Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, April 18, 2014

PhD Oh! PhD - Part 8 ~ Thesis Proposal dan Supervisory Committee

Bismillah.

Terakhir aku tulis mengenai perjalanan PhD adalah pada Februari 2013.

Sudah setahun lebih rupanya, kisah PhD tidak aku paparkan di sini. 
Ku sangka cerita PhD ini sekadar untuk kenangan perjalanan pengajianku, rupanya ada aturan Allah yagn lebih dari itu.

Melalui beberapa catatanku tentang perjalanan PhD ini telah menarik mata seorang insan yang sedang mencari cahaya dalam melalui denai PhD ini. Membaca laman ini membuatkan beliau terus mengetuk pintu emailku dan bertanya beberapa soalan dan pandangan. Subhanallah.

Di sini, Allah ajarkan aku satu pengertian besar. 
Makna kalam IQRA' dan NUUN!

Itulah buktinya. Betapa daripada pembacaan orang, tulisanku ini dimanfaatkan untuk permudahkan urusannya. Meski aku tidak pernah tahu, tulisan mana yang paling berkesan di hati pembaca, tetapi aku perlu pastikan satu perkara, bahawasanya apa juga yang aku catatkan di sini, akan aku jawab di sana nanti. 

Allahu Akhbar.

Kepada anda yang menemuiku melalui laman ini, aku doakan kalian dalam lindungan Allah dan sentiasa bijak, sihat, bertenaga untuk memandaikan diri dan bangsa dengan kalam Iqra' dan Nuun. 

----------------------------------------

Sambungan Perjalanan PhD.

Allahu Allah. Alhamdulillah. 
Semalam sudah berjumpa dua daripada tiga Jawatankuasa Penyeliaan. Rata-rata seakan bersetuju dengan rangka kerja cadangan. Khamis depan akan bermesyuarat lagi - mohon Allah permudahkan untuk semua penyelia dapat hadir dan berkumpul.



Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertama, bersedia untuk Comprehensive Exam (CE). Ada 4 kertas yang perlu diduduki! (Jangkaannya pada awal atau pertengahan Mei).

Selepas CE, barulah perbentangan proposal (proposal defend - dijangka awal Jun). 
Selepas itu, barulah buat data collection. 

Allahu Allah! 
Mohon Allah yang Maha baik akan permudahkan segalanya untukku. 
Ameen. 

..................................................................

Penulisan. 

Hehehe. Mahu juga selit di sini bab penulisan ini. 
Setakat hari ini, sudah meletakkan diri untuk beri komitmen kepada 3 komplot:
# Komplot Ke-Syurga ~ Antalogi Cerpen bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot 5 Novelete ~ Antalogi Novelete bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot Cerpen Muzikal ~ Antalogi Cerpen berasaskan lagu bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.

Sedang dalam proses:
# Buku Motivasi (manuskrip sudah sedia ada - tetapi perlu dirombak isi kandungannya);
# Novel Sulung;
# Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak;
# Karya untuk Pertandingan ITBM (kononnya!!!)

Di samping itu juga, sedang merangka modul latihan, untuk umum.
# Modul Latihan - Teknik Kuda Perang ~ Merangka strategi jualan online dan offline.
# Modul Latihan Pengurusan Thesis PhD ~ Rangka penulisan thesis dengan mudah dan cepat. 
# Modul Latihan - Bengkel Penulisan Buku untuk Remaja ~ Menggunakan Teknik 2 watak dan Surah Yusuf.

Tidak sabar mahu ikuti Konvensyen Penulisan 2014 pada 21 Jun 2014. 

.



Aku mahu berjihad dengan jalan yang aku tahu cara dan rentaknya.
Aku masih belajar dan belajar dan belajar - kerana masih banyak lompong tidak tahu yang mahu aku fahami.


Demi Iqra' dan Kalam Nuun.
Demi Allah, Rasul, Islam dan Ummah.

Aku menulis dan terus menulis. 
Mohon ada manfaatnya bersama yang dapat menjadi bekal syafaatku di sana.


Mata kalianlah saksinya. 
Maafkan aku sekiranya tulisan ini compang-camping sifatnya. 


Ya Allah Yang Maha Pemurah. Ampuni dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang. Redai kami, dunia dan akhirat. Izinkan kami berjaya, kaya dan bahagia, sampai syurga. Ameen Ya Rabbul 'alamiin.


 .


No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.