Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday

PhD Oh PhD : Part 20 ~ Menyambung yang tertunggak

BismillahirRahmaanirRahiim.

Sudahpun masuk bulan 5.
Semester ini kian menghampiri garis penamat pada bulan 6 nanti.

Banyak masa yang saya bazirkan (kiraan untuk tesis) dan langsung tidak beri penekanan kepada penulisan tesis.
.
Ya.
Saya tidak mahu terlalu stress memikirkan hal tesis ini, lagipula saya bukan pelajar full time yang punya 'deadline' untuk siapkan tesis dalam tempoh 5 tahun (alasan bagi sedap hati, dik!)

Meskipun sangat sedikit penulisan tesis dilakukan pada semester ini, namun saya sedikit terhibur apabila mengenangkan manisnya berjalan-jalan dengan naskah sulung saya, buku yang siap cetak dan terbit dan kini berada di rak kedai-kedai buku, Kerana Aku Hamba-Nya, dan selesai juga beberapa siri bedah / bicara buku dan juga dapat ke RTM / Angkasapuri dan ada slot di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang baru berlangsung (lagi lagi alasan nak bagi sedap hati, dik).
.
.

(Kenangan di PBAKL)

Dalam pada masa yang sama juga, Alhamdulillah, Allah izinkan siap modul Pre-START Model Canvas dan START MC, modul pemudahcara untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan penulisan tesis.

Cukup-cukuplah apa yang pernah saya rasai dahulu. Tiada arah tuju dalam mengumpul bahan tesis dan akhirnya membazirkan beberapa semester tanpa pencarian bahan yang betul dan bermanfaat.
.
Mohon Allah bantu untuk sebar-luaskan modul ini. Allah izinkan berasbab modul START TO STAR, saya dan tim InspiWriter akan masuk ke setiap dewan besar seluruh University, dalam dan luar Negara, termasuk Harvard and Lincoln-Inn University. UK, US, Jepun, Korea, Ireland, Brunei dan mana-mana sahaja yang namanya University berdaftar. Ameen. 
.



Mulai esok (sabtu, 14 Mei 2016), perlu ada anjakan paradigma dan azam baru!
Tumpuan kepada penulisan tesis.


Questionnaire sudah siap sepenuhnya.
Menanti di cetak dan diedarkan.


Minggu depan kena tekad pergi jumpa Dr. Kidin / fakulti dan minta surat permohonan edaran borang soal-selidik. 

Lepas tu minta jasa baik Tan Sri Boss untuk buat surat sokongan dan rekemendasi mengedarkan borang soal selidik kepada responden. 
.
Timeline: 
Mei - Julai 2016 - Cetak, edar dan kumpul borang soal selidik.
Julai - Ogos 2016 - Masukkan data dalam SPSS / SEM (satu lagi siapkan jurnal)
September 2016 - Analisis data (set temujanji dengan Prof Zainuddin)
Oktober - December 2016 - Penulisan penuh termasuk analisis data (permohonan VIVA - 6 bulan sebelum tarikh)
December 2016 - satu lagi present jurnal.
.
Allahu Allah.
Mohon Allah Ya Baari rencanakan yang lebih baik dan dipermudahkan urusan, semudah-mudahnya. Ameen.
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hamba-Nya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur. 
.

Salam takzim
-Kaktiny-

4 comments:

Acik Erna said...

Assalam Tiny.ya Tuhan..tak sangka betul..sama la kita..cukup gayat nak naik kapal terbang..seram sejuk tak lena tidur..
Bulan february lepas..acik nekad..sampai bila nak takut..teringin sangat nak menunaikan umrah..tak ada jalan lain..mesti naik kapal terbang
bila kawan2 rapat tau..acik nak ke mekah..mereka datang memberi sokongan...bercerita yang baik2
dan Tak sangkan Tiny..kebesaran Illahi..sampai masanya..sikit debar dan takut pun tiada di hati acik..Syukur Alhamdulillah.
dan sekarang ni..bila ada yang ajak berjalan naik kapal terbang..belum apa2 lagi dan berdebar..seram sejuk kaki tangan.
tapi kerinduan yang satu ..untuk menjejakan kaki ke Tanah sunyi lagi..tetap ada Tiny.

Kaktiny said...

Acik erna yang dirindui.

Sungguh kan.. kalau orang tak tau, memang tak faham rasa ni.
.
Tapi tiny kena tebalkan jugaklah hati bila naik kapal terbang lepas ni... banyak konferense luar negara nak kena sertai... hihihi...
.
Dan Mekah, Allahu Allah.
Hilang segala takut apabila tanah suci ituyang menyambut.
.

Azimah Darus said...

Assalamualaikum kak tiny. Salam pengenalan dari sya. Terima kasih kerana blog k.tiny banyak memberi inspirasi untk terus berjuang dlm phd part time

Azimah Darus said...

Assalamualaikum kak tiny. Salam pengenalan dari sya. Terima kasih kerana blog k.tiny banyak memberi inspirasi untk terus berjuang dlm phd part time

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.