Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, July 23, 2010

Syaaban ini..

Salam Semua..

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb Julai 2010) malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib), di mana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berterusan menjalani ibadah wajib dan sunat untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Ada hadis menyatakan amalan2 tertentu yang molek diamalkan pada malam Nisfu Syaaban, tetapi yang sebenarnya amalan-amalan ini WAJIB DILAKUKAN SETIAP WAKTU, SETIAP HARI dan SETIAP MASA, jangan menunggu WAKTU-WAKTU TERTENTU SAHAJA..

(cth: jika anda tidak bertudung, tetapi hanya bertudung pada Bulan Ramadhan, tetapi buka semula pada bulan2 lain.. maknanya 1 bulan anda bertudung dan 11 bulan anda tidak bertudung.. makanya 11 bulan anda menghimpun dosa dan hanya mendapat pahala bertudung selama 1 bulan.. matematik mudah : 11-1 = ???.... makanya jika diambil daripada kiraan mudah ini, 1 tahun sahaja anda merasai nikmat syurga, tapi lagi 11 tahun anda menerima azab neraka, BERBALOIKAH??!!..) - CONTOH LA... CONTOH!!!.. BUKAN FAKTA SEBENAR!!... (kita mana tahu apa azab dan balasan di akhirat sana kan!!..)

MAKANYA.. meskipun ada hadis-hadis menggalakkan kita melakukan amalan-amalan tertentu pada hari-hari tertentu (bagus la, sebab hadis-hadis ni menyeru ke arah kebaikan), tapi, mudah-mudahan kita dapat melakukan ibadah dengan istiqamah, berterusan dan dengan ikhlas, bukan hanya menanti hari-hari tertentu dan juga bukan semata-mata mengharapkan ganjaran pahala, TETAPI DENGAN TUJUAN MENGHARAPKAN REDHA DAN KEBERKATAN ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!.

Oleh itu, menjadi kewajipan setiap Muslim untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah supaya dapat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, mengelakkan diri daripada amalan bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Dan..

Untuk menutup buku amalan lama ini:

SESUNGGUHNYA.. SAYA MEMOHON KEPADA SEKALIAN SAUDARA, TEMAN, RAKAN, KENALAN (yang menyenangi juga yang tidak menyenangi saya) RIBUAN MALAH JUTAAN AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SEHINGGA HUJUNG JARI, DI ATAS SIFAT LUARAN DAN PERASAAN DALAMAN, DI ATAS KATA-KATA, PENULISAN SERTA APA JUGA BENTUK PERBUATAN YANG MENGGURIS HATI, TERASA DI JIWA, YANG MENYIMPUL MENJADI DENDAM DAN MARAH.

BENAR-BENAR SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF.


"Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur di atas setiap kurnia-Mu dan aku redha di atas setiap ujian-Mu Ya Allah. Aku dengan berlapang dada melepaskan beban amarah dan dendam yang bersarang di hati, memaafkan setiap kesalahan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti hatiku secara sedar atau tidak sedar, secara sengaja atau tidak sengaja, dengan niat atau tanpa niat. Begitu juga aku mohon agar mereka-mereka yang pernah aku sakiti, kasari dan lukai berlapang dada untuk memaafkan segala kesalahan aku kepada mereka. Dan, hanya Kau yang Maha Mengetahui segala kebenaran Ya Allah. Tunjukilah aku jalan yang benar. Perhatikan aku Ya Allah. Janganlah bairkan aku tergelincir ke jalan yang sesat juga jalan yang Kau murkai. Amiin".

p/s: PALING PENTING JUGA- MINTA AMPUN DAN MAAF DENGAN IBU DAN AYAH (juga kepada suami ye wahai para isteri) - AMALAN KITA AKAN TERHALANG SEKIRANYA KITA DERHAKA / BERDOSA KEPADA KEDUA IBU BAPA..
- balik kampung, pergi jumpa, cari kedua ibu bapa, angkat telefon, bercakap dan MOHON AMPUN DAN UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK KEPADA MEREKA.. mohon restu dan redha kedua-duanya - semoga kita mendapat restu dan redha Allah juga.

Wallahua'alam



(setiap hari pon kena minta maaf sebenarnya kan!..)



~peringatan untuk diri sendiri dan anak2ku~


.

13 comments:

Yunus Badawi said...

Salam TINY,
Saya maafkan segala kesalahan awak kpd saya. Saya tahu awak dan geng2 pompuan suka nak kenakan saya hehehe.

Saya juga ingin meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku dari awak. Maafkan saya ya.

Kaktiny said...

YB > terima kasih yer.. sama-sama kita.. tak ada apa yg tiny simpan dlm hati pon.. gurau gurau je kan..
Harap YB and family sihat dan bahagia hendaknya.. amiin..

Tijah said...

aku pun mintak maaf mintak ampon dr ujung rambut sampai ujung kaki. maklum la mak manusia biasa tidak sempurna ye dak. pastu plan2 yg kita dah rancang tak jadi2. haih. kalu dirancang misti cenggitu kan. cuba main terjah jer mcm2 benda bleh buat. err...minggu dpn bos ado opis tak? heheheh...

aNIe said...

Salam Tiny...terima kasih kerana mengingatkan...

Bermaaf-maafan lah kita ye...andai ada yang tersinggung perasaan...terkecil hati...kadang kita tak sengaja...

Masy said...

saye pon same... bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. di hari bahagia ini..

iina said...

Tiny

Aku pun minta maaf juga andai selama kita berkawan.. bergurau.. beramah mesra ada terkasar bahasa atau terkata.. aku juga maafkan segala salah silap ko andai ada.. dan takde.. semoga persahabatan kita kekal hingga bila-bila..

Tetiba rasa cam tulis kad raya jek hehehe ok jgn lupa kd raya utk aku ini tahun ye ;)

blackcardomompods said...

kak tiny,

suak artikel ni.saling ingt mengingati,

kaktiny,kita punya persepsi,kena minta ampun hari2 sebab kematian bila2 masa.nanti menyesal seumur hidup.

Kaktiny said...

Tijah > sama lah kita nok!.. huhuhu... sama2 mintak ampun yer..
Plan kita kalau nama plan mmg la tak penah nk menjadik.. hahaha... buat tergempar terkejut baru mengena.. kehkehkeh... (minggu ni boss ada weh.. hihihi).


aNIe > salam kak… sama-sama ingat-mengingati..
Ye ye benar.. kekadang tak sengaja dan takde nia tpon tapi disalah atfsir dek orang.. tu yang risau tuh..



Masy > ni dh mcm ayat raya je ko ni dik!.. hahaha..


iina > terima kasih dear.. aku sangat menghargainya.. sangat2.. (and you know better!.. hihihi)…. Utk raya nanti, bukan setakat kad raya, parcel raya pon sampai, InsyaAllah..


CT > btul betul betul.. setuju sgt.. mmg kena minta ampun setiap hari.. tapi tak pernah kaktiny praktikkan kepada semua org.. (setakat dgn husband je minta maaf setiap hari sebelum tidur, sebelum pegi kerja dan selepas balik kerja..)... dan kepada mak ayah setiap kali berjumpa..

...jadinya cuba guna peluang2/ alternative mcm ni utk minta ampun kepada orang yang tak dapat dihubungi dan dijumpai setiap masa, detik dan ketika..

Mak Su said...

maksu juga meminta maaf atas sebarang keterlanjuran bahasa terhadap kaktiny..... :D

selamat menyambut ramadhan mubarak :)

zino said...

zino juga nak minta maaf kalau terdapat salah dan silap.. terkasar bahasa tertulis yg tak sepatutnya..

selamat mengambut nisfu saaban..

trendymuslimah said...

salam ziarah

Kaktiny said...

maksu > sama-sama kita..


abah zino > ye ye.. nk ucap yg sama jugak..


trendymuslimah > tq 4 d ziarah..

tasekM said...

aku pun nk mintak maaf yang. selamat berpuasa ye tiny.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.