Bismillah.
Perjalanan PhD diteruskan ke langkah seterusnya.
Mengikut perkiraan Semester, aku agak ketinggalan.
Maklumlah, dengan kerja, dengan tugasan pejabat, urusan rumahtangga - masa Semester 3, sempat menambah anak!
Makanya, sekiranya di bandingkan dengan perjalanan yang sepatutnya, pergerakan aku, memang agak 'slow'!
Sekarang, sudah di Semester 5, baru dapat buat Perjumpaan Pertama Jawatankuasa Penyeliaan PhD.
Aduhai.
Tiga orang pensyarah menjadi Ahli Jawatakuasa Penyeliaan PhD aku adalah:
1- Prof. Madya Dr. Khairuddin Idris;
2- Prof Dr. Turiman Suandi;
3- Prof. Madya Dr. Ismi Ismail.
Perbentangan di mulakan dalam suasana yang santai.
Sangat santai.
Sambil makan lontong dengan kuah kacang dan ayam masak merah.
Lucu mengenangkan apabila Prof. Turiman asyik bertanya soalan dan aku pula asyik meminta dia memberikan penerangan. Ini sessi perbentangan ke atau kelas? hihihi.
Keseluruhannya, OK.
Tetapi tidak lepas untuk menetapkan Peperiksaan Komprehensif (CE).
Prof. Turiman kata, perlu ada perjumpaan ke-2.
Oklah Prof-Prof sekalian.
Jumpa pun jumpalah.
Ini proses saya belajar dan terus belajar.
(Sedang merancang tarikh!)
.
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment