Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, January 21, 2015

Inspirasi Hidup: Kisah Sahabat Wangi

Bismillah.

Kerana Kita Hamba.
.
.
“Rezeki Allah tidak pernah terlewat atau dipercepatkan. Semuanya teratur pada kadar masa yang ditetapkan-Nya. DIA yang berhak memberi dan menahan tanpa bantuan mahupun pertolongan sesiapa. Kuasa yakin dan doa hamba yang memungkinkan segalanya diubah, mengikut kehendak dan izin-Nya.”

.
.
Semalam saya mendapat panggilan daripada seorang sahabat wangi. 

Sungguh, jujur dari hati, saya bahagia mendengar berita bahawa beliau mahu berpindah dekat dengan kejiranan saya, Bangi.

Semasa awal perkenalan, kami sama-sama tinggal di Bandar Tasik Selatan.
Berkenalan di UPM, mengambil bidang pengajian yang sama. Master HRD.
Alhamdulillah, kami diizinkan Allah graduate bersama (9 Ogos 2009).
Sekarang, kami sama-sama meneruskan peringkat PhD dalam bidang HRD juga.

Setelah saya berpindah ke Bangi, beliau juga menyatakan hasrat untuk pindah ke Bangi. 
Demi kemaslahatan si puteri bijak pandai yang dicintainya (Bangi banyak sekolah tahfiz).

.
.
**********************
Apabila ’rezeki’ itu Allah mahu kurniakan kepada hamba.
**********************

Apa yang diceritakannya semalam sangat terkesan di hati saya. 

Mengenali dirinya dan sedikit sejarah lampau dan kisah hidup beliau, hati saya tersentuh. Rasa kecintaan dan kehambaan kepada Allah semakin menebal.

Rumah berharga lebih RM5xx,xxx-xx yang dilihat pada hari ahad lepas, mendapat persetujuan suami. Dan pada hari selasa, beliau sudah bayar downpayment, booking rumah yang dimahukan.
.
HOHO! Begitu mudahnya. Alhamdulillah.

Sekiranya peristiwa semalam itu di’sembang’ pada 15-20 tahun lepas, pasti beliau akan menggeleng kepala atau terus lari untuk tidak mahu dengar – kerana ketika itu, jangankan rumah berharga ratusan ribu, rumah RM40,000-00 pun sukar untuk diperolehi (dan perit pedih untuk mengikat perut bagi menbayar downpayment, Tuhan sahaja yang tahu!)

**********************

YA! Begitulah sekiranya Allah mahu menganugerahkan rezeki kepada sang hamba.
Ada masa kita begitu meminta, tetapi Allah tidak beri setepat masa. Rupanya dia tangguhkan ke satu detik yang mana ianya lebih baik daripada apa yang kita impikan sebelum ini.

Ada ketika, Allah biarkan impian kita itu berkubur tanpa bayang, kerana Allah mahukan doa kita dan disimpan-Nya untuk ’penebusan’ di akhirat kelak (InsyaAllah, amin). 

**********************

Melihatkan rezeki beliau hari ini, saya rasa sungguh terharu.

Bak kata beliau, ”jangan melihat dirinya yang hari ini!”
Kenali masa lalu beliau sebelum menyatakan ”Untungnya jadi Datin Romaizah Abd Kadir!”

Ya, saya akui itu.
Jika diberi pilihan, mungkin saya tidak mahu berada di kedudukannya hari ini.
Kerana saya mungkin tidak kuat untuk berhadapan dengan masa lalunya yang begitu perit!

Hari ini adalah buah-buah epal segar yang tumbuh mekar dalam taman kehidupannya.
Setelah penat lelahnya membanting tulang empat kerat, mengguna segala kudrat tenaga, menahan gelojak emosi, mengabaikan beberapa impian dan meneruskan kehidupan dengan semangat dan azam untuk berjaya, berjaya, berjaya!

Dia berangan dengan melukis takdir impiannya. 
Dan hari ini, Allah izinkan beliau menikmati hasil ’lukisan kanvas’ kehidupan yang diimpikan.

**********************

Aku gembira untukmu, sahabat wangi yang ku cintai.
.
.

Didoakan Allah sentiasa lindungi dirinya. Hapuskan segala dosa-dosanya yang terdahulu, kini dan akan datang. Dan Allah pelihara dirinya daripada fitnah kubur dan azab api neraka. Mohon Allah temukan beliau dengan Rasulullah dan berjalan bersama ke syurga-Nya, tanpa hisab. Amin.

**********************
.
Kenapa saya ceritakan ini?
Kerana saya mahu ingat kisah beliau.
Saya mahu menyebar maklumat yang bermanfaat daripada perjalanan kehidupan beliau.
.
.
Sungguh. Saya sayang sahabat saya ini.
Dia antara inspirasi hidup saya.
Untuk terus yakin bahawa:
”KUASA DOA DAN PILIHAN KEHIDUPAN ITU ADALAH HAK HAMBA!”
.
.
Maiza Abd Kadir. Sahabatku sayang.
Mohon Allah izinkan kasih-sayang ini, sampai syurga-Nya. Amin.
.
.
.
Ya Allah. Redai dan rahmati kehidupan kami, dunia dan akhirat, sampai syurga-Mu. Amin. 

.
-KakTiny-

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.