Bismillah.
Kerana Kita Hamba.
.
.
“Rezeki Allah
tidak pernah terlewat atau dipercepatkan. Semuanya teratur pada kadar masa yang
ditetapkan-Nya. DIA yang berhak memberi dan menahan tanpa bantuan mahupun
pertolongan sesiapa. Kuasa yakin dan doa hamba yang memungkinkan segalanya
diubah, mengikut kehendak dan izin-Nya.”
.
.
Semalam saya
mendapat panggilan daripada seorang sahabat wangi.
Sungguh, jujur dari hati, saya
bahagia mendengar berita bahawa beliau mahu berpindah dekat dengan kejiranan
saya, Bangi.
Semasa awal perkenalan, kami sama-sama tinggal di Bandar
Tasik Selatan.
Berkenalan di UPM, mengambil bidang pengajian yang sama. Master HRD.
Alhamdulillah,
kami diizinkan Allah graduate bersama (9 Ogos 2009).
Sekarang, kami
sama-sama meneruskan peringkat PhD dalam bidang HRD juga.
Setelah saya
berpindah ke Bangi, beliau juga menyatakan hasrat untuk pindah ke Bangi.
Demi
kemaslahatan si puteri bijak pandai yang dicintainya (Bangi banyak sekolah
tahfiz).
.
.
**********************
Apabila ’rezeki’
itu Allah mahu kurniakan kepada hamba.
**********************
Apa yang diceritakannya
semalam sangat terkesan di hati saya.
Mengenali dirinya
dan sedikit sejarah lampau dan kisah hidup beliau, hati saya tersentuh. Rasa
kecintaan dan kehambaan kepada Allah semakin menebal.
Rumah berharga
lebih RM5xx,xxx-xx yang dilihat pada hari ahad lepas, mendapat persetujuan
suami. Dan pada hari selasa, beliau sudah bayar downpayment, booking rumah yang
dimahukan.
.
HOHO! Begitu
mudahnya. Alhamdulillah.
Sekiranya
peristiwa semalam itu di’sembang’ pada 15-20 tahun lepas, pasti beliau akan
menggeleng kepala atau terus lari untuk tidak mahu dengar – kerana ketika itu,
jangankan rumah berharga ratusan ribu, rumah RM40,000-00 pun sukar untuk
diperolehi (dan perit pedih untuk mengikat perut bagi menbayar downpayment,
Tuhan sahaja yang tahu!)
**********************
YA! Begitulah
sekiranya Allah mahu menganugerahkan rezeki kepada sang hamba.
Ada masa kita
begitu meminta, tetapi Allah tidak beri setepat masa. Rupanya dia tangguhkan ke
satu detik yang mana ianya lebih baik daripada apa yang kita impikan sebelum
ini.
Ada ketika, Allah
biarkan impian kita itu berkubur tanpa bayang, kerana Allah mahukan doa kita
dan disimpan-Nya untuk ’penebusan’ di akhirat kelak (InsyaAllah, amin).
**********************
Melihatkan rezeki
beliau hari ini, saya rasa sungguh terharu.
Bak kata beliau,
”jangan melihat dirinya yang hari ini!”
Kenali masa lalu
beliau sebelum menyatakan ”Untungnya jadi Datin Romaizah Abd Kadir!”
Ya, saya akui
itu.
Jika diberi
pilihan, mungkin saya tidak mahu berada di kedudukannya hari ini.
Kerana saya
mungkin tidak kuat untuk berhadapan dengan masa lalunya yang begitu perit!
Hari ini adalah
buah-buah epal segar yang tumbuh mekar dalam taman kehidupannya.
Setelah penat
lelahnya membanting tulang empat kerat, mengguna segala kudrat tenaga, menahan
gelojak emosi, mengabaikan beberapa impian dan meneruskan kehidupan dengan
semangat dan azam untuk berjaya, berjaya, berjaya!
Dia berangan dengan melukis
takdir impiannya.
Dan hari ini, Allah izinkan beliau menikmati hasil ’lukisan kanvas’
kehidupan yang diimpikan.
**********************
Aku gembira
untukmu, sahabat wangi yang ku cintai.
.
.
Didoakan Allah
sentiasa lindungi dirinya. Hapuskan
segala dosa-dosanya yang terdahulu, kini dan akan datang. Dan Allah pelihara
dirinya daripada fitnah kubur dan azab api neraka. Mohon Allah temukan beliau
dengan Rasulullah dan berjalan bersama ke syurga-Nya, tanpa hisab. Amin.
**********************
.
Kenapa saya
ceritakan ini?
Kerana saya mahu
ingat kisah beliau.
Saya mahu
menyebar maklumat yang bermanfaat daripada perjalanan kehidupan beliau.
.
.
Sungguh. Saya
sayang sahabat saya ini.
Dia antara inspirasi
hidup saya.
Untuk terus yakin
bahawa:
”KUASA DOA DAN
PILIHAN KEHIDUPAN ITU ADALAH HAK HAMBA!”
.
.
Maiza Abd Kadir. Sahabatku sayang.
Mohon Allah
izinkan kasih-sayang ini, sampai syurga-Nya. Amin.
.
.
.
Ya Allah. Redai dan rahmati kehidupan kami, dunia dan akhirat, sampai syurga-Mu. Amin.
.
-KakTiny-