Bismillah.
Dalam perjalanan mencari ilmu dan untuk segulung ijazah PhD, diam tak diam, sudah 3 tahun aku menempuh denai, lurah, lembah, bukit dan alurnya.
Sekarang aku sudah di Semester 6.
Hari ini aku menerima email memaklumkan permohonan ‘deferment’
aku untuk semester depan (semester 7, tahun ke-4) diluluskan.
Lega?
Entah. Berbaur rasa sebenarnya.
Ya lah. Sepatutnya aku sudah masuk ke semester ke-7, tinggal
lagi 2 semester sahaja sekiranya mengikut ‘jadual’ UPM, aku sudah perlu
graduate (graduate dalam masa 4 tahun pengajian).
Tetapi, dengan deferment ini, dengan ‘ketenangan’ meniti
hari menanti kelahiran anak ke-lima ini, dengan rasa santai tanpa bersalah
untuk tidak langsung memikirkkan perihal thesis dan jurnal PhD, membuatkan aku
rasa begitu YAKIN & PASTI bahawa aku tidak mampu untuk graduate ‘ON TIME’
seperti yang ditetapkan UPM (8 semester untuk PhD).
Sudah melepasi semester ke-6, tetapi aku masih BELUM:
1- Proposal
Defends;
2- Publish
Journal;
3- Pilot
Test;
4- Data
Collection (dah belum proposal defends dan pilot test, mana nak datangnya
collect data!!!! Grrrr….)
Sekarang ini, aku sekadar ‘follow the flow!’
Momentum untuk
penulisan PhD semakin menurun.
Bukan kerana
tidak suka, TIDAK!
Kecintaanku untuk
menggali ilmu dan menulis thesis dan jurnal tetap berada di tangga atas –
cumanya, dalam hirarki penulisan, untuk menulis thesis, ia jatuh ke tangga ke-3
(alasan!)
Kenapa begitu?
Kerana aku
benar-benar tidak dapat fokus kepada perihal penulisan akademik yang memerlukan
penaakulan yang tinggi dan masa menulis yang panjang.
Sekiranya menulis
thesis umpama menulis di blog, tulislah apa yang mahu, berapa kajang yang suka,
sesedap rasa dan jiwa, tanpa perlu rujukan, kesahihan fakta atau data, aku
YAKIN DAN PASTI, sejak semester 1 aku sudah siap mengarang 30 artikel dan
semester ke-2 sudah VIVA. Hahahaha (maksudnya, betapa aku bahagia dan bebas
menulis benda merapu! Kihkihkih).
*********************
Berpindah rumah, mengandung dan menanti kelahiran.
Ini mungkin dalam
kategori ALASAN, tetapi ini antara alasan yang paling tepat mengapa penulisan
PhD aku tersangkut tanpa progress!
Perkara yang
berlaku pada ’semester’ ini buat aku langsung tidak fokus pada tugasan PhD aku.
Disahkan
mengandung (anak ke-5) pada pertengahan tahun lepas, berpindah rumah dari
Cheras ke Bangi pada penghujung tahun lepas dan menanti kelahiran pada
pertengahan bulan February ini, benar-benar buat aku hilang tumpuan untuk
melaksanakan apa-apa tugasan PhD – waima untuk hantar borang pengesahan lulus
Peperiksaan Komprehensif ke pejabat GSO dan membuat tempahan masa untuk sessi
proposal defends pun, aku tidak laksanakan! Allahu Rabbi.
2014 menyaksikan
kehidupan yang agak kalut dalam hidup aku. Ada masa aku hilang arah, hilang
punca, malah, rasa down yang terlalu amat. PERIT!
*********************
Kembali fokus.
Aku tidak tahu
bila, tetapi aku mohon supaya Allah bantu aku untuk kembali fokus dengan pengajian
PhD serta dipermudahkan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih teratur
sehingga SIAP!
Aku daftar PhD
pada pertengahan tahun 2011 – tetapi terpaksa ’defer’ Semester 1 kerana
mengandung anak ke-tiga. Seorang putera selamat dilahirkan pada 30.03.2012.
Aku sekali lagi
disahkan mengandung, anak ke –empat. Pada Semester ke-4, aku selamat melahirkan seorang puteri pada 09.06.2013,
iaitu selang 3 hari selepas tamat peperiksaan akhir subjek Multivariate
Statistik! (Kawan-kawan kelas
sedia membantu memohon doa supaya bayi ini lahir selepas habis peperiksaan,
kerana aku kerap diserang ’false alarm’ semasa menghadapi hari-hari peperiksaan
akhir. Hihihi).
Dan kali ini, pada
tahun ke-tiga menuju tahun ke-empat pengajian, aku bakal menimang seorang lagi
putera (anak ke-5). Allahu Allah.
Teringat
kata-kata para lecturer / supervisory committee member PhD aku. ”Cepat siapkan
PhD tu, kalau tidak nanti berderet lagi yang keluar!”
Aduhai! Aduhai!
Aduhai!
Cukuplah 5 orang
ini. Tiga tahun buat PhD, sudah 3 orang anak lahir. Hahahaha.
Rekod untuk diri
sendiri! Kehkehkeh.
Aturan Allah itu
maha sempurna dan tidak ada yang sia-sia. Aku yakin itu.
Maka, aku akur
dengan takdir ini. Aku berazam untuk mengurus-tadbir takdir ini sebaiknya. Mohon
Allah permudahkan.
InsyaAllah, aku
akan mula beri tumpuan kepada pengajian PhD ini selepas berpantang nanti. Mohon
Allah izinkan. Amin.
Sekarang – tunggu
sahajalah detik kelahiran seorang lagi putera, amanah Illahi, cahaya mata yang ke-lima
dengan tenang setenang-tenangnya. Hihihi.
*********************
Ya Allah. Aku mohon reda-Mu Tuhan. Redai kami, hamba-hamba-Mu. Amin.
#ceritakaktiny
#PhDkaktiny
2 comments:
Allahu..hebatnya seorang ibu! Saya juga merasa mengandung, gugur, mengandung dan bersalin sepanjang phd ni..yang pasti saya sudah tahap kritikal, dan singgah sini mencari kekuatan sahabat seperjuangan.
Salam...terima kasih atas sharing ini...saya tidak menyangka saya juga di tempat Puan...barangkali telah bergelar Dr sekarang ya.. kes saya lain sikit...deferment ditolak malah ditamatkan pengajian walaupun baru semester ke 3.....saya menyerah bulat2 pada takdir dan mohon bantuan SV utk defend saya kerana email2 saya sbelum ini tidak dilayan..stern sungguh...semoga urusan kita mudah dunia akhirat. Aminnn
Post a Comment