Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, July 16, 2010

Oh AMANAH!.

Bertemu Jumaat lagi. Alhamdulillah.

Sedikit dialog sendalokakata untuk renungan Jumaat.

Anak : Mak, mak masak memang best. Masakan kampung yang sungguh original. Sedap.

Mak : Eh. Lain macam je bunyinya ni. Ada apa-apa permintaan khas ke?.

Ayah : Tu ayat bodek nak mintak mak masak apa-apa la tu kan.

Anak : Hehehe. Tak. Sebenarnya rasa teringin nak makan makanan ’mat saleh’. Kawan-kawan kata SEDAP!.

Mak : Apa makanan tu?.

Anak : Spageti.

Ayah : HAISH!!... Makanan mat saleh tu kan HARAM. Ada campur wine. Silap-silap ada daging haram atau yang tak sembelih. JANGAN NAK MENGADA-NGADA.

Anak : Tapi, kawan-kawan makan, ok je pun. Tak ada lah balik-balik sambal belacan, balik-balik ikan kering. Bosan la mak. Nak juga rasa sesuatu yang baru.

Ayah : TAK PAYAH!. Ayah makan ikan kering dengan sambal belacan selama hidup ni tak ada apa pun. Boleh pun hidup.

Anak : (”pasal tu ayah dapat darah tinggi!” - mengomel di dalam hati).

Anak : Ala.. mak. Takkan tak boleh kot??!.

Mak : Hmmm... Boleh. Kenapa pulak tak boleh?. (ibu yang sentiasa tersenyum mesra).

Anak : (tersenyum gembira)

Ayah : Pandai la Mak nye nih. Bagi sangat la makan benda-benda mengarut tuh. Nak sangat western food la, chinese food la, italian food la. Esok-esok SESAT BARAT anak kita ni.

Mak : Isy abang ni, takkan la dengan makan western food tu anak kita terus jadi ’ORANG BARAT’. Kalaupun anak kita ’tersesat barat’, HABIS TU APA GUNANYA KITA SEBAGAI MAK BAPAK DIA?. BOLEH TENGOK SAJA ANAK SESAT HALA?. Takkan semata-mata taknak anak tu sesat barat, maka abang SEKAT TERUS keinginan dia nak mencuba benda baru?. Lagipun, yang dia minta tu BUKAN BENDA PELIK. Makanan je pun.

Ayah : Ermm..

Mak : Abang ni pon. Apa salahnya dia nak makan semua tu. FIKIR LOGIK. Lagipun, yang dia minta adalah ”SAYA MASAKKAN”, bukan dia nak pergi makan dekat restoran sana tu. Bila SAYA YANG MASAKKAN, takkan la saya nak bagi makan segala benda haram yang abang cakap tu?. Saya yang masak, saya la yang BELI BAHANnya. SAYA YANG PANTAU ISI KANDUNGANNYA!.

Ayah : Tapi.... (diam yang panjang...)

Mak : Apa tapinya abang?. Ini pun, mujur dia MINTA IZIN KITA dan MINTA SAYA MASAKKAN.. CUBA KALAU DIA ”CURI-CURI” cari makanan tu tanpa ”PANTAUAN SEPENUHNYA” dari kita?. Atau TANPA PENGETAHUAN KITA?. Tahu-tahu sahaja ’MEMANG DAH TERSESAT?”. SAPA NAK JAWAB?.

Ayah : Tapi... kalau awak dah masakkan makanan barat tu kat dia, AWAK ADA TAK NAK MASAK UNTUK SAYA SAMBAL BELACAN DAN IKAN KERING LAGI KE?.

Anak : (oooooo..... ini kes fikir tembolok sendiri la ni KOT!!.. grr grrr grrr... tak kuasa nak layan) – [Masih mengomel dalam hati, sebab TAKNAK DI CHOP ANAK DERHAKA!. Mak tak ajar jadi ANAK DERHAKA!!.. NANTI ALLAH MURKA!!].

Mak : Dah, dah. KITA CARI TITIK KESEPAKATAN. Nanti mak masak dua-dua menu. Satu western, satu lagi masakan kampung. Sapa nak makan apa, TEPUK DADA TANYA SELERA. Yang penting, SEMUA MESTI MAKAN DI RUMAH. MAK MASAK UTK SEMUA!. SEMOGA KITA SENTIASA BERSATU UNTUK HIDUP YANG HARMONI. MENJADI KELUARGA YANG SAKINAH!. HAMBA ALLAH YANG BERTAKWA. Amiin.

Ayah dan anak : Amiiin.
................................................................................................

Bukankah mudah jika semua bersatu hati. Mencari titik persamaan tanpa pertelagahan. Buang EGO, dengki, hasad, ketidakpuasan hati, dan segala nafsu yang bermaharaja lela di dalam jiwa. Matlamat kita sama. Mencari redha Allah. Memperbaiki diri dan kehidupan di dunia untuk mengejar Syurga Allah.

Sebagai manusia, TIPU JIKA KITA TIDAK PERNAH LALAI, LUPA, LEKA dan TERSILAP. SAMA JUGA SEPERTI MANUSIA LAIN. Masing-masing ada kesilapan, keraguan, kekhilafan, kekurangan, nafsu dan hasad.

Balik ke asas pegangan - AL-QURAN dan AS-SUNNAH, tanpa mengenepikan kemajuan sejagat. Pertelingkahan di damaikan dengan musyawarah. Asal kita sama, DARI TANAH!. DAN KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI... tiada terlebih atau terkurang walau satu inci darjat DIRI kita di mata Allah.. IMAN DAN AMAL yang membezakannya!.

Moleknya jika semua benar-benar bersatu dalam AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR!.

(Pesanan untuk diri sendiri terutamanya!!).


*************************************************************************************
Di petik daripada pembacaan.

Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al Kalbi,
“Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”

Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Source: iLuvislam
*************************************************************************************

.



16 comments:

ibundo said...

masakan kena pelbagai. kalau tak boring lah perut dan tekak asek itu itu jugak. pokoknya, halal. selebihnya hanya cara..
otak apak e tu kena reverse sikit supaya tak ingat ikan kering dengan sambal belacan je.
hehe..betullah kan permuafakatan itu penting dalam keluarga, dalam masyarakat dan dalam negara. baru hidup aman. negara juga kena pantau2lah barang2 makanan yang melambak2 di kedai2, pasaraya supaya kehalalan terjamin.

tiny, haritu akak buat bakso lagi. beli pentol kat pasar borong tapi banyak lemak lah.. yang ko bagi dulu sedap lagi..

Kaktiny said...

kak pah > YA BETUULLL KAK... hidup kena kreatif.. jgn ortodok sgt.. yg penting, tahu punca dan hala dan betul cara jalannya.
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.. hihihi...

itulaaa.... kot teringin nk buat bakso, nk pentolnya, roger jer tiny... (buleh gak tiny kona baring ke bangi tuh... hihihi)...
betul ni kak.. kalau nk pentol tu, pesan je kat tiny.. dgn segera tiny buat delivery (tak pon minta khidmat bantuan delivery girl.. hihihihi..)

T@sh Sch@ said...

sungguh memberi pengajaran kak tiny .. thanks

Kaktiny said...

scha > dapat yg tersirat di sebalik yang tersurat?.. Bagus... pandai adik akak yg sorang nih... hihihihi...

Acik Erna said...

salam Tiny..memang mudah jika semuanya mahu bersatu hati..
yang palin penting..buang hasad dan dengki..
insyaallah hidup kita diredhai allah..

Yunus Badawi said...

Bila korang nak pindah jadi jiran aku ni? Kalau masak tu lebihkan sikit. Pastu boleh pas kat aku satu famili hehehe

Permintaan org tak tahu malu kah kah kah

ckLah @xiiinam said...

Sekarang ni, anak anak (terutamanya Nabil) sangat teliti kalau mahu makan di luar. KFC, MekD, Pizza dan Shushi King yang dulu dia gemar, sekarang langsung tak mau masuk dah...dia ada alasan sendiri, dan kakak2nya menurut saja..


Alhamdulillah..

Catwoman said...

Salam Kak Tiny.

Makan di rumah b`sama family dpt m`eratkan silaturrahim.
Sy suka cara ni.....

:)

iina said...

Sebenar yang utama muafakat.. jangan mudah letak satu keputusan tanpa langsung fikir semua kemungkinan salah dan betul sesuatu benda tuh. Itu baru makan yang jadi persoalan dan perbalahan.. belum lagi benda2 lebih penting lagik kan.. hehehe

Masy said...

klu kita soh org kat jonis tu masakkan pun sedap gak eh kak. hihihihiihi

Mak Su said...

baru tingat, si kaklang tu mintak spageti, tapi lum sempat nak buat, huhuhu

Lee said...

Hi Kaktiny, I really enjoyed your lively humour and this posting....especially your hubby's thoughts on spaghetti, ha ha...
"Makanan mat saleh tu kan HARAM. Ada campur wine...". I love this!

If my wife makes this, I will only eat kalau ada tau gay. But definitely no wine, ha ha....besides I'm not a wine lover....after seeing how some wne are being crushed using bare feet...
Have fun, and you got great kids there, ha ha. Lee.

Unknown said...

salam tiny..betullah ..klu msk kat umah kita taulah bahan tu ok ker idak..

Kaktiny said...

kak Erna > syaitan dh berjanji pada Allah nak nacurkan umat Muhammad dan kita tahu itu kan kak.. sama-samalah kita ingat-mengingati sesama kita.. semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. amiin..


Yunus Badawi > Bila ko nak bagi lot rumah free kat area umah ko, kita org pindah la ke situ.. hihihi….


ckLah > tgk dari gaya Nabil, sgt2 ada tokoh sebagai Imam Muda.. sekurang-kurangnya kepada keluarga bahagia cklah dan keluarga dia sendiri nanti.. amiin… syukur alhamdulillah, untung cklah ada anak teruna yg dah tentunya akan mendoakan ibunya dunia dan akhirat.. amiin…

Kaktiny said...

Catwoman > ye ye.. kaktiny mmg sgt2 suka berkumpul ramai2 makan di rumah.. bahagia sgt.. hihihi..


iina > banyak sgt perbalahan sekarang yg saling tunding menunding… tentang semua faktor.. paling mengerikan faktor yang melibatkan halal haram bab agama.. SUNGGUH AKU RISAU. BIMBANG DAN TAKUT... kalau org yg beragama lagikan tak bersependapat, mcm mana nak didik generasi kita yg kian haru-biru-hitam-kelabu nih?!!.. huhuhuhu...


Masy > idea tuh.. idea.. hahahaha… (tapi kaktiny tgh tunggu makluman daripada jonis yg katanya dh hantar application utk dptkan sijil halal… tapi tak dapat2 lagi katanya..)..

Kaktiny said...

Mak Su > alaaa… sian kat kaklang.. meh umah tiny je la maksu oii.. senang citer.. tiny mmg gemar buat spageti carbonara nih... hehehe...


Uncle Lee > hehehe…. That was not dialogue between my hubby and I, just a humorous story that has an implied meaning behind that.. hahaha..
Wine is a NO NO NO to muslim.. lucky us.. (even some of the “believer” still into it.. huhuhu.. very sad..)..
Have fun too my dear Uncle Lee..


kak ina kl > betul kan kak.. kita yang masak, kita la yg pantau.. ye dak.. hihihi...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.