Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, September 01, 2008

SALAM

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...

RAMADHAN INI AKU AKAN "TUTUP" AKTIVITI BLOGGING... KAT BLOG AKU NIH!!

andai kalian yang bernama sahabat tidak menemuiku di 'rumah' dan ruangan komen kalian juga tidak di mana2 'rumah' sahabat yang lain, ini bukan bererti aku tidak mengingati kalian atau cuba melupakan kalian.. TIDAK SAMA SEKALI!!..

Aku memberi ruang dan peluang untuk diri sendiri bermuhasabah (bukan bermubahalah OK!!! wakakakakkakah...)..dan membina tembok semangat yang goyah..

KENAPA DAN MENGAPA?.. ada kalanya kita bisa berkongsi sesuatu dengan semua orang... ada ketika lain, kita hanya mampu memberi bayangan tanpa menyuarakan sebab dan musabab... dan ada waktunya, kita tidak mampu berbicara atau bercerita meskipun hanya sebaris ayat..

dan aku tinggalkan aktiviti blogging (di 'rumah' aku ini) untuk sepanjang ramadhan (terms and condition applied.. hahahha..) dengan quote dari Pak Lah semasa belanjawan hari tu.. bukan aku tengok pun belanjawan tuh.. tapi aku baca paper the star dan aku "suka" baca perenggan :



..Earlier when starting his speech, Abdullah gently patted Najib’s shoulder when his speech touched on the importance of loyalty during good and bad times.

“The close bond among friends is tested when we face difficult conditions. Fair weather friends are many, but true and loyal friends who are willing to stay together during hard times are difficult to find,” Abdullah said.

...........................................................

33 comments:

Kak Long said...

1) eloklah kau merilekskan diri kau dan tumpu pada asimen kita yang melambak tak siap lagi. Bukankah kita nak tebus mid exam dan grad on time. Bukankah kau selama ni begitu taat meluangkan masa menyiapkan asimen orang2 lain untuk pastikan "mereka" grad ontime? Cukup2 la buat baik kawan.......

2) Eloklah kau bermuhasabah diri terutama dalam hal-hal yang menyebabkan kau tersinggung/terluka/terkecewa. Jangan menyesal sebab pernah berbuat baik pada orang yang tak mengenang budi. Jangan menyesal kerana setiap kebaikan yang kau beri tak dihargai. Kalau depa tak balas, orang lain akan balas. Mungkin berganda lagi yang kau akan dapat.

3) Betul, kawan berseronok, bersenang-senang memang senang nak dapat. Bersepah. Tapi yang bersepah dan senang nak dapat tu biasanya murah dan tak dak nilai. Kau sendiri dah boleh lihat nilai persahabatan itu kan?

4) Buat baik berpada-pada. Walaupun aku tau kau suka buat baik. Bukan nak berkira. Tapi ianya akan mengurangkan kadar kelukaan kita bila orang yang pernah kita buat baik tak menghargai kita.

5) Dont over react sebab ada setengah orang tu bukan baik dengan kita ikhlas macam kita baik dengan dia. So eloklah kau dok diam2 dalam bilik dan stay cool.....

6) I love u hahahaha

Ungku Nor said...

haa..apa kata akak cadangkan awak bedua bermuhaserembankan diri memasing.

akak relaaaaaa je masak-memasak juadah bukak pose korangs kat pasar ramadhan.
pilih je apa korangs nak makan..hehehe.

Tiny, walo apapun yang datang, walo apapun orang buat kat kita, satu je akak pesan,
"Segala keikhlasan kita tu, Tuhan akan balas, insyaAllah"
Tak dapat kat sini, kat 'sinuuunnn'.

sedang manusia yang buat awak tu, dia pun tetap akan dapat penghinaan jugak.
Tak kat sini, kat 'sinuuuuunnnn'..Amin.

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Kaktiny :)

Bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan berbicara dengan Tuhan.

Selamat berpuasa, dan semoga segala ibadah di bulan mulia ini mendapat setinggi berkatNYA.

cikgooden said...

'
macam taubat NASUHA jer ni?...








.Baguslah....dah sedar dah yer?...
Amiiiiiin.

(tapi tak best la kan...stop bogging. ni..so takde lagi la..ayat2 menghiput yg aku nak jadikan inspirasi nih..)

Akak said...

Salam Tiny...

Anggaplah apa yg berlaku sebagai cabaran untuk Tiny lebih mengenali hati budi kengkawan & semuga lebih berhati2...

Selamat berpuasa, semuga ibadah kita diterima Allah SWT..

iina said...

Tiny.. dugaan dan cabaran itu masih ada.. kawan baik dan tidak itu pun pasti ada.. disinilah kita kenal siapa sebenarnya sahabat yang baik itu..

Rasa sunyi lak tiny dah takde.. takdelah lagik suara2 ceria yang rajin mengomen.. pesanan.. jangan putus asa.. jangan lemah semangat.. jangan terlalu memikirkan.. buat biasa.. selamba.. jadi diri sendiri..lagipun cuba fikir.. mana yang lebih ramai? kawan sama berduka atau suka? dugaan itu diberikan supaya kita dapat menilai yang mana intan dan permata.. jika tidak ada dugaan begini manakan kita tahu semua itu.. sesuatu yang terjadi itu baik atau buruk semuanya ada sebab musababnya..

so.. ceria selalu.. teruskan kehidupan.. senyum2 selalu.. siapkan assignment.. semoga berjaya mengenggam ijazah yang diinginkan insyallah

Hertiny binti Laiman said...

Salam kak Tiny,
selamat Berpuasa pada akak sekeluarga.

shafa said...

Selamat berpuasa..sama2 lah kita bermuhasabah.

Sri Diah said...

Salam Ramadan daripada kami sekeluarga.

Princess Liyana said...

Salam ramadhan kakakku sayang;)huhu..

jgn ponteng puasa ok:)hik2

Kak Lady said...

Salam Ramadhan dari akak buat kaktiny...Selamt Berpuasa semoga Ramadhan kali ini akan lebih membawa keberkatan pada kita semua...

kad0k. said...

salam sis..selamat berpuasa..:)

Abahnajwa said...

Wahhh...hmmmm...ishhhh...

abah lak tak reti nak komen dah...kena santau ker hapa ni?

kikikiki

ad3ck said...

laa. da la lama tak update. pastuh nak tutup pulak. bile nak bukak balik kak? raya nnt ke? klu raya nnt baru bukak blk, dengan kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya eheheheh.

KV said...

selamat menjalani ibadah puasa kak tiny!

Sastri said...

selamat berpuasa dan menunaikan solat terawih kaktiny...

saya berpegang kepada nasihat nenek, orang buat jahat kat kita, Allah akan balas... :D

semoga kaktiny ceria selalu...

p/s: bila nak kasik alamat nih? :p

ladylikeme said...

aiseyman....
apsal plak nie....xpelah..jika itulah kemahuanmu wahai kaktiny ku...aku terpaksa redha dan akur...(heheheeheh..amacam ayat...teratur tak?)

sepinya aku tiada sapa yg tau..... said...

tiny - dari pengalaman akak sendiri tidak kena mengena ngan sesapa pun ----> kdg akak lebih senang bercerita ngan seorg "sahabat" tentang keluhan hati, resah gelisah akak, tapi akak tak leh nak citer ngan adek2 akak sendiri....

pd akak - sahabat yg baik ibarat lauk yg dihidangkan yg cukup rasanya dan sahabat akak ni umpama mentari di kala siang dan bulan di kala mlm yg gelap gulita sentiasa ada untuk akak....

ahmoi said...

salam ramadhan akak...

Masy said...

samat bpose kak :)

blackpurple @ jowopinter said...

Walau apa pun, semoga Kak Tiny baik-baik saja.

Selamat berpuasa. Semoga kita sama-sama dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sebenar-benar penghayatan. Insya-Allah.

Neeza Shahril said...

takpelah kalau nak beramal ibadah ye tiny.. kengkadang banyak gak masa habis bila blogging ni hehee..

tapi akak lain sebab tak kerja.. jadi masa lebih sikit dari orang lain..

selamat berpuasa dan jaga diri ye tiny :)

bozzobattousai said...

salam ramadhan kaktiny.....
nanti bila dah ready nak berblogging jgn lupa cakap...
semoga kaktiny menjumpai apa yg dicari...

suara said...

Salam Ramadhan tiny...

Erm... laim macam je komen2 dan nasihat yg panjang lebar kat atas tuh.

Apapun, kak su yakin apa yg berlaku ada sebab musababnya. Jangan biarkan kesedihan dan kemarahan mempengaruhi kewarasan. Biar seburuk manapun perbuatan dan perlakuan orang, kak su selalu ingatkan diri, jangan harapkan pembalasan atas keburukan, tapi doakan agar org-org yg berkenaan diberi kebaikan. Moga dengan itu, hati-hati yg terlibat akan lebih aman dan tenteram. (nak jugak nasihat nih... walaupun tak tahu apa yg sebenarnya terjadi. ;P )

Salam Ramadhan tiny. Ingat, masa terus berjalan, umur bertambah dan itu bermakna hidup kita semakin singkat. Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya. InysaAllah. Itu azam kak su... pasti tiny juga begitu...

Miim said...

salam ramadhan untuk kaktiny sekeluarga,
moga ibadah2 di bulan mulia diterima Allah

Tokyo BLUE said...

kak tiny!
salam ramadhan..
mase pementasan 2jam... kt um tu saya ade kat ctu.. jadi krew. nak je jumpe kat tiny. tapi tak berkesempatan sal dok kat backstage

intan zura said...

selamat berpose kak tiny
jgn ponteng puasa tau
;)

Tie said...

kenapa pulak kaktiny ooiii...merajuk ke...takkan tak leh update siket2...laa..crite2lah pengalaman berpuasa ke..masak ke..bershopping ke...jgnlah begitu..sunyi lak..ke..sibuk buat kuih? Toksahlah pikir benda2 yg lepas...jadikan ia satu pengajaran..kak tie dah lali dgn benda2 menyakitkan hati...tebalkan muka dan mulakan hidup ceria..baru awet muda..ewah..

tasikmerah said...

selamat berpuasa tiny... alamat aku dh hantaq kt email hang.. :)

Mr PenyuBiru said...

patutla lama tak nampak.

hmm..take ur time.

ade mase kita rasa nak rilek dari berblogging.
nnt biler mood dah dtg balik, mencanak² n3 nak ditulis.

salam ramadhan maaf zahir batin!

kamar hati said...

aduhai...kenapa la ngan akak kamar sorg ni...lohhhh...knapa ni kak??? tak moh citer kat kamar ke???

semua org pakat tanya kat kamar aritu...kemana kak tiny menghilang??? kenapa kak tiny tutup blog??? knapa??? knapa?? knapa??? kamar sendiri turut tertanya2....

apa pun yg terjadi...moga kak tiny akan terus tabah k...moga apa yg terjadi menjadikan akak lebih kuat dr dl...moga semuanya yg baik2 je tuk akak k...

salam ramadhan al mubarak tuk kak tiny sekeluarga...moga beroleh keberkatan yg hakiki... (",)

Mak Su said...

salam ramadhan kaktiny, orait ler tu.... nanti dah habis muhasabah dan sarawak, boleh aktif balik, ek?

keep smiling

Ahmad Fahmi Hanapiah said...

Nak raya pun nih... aku actually plan nak ajak you all ke open house rumah aku di Klang... so i need you addr sekali no h/p. So boleh lah aku.. hantar official invitation... hehe..

ok..tq tiny.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.