Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, May 11, 2015

Musibah untuk muhasabah

BismillahirRahmaanirRahiim.

Tarikh kejadian: 30.4.2015 (Khamis).

Tuan suami pulang dengan membawa khabar kurang enak. 
Ultrabook (notebook) hilang, dicuri. 

Kejadian berlaku di Tesco, Ampang. 

Sepatutnya, seperti biasa, Tuan Suami akan menjemput saya dari tempat kerja. Tetapi, pada hari kejadian dia ada urusan di Subang dan tidak dapat ambil saya.

Saya tumpang rakan sepejabat. Perlu pulang awal untuk ambil anak yang dihantar di rumah pengasuh.

Pada hari kejadian, kami sedang berpuasa. Justeru, Tuan Suami menyatakan bahawa ada kemungkinan dia tidak sempat mahu berbuka bersama. Oleh kerana beliau sudah berada di sekitar Tesco, Ampang, dan waktu itu maghrib sudah hampir benar, maka beliau terus singgah untuk berbuka puasa.

Mengenangkan bahawa mungkin akan tinggalkan kereta sekejap sahaja (untuk berbuka), maka Tuan Suami tinggalkan ultrabook (bersama buku dan dokumen lain-lainnya) di dalam kereta. 

Langsung tidak terfikirkan kejadian curi-mencuri, pecah kereta segala bagai ini. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Tuan Suami kata, dia berasa seperti angin yang kuat masuk ke dalam kereta. Ditoleh ke belakang, rupanya cermin tingkap sudah tiada (dikopak dengan rapi). 

Katanya, pada ketika itu sudah berderau darahnya kerana membayangkan jika ada barang yang dicuri. Ditoleh ke belakang tempat duduk, semua barang berada di tempatnya. 

Masih tidak puas hati, beliau berhenti di tepi jalan. Memeriksa setiap dokumen dan beg. 

Semasa memeriksa beg kanvas (yang berisi ultrabook, charger, mouse dan thumb drive), beliau terkejut besar kerana ultrabook sudah hilang. Rupanya si pencuri memecahkan cermin tingkap dengan mengambil ultrabook SAHAJA. Beg kanvas yang berisi segala barangan lain ditinggalkan.

**************************

"Innalillahi wainnailaihi raajiun. Allahumma'jurnii fii musibati wa akhlifli khairan minha." Hanya lafaz tersebut yang terluncur daripada bibir saya. Seterusnya, saya tidak mahu fikirkan apa-apa dan terus tidur. 

Usai bangun pada hari Jumaat (1.5.2015), saya ke cyber cafe. Cuba download semula file-file penting seperti file dan nota PhD serta manuskrip penulisan saya. File-file lama tidak saya endahkan.Selesai urusan tersebut, saya ke PWTC - ada janji mahu berjumpa dan ada buku yang mahu dibeli dan ambil.
.
.
Hari-hari berlalu begitu sahaja tanpa saya memikirkan apa-apa mengenai perihal kehilangan ultrabook itu. 

Saya mahu kuatkan hati saya dengan sabar dan redha. 
Lagipula, yang hilang hanyalah harta benda. Dan ia sudahpun hilang.

Jika... saya katakan jika...
Saya menangis, meraung, merajuk dan marahkan suami saya, bersedih, berduka, membuat laporan polis dan memaki hamun pencuri itu di laman muka buku, adakah pencuri itu akan kasihankan saya atau suami saya dan pulangkan ultrabook itu? Pasti jawapannya TIDAK!

Oleh itu, untuk apa saya gusarkan hati saya? Letihkan minda saya? Siksa jiwa saya dengan sesuatu yang saya PASTI tidak akan kembali lagi kepada saya.

Benar, Allah akan menggantikan sesuatu musibah itu dengan anugerah  yang lebih baik. Percaya itu!
Saya yakin itu! 
.
.
Paling penting, pada saat dan ketika itu, satu anugerah yang Allah berikan kepada saya adalah 'KETENANGAN.' 

Alhamdulillah. Saya mampu hadapi situasi itu dengan tenang.

Perkara yang saya lakukan selepas menyerahkan diri kepada takdir Allah ialah bertanya kepada diri sendiri:
"What the worse scenario could it be?" 
"Apa musibah besar yang boleh terjadi asbab daripada musibah kecurian ini?"

Kebimbangan yang muncul dalam minda saya"-
1- Hilang file dan segala maklumat untuk thesis PhD yang bertahun-tahun dikumpul.
2- Hilang ilham-ilham menuskrip penulisan yang telah banyak disimpan dan mahu dihantar kepada penerbit. 
3- Tangguh / batal pengajian PhD.
4- Buku tidak dapat diterbitkan tahun ini.
5- Gambar-gambar, poster, nota-nota ilmiah, nota motivasi, nota kuliah, modul training yang dikumpul hilang.

OK. Saya jawab kepada diri:
Kelima-lima itu hanyalah HARTA BENDA dan KERUGIAN DUNIAWI. 
Kehilangannya tidak memberi jejas di alam kubur apatah lagi di akhirat kelak.
Kehilangan yang InsyaAllah, dengan izin Allah, boleh dijejaki semula.
Hilang laptop, boleh kumpul duit dan beli baru. 
Hilang data, boleh cari semula dalam perisian web (dropbox) - paling tidak, boleh TULIS SEMULA. 

Jadinya, TIDAK PERLU RISAU. 
Setiap kesulitan pasti ada jalannya.
Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair. Birohmatikaya arhamarrahimiin. 

Bukankah Allah sebaik-baik tempat pergantungan?
Saya mahu meletakkan hati dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah.
Semata-mata kepada Allah dan kerana Allah.
.

Yang hilang, telah hilang dan tetap hilang.
Sekiranya dengan satu kehilangan itu, membuka ruang kepada penemuan sesuatu yang lebih hebat, pasti ianya menjadi lebih menarik. Bukankah begitu?
.
.
Allahu Akhbar Kabira.

-KakTiny-

1 comment:

Min Aina Ila Aina said...

Suka entri ini...pergantungan kepada Allah 200%. Hanya yang diuji memahaminya dan ujian setiap orang berbeza.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.