Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, July 06, 2010

ALASAN!.

Salam.

Ya.. aku akui agak 'malap' dalam 'perkembangan penulisan blog saat ini...

Ya.. Benar!.. Aku ada menziarahi blog teman2.. tetapi TIDAK MENINGGALKAN KOMENTAR seperti yang sepatutnya.. aku akui itu.. sekadar membaca utk mengubat rindu kepada pemilik blog serta penulisannya di blog..

Begitu juga aku sudah kurang kerterujaan utk menilik dan membelek siapa yg lalu lalang di sini..

Kebelakangan ini aku kerap menjadi pembaca setia.. bukan tak teringin nak tinggalkan komen, teringin sangat tapi 'ada rasa yg tidak mengizinkannya'... meskipun 'rasa' itu telah wujud (pada mulanya secara paksa, tapi lama-lama kerana sedar dan mungkin kini kerana redha".. MUNGKIN!!)..

RASA.. rasa apa?.. masam masin manis??... TAK!!... TAK!!.. bukan rasa-rasa itu..
Tapi 'rasa' ini lebih terarah kepada "RASA BERSALAH" dan "RASA TAKUT"..

Andai kalian pernah 'mengenali' dan 'mengetahui' jalan cerita blog ini - sebab kenapa dan mengapa blog ini pernah SUNYI seketika suatu masa dahulu (sewaktu tengah 'sarat' menyandang 'rasa' menjadi blogger tegar..), kalian pasti tahu SEBAB DAN MUSABAH aku BERHENTI BERBLOG SECARA TERPAKSA... (ada perkataan "AMARAN" di situ.. "RESTRICTION"!!...)

.. YA.. aku akui, semasa peristiwa itu, memang ianya sungguh menguji jiwa dan mengundang resah... seumpama perasaan seorang kekasih yang dihalang bertemu kekasih hatinya.. dipenjara dalam kerinduan.. (pergh.. POYO!).. begitu rasanya apabila semangat berblog MENINGGI tetapi dihalang dengan "RESTRICTION"..

... walaupun payah.. tapi aku TERPAKSA AKUR DALAM DIAM.. (aku sering berpendapat, undang-undang 'adhoc' buatan manusia adakalanya hanya bertujuan menghalang manusia lain daripada melakukan perkara yang tidak mampu atau tidak boleh mereka lakukan.. @ bersifat 'berkepentingan'.. opsss.. ampuunn!!).
- Undang-undang Allah juga yang TERBAIK... DIGUNAPAKAI DI SELURUH DUNIA, KEPADA SELURUH UMAT, PADA SETIAP DETIK MASA DAN KETIKA SERTA SEPANJANG ZAMAN... tanpa ditambah dan ditolak walaupun satu perkataan!!.. (AL-QURAN ITU JELAS DAN NYATA!!).


...MESKIPUN BEGITU, adakalanya aku memberontak jugak... tetap juga 'melanggar dinding' undang-undang adhoc ciptaan manusia-manusia itu.. dgn merasakan diri ini cukup pandai memboloskan diri mengikut segala saluran kreativiti minda (KARUT!!).

...NAMUN.. lama-kelamaan, "PERASAAN" itu datang...

RASA BERSALAH DAN RASA TAKUT...
- RASA BERSALAH KERANA MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIGARISKAN..
- RASA TAKUT KEPADA KEBENARAN..


Rasa bersalah dan takut itu BUKAN kerana BIMBANG RAHSIA MELANGGAR UNDANG2 itu diketahui.. TIDAK LANGSUNG!!.. (alah.. undang-undang manusia, there will always be a way for 'escapisme'... WHAT U NEED > IS ONLY WORD & PROOF!!...)..

TAPI... RASA BERSALAH DAN TAKUT ITU LEBIH KEPADA:
* RASA BERSALAH KERANA UNDANG-UNDANG ITU TELAH DISEDIAKAN.
* RASA TAKUT KERANA YANG MEMERHATI ADALAH ALLAH!!.... huhuhuhu...


Sebab tu, setiap kali nak masuk blog time office hour.. rasa sebak... bila baca blog kengkawan tapi nak komen, rasa bersalah... dan bila nak buat entri.. rasa TAKUT..

TAKUT ALLAH TAK REDHA REZEKI YANG AKU PEROLEHI KERANA MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG TELAH TERMETERI!!...

- bila di rumah pulak, banyak urusan yang perlu berlangsung.. anak-anak.. bapak si anak-anak.. KELUARGA ADALAH KEUTAMAAN!!.. (aku ni kalau dh duduk berteleku di depan komputer, silap2 bebudak tu jatuh tangga pon aku tak sedar.. haish.. payah payah!! pasai tu aku jarang berinternet kat umah.. melainkan kalau abang pegi main badminton atau outstation!! mcm hari ni.... hihihi)..

MAKANYA... hanya berpeluang main cak-cak di gajet kenit aku tu je lah... tapi, yg aku menyampahnya kalau bukak kt tepon tu, nak tinggalkan komen kekadang payah benar.. nak buat entri plaks macam lembs... jadinya tetap AKU BERHADAPAN DENGAN KESUKARAN UNTUK BERBLOG...

... MAKA ITU... kalau nk berinteraksi sosial... arah aku banyak tertumpu kepada FB.. sebab cepat dan mudah utk aku tekan button dan klik dengan menggunakan gajet tecit aku tuh!!...

- AKAN TETAPI... aku tetap masuk baca blog-blog kengkawan serta melompat-lompat lawat blog2 yang sama waktu dengannya serta yang boleh mentazkirahkan diri ini!!.. KERANA:-
The restriction only meant for "RESTRICTION FROM DEVELOPING AND MAINTAINING PERSONAL OWN BLOG!!!...

.. UNTUK ITU.. JELASLAH KINI MENGAPA DAN KENAPA AKU JARANG UPDATE BLOG DAN JARANG TINGGAL KOMEN DI BLOG KENGKAWAN!!...

Ada paham??.... (Ingatan untuk DIRI SENDIRI sebenarnya!!! hehehe...).

..pssttt... walau apapun.. ianya tetap kekal sebagai ALASAN!!... sekadar nak senangkan hati sendiri sebab rasa bersalah tak tinggal komen kat kawan2 blog yang banyak menghiburkan hati dikala resah dan teman dikala gundah serta sahabat yang sudi berkongsi riuh rendah... terima kasih semua!!!....



.

12 comments:

aliff muhammad said...

Salam,

Semoga semua selamat kekandaku. Insyaallah.

Masy said...

oo ok laa paham2 huhuhhuhhu

iina said...

Tiny

Camnielah.. kalau ko ada rasa nak menulis.. ko tulis ler dalam word ke.. apa ke pastu email personal kat email ko.. balik umah kot ada masa.. ko publish ler kat blog hahahaha.. takdelah ko access blog masa ofis hour kan.. paling tidak ko tulis email hahahaha.. bernas tak idea aku.. aku dulu bila ada idea aku selalu tulis dlm notes dlm hp aku.. abis tulis aku htr kat email aku.. bila ada masa free baru aku publish dlm blog.. yelah masa idea tgh ada tuh bestlah nulis.. xde tuh mmg berhari2 tak update..

Apa pun buatlah apa yang terlintas dek hati ko.. asalkan ko tahu yg mana betul dan salah.. biar kita tahu apa yg kita salah dan buat sesuatu.. dari tahu salah.. tapi buat tak tahu jek hehehe

ckLah said...

Semalam ckLah berburu. Nak tembak ayam hutan, tertembak arnab yang cantik.



.......rupa-rupanya ckLah mimpi!



Errrr...tapikan, daging arnab yang cantik tu sedap sangat kalau dibuat satey!



Ooooooooooops....apa merapu komen ckLah ni.

Theee..he....he...

KAKTINY said...

Aliff > terima kasih dik kerana memahami.

Masy > tgh tazkirah diri sendiri nih.. Huhu.

KAKTINY said...

Iina > bernas sungguh idea ko tuh. Hmm. Type dlm tepon and email then post kt wall. Wah.. Tak sia2 aku ada kwm terror IT.. Hehehe. Thanks dear.. Ko mmg memahami.. Hihihi.

KAKTINY said...

Cklah > ooo.. Nk tembak ayam hutan rupanya.. Dasat peluru cklah.. Satu belantara dengar.. Berkeliaran seisi belantara.. Kehkehkeh. Tp arnab ni tetap nk intai pondok cklah.. Sbb tahu pondok cklah cantik secantik tuannya.. Hiasannya indah seindah peribadi pemiliknya.. Bnyk yg boleh diteroka dan dijadikan inspirasi... Terima kasih cklah.. Hehehe.

Cik DIA said...

hmmmmm....ingatan tuk diri ini juga...thanks kak...
rindunya kak akak ngan si tecik ber2 tu...
muahssss....
(",)

kakpah said...

salam tiny,
hidup ni sentiasa buat pilihan dan orang yang waras akan membuat pilihan yang baik. Akak tau kau pandai memilih antara yang baik dan yang tidak. Berbelog bukan wajib. Dahulukanlah yang wajib.
Sesekali kita mengomen antara satu sama lain hehe...
lap u.

KakLong said...

takpa takpa aku paham....aku pun sama...dah lama menurun tahap kegabanan memblog aku....tapi aku suka jugak nak update...untuk bacaan hari tua, dan motivasi diri....bila baca balik entry lama2 rasa tak percaya aku dulu pandai benar menulis awat lani tumpul sangat kreativiti aku....

suara said...

Adakala... rasa dan bicara itu mahu dikongsi tapi luahan tak menjadi. Bimbang akan ada tulisan yg akan dipersoalkan ketika amalan dibicarakan di mahkamah Tuhan nanti.

blackcardomompods said...

kak tiny,give me ur fb ma...kt my blog ok.nk add u.kita punya dh off public search da

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.