Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, July 13, 2010

BOLEH KE BUAT TAK KISAH?


Kalau di Palestin, satu isu je yang tengah HANGAT diperkatakan.."ISU KEKEJAMAN PUAK ZIONIS"!!.. dan misi bantuan juga tertumpu untuk MENYELAMATKAN NEGARA PALESTIN DARIPADA KEKEJAMAN PUAK ISRAEL yang tak sedar diri tuh!!..

Tapi.. di MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA... pelbagai isu PANAS yang timbul..

Dari isu curi pasir sampai isu pertelagahan pendapat para Mufti ke atas satu program latihan.. PUN JADI ISU... terselit di antara isu-isu tu juga pasal isu buang anak, pasal pukul memukul... dan pasal artis tak kisah TELANJANG BULAT depan krew semata-mata utk SENI – FILEM!!.. (ada sesiapa nak hantar bantuan BANTU AKHLAK WARGA MALAYSIA ni ya??)


Astagfirullahal ‘aziiimm...
URUT DADA AKU MEMBACA SEMUA KISAH-KISAH NIH!!... (peringatan untuk diri sendiri yang masih ada 'AMANAH' Allah yang perlu dijaga.. anugerah yang paling mahal.. anak-anakku... ALLAHU AKHBAR!!).

Jadinya.. JELAS SEKALI... PERMASALAHAN SOSIAL dan RENDAHNYA TAHAP KEIMANAN umat Islam di Malaysia ini sungguh membimbangkan... sebab terlampau ‘majmuk’ sangat kot?.. atau sebab otak 'penjajah' MELEKAT KEMAS di jiwa walaupun negara dh Merdeka lebih 50 tahun!!... WALLAHU 'ALAM.. (masih nak ingatkan diri sendiri yang serba kekurangan jugak!!.. huhuhu)...

Pasal Isu Training ESQ – aku dh sentuh perkara tu... tak perlu nak ulang... semoga sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan dapat memberikan jawapan yang tepat... supaya tidak mengundang fitnah atau memberi kesan yang tidak sewajarnya..

Ini.. pasal isu BOGEL UTK SENI LAKONAN!!... Ya Rabbii.... apa SEWEL agaknya pegangan agama SESETENGAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA NIH???...

DLM AL-QURAN TU ADA TULIS KE "KALAU UNTUK SENI TU ADA EXCEPTION UTK TAK BERDOSA"????... aduuuhhhh....

Yang bestnya, ada pulak ayat "TAK PAKSA DIA BUAT" – "DIA BUAT ATAS KERELAAN"...

Agaknya la kan.. kalau di praktikkan dalam mendidik anak2.. kalian yang menjadi ibu dan ayah, sanggup tak tengok ANAK KORANG TUNGGANG ARAK? ATAU JIKA MINTA IZIN UTK BERZINA, adakah kalian IZINKAN???..

SANGGUP KE TUTUP MATA, TUTUP TELINGA TERHADAP "MAKSIAT"/ "PERKARA YANG DIHARAMKAN AGAMA" YANG SAH NYATA DILAKUKAN DALAM PENGETAHUAN ANDA???... BOLEH BUAT TAK KISAH??? SANGGUP BERSUBAHAT???...

AKU TAK SANGGUP.. OLEH ITU, DI SINI AKU MEMANG MENENTANG SEHABIS-HABISNYA "APEKEJADAHNYA MENDE ALAH DLM BOTOL TUH"...
Jangan nak ada kaum kerabat aku yang nak gatal-gatal pegi tengok!!...
(setidak-tidaknya ini NAHI MUNGKAR yang aku lakukan – kelak jika ditanya, aku MEMILIH UTK TIDAK BERSUBAHAT dengan Pelakon, Penerbit, Pengarah serta Krew2 filem ini dan yang seumpama dengannya!! Termasuk perkara-perkara lain juga – BUKAN TERHAD KEPADA FILEM SAHAJA!!.. termasuk yang di alam NYATA INI!!...).

Tak ada maknanya pon nak mengajar mengelak perkara maksiat dengan melakukan maksiat – walaupun dalam bentuk lakonan...

Mak aku tak pernah pun nak tunjuk demo bila dh kawen macam mana nak buat anak... pon tak ajar demo nak beranak tu macam mana... tapi aku tau je nak buat anak!!... dah beranak dah pon!!..dah ada dua dah!!..

Jadinya, tak payah la nak pakai 'tiket' nak mengajar dengan lakonan!!.. banyak lagi bentuk lakonan lain yang boleh dijadikan PENGAJARAN...

Boleh je pon orang MENANGIS DAN INSAF BILA BACA AL-QURAN dengan menghayati makna bait ayat dan kisah dalam Al-Quran!.
Tak ada pon dalam Al-Quran tu gambar-gambar atau filem-filem lakonan utk mengajar umat Muhammad!!...

Tapi aku rasa, kalau setiap Surah dalam Al-Quran itu dijadikan FILEM – mau MELALAK PELAKON, PENGARAH, PENERBIT dan KREW2 BERTUGAS... nak plak gambaran "KIAMAT" DAN "NERAKA"... sanggup tak pelakon2 MENGHAYATI BABAK2 'KEDATANGAN KIAMAT @ AZAB API NERAKA' – BERLAKON BETUL2.. DENGAN API BETUL2.. BOLEH?????...

......................


Firman Allah yang bermaksud :
“Tidakkah mereka menjelajah di bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang menimpa umat-umat yang sebelum mereka?Allah telah binasakan mereka dan orang-orang kafir akan menerima akibat-akibat yang sama seperti mereka.”
(Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat 10)

Firman Allah yang bermaksud :
"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? "
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)". (Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat18-19)








.

12 comments:

ckLah said...

Yang di Malaysia tu....mereka bukan saja perlukan talian hayat, tapi talian mayat!

KAKTINY said...

Saya anak Malaysia..

Malaysia.. Oh tanah airku..

Malaysia kita sudah berjaya..

... Banyak betul lagu2 Malaysia kita kan cklah..

Malaysia Boleh!!!...

Tijah said...

yg single zina dah tentu dosa. ni dah beranak pinak zina jugak tak tau la mcm mana...

ckLah said...

Kadang-kadang, tanpa sedar bicara kita boleh dikategorikan sebagai menghampiri zina. Kalau ckLah jumpa individu yang cenderung menggunakan unsur begini dalam blog.........ckLah akan menjauh.

Dan tak rasa rugi pun......

Yunus Badawi said...

Jgn dilayan sangat org yg sewel mcm ni. Lagi diberi perhatian lagi menjadi2.

Harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Kenakan hukuman yg setimpal supaya jadi pengajaran buat semua.

psst - saya pun ibubapa tak ajar buat anak mcm awak juga tapi dah ada 6 org anak hehehe

EIZAM said...

ya malaysia boleh!! ni la dia malaysia boleh!!!! contoh keunikan malaysia.

Ada 3 mahluk. Satu CIA, satu FBI dan satu lagi special branch (Msia). Misi mereka mencari seekor arnab di hutan. Selang berapa hari, mereka keluar dgn jawapan yg unik.

Si CIA kata..arnab dah mati kot sebb aku dah bakar semua hutan.

Si FBI kata...arnab dah mati kot sebb racun semua tumbuhan dan sayuran di hutan.

Si Special Branch (malaysia ni)...tersenyum simpul berjaya sambil membawa keluar seekor beruang betina...inila arnabnye!!!!

moral of story. Benda yg takda diadakan, benda yg ada dingada-ngadakan, benda yg besar dikecil-kecilkan. ni la malaysia dan perangai sesetengah ahlul agamawan...........

Masy said...

dorg ni mcm tu laa... nk menegakkan benang yg basah kata org dulu2 ye? sedangkan niat tak menghalalkan cara..

huhu

TINY LAIMAN said...

HUH...SOKONG KAK TINY....sebagai anak, sebagai ibu...saya sokong penuh pendapat akak...INSYALLAH SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI YE KAK...

iina said...

Baru2 nie baca gak isu nie.. apalah punya pemikiran.. kalau kat barat tuh lain ler.. nie kat negara sendiri..

Peliklah kdg2 org bercakap cam tak tahu agama dan tak beragama jek.. seolah2 boleh ambil mudah.. Yang lebih dahsyat bercakap seolah takde rasional dan tak fikir panjang cakap takat nak lepas kat tangga jek..

Nie kalau aku discuss ngan member2 mat n minah saleh aku sure diorg gelak..

KAKTINY said...

Tijah > sedih kan??... tapi aku lagi sedih dgn diri aku.. tak buleh tegur dengan perbuatan atau dengan lisan…. selemah-lemah iman, hanya mampu tegur dalam hati.. (bila baca cerita di suratkhabar, buleh menggeleng je la.. tapi NO ACTION, SYMPATHY ONLY!!)…


ckLah > ya ya.. menyedari hakikat tersebut… tanpa sedar secara sengaja atau tida.. terbuka ruang dan peluang BERZINA MATA dan PENGLIHATAN!!.. astaqfirullah hal’aziim… huhuhuhu… mula belajar menjauh… dan taknak ada rasa rugi pon!!..
(thanks cklah for the advice… really ‘take it and understand it”…)



Yunus Badawi > Kalau tak dilayan, terbongkang di depan mata segala isi cerita… anak2 yg baca terikut2 nk tahu apa bendanya!!.. isy isy isy!!...
Pihak berkuasa???... sapa la PIHAK YANG BERKUASA UTK MENJATUHKAN HUKUM YA??... Allahu Akhbar!.

KAKTINY said...

EIZAM > unik sungguh kan… ada satu member cakap.. kita ni dh menyimpang jauh betul... dah tak tahu dah nak beza HALAL dan HARAM... wujudkan je HALAM... abis cerita... Halal pon iya.. haram pon iya... adushhhh!!!.... (lagi CONFUSE!!).
Kita yg mak bapak ni pon lama2 buleh ter’confuse’ jugak ..



Masy > entah la dik… dh jadi confuse nk beza kulit arnab dengan kulit tikus putih..
Tetiba kaktiny teringat lagu “YANG REMEH DAN YANG TEMEH”...
”Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam..
Ada tangan garu, ada kaki goyang!!...”
- sungguh sedih!!...

KAKTINY said...

TINY LAIMAN > Ya Allah.. berilah kekuatan utk kami mendidik anak2 kami menjadi hamba-Mu yang beriman dan dapat membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah! Serta tidak menyimpang dari ajaran islam.. amiin.


iina > entahla iina… yang JAHIL agama tu.. terang-terang PERCAKAPANNYA (alasan yg diberi) menampakkan KEJAHILAN dalam agama.. tapi masalahnya... aku turut terkeliru pada yang BERAGAMA... bukankah agama islam ni satu jer... dan panduannya Al-Quran dan As-Sunnah... tapi, sesetengah orang tu baca ”BUKU” mana eh??....
Hadoiilaaaarrr... letih!!... (tau dek member2 ko nanti, mau dijadi bahan kutuk kaw kaw punyer... SEDIH!!!...)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.