Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Friday, August 06, 2010

PENJELASAN.. (entri ini panjang.. sila abaikan emosi aku hari ini!)

Kelmarin dan semalam kecoh dalam paper pasal kes “kemalangan dan kematian” Bekas Adun dan bekas Setiausaha Adun ‘tuh’.. banyak pihak buat spekulasi.. banyak pihak minta PENJELASAN…

Hari ni kes rumahtangga Kak Engku (raja Azura) pulak yang hendak diberikan PENJELASAN...

Aduh... membaca dan bersembang dengan cik abang buat aku buat kesimpulan bahawa ”ADAKALANYA SESUATU PERKARA ITU TIDAK PERLUKAN PENJELASAN”... kerana dengan penjelasan itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah dan musibah!!... dan juga... adakalanya sesuatu perkara itu TIDAK PERLU DI WAR-WARKAN kerana lebih banyak UMPATAN, FITNAH, DAN MALAPETAKA YANG AKAN TIMBUL!!..

Untuk kes Bekas Adun itu buat aku jadi kasihan pada yang masih hidup... yang dah mati dah tentulah MATINYA... yang hidup tu yang kasihan.. menanggung beban pandangan dan pertanyaan orang sekeliling...

Aku terbayang apa perasaan anak2 bekas adun (ada di antaranya yang merupakan pensyarah) apabila berhadapan dengan anak didiknya di dalam dewan kuliah.. dan apabila mereka berjalan di koridor2 Universiti.. sungguh kasihan!. (ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Aku terbayang apa perasaan anak-anak bekas setiausaha adun tersebut apabila mereka berada di dalam kelas dan di kantin sekolah.. pasti ada mulut kawan2 dan guru2 yang ’memperkatakan’ sesuatu!. Sungguh kasihan!.(ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Semalam dan hari ini pulak, kecoh pasal rumahtangga Kak Engku (Raja Azura)..
Aduhaaaiiii.... setiap rumahtangga ada pasang surutnya.. ada ujian ombak badai dan onak durinya... kenapa perlu dikorek dan diselidik?. KENAPA PERLU PENJELASAN?.. biarlah mereka selesaikan sendiri.. bukan apa.. takutnya apabila terlebih penjelasan akan lebih mengeruhkan keadaan...

Adalah normal apabila kita di dalam masalah tidak dapat berfikir dengan tenang (EVEN A MOTIVATOR ALSO CANNOT MOTIVATE THEMSELVES WHEN THEY ARE FACING A HUGE PROBLEM / DILEMMA IN THEIR LIFE)!.. jadinya, jika mereka-mereka itu dilanda masalah.. biarlah mereka mencari jalan fikir dengan tenang dan jalan damai.. jangan diasak dengan persoalan demi persoalan yg akan lebih memburuk dan mengeruhkan keadaan...

YA , mereka 'selebriti'.. SO??.. adakah semua hal ehwal dlm kain mereka perlu digembar-gemburkan?. Bagi ruang utk cerita peribadi terutamanya yg berkaitan dengan rumahtangga juga anak2 itu hanya kepada pihak mereka sahaja yg menguruskannya... (wallahu’alam)..

Bagi kes Kak Engku.. sungguh aku kasihan!.. (ini ujian Allah kepada dia... semoga dia tabah dan lebih mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya)

Jika PENJELASAN dapat merapatkan silaturahim dan lebih mengutuhkan lagi hubungan persaudaraan.. ALHAMDULILLAH... tapi... andai PENJELASAN itu bisa membawa kepada kehancuran.. APAKAH PENTING PENJELASAN ITU????!!!... ADUHAAAIIIII........

Adakah kita bersedia memberi PENJELASAN setiap tindak tanduk kita di dunia ini kepada ALLAH??... Pada ketika mulut dan lidah kita terkunci dan hanya tangan kaki serta anggota tubuh badan yang lain yang memberikan PENJELASAN di atas setiap tindak-tanduk kita... ADAKAH KITA BERSEDIA MENDENGAR PENJELASAN itu??..

Adakalanya biarlah sesuatu perkara itu TERGANTUNG tanpa PENJELASAN daripada PENJELASAN itu akan MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN dan PERMUSUHAN!. DI MAHKAMAH ALLAH NANTI... segalanya akan terjawab...

TAK PUAS HATI??? TIDAK ADIL?? KENA JUGAK TAHU CERITA!! BARU ORANG SEMUA TAHU!!.. (itukah suara hati anda yang berkata-kata???)..
MAKNANYA, BUKAN KES ITU yang perlu diberi PENJELASAN... tapi DIRI DAN HATI YANG TIDAK PUAS ITU (NAFSU) yang perlu diberikan PERHATIAN!!!.

Pandangan peribadi aku... kes Kak Engku dan kes bekas adun itu... aku rasa... PENJELASAN hanya akan lebih mengundang musibah daripada manfaat!.

SIAPA AKU UTK DIBERIKAN DAN MENDENGAR PENJELASAN TENTANG CERITA MEREKA??.. aku tiada hak utk mencampuri urusan mereka... itu di antara mereka sesama mereka dan ALLAH sebagai saksinya...

Biar mereka yang terlibat sahaja yang tahu... biar mereka yang berhak sahaja yang menyelesaikannya... Bagi orang luar seperti aku.... "Ada mata - pandang, ada telinga - dengar, ada mulut (utk kes ini) – DIAM, dan, ada hati – doakan kesejahteraan semua, termasuk diri sendiri – dunia dan akhirat".

Aku doakan agar kita semua beroleh redha, rahmat, nikmat dan hidayah Allah - jauh dari dosa mengumpat juga dosa menfitnah!.. (aku sedang mengingatkan diri sendiri... adakalanya lidah yg tidak bertulang ini terlalu laju menutur kata tanpa sempat di cakna dek minda dan sering terlepas dari tapisan iman dan takwa... bait ayat keluar lancar dengan dipandu arah oleh nafsu yang beraja, oleh tiupan syaitan yang menggoda... ASTAQFIRULLAHAL'AZHIIM)...

”Ya Allah... di pagi Jumaat penghulu segala hari ini.. aku dengan penuh tawaduk memohon kepada-Mu Ya Allah... kuatkan iman kami, tabahkan hati kami berhadapan dengan setiap ujian dan dugaan-Mu Ya Allah... terimalah taubat kami dan berikan pengampunan kepada kami... Jangan kami Kau aibkan dan jangan kami kau sisihkan... perhatikan kami.. pimpin kami dan tunjukkan kami jalan yang Kau redhai.. Bersihkan hati kami agar kami berasa lebih dekat dengan-Mu Ya Allah...” amin.



.... sedikit sambungan - aku petik dari entri Puan Norazlina:-
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabat baginda..
“Mahukah kalian aku tunjukkan satu amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan berpuasa?” Baginda bertanya. ”Tentu saja, wahai utusan ALLAH” jawab para sahabat. Lantas baginda menjelaskan :

“Engkau damaikan orang yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, dan ‘membina jambatan’ (berhubung) dengan berbagai kelompok dalam Islam serta mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahmi).” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )




.

Tuesday, July 13, 2010

BOLEH KE BUAT TAK KISAH?


Kalau di Palestin, satu isu je yang tengah HANGAT diperkatakan.."ISU KEKEJAMAN PUAK ZIONIS"!!.. dan misi bantuan juga tertumpu untuk MENYELAMATKAN NEGARA PALESTIN DARIPADA KEKEJAMAN PUAK ISRAEL yang tak sedar diri tuh!!..

Tapi.. di MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA... pelbagai isu PANAS yang timbul..

Dari isu curi pasir sampai isu pertelagahan pendapat para Mufti ke atas satu program latihan.. PUN JADI ISU... terselit di antara isu-isu tu juga pasal isu buang anak, pasal pukul memukul... dan pasal artis tak kisah TELANJANG BULAT depan krew semata-mata utk SENI – FILEM!!.. (ada sesiapa nak hantar bantuan BANTU AKHLAK WARGA MALAYSIA ni ya??)


Astagfirullahal ‘aziiimm...
URUT DADA AKU MEMBACA SEMUA KISAH-KISAH NIH!!... (peringatan untuk diri sendiri yang masih ada 'AMANAH' Allah yang perlu dijaga.. anugerah yang paling mahal.. anak-anakku... ALLAHU AKHBAR!!).

Jadinya.. JELAS SEKALI... PERMASALAHAN SOSIAL dan RENDAHNYA TAHAP KEIMANAN umat Islam di Malaysia ini sungguh membimbangkan... sebab terlampau ‘majmuk’ sangat kot?.. atau sebab otak 'penjajah' MELEKAT KEMAS di jiwa walaupun negara dh Merdeka lebih 50 tahun!!... WALLAHU 'ALAM.. (masih nak ingatkan diri sendiri yang serba kekurangan jugak!!.. huhuhu)...

Pasal Isu Training ESQ – aku dh sentuh perkara tu... tak perlu nak ulang... semoga sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan dapat memberikan jawapan yang tepat... supaya tidak mengundang fitnah atau memberi kesan yang tidak sewajarnya..

Ini.. pasal isu BOGEL UTK SENI LAKONAN!!... Ya Rabbii.... apa SEWEL agaknya pegangan agama SESETENGAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA NIH???...

DLM AL-QURAN TU ADA TULIS KE "KALAU UNTUK SENI TU ADA EXCEPTION UTK TAK BERDOSA"????... aduuuhhhh....

Yang bestnya, ada pulak ayat "TAK PAKSA DIA BUAT" – "DIA BUAT ATAS KERELAAN"...

Agaknya la kan.. kalau di praktikkan dalam mendidik anak2.. kalian yang menjadi ibu dan ayah, sanggup tak tengok ANAK KORANG TUNGGANG ARAK? ATAU JIKA MINTA IZIN UTK BERZINA, adakah kalian IZINKAN???..

SANGGUP KE TUTUP MATA, TUTUP TELINGA TERHADAP "MAKSIAT"/ "PERKARA YANG DIHARAMKAN AGAMA" YANG SAH NYATA DILAKUKAN DALAM PENGETAHUAN ANDA???... BOLEH BUAT TAK KISAH??? SANGGUP BERSUBAHAT???...

AKU TAK SANGGUP.. OLEH ITU, DI SINI AKU MEMANG MENENTANG SEHABIS-HABISNYA "APEKEJADAHNYA MENDE ALAH DLM BOTOL TUH"...
Jangan nak ada kaum kerabat aku yang nak gatal-gatal pegi tengok!!...
(setidak-tidaknya ini NAHI MUNGKAR yang aku lakukan – kelak jika ditanya, aku MEMILIH UTK TIDAK BERSUBAHAT dengan Pelakon, Penerbit, Pengarah serta Krew2 filem ini dan yang seumpama dengannya!! Termasuk perkara-perkara lain juga – BUKAN TERHAD KEPADA FILEM SAHAJA!!.. termasuk yang di alam NYATA INI!!...).

Tak ada maknanya pon nak mengajar mengelak perkara maksiat dengan melakukan maksiat – walaupun dalam bentuk lakonan...

Mak aku tak pernah pun nak tunjuk demo bila dh kawen macam mana nak buat anak... pon tak ajar demo nak beranak tu macam mana... tapi aku tau je nak buat anak!!... dah beranak dah pon!!..dah ada dua dah!!..

Jadinya, tak payah la nak pakai 'tiket' nak mengajar dengan lakonan!!.. banyak lagi bentuk lakonan lain yang boleh dijadikan PENGAJARAN...

Boleh je pon orang MENANGIS DAN INSAF BILA BACA AL-QURAN dengan menghayati makna bait ayat dan kisah dalam Al-Quran!.
Tak ada pon dalam Al-Quran tu gambar-gambar atau filem-filem lakonan utk mengajar umat Muhammad!!...

Tapi aku rasa, kalau setiap Surah dalam Al-Quran itu dijadikan FILEM – mau MELALAK PELAKON, PENGARAH, PENERBIT dan KREW2 BERTUGAS... nak plak gambaran "KIAMAT" DAN "NERAKA"... sanggup tak pelakon2 MENGHAYATI BABAK2 'KEDATANGAN KIAMAT @ AZAB API NERAKA' – BERLAKON BETUL2.. DENGAN API BETUL2.. BOLEH?????...

......................


Firman Allah yang bermaksud :
“Tidakkah mereka menjelajah di bumi dan memperhatikan bagaimana akibat yang menimpa umat-umat yang sebelum mereka?Allah telah binasakan mereka dan orang-orang kafir akan menerima akibat-akibat yang sama seperti mereka.”
(Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat 10)

Firman Allah yang bermaksud :
"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka – apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? "
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)". (Surah Al-Quran 47 Muhammad : Ayat18-19)








.

Friday, July 09, 2010

ESQ DIHARAMKAN DI KL??. MOHON PETUNJUK ALLAH.


Semalam kecoh memperkatakan tentang email yang diterima oleh rakan sejawat berkenaan isu FATWA PENGHARAMAN LATIHAN ESQ DI KUALA LUMPUR.

Berbincang, bertukar pendapat, berdiskusi pelbagai rentak bahasa dan gaya..

PANEL PERBINCANGAN :- adalah KAMI yang pernah dan telah MENGHADIRI TRAINING ESQ ini..

Usai di pejabat, bawa pula ke rumah.. bincang dengan abang..

Kesimpulan yang aku buat:

Pertama: SEDIH.
Sedih kerana ISU ISLAM bertelagah di kalangan MUFTI. Juga sedih kerana ’Mufti’ menyebut ’NAMA PENGASAS ESQ’ secara terang-terangan.
Persoalan: Sudahkah Mufti KL berjumpa sendiri dengan Dr. Ary untuk bertanya lanjut tentang ’latihan’ yang dibawa itu?. Sudahkan Mufti KL memanggil Mufti-Mufti seluruh Negeri di Malaysia – berbincang dan BERSETUJU dengan SATU PERKARA YANG SAMA?. Kenapa ada PERCANGGAHAN PENDAPAT TENTANG ISLAM?. Sedangkan Islam itu datang dari sumber yang sama – rujukan yang sama ”AL-QURAN dan AS-SUNNAH”.
Subhanallah!.

Kedua: KELIRU.
Keliru kerana yang mengeluarkan Fatwa adalah MUFTI Wilayah Persekutuan. Sedangkan Panel Syariah ESQ bukan calang2 orang... merupakan MANTAN-MANTAN MUFTI.. juga mereka yang ’pakar’ dalam bidang-bidang pengkhususan dalam Islam. 13 NEGERI DI MALAYSIA ’mengiyakan’ ESQ ADALAH AJARAN ISLAM YANG BETUL, tidak melanggar Syariah.. tetapi 1 NEGERI ”MENGHARAMKAN” ESQ dengan menyatakannya MENYELEWENG??. Ini benar2 mengelirukan terutamanya bagi ALUMNI ESQ!!. Apakah ’kami’ ini (bersama mantan2 Mufti serta mufti-mufti yang ’mengiyakan’ ESQ) ini mengikuti ajaran sesat?. Sedangkan masih menganut agama yang sama dengan syahadah yang sama, menjalani Rukun Islam yang sama, mempercayai Rukun Iman yang sama.. hanya kerana telah mengikuti 'training tentang ESQ' maka di katakan 'sesat'?.
Astaqfirullah!.

Ketiga: SYUKUR
Syukur sangat kerana dengan ”PERTELAGAHAN” ini DIHARAP agar ’KEBENARAN TERSERLAH” dan tak kira siapa betul atau siapa yang salah, semoga SEMUA PIHAK AKAN LEBIH CENDERUNG UNTUK ”BERAMAL MAARUF DAN NAHI MUNGKAR” serta meneruskan DAKWAH ISLAM DENGAN SEBENAR-BENARNYA – KEMBALI KEPADA FITRAH serta AJARAN ISLAM BERLANDASKAN AL-QURAN dan Al-HADIS.. KUKUHKAN ISLAM PADA MASYARAKAT YANG KIAN KETANDUSAN ”ILMU AGAMA” ini..
(Peringatan untuk diri sendiri yang mempunyai ”AMANAH” untuk dibimbing yakni ”ANAK-ANAK” dan keluarga yang perlu dibentuk agar menjadi KELUARGA YANG SAKINAH!). Allahu Akhbar!!.

ALLAH JUA YANG MENGETAHUI KEBENARAN SERTA APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI...

KU SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH
KU MOHON PETUNJUK DAN HIDAYAH ALLAH
KU HARAPKAN IHSAN DAN BANTUAN ALLAH


Innalillahi Wainna ilaihi rajiuun.
Bismillahi Tawakaltu ’Allallah!.

Agar Allah permudahkan segala urusan DI DUNIA dan AKHIRAT .

Ya Allah.. di pagi Jumaat penghulu segala hari ini, aku mohon pada-Mu dengan sesungguhnya..
Ampuni dosa-dosaku, dosa ibu bapaku, dosa suamiku, dosa anak-anakku, dosa kaum keluargaku, dosa sahabat-handaiku, dosa jiran tetanggaku, serta dosa seluruh umat Muhammad. Aku mohon, tunjukkan kami jalan yang benar. Tuntun hati kami agar kami sentiasa berada di jalan yang benar yakni jalan Islam. Perhatikan kami Ya Allah, jangan kami tersasar dari landasan agama suci Islam ini.. Jauhkan kami dari godaan syaitan yang sentiasa menghasut di setiap ruang dan melalui pembuluh darah itu!..

Aku mohon pada-Mu Ya Rahman Ya Rahim.. berkati, redhai, rahmati, serta anugerahkan hidayah-Mu Ya Allah dalam setiap langkah kami di dunia menuju ke akhirat, matikanlah kami dalam Husnul Khatimah, permudahkan urusan kami di ’sana’ nanti dan Kau berikanlah kami beroleh rahmat-Mu menuju Syurga-Mu Ya Allah.. AMIIIINNN...




.

Tuesday, July 06, 2010

ALASAN!.

Salam.

Ya.. aku akui agak 'malap' dalam 'perkembangan penulisan blog saat ini...

Ya.. Benar!.. Aku ada menziarahi blog teman2.. tetapi TIDAK MENINGGALKAN KOMENTAR seperti yang sepatutnya.. aku akui itu.. sekadar membaca utk mengubat rindu kepada pemilik blog serta penulisannya di blog..

Begitu juga aku sudah kurang kerterujaan utk menilik dan membelek siapa yg lalu lalang di sini..

Kebelakangan ini aku kerap menjadi pembaca setia.. bukan tak teringin nak tinggalkan komen, teringin sangat tapi 'ada rasa yg tidak mengizinkannya'... meskipun 'rasa' itu telah wujud (pada mulanya secara paksa, tapi lama-lama kerana sedar dan mungkin kini kerana redha".. MUNGKIN!!)..

RASA.. rasa apa?.. masam masin manis??... TAK!!... TAK!!.. bukan rasa-rasa itu..
Tapi 'rasa' ini lebih terarah kepada "RASA BERSALAH" dan "RASA TAKUT"..

Andai kalian pernah 'mengenali' dan 'mengetahui' jalan cerita blog ini - sebab kenapa dan mengapa blog ini pernah SUNYI seketika suatu masa dahulu (sewaktu tengah 'sarat' menyandang 'rasa' menjadi blogger tegar..), kalian pasti tahu SEBAB DAN MUSABAH aku BERHENTI BERBLOG SECARA TERPAKSA... (ada perkataan "AMARAN" di situ.. "RESTRICTION"!!...)

.. YA.. aku akui, semasa peristiwa itu, memang ianya sungguh menguji jiwa dan mengundang resah... seumpama perasaan seorang kekasih yang dihalang bertemu kekasih hatinya.. dipenjara dalam kerinduan.. (pergh.. POYO!).. begitu rasanya apabila semangat berblog MENINGGI tetapi dihalang dengan "RESTRICTION"..

... walaupun payah.. tapi aku TERPAKSA AKUR DALAM DIAM.. (aku sering berpendapat, undang-undang 'adhoc' buatan manusia adakalanya hanya bertujuan menghalang manusia lain daripada melakukan perkara yang tidak mampu atau tidak boleh mereka lakukan.. @ bersifat 'berkepentingan'.. opsss.. ampuunn!!).
- Undang-undang Allah juga yang TERBAIK... DIGUNAPAKAI DI SELURUH DUNIA, KEPADA SELURUH UMAT, PADA SETIAP DETIK MASA DAN KETIKA SERTA SEPANJANG ZAMAN... tanpa ditambah dan ditolak walaupun satu perkataan!!.. (AL-QURAN ITU JELAS DAN NYATA!!).


...MESKIPUN BEGITU, adakalanya aku memberontak jugak... tetap juga 'melanggar dinding' undang-undang adhoc ciptaan manusia-manusia itu.. dgn merasakan diri ini cukup pandai memboloskan diri mengikut segala saluran kreativiti minda (KARUT!!).

...NAMUN.. lama-kelamaan, "PERASAAN" itu datang...

RASA BERSALAH DAN RASA TAKUT...
- RASA BERSALAH KERANA MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIGARISKAN..
- RASA TAKUT KEPADA KEBENARAN..


Rasa bersalah dan takut itu BUKAN kerana BIMBANG RAHSIA MELANGGAR UNDANG2 itu diketahui.. TIDAK LANGSUNG!!.. (alah.. undang-undang manusia, there will always be a way for 'escapisme'... WHAT U NEED > IS ONLY WORD & PROOF!!...)..

TAPI... RASA BERSALAH DAN TAKUT ITU LEBIH KEPADA:
* RASA BERSALAH KERANA UNDANG-UNDANG ITU TELAH DISEDIAKAN.
* RASA TAKUT KERANA YANG MEMERHATI ADALAH ALLAH!!.... huhuhuhu...


Sebab tu, setiap kali nak masuk blog time office hour.. rasa sebak... bila baca blog kengkawan tapi nak komen, rasa bersalah... dan bila nak buat entri.. rasa TAKUT..

TAKUT ALLAH TAK REDHA REZEKI YANG AKU PEROLEHI KERANA MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG TELAH TERMETERI!!...

- bila di rumah pulak, banyak urusan yang perlu berlangsung.. anak-anak.. bapak si anak-anak.. KELUARGA ADALAH KEUTAMAAN!!.. (aku ni kalau dh duduk berteleku di depan komputer, silap2 bebudak tu jatuh tangga pon aku tak sedar.. haish.. payah payah!! pasai tu aku jarang berinternet kat umah.. melainkan kalau abang pegi main badminton atau outstation!! mcm hari ni.... hihihi)..

MAKANYA... hanya berpeluang main cak-cak di gajet kenit aku tu je lah... tapi, yg aku menyampahnya kalau bukak kt tepon tu, nak tinggalkan komen kekadang payah benar.. nak buat entri plaks macam lembs... jadinya tetap AKU BERHADAPAN DENGAN KESUKARAN UNTUK BERBLOG...

... MAKA ITU... kalau nk berinteraksi sosial... arah aku banyak tertumpu kepada FB.. sebab cepat dan mudah utk aku tekan button dan klik dengan menggunakan gajet tecit aku tuh!!...

- AKAN TETAPI... aku tetap masuk baca blog-blog kengkawan serta melompat-lompat lawat blog2 yang sama waktu dengannya serta yang boleh mentazkirahkan diri ini!!.. KERANA:-
The restriction only meant for "RESTRICTION FROM DEVELOPING AND MAINTAINING PERSONAL OWN BLOG!!!...

.. UNTUK ITU.. JELASLAH KINI MENGAPA DAN KENAPA AKU JARANG UPDATE BLOG DAN JARANG TINGGAL KOMEN DI BLOG KENGKAWAN!!...

Ada paham??.... (Ingatan untuk DIRI SENDIRI sebenarnya!!! hehehe...).

..pssttt... walau apapun.. ianya tetap kekal sebagai ALASAN!!... sekadar nak senangkan hati sendiri sebab rasa bersalah tak tinggal komen kat kawan2 blog yang banyak menghiburkan hati dikala resah dan teman dikala gundah serta sahabat yang sudi berkongsi riuh rendah... terima kasih semua!!!....



.

Tuesday, June 08, 2010

Anniversary and ESQ Training…


June 06, 2010.. genap 6 tahun Ulangtahun perkahwinan aku…

Hadiah ulangtahun kali ini?.. BERSAMA MENGHADIRI TRAINING ESQ… (abang pergi as participant, dan aku pegi to recharge as an alumni..)

Mengimbas kembali ulangtahun ke-5 tahun lepas (06.06.09).. kisahnya DI SINI...

Dan.. MAHA SUCI ALLAH...

Setahun kemudiannya (06.06.10).. baru Allah memakbulkan doa dan permintaan aku..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al Baqarah (2): Ayat 216)

Abang dengan Mr. Lee (Pak Legisan), salah seorang trainer yg bergandingan dengan Pengasas ESQ – Pak Ary Ginanjar.

Sharing abang tentang ESQ Training menjadi hadiah yang amat bermakna bagi aku utk ulangtahun perkahwinan kami kali ini...

Dan aku dengan sesungguhnya YAKIN AKAN SEGALA HIKMAH dan RAHMAT ALLAH... sememangnya setiap ujian dan dugaan tersimpul rahmat yang cukup besar dan luas... TERIMA KASIH ALLAH.. di atas limpah kurnia-Mu yang MAHA HEBAT... sedangkan sungguh sedikit aku mensyukurinya... ampuni kekhilafan diriku... Ya Rahman, Ya Rahiim.

“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka” [Ali Imran (3) : Ayat 191].

Di samping poster ESQ..

Selesai training pada 06.06.10 tu, pegilah MINI CANDLE LIGHT DINNER (takde candle pon.. ganti carnation pon oklah.. hehehe)..

Simple Dinner..

Dan… tansformasi serta anjakan paradigma jelas kelihatan…

SYUKUR ALHAMDULILLAH... semoga berkekalan selamanya..
SEMOGA DIREDHAI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?" (Surah Ar-Rahman).


"Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi.
Demi siang hari, bila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi.

Demi langit beserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya.”


(Surah As-Syams 91 : Ayat 1-10)





.

Tuesday, March 02, 2010

Yes.. aku emotional!!... So What??..

Aku cuba utk sekadar mendengar dan melihat... TAPI AKU TAK MAMPU!!!... dan memang aku akui....AKU EMOTIONAL.. SO WHAT???!!..

Aku mmg tak boleh dengar cerita berita tentang hal2 macam nih.. mmg aku emotional!!...

Tak kisahla sapa nak salahkan JANTAN KEPARAT tuh.. tapi aku TETAP NAK SALAHKAN "SITI NURHANIM AZIZ"... Si Ibu (layakkah dia dipanggil IBU???... @#$%^&**...!!!) di atas KEJADIAN INI...

Kenapa aku menyalahkan betina tuh??... kerana bagi aku JIKA SEDARI AWAL DIA TAHU MENJAGA MARUAH DAN KEHORMATAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM, SEORANG WANITA, DAN SEBAGAI SEORANG IBU... PERKARA SEHINA DAN SEJIJIK INI TIDAK AKAN BERLAKU!!...

Tapi, oleh kerana BETINA itu terlalu MENGIKUT TELUNJUK HATI DAN NAFSU SETANNYA, maka, PERKARA MALANG DAN NGERI INI TERJADI!!...

Betul.. tak siapa yang hantar sirih junjung mohon pada Allah, hendak ditakdirkan susah dan berhadapan dengan nasib MALANG... maka itu Allah telah bersumpah sebanyak 7 kali di dalam "SURAH AS-SYAM ayat 1-10: Demi Matahari, demi bulan, demi siang, demi malam, demi langit, demi bumi dan demi jiwa.... Allah telah menganugerahkan sukma kefasikan dan ketakwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya!!!..." - maka, siapa yang harus kita persalahkan??... TAKDIR???!!!...

"Surah Ar-Radh ayat 11: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika dia sendiri tidak mahu mengubahnya".. maka... jangan bongkak dan dengan mudah mencari jalan keluar dengan MENUDUH.. TAKDIR PENENTU SEGALA!!!.. sedar kekhilafan diri sendiri dahulu!!...

Tidakkah kita nampak jika ini adalah KIFARAH ALLAH KE ATAS MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH BETINA ITU???....

Ujian dan kifarah Allah datang dalam pelbagai bentuk... dan ini mungkin salah satu daripadanya... (jgn dengan mudah nak melepaskan diri daripada perbuatan DOSA dan MAKSIAT!! kalau berani tanggung dosa, berani lah jugak tanggung akibatnya!!... itu baru di dunia.. di akhirat esok???!!..)

NAMUN.. di sebalik kematian si anak - aku bersyukur sebenarnya.. kerana Syafia Humaira meninggal di usianya 3 tahun.. Allah mencabut nyawanya dgn tragis dan pasti tempatnya adalah di syurga yang abadi... aku tak dapat bayangkan syafia membesar sebagai perawan dengan mempunyai IBU YANG TIDAK BERMARUAH!!... dan kehidupan yang terumbang-ambing.. kalau syafia masih hidup, silap haribulan, syafia jadi MANGSA ROGOL BAPAK TIRI pulak.. (sapa tahu!!)

Patutla dalam cerita musang berjanggut, P.Ramlee kata dia nak kawen dengan "PEREMPUAN" bukannya BETINA.. sbb mmg BERSEPAH BETINA DI MUKA BUMI nih.. nak cari PEREMPUAN, itu yang payah!!!...

Kalau pompuan tu kena rogol, pasti aku akan bersimpati dengannya.. TAPI OLEH KERANA DIA TERANG-TERANGAN BERSEKEDUDUKAN dengan JANTAN tuh... HELLLOOOO.... JANGAN NAK TAGIH SIMPATI AKU DENGAN CROCODILE TEARS DIA TUH!!!... POOODDDAAAAHHH!!!!!.....

Aku hanya akan simpati pada dia jika benar2 dia BERTAUBAT.. semoga dia benar-benar BERTAUBAT!!... TAUBATAN NASUHA!!.. dan ikhlas aku doakan semoga pintu taubat terbuka untuk perempuan bernama "SITI NURHANIM AZIZ".... (aku tahu yg aku pun bukan manusia sempurna.. dan aku mohon semoga Allah tidak bolak balikkan hati dan diri aku untuk menjadi "BETINA"!!! NAUZUBILLAH!!.....)

Aku ada dua orang anak... seorang perempuan dan seorang lelaki... aku bukan Nabi yang sempurna, bukan malaikat yang mulia.. aku seorang Ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anakku.. amanahku.. dan peristiwa begini amat mengganggu emosi aku...

Nureen : Ibu doakan Nureen membesar sebagai seorang PEREMPUAN yang tahu menjaga maruah DEMI ISLAM, DEMI HARGA DIRI SENDIRI.. untuk ibu dan ayah, untuk anak2 dan untuk SUAMI.. bukan untuk JANTAN!!!... Ibu jugak doakan Nureen bertemu jodoh dengan seorang LELAKI yang dapat membimbing Nureen dunia dan akhirat.. yang tidak akan membelakangkan agama, maruah diri, keluarga dan amanah Allah... yang tahu batasan akal dan nafsu...

Zaqwan : Ibu doakan Zaqwan jadi seorang LELAKI yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip Islam.. meskipun tidak sehebat Nabi Muhammad S.A.W ataupun para sahabat... setidak-tidaknya tahu garis batasan yang sepatutnya... cari PEREMPUAN untuk dijadikan isteri... PEREMPUAN yang boleh bersama susah dan senang.. woman behind your successfulness.. yang menjaga maruah dirinya demi kehormatan suaminya serta nawaitu Lillahi Taala... yang tahu batasan akal dan nafsu...

BETINA-BETINA DI LUAR SANA:

Jika kita tidak tahu menjaga MARUAH serta HARGA DIRI kita.. jangan harapkan orang lain untuk menghargai DIRI kita... jangan impikan kebahagiaan jika diri sendiri tidak tahu dan tidak mahu menilai dan menjaga harga dan maruah diri sendiri...

WAHAI KAUM HAWA:

Peliharalah maruah diri, maruah suami dan maruah keluarga.. ITULAH JIHAD KITA KE JALAN ALLAH!!!..... jika bukan kita yang menjaganya.. SIAPA LAGI??!!... dan Allah telah amanahkan kita dengan kehormatan yang cukup tinggi nilainya... maka hargailah ia.. Mari kita BERJIHAD... AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR!!..


Ya.. aku memang emotional bab-bab macam nih.. bab2 maruah dan kehormatan diri... yang melibatkan KAUM SEJENIS AKU.... SO WHAT???!!!... MEMANG... aku memang seorang perempuan kampung yang bodoh dan dungu yang dididik tentang maruah dan kehormatan diri bukan untuk ditakluki sewenang-wenangnya oleh jantan2 yang lalu lalang dlm hidup... SO WHAT??...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.