Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, July 27, 2010

ESQ: Tanyakan terus!.

Salam.

Dapat sms dan email daripada ESQ Leadership Centre yang menyatakan bahawa satu FORUM KHAS akan di adakan seperti di bawah:

Tarikh : 28 Julai 2010.
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang.
Tempat : Grand Ballroom, Flamingo by the Lake, Jln Ampang.
Panel : Dr. Ary Ginanjar (pengasas ESQ Training) bersama Kiyai Hj. Abdul Hasyim Muzadi (Mantan Ketua Umum Nahdatul Ulama Indonesia) serta Barisan Panel Syariah ESQ (di antaranya Mantan Mufti Kedah dan Johor, Malaysia).


YA!. Aku dah pun isi borang cuti setengah hari esok. Ajak cik abang pegi mendengar penjelasan Dr. Ary dan panel-panel tentang topik forum :- "TANYAKAN PADA PENGASAS ESQ DR. ARY GINANJAR AUGUSTIAN MENGENAI BUKU ESQ DAN ESQ TRAINING".

NAH!. Pengasasnya sendiri sudah datang. (masuk adalah PERCUMA!!).

Apa lagi, ambil peluang untuk bertanya terus sebarang kemusykilan, kekeliruan, kerisauan, kegusaran, salah faham, salah tafsir, silap pandang, ketidakbenaran atau apa sahaja yang berkaitan dengan training yang HEBOH DIPERKATAKAN DAN YANG TELAH DIFATWAKAN HARAM OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR pada 17 JUN 2010 (tetapi telah diputuskan BOLEH DIJALANKAN DENGAN PANTAUAN PANEL SYARIAH ESQ oleh Muzakarah Khas Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 14 Julai 2010).

Jadinya, bagi mengelakkan ada dikalangan kita yang BERTEGANG URAT sehinggan boleh membawa kepada BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN, maka, ada baiknya, sama-sama mendengar apa kata Panel-panel ESQ itu sendiri serta BERSOAL-JAWAB bagi mencari JAWAPAN YANG SEBENAR!.

Dan.. TANYA APA JUGA PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN - JANGAN LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN!.. JANGAN 'SEMBANG' DI BELAKANG PENTAS, TETAPI MEMBISU DI HADAPAN SIDANG!!.

UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN UMAT ISLAM (terutamanya bagi mereka yang serius ingin menegakkan AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR serta yang benar-benar ingin melihat umat islam TIDAK TERPESONG AKIDAHNYA), AYUH BERSAMA BERTANYAKAN SENDIRI KEPADA PENGASAS TRAINING YANG TELAH DIIKUTI LEBIH 63,000 ORANG DI MALAYSIA (yang sebahagian besarnya UMAT ISLAM), agar tiada lagi kekeliruan dan perdebatan dalam usaha MENGUKUHKAN IHSAN, IMAN DAN ISLAM UMAT MUHAMMAD S.A.W dan MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM SERTA MENJADIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI SEBENAR-BENAR PANDUAN.


........................................................................................................................

Jika kalian kata aku TAKSUB dengan ESQ - terpulang. TIADA APA pada training ESQ itu atau pada Dr. Ary sendiri yang perlu aku taksubkan.

Hanya ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi ilham kecerdasan kepada Dr. Ary utk mengadakan training ini. Ada UMAT ISLAM yang berjaya membawa Training yang berdasarkan prinsip islam ke serata dunia (selama ini kita asyik dok puja puji buku2 dan program2 latihan daripada barat jer... sedangkan ISLAM ITU LENGKAP SUDAH!... tapi hanya disebarkan di sekolah dan di masjid-masjid serta dalam ceramah agama.... tempat yang sukar sekali jiwa muda bergelora boleh duduk betah selama lebih daripada 15 minit!!).

Maka itu aku panjatkan Syukur kepada Allah kerana telah memudahkan jalan aku untuk mengikuti training ESQ itu dan mengizinkan aku merasai satu rasa anugerah Allah yang bernama "BAHAGIA" (dlm sedih ada bahagia, dalam duka ada bahagia, dalam sukar ada bahagia.. dalam bahagia lebih terasa BAHAGIANYA!.. KERANA TAHU, YAKIN DAN SEDAR, ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA).

Apabila aku ikuti training ESQ ini, 3 hari cuma!. Tapi telah menimbulkan satu perasaan yang hampir HILANG.. iaitu perasaan SEDAR, YAKIN dan INSAF tentang asal diri aku dan hubungan aku dengan Pencipta. Aku mendapat satu kefahaman yang jelas dan jitu tentang IHSAN, IMAN DAN ISLAM!. Yang selama ini setakat di bibir tapi tidak di hati, juga tiada di jiwa!.

Dan apabila suami juga mengikutinya, KAMI SEDAR, KAMI TIDAK MAMPU MENERANGKAN PERKARA SEDEMIKIAN KEPADA ANAK-ANAK KAMI!!..
(makanya kami bersetuju untuk menghantar anak-anak kami mengikutinya nanti - tapi kena tunggu mereka mencapai umur 8 tahun).

Bila mufti sesama mufti tidak bersependapat mengenai ESQ Training ini, YA, aku sedih.. Kenapa yang baik tidak sahaja diteruskan dengan mudah??. Ada sahaja halangan dan sekatan. Setahu aku, sepanjang aku dan suami mengikuti training ini, tidaklah kami berdua menukar agama atau menjalani prinsip hidup bebas dan sekular seperti yang di'risau'kan. Malah kami lebih intim dan lebih bersemangat untuk membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah. InsyaAllah.

Ustaz-ustaz penceramah selalu berkata setiap kali penghujung ceramah iaitu: "YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK ADALAH DARI SAYA SEBAGAI MANUSIA BIASA".
Mengapa tidak praktikkan ini kepada Training ESQ?. Yang baik ambil sebagai pedoman, yang buruk jauhkan dan jadikan sempadan. Wallahu'Alam.


p/s : encik abang cakap.. kenapa tak haramkan program2 realiti yang dok tayang tubuh badan perempuan, berpeluk, melalak bagai tu?? (kan itu sah sah MAKSIAT depan mata?. yang boleh membawa kepada KEMUSNAHAN AKHLAK?!).

Dan jugak kenapa tak HARAMKAN juga training Rahsia Tarikh Lahir, kan itu umpamanya menilik nasib?!. (pon wallahu'alam).... tapi ada orang agama kata Program itu tak haram sebab ia PROGRAM MOTIVASI
.



Setahu aku, program ESQ adalah PROGRAM LATIHAN DAN MOTIVASI..
ESQ BUKAN PROGRAM FORUM PERDANA AGAMA ISLAM!!.
Jadinya, DIMANA SILAPNYA ESQ TRAINING???...


Jadinya, USAH BERBALAH LAGI...
MARI SERTAI FORUM INI.
PILIHAN DI TANGAN ANDA!.



Jika kita mengetahui kebenaran dan 'mengata' mengenai kebenaran itu, ia dinamakan MENGUMPAT. Jika kita tidak tahu akan kebenaran dan memperkatakan tentang kebenaran / ketidakkebenaran perkara itu - itu namanya FITNAH!.

Semoga kita tidak terlibat dalam kedua-duanya kerana ia tidak diredhai ALLAH.

(BENARLAH!. Adakalanya DIAM lebih baik daripada bercakap daripada BERCAKAP yang menunjukkan KEBODOHAN DIRI atau KEDANGKALAN ILMU atau KEEGOAN AKHLAK yang tidak sepatutnya).

.... dan aku... mungkin telah membuka satu daripadanya!!..

ASTAQFIRULLAHAL'AZHIIM.... semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua... amiin..

5 comments:

ibundo said...

salam tiny,
semasa kakpah ikut kursus akhir yang dibuat oleh pekej masa pegi haji haritu, pekej ni slotkan separuh hari kepada ESQ ini dan program ini diberi pada kami secara percuma.
Sungguh menginsafkan..
dewan banjir dengan air mata. Program ini membawa kami melihat keagunganNYA dan memberi kesedaran betapa banyaknya kesilapan yang telah kita lakukan dalam hidup ini. Kesilapan yang tidak diredhaiNYA.

Sudah semestinya ia lebih baik daripada program maksiat yang berleluasa...

iina said...

Setiap yang baik datang dari Allah.. tapi yang buruk datang dari sikap kita.. Semoga majlis itu memberi keberkatan pada semua dan penyelesaian pada semua permasalahan yg ada..

Kdg kita tak boleh hakimi sesuatu yang buruk dengan mengatakan itu memang buruk sebab kdgkala kita tak tahu apa kebenaran dan kebaikan di sebalik itu.. ;)

Kaktiny said...

Kak Pah > bab itu yg tiny suka kakpah.. kerana ini satu2nya training yg pernah tiny hadiri yg membuatkan airmata menitik sehingga ke hari ini apabila mengenangkan kekerdilan diri dan kekhilafan diri di hadapan Allah s.w.t...

bila tiada airmata utk mengalir kerana insaf, mungkin tanda hati sudah keras... bila tiada hati bergetar bila ayat Allah dibacakan, mungkin tanda hati sudah panas... bila tiada airmata dikala memanjat doa kepada Allah, dan terasa ego memuncak, terasa diri hebat, mungkin sahaja kerana Allah jauh tidak memerhatikan..

ASTAQFIRULLAH.. nauzubillah.. semoga Allah sentiasa memerhatikan kita.. memberi rahmat-Nya, memberi redha-Nya, memberi petunjuk-Nya dan hidayah-Nya..

Bukanlah ESQ itu satu-satunya program terbaik.. tapi adalah SALAH SATU daripada penambahan program motivasi dan ibadah yang elok utk diikuti.. ITU SAHAJA.. kan kak kan..

sama jugak kalau kita makan nasi.. mmg nasi tu penting, tapi kan lebih enak jika ada lauk yang bertukar-tukar.. tidaklah mengadap ikan kering sambal belacan jer walaupun mmg ikan kering sambal belacan itu UMPPH.. kan kak kan.. hihihi..

(lah!!.. terjadik cam entri plak kt komen.. sorry kak.. hahaha)..

Kaktiny said...

Iina > setuju sgt.. dan tak boleh juga terlalu taksub menyatakan semua perkara yang kita rasa baik itu betul.. sbb perancangan dan perlaksanaan manusia tiada yg sempurna melainkan rencana Allah juga yang MAHA UNGGUL..

tapi.. apa salahnya jika kita berganding bahu untuk perkara yang boleh menyatukan kembali umat islam yang kian hanyut dibawa arus hati yg ego, hasad yg ingin menguasai dan nafsu yang beraja..

(sesekali aku risau memikirkan anak2 aku... mcm mana aku nk bimbing diaorg dgn situasi aku bekerja, anak2 maid jaga, hiburan berleluasa, maksiat hari2 di depan mata / di kaca tv.. ASTAQFIRULLAH... ALLAHU AKHBAR..)

- pasal tu aku suka program motivasi macam ni.. kalau setakat dengar ceramah agama kt masjid.. bebudak tu tak sampai 10 minit, dh ajak aku balik!!.. huhuhu...
- ajak tgk ceramah kt tv, dh nak dibukaknya channel kartun.. waa waa waaa...
- tp, program ni.. 3 hari ko tak terasa masa berlalu.. (itu yg aku rasa..).. dan rasa nak lagi dan lagi dan lagi utk dengar 'ceramah agama'... dan motivasi diri!..

(ni pon leh jadi entri gak nih!!.. huhuhu)

Mak Su said...

kaktiny, alahai, 28 july hari ni ek... maksu kerija.....

anyway, kaktiny kena tag, sudikanlah ya :)

http://ceritakosong.blogspot.com/2010/07/tag-dan-award-bestest-blog.html

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.