Fadliyatun binti Mazlan said...

salam kak tiny..

salam perkenalan.. saya lieya student mhrd semester satu 2013/2014.. just nk berkongsi pengalaman dgn akak tentang subjek course hrd ni..

Kaktiny said...

Salam Cik Puan Lieya yang dirahmati Allah dan disayang Nabi.

Salam perkenalan. Jutaan terima kasih di atas kesudian Lieya yang baik berkunjung ke blog kaktiny.

Maaf, masih tiada cerita baru yang kaktiny nukilkan.

Masih mencari momentum untuk terus menulis karya serta artikel untuk PhD.

Lieya MHRD UPM atau JPPPL UPM atau PJJ UPM?.. atau Universiti lain?.

Jika sudi, boleh bercerita panjang dengan kaktiny menerusi email kaktiny ya.

ciktiny@gmail.com

Boleh berkongsi pandangan.

Jazakillahu khair. :-)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.