Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday

Selamat Ulangtahun Kelahiran - Anakku Nureen.

Salam anakku Nureen Fierzanah Binti Mohd Rizal.

Hari ini hari ulangtahun ke-5 anak sulung Ibu yang comel ini. Ibu doakan semoga anak ibu sentiasa memperolehi kesejahteraan dan diberkati Allah akan umurmu, rezekimu, kehidupanmu dunia dan akhirat wahai anakku.

Doa Ibu sentiasa mengiringi perjalananmu Nak, selagi Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ibumu ini..

Nureen. Telah tercatat di Luh Mahfuz bahawa Nureen menjadi anak Ibu. Ibu bersyukur sangat-sangat. Sungguh Ibu bersyukur ke hadrat Allah di atas anugerah-Nya menjadikan Nureen sebagai anak Ibu.

Tiada hadiah berharga yang Ibu mampu berikan kepadamu Nak. Hanya sebuah doa, saban hari dan saban waktu, yang tidak pernah putus untuk dirimu Nak dalam melayari hidup sebagai seorang anak, seorang perempuan, seorang umat Muhammad serta seorang hamba Allah.

Hargai nilai kehidupanmu sayang. Hargai anugerah Allah yakni kehidupan yang diberikan kepada kita. Jangan sia-siakannya.

Nureen Fierzanah Binti Mohd Rizal..
Ibu lahirkanmu dengan rahmat kasih sayang Allah..
Kita bertemu dengan izin Allah dan Ibu bersyukur untuk pertemuan ini..
Ibu doakanmu agar sentiasa diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat..
Ibu redha menjadi Ibumu dan Ibu halalkan segalanya Nak..
Jadilah anak yang solehah..
Jadilah perempuan yang menjaga agama, maruah, aurat dan batasan pergaulan.
Andai kita berpisah jasad dan nyawa, Ibu serahkanmu di dalam jagaan dan lindungan Allah... dan... Ibu hanya mohon doamu Nak.
Ibu sayang Nureen!..


Di setiap tahun pabila usiamu berganjak, inilah yang akan Ibu catatkan untukmu sayang.. bacalah tulisan yang Ibu titipkan untukmu ini anakku.. semoga ia mampu mencetus Inspirasi agar kau bisa menjadi MUSLIMAH SOLEHAH!. Ameen.

Doa Ibu seperti dalam Firman Allah:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 40).

Tuesday

Syarat Memilih Jodoh : 4 syarat utk Perempuan lwn 1 syarat untuk Lelaki


Sekarang ni musim kenduri. Tiap-tiap minggu ada jemputan kahwin.

Sebut pasal perkahwinan teringat Filem Musang Berjanggut apabila P.Ramlee kata dia nak cari CALON ISTERI seorang PEREMPUAN.. sebab kebanyakan yang ada tu semuanya BETINA bukan PEREMPUAN.

Dan.. CABARAN utk menilai seorang PEREMPUAN adalah yang mampu mengagihkan ramuan masakan dalam uncang yang di campur pelbagai bahan – yang berjaya mengagihkan dan memasak ramuan itu barulah ia sebenar PEREMPUAN yang sesuai dijadikan CALON ISTERI!. sungguh kreatif (dan mendalam maknanya!).

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad Ibn Hanbal, dan Al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W menjelaskan 4 kriteria untuk memilih isteri.

1- HARTANYA
2- KETURUNANNYA
3- KECANTIKANNYA
4- AGAMANYA.

Lepas tu pulak, ada pihak yang sering menyarankan kepada wanita-wanita supaya sebagai isteri, KENA MAHIRKAN 4 KRITERIA ASAS ini kalau nak jaga suami:

1- JAGA PERUTNYAkena jadi macam chef – kena pandai masak supaya suami senang dan kenyang. Air tangan isteri itu berkat katanya. Pandai layan suami makan dan sebagainya (tapi, isteri jangan terlebih makan, takut badan mengembang, nanti disalahkan isteri tak pandai jaga badan pulak.. laki mengembung takpe.. hihihi).

2- JAGA PAKAIANNYAkena jadi macam kedai dobi – pakaiannya kena bersih, kena sentiasa harum, kena dilipat kemas, kena gosok berkilat, segaris kedut pun jangan ada (juga kena jaga pakaian sendiri.. berdandan kemas dan jaga penampilan dengan rapi.)

3- JAGA TEMPAT TIDURkena jadi macam ‘apa-apalah’- tempat tidur kena jaga biar bersih, bilik kemas, tukar cadar, sarung bantal, conforter, tukar baju segala bagai, bersiap semahunya, dan bersedia ‘anytime’.. (carilah segala skill, segala baju, segala perfume dan segalanyalah, agar si suami senang dan ‘tenang’).

4- HORMAT IBU AYAH DAN KELUARGANYAjadi menantu yang sama taraf dengan jadi anak – maksudnya, mak ayah dia adalah mak ayak kita jugak.. adik-beradik dia adalah adik-beradik kita jugak. Jangan membelakangkan mereka. Bertimbangrasa dan penuh kasih sayang untuk kedua ibubapa suami (lagi bonus kalau jaga jugak kengkawan, rakan sepejabat dia, teman segame dia, sahabat zaman sekolah dia segala semua tuh!!).

Lepas tu ada pulak tuntutan kecil yang lain lagi supaya begitu dan supaya begini... bla bla bla bla bla bla.... kononnya, agar suami tidak lari.. agar suami tidak cari yang lain.. agar suami tidak pandang perempuan lain.. agar suami sentiasa rasa sayang dan senang kat isterinya nan sorang itu sahaja...

BAIKLAH.. ACCEPTED… POINT TAKEN AND NOTED!!.. (iya la kan.. kalau itu syarat untuk membina rumahtangga bahagia, kenapa tidak diikuti kan.. yang baik jadikan teladan.. iya dak?.. iyokan je laaahhh labuuuu...)

Habis dah cerita pasal KRITERIA MEMILIH ISTERI????.


Sekarang nak tanya pulak.
APAKAH KRITERIA UTAMA MEMILIH SUAMI??.

Boleh tak kita bagi satu je.. SATU JE POOONN...

1 SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI SUAMI.

1- MESTI BOLEH MENJADI IMAM!!!!...
Maksudnya:-
- Lelaki itu mesti mampu mengimami solat fardhu keluarganya dengan isteri serta anak2 sebagai makmum serta mampu juga mengimami jemaah keluarga atau masyarakat di dalam satu himpunan / perjumpaan keluarga / jemaah.
- Betul bacaan sebutan, tajwid serta tertibnya ayat Al-Quran yang dibaca.
- Faham jelas makna bacaan surah yang disebutkan.
- Mampu memberi tazkirah berpandukan AL-Quran beserta terjemahan, maksud, petikan hadis sahih, hadis periwayat, serta contoh kisah zaman Nabi dan para sahabat.
- Boleh tampil menjadi ketua yang mengimamkan bacaan Yaassin atau untuk kenduri tahlil atau untuk kenduri doa selamat.
- Mampu mengejutkan ahli keluargannya dan mengajak bangun melakukan Qiyamullail dengan mengerjakan solat tasbih, solat tahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir serta mengajar mengaji Al-Quran dengan tajwidnya sekali.
- Boleh mengimami solat tarawikh serta solat sunat hari raya.
- Mampu membimbing dirinya menjadi Ketua Keluarga, menjadi Khalifah Allah, menjadi pengemudi, penasihat dan pengawal kepada bahtera rumahtanggnya serta menjaga ahli keluarganya agar kekal dengan keimanan yang jitu kepada Allah.
- Disayangi, dihormati, dirai, dikasihi oleh isteri dan anak-anak, ibu bapa, mertua, keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga serta ahli masyarakat.
- Mampu mempertahankan keimanan diri serta ahli keluarga dan masyarakat untuk bersama AMAL MAARUF dan NAHI MUNGKAR!.

SATU NI JE SYARAT UNTUK MEJADI SUAMI!!.. MAMPUKAH???!!!..

Dr. MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) menyarankan agar wanita TIDAK MEMILIH CALON SUAMI DARI KALANGAN PEROKOK!! (cari artikel Dr. MAZA berkaitan hal ini dan baca sebab dan musababnya).

Kalau diletakkan syarat utama calon suami adalah:
"LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM DAN TIDAK MEROKOK"
Maka, makin ramailah wanita yang tidak berkahwin!!..
(makin ramai juga bilangan lelaki yang kena REJECT!!!).


Firman Allah S.W.T:
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik........." (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 26)


WAHAI LELAKI, CARILAH ISTERI DI KALANGAN PEREMPUAN YANG MENJAGA AGAMANYA, AURATNYA, MARUAH DIRINYA DAN BATAS PERGAULANNYA..

WAHAI PEREMPUAN, CARILAH SUAMI DI KALANGAN LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM ...

note: Sesudah berumahtangga, bersama-samalah berganding bahu untuk mempertahankannya dan mencari keredhaan dan rahmat Allah di dalamnya.. SEMOGA PERKAHWINAN ITU MENDAPAT BARAKAH!. "Barakallahu Lakuma Wabarakah"..





.

Salam Aidil Adha.


Bagi yang berpuasa hari ini dengan niat Berpuasa di Hari 'Arafah, semoga ibadah puasa kita diterima Allah.

Hayati sabda Rasulullah S.A.W:
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hamba-Nya pada hari tersebut dari Neraka dari hari 'Arafah”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Wallahu’alam bisawab.

Walau apa jua jaminan Allah serta Rasul-Nya tentang berpuasa pada Hari Arafah, yang pastinya, puasa serta ibadah kita adalah untuk mencari keredhaan-Nya dan sebagai tanda syukur atas rahmat rezeki dan anugerah yang Allah berikan kepada kita.

Juga kehadiran Aidul Adha ini kita sambut sebagai tanda mensyukuri hadirnya hari ibadah korban yang mambawa kita mengenang kembali tentang pengorbanan dua Nabi besar Allah, Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran:

Firman Allah yang bermaksud:
"Maka tak kala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar". (Al-Quran Surah As –Shaafat 37 : ayat 102 - 107)

Zulhijjah. Ibadah Haji. Ibadah Korban. Hari Raya Aidul Adha.

Aku terbayang keindahan tawaf mengelilingi Kaabah. Sama keadaannya bumi mengelilingi matahari di landasan orbitnya. Seperti galaksi mengelilingi cakerawala di landasan aturan-Nya. Seiring, sejalan, seia, senada dan sekata. Cantik!. Subhanallah.

Melihatkan umat Islam yang menunaikan haji saban waktu, terasa bangga dan bahagia dalam diri. Ramai sungguh umat Muhammad hamba Allah ini yang bertebaran di muka bumi. Alhamdulillah.

Rukun Islam ke-5 ini telah disempurnakan oleh mereka yang menunaikan Haji di Kota Mekah. Semoga Allah menerima ibadah mereka dan semoga mereka mendapat Haji yang mabrur. Dan semoga kepulangan mereka nanti dengan seribu rahmat dan keinsafan. Semoga mereka beristiqamah dengannya. Semoga sahaja setiap umat islam berpeluang menjalani ibadah haji, rukun islam yang ke-5 itu. Allahu Akhbar.

Firman Allah:
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubat". (Al-Quran Surah al-Nasr 110 : Ayat 1-3 )


“Ya Allah… aku memohon kepada-Mu.. untuk diriku, bagi kedua ibu-bapaku, suamiku, anak-anakku, kaum keluargaku, sanak-saudaraku, sahabat-handaiku, jiran tetanggaku, serta seluruh umat Muhammad yang berdoa memohon keampunan dan keredhaan-Mu.

Ampunilah dosa-dosa kami terhadapMu Ya Allah, dosa kami terhadap diri kami sendiri, terhadap ibubapa kami, terhadap suami/isteri/anak2 kami, terhadap saudara mara kami, terhadap sahabat-handai kami, terhadap jiran tetangga kami, dan sekalian mereka-mereka yang berurusan dengan kami, ampuni kesalahan yang telah kami lakukan samada secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak, yang telah berlalu pada masa dulu, yang sedang atau masih dilakukan sekarang dan juga yang akan datang.

Ya Allah, terimalah ibadah kami, berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat. Permudahkanlah urusan kami. Cukupkan dunia kami. Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah. Jauhkan kami dari azab siksa neraka-Mu. Tempatkan kami ke dalam syurga-Mu Ya Allah. Ameen.”

“Sesungguhnya aku bersyukur Ya Allah, dengan setiap kebaikan pemberian-Mu dan sesungguhnya aku redha Ya Allah, dengan setiap ujian yang Kau tetapkan kepadaku. Aku penuh yakin dan tawaduk Ya Allah, setiapnya adalah untuk aku mencari rahmat dan kasih-sayang-Mu dan sebagai tanda aku adalah hamba-Mu dan dalam ketentuan-Mu. Dan sesungguhnya, tasbih dan tahmidku hanya untuk-Mu Ya Raab.

Subhanallah. Alhamdulillah. Laa ilahaillallah. Allahu Akhbar.

Ameen ya Rabbal Alamin!”




"Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar.


Laailahaillallahu Wallahu Akhbar.


Allahu Akhbar walillahil Hamdh. "




.

Wednesday

YANG LEBIH BERAT DARIPADA SABAR?.

Jika ditimpa musibah.. kita perlu BERSABAR..
Bila dilanda susah... kita perlu BERSABAR..
Andai diuji payah... kita perlu BERSABAR...
Semasa didatangi bencana.. kita perlu BERSABAR..

Bukankah begitu?..
Perkara yang paling berat untuk dilakukan adalah BERSABAR ketika PAYAH..
BENARKAH??..

Ramai org yg masih mampu menghadapi UJIAN SABAR.. dan beristiqamah dengannya... Alhamdulillah..

Tapi... satu persoalan....

Apakah ada perkara yang lebih berat daripada sabar?..

YA.. ADA!!.. tahukah kalian APA PERKARA ITU???..

Perkara itu adalah:-


BERSYUKUR!.

Firman Allah:
"Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur". (Al-Quran Surah As-Sajadah 32 : Ayat 9).


Benarkah BERSYUKUR sebenarnya lebih PAYAH daripada BERSABAR?...

Contohnya:-

Jika anda diuji susah, ditimpa sakit atau kehilangan harta... ADAKAH ANDA BERSABAR?.. YA.. anda mungkin mampu bersabar dan merelakannya sebagai TAKDIR dan KIFARAH...

Tapi.. adakah anda BERSYUKUR?.. kerana yang sakit itu hanyalah anggota atau yang hilang itu hanyalah kebendaan.. BUKANNYA NYAWA anda..


Jika si isteri diuji dengan kecurangan si suami... ADAKAH BELIAU BERSABAR?.. YA, beliau mungkin mampu bersabar dan mengharapkan rahmat Allah di kemudian hari..

Tapi.. adakah beliau BERSYUKUR?.. Kerana yang curang dan berdosa itu adalah suaminya.. BUKAN DIRINYA!!..


Jika si suami diuji dengan isteri yang kuat berleter... ADAKAH BELIAU BERSABAR?.. YA, beliau mungkin mampu bersabar dan mendiamkan diri mendengar leteran isteri.

Tapi.. adakah beliau BERSYUKUR?.. Kerana setidak-tidaknya isterinya TIDAK BISU!. (jika bisu, si suami patut bersyukur sebab isterinya tidak membuatkan dirinya menggalas dosa mengumpat dan menghinanya).


Jika pasangan yang berkahwin ditakdirkan tidak mempunyai anak... ADAKAH MEREKA BERSABAR?.. YA, mereka mungkin mampu bersabar dengan harapan suatu hari nanti Allah akan kurniakan anugerah yang bernama anak kepada mereka...

Tapi.. adakah mereka BERSYUKUR?.. Kerana dengan anak itu mungkin mereka menanggung lebih banyak dosa daripada pahala.


Jika seorang insan teraniaya.... ADAKAH DIA BERSABAR?.. YA, dia mungkin mampu bersabar dengan harapan, kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

Tapi.. adakah dia BERSYUKUR?.. kerana aniaya itu menaikkan satu darjatnya hampir kepada Allah dan doanya dimakbulkan.


Jika kita hadapi kesusahan, kepayahan dan keperitan yang amaaat berat (pd pandangan nafsu dan hati kita..), ADAKAH KITA BERSABAR?.. YA, kita mungkin mampu bersabar kerana kita sepenuh yakin menyatakan bahawa Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuan dirinya...

Tapi.. adakah kita BERSYUKUR?.. kerana Allah masih memerhatikan kita dan mahu menguji kita dengan ujian susah, payah dan perit itu dan ia membuatkan kita sering menadah tangan berdoa memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya.


Jika Allah uji kita dengan kesusahan waima kesenangan.. BERAPA BANYAK WAKTU YANG KITA BERSYUKUR??..

DAN ADAKAH SYUKUR KITA ITU IKHLAS KEPADA ALLAH ATAU SEKADAR MEMUJI KEBAGUSAN DIRI YANG BERJAYA???..


Firman Allah:
"Kemudian aku datangi mereka (manusia), dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Al-Quran Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 17)


Sekarang ini.. saat ini.. hari ini.. waktu ini... BERAPA BANYAK UCAPAN SYUKUR KITA KEPADA ALLAH?..

Bersyukur kerana masih bernafas di muka bumi... bersyukur kerana sujud kita tadi bukan sujud yang terakhir dan kita sempat memberi salam selepas solat tadi.. bersyukur kerana Allah mengekalkan nikmat mata utk melihat, lidah utk merasa, tangan utk bekerja, kaki utk bergerak, dan tubuh badan yang sihat untuk menunaikan perjalanan kehidupan dan beribadah sehari semalam.. bersyukur kerana ada degupan nadi untuk menatap mentari yang terbit dari ufuk timur dan menikmati siraman cahaya bintang malam..

Bersyukurkah kita jika terlantarnya kita di katil kerana sakit tetapi Allah masih meringankan hati kita untuk berzikir dan bertahmid meskipun tidak mampu bangun beribadah hingga ke kota Mekah?.

Bersyukurkah kita kerana apabila Allah buka satu pintu derita, di sebaliknya terbentang ribuan pintu bahagia untuk kita teroka?. Hanya kita yang tidak mahu melihatnya.. bukan kerana mata kita yang buta, tetapi hati dalam dada!!..

Firman Allah:
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan (berikan kepada) manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, sesungguhnya dia menjadi amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Surah Al-Quran Surah Hud 11 : Ayat 9)


Benarlah...

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARIPADA BERSABAR!.


Firman Allah:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 7)

Ingatkan aku agar mahu mendalami makna sabar dan tahu merembiskan rasa syukur!.

'Ya Allah.. jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersabar dan bersyukur!. Dan semoga sabarku dan syukurku itu ikhlas untuk-Mu.. bukan kerana paksaan, bukan atas dasar kepura-puraan dan bukan kerana mengharapkan pujian dan balasan!. Ameen'.




*tajuk ini aku petik daripada catatan "SYUKUR ATAS SYUKUR" daripada pembacaan di sini*
- sila baca di sana - kisah Nabi Musa dengan Si Miskin dan Si Kaya - utk lebih menghayati erti BERSYUKUR.


.

Monday

Keluar Malam II


Tetiba hari ni rasa nak lanjutkan sikit pasal kisah keluar malam..

Beza keluar malam dulu dan sekarang..

Merujuk kepada diri aku sendiri dan cerita sekeliling.. mmg jelas ketara perbezaan "KELUAR MALAM" dulu dan sekarang.. melihat perbezaan cara dulu ngan cara sekarang.. aku jadi TAKUT yg amat..

Dulu, masa aku balik malam, mak buleh je 'kurung' aku kt luar tak bagi masuk rumah dan aku akan menangis melolong minta mak bukak pintu.. pastu "SERIK TOBAT" tak berani balik malam dah!!!.

Tapi, cuba buat camtu kt anak2 kita sekarang... Hmm.. MMG TAK JALAN LER... jgn kata 20 minit meraung kat luar... 5 minit pon sesilap haribulan dh tak dengar suara.. HILANG!.. (bukan kena culik.. tapi diaorg tau je ke mana nk pegi bila kita tak bagi masuk umah!!.. nak plak henpon 24 jam kat tangan.. calling calling roger roger, berdesup ’geng’ yg nk mengangkutnya!!..)

Itulah ketakutan aku sekarang ni.. entah mampu atau tidak mendidik anak dara ngan anak teruna aku tu nanti.. boleh tak sama cam mak ayah didik aku ngan adik beradik aku?..

Seingat aku, masa aku di bangku sekolah, MAK AYAH AKU MEMANG JARANG BAWAK KAMI JALAN MALAM... semuanya di waktu siang je.. (kecuali hal hal tertentu yang tak dapat di elakkan..).

Waktu malam memang SETIAP HARI AKAN MAKAN MALAM DI RUMAH!!.. BERSAMA-SAMA SEMUA AHLI KELUARGA (kecuali sapa yg duduk asrama tu je la kan kan kan!! Hihihi..).

Dulu.. masa time aku dulu.. kalau merajuk.. AKU KUNCI DIRI DALAM BILIK..
Sekarang.. takutnya kalau merajuk, bebudak AMIK KUNCI KERETA DAN KELUAR DARI RUMAH TAK BALIK-BALIK!!... huhuhuhu...

Tambahan pulak.. hidup di Kuala Lumpur ni... MALAM SENTIASA MUDA!!.. (seronokla setan, sebab ‘waktu bekerja’ mereka diiktiraf oleh manusia.. time dioarg bekerja, manusia pegi temankan!!.. chait).

Perkara ini jugak yang buat aku rasa nak MARAH DIRI SENDIRI... sebabnya.. aku ni... sekarang nih!!.. kalau nak pegi shopping, bawak anak-anak, seharian sampai ke malam.. takpon, balik kerja je, malamnya pegi Jusco la, Giant la, keluar makan la.. keluar pegi umah sedara la.. semuanya melibatkan masa yang pulangnya "TENGAH MALAM"..

Maka.. siapa yang bersalah jika anak2 TAK TAKUT KELUAR MALAM???.. Sebab mak bapaknya (mcm aku ler tuh!!) yg mengajar mereka PULANG LEWAT MALAM!! (Umpama ketam yang berjalan senget.. mampukah membentuk anaknya berjalan lurus?? YA RABBI.. ampuni aku!!)

Teringat semalam abang balik dari masjid, dia cerita perihal ceramah ustaz malam semalam pasal Iman dan Amal..

Antara intipati kata ustaz penceramah.. "nanti di akhirat.. apabila tiba waktu malam, Allah akan paparkan di ‘skrin ”tv” akhirat’ segala aktiviti malam kita – apa yg kita buat pada waktu malam.. semuanya akan Allah tayangkan semula.. utk lihat berapa banyak MALAM kita yg diperuntukkan untuk sujud, tasbih dan tahmid mengadap dan memuji Allah.." (aduushh.. malamnya aku banyak tido daripada berjaga.. lebih banyak keluar makan, keluar berjalan, menyelusuri highway daripada berqiyamullail dan mengaji al-quran.... huhuhu).

Firman Allah:
"Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Quran Surah Al-Mujadalah 58 : Ayat 6).

Maka itu.. aku sangat-sangat bimbang... kealpaan dan kekhilafan diri untuk memberikan teladan yang baik akan membuatkan wujud rasa TAK TAKUT KELUAR MALAM kepada diri aku, suami dan anak-anak aku.. nauzubillah..

Firman Allah:
"Rasailah olehmu, kerana kamu melupakan menemui hari kamu ini dan Kami melupakan kamu pula. Dan rasailah siksaan yang lama, disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Quran Surah As-Sajadah 32 : Ayat 14).

Mengingatkan diri yg kami suami isteri bekerja.. mengenangkan anak ditinggalkan dengan maid yg mengasuh.. kemudahan handphone bimbit, internet serta kemudahan messenger yg pelbagai.. YA ALLAH... mampukah aku mengajar, mendidik dan mengasuh mereka agar mereka sarat dengan RASA TANGGUNGJAWAB SERTA TAKUT DAN MALU PADA ALLAH, PADA IBU BAPA, PADA MASYARAKAT juga kepada diri mereka sendiri!!..

"Anak-anak ibu... tolong... tolong kuatkan dirimu nak.. imanmu dan amalanmu.. perbanyakkan ibadah kepada Allah sebagai pengisian malammu... Ibu mengingatkan diri ibu dan juga diri kalian nak.. Semoga Allah merahmati kehidupan kita dunia dan akhirat.."

Firman Allah:
"Sesungguhnya bangun (sembahyang) dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya." (Al-Quran Surah Al-Muzzamil 73 : Ayat 6).

Ya Allah.. tuntuni hatiku, suamiku, kedua ibu bapaku, anak-anakku, saudara-maraku, sahabat-handaiku, jiran tetanggaku, dan seluruh umat islam serata dunia, ke jalan-Mu Ya Rabb.. agar kami ternanti-nantikan malam untuk mengisinya dengan mengadap-Mu Ya Wahhab Ra Razzaq Ya Fatah hu Ya ’Alim.. Ameen.











Thursday

Keluar Malam.


Entri kak pah mengingatkan aku pada cerita zaman kecik2 dulu....

Ya.. mak mmg GARANG!.. sangaaat-sangaaat.. (kan wahai adik beradik ku sekalian.. kehkehkeh).

Ayah pon garang.. tapi tak penah naik tangan.. (mak, tak naik tangan.. tapi jari dia naik.. COBITAN MAUUUTT!!.. sakitttt oooo.. tetiba je ko buleh terasa ngilu sebelah pinggang pinggul tu tanpa sedar.. kehkehkeh... ampuuun maaak!.. hihihihi.)

Salah satu KEPANTANGAN MAK adalah – BALIK MALAM!.. ... dan 'malam' pada pengertian mak adalah sebaik sahaja azan maghrib berkumandang sehingga azan subuh mengganti waktu!. ITU MALAM!.

Kalau nak pergi mana pon... SIANG SAHAJA!!... NO WAY KELUAR MALAM!. (melainkan dengan mak, ayah dan semua adik beradik).

Pernah satu ketika dulu masa darjah 3, aku lepak umah member sebab nk baca buku cerita yg dia baru beli (aku ni selagi tak habis baca buku cerita, tak berganjak.. terbawak penyakit ni sampai zaman anak dara.. pon penah kena kejutan letrik ”dijentik telinga” sebab tak dengar mak pangil.. kuikuikui... excited nk habiskan baca buku cerita.. hahaha)..

Sudahnya.. aku terlewat balik.. jarak umah kawan ke rumah aku adalah sepelaung je pon!!.. (ala, mcm daripada umah aku ni ke pos pengawal depan tu je - kalau korang tau umah aku la.. hahaha).

Lewat tak lewat, jejak je basikal di depan umah, azan maghrib dh berkumandang. DOSH!.. baru je lock basikal, aku dengar pintu umah pon di ’lock’ jugaks.. cepat2 aku pulas tombol.. TAK BERHASIL!!! DAH LOCK!!.. aduuuhhh.. NAIYA!!..
(dalam hati, dah tau dah.. MUKA MAK MESTI MERAH MENYALA PUNYA!!..)

Ngeri, risau, debar segala perasaan bercampur baur macam rempah giling jer.. all in one!. Nak nangis sangat.. terbayang kekalau ada org gila yang datang kacau atau kalau ada org jahat datang culik!. The worst, kalau ada hantu yang keluar ’bekerja’ mai singgah dekat aku!!.. huuwaaaa... (kan maghrib kita adalah pagi bagi hantu.. malam kita adalah siang bg hantu...pasai tu jangan keluar waktu maghrib dan waktu malam.. nanti jadi geng hantu! – tu pesan arwah tok aku okeh!!).

Berkali-kali bagi salam ketuk pintu panggil mak ayah kakak semua.. langsung tiada respon.. intai celah bawah pintu, nampak kaki mak ayah akak semua.. huhuhuhu.. sedih sgt!.

Maunya dekat 20 minit gak la.. (sampai semua dh siap nk makan malam).. baru ayah bukak pintu bagi aku masuk... suh pegi mandi, salin baju siap semua.. dan makan malam sorang-sorang!.. HUHUHUHU... sedih gilos...

Tapi.. sedih tu tak leh lawan SEDIH DAN PEDIH HATI BILA MAK TAK MAU TENGOK MUKA AKU DAN TAK MAU CAKAP DENGAN AKU!.. ITU KESEDIHAN YAAANNNGGG PAAAAALLLIIINGGG KRITIKAL... rasa macam bumi terbelah lapan.. rasa macam taik bintang jatuh hempap rumah... rasa maca lubang kubur dah terbukak panggil suruh masuk!.. punyala pegi mengendeng kat mak, memintal baju mak, sujud kaki mak... HARAM MAK TAK NAK PANDANG!.. (uish.. serius oo.. masa tu aku rasa, MATI ITU MENAKUTKAN sebab mak tak redha!!!.. owh tidaaaaakkk!!!).

Pastu ayah panggil.. ayah tanya kenapa balik lambat.. (dengan nada menangis yg sgt2.. bagitau yg ’teralit’ baca buku cerita kt umah kawan!! Huhuhu)..

Pastu masa tidur, terdengar ayah cakap kat mak "dia pi baca buku cerita kt ghumah kawan dia, bukan dia pi mana-mana pon".

Selang seminggu lepas tu, mak panggil aku.. (dan aku akan ingat dialog mak ni sampai bila-bila).

"Mak bukan suka-suka tak bagi keluar malam. Mak bagi kan kalau tiny nak berjalan pi mana-mana. Tapi, kena bagitau mak, dan lagi, balik sebelum pukul 6!. Maghrib mak nak semua anak-anak mak ada kat rumah. Makan malam sama-sama. Mak sedih kalau anak-anak mak takdak sama-sama kat rumah dengan mak. Kalau jadi apa-apa kat luar, kalau hari siang bulehla mak ajak ayah naik motor pi cari, mak buleh tanya orang, ajak pi tengok kat mana hilang.. tapi, kalau malam, mak nak cari kat mana?. Kalau kena sorok tepi tiang rumah pun mak tak nampak. Lagi malam lagi gelap, lagi susah mak nak cari, pon takdak sapa nak teman mak cari pasai malam-malam orang nak tidoq, esok orang kerja, mak kena jalan kaki cari sorang-sorang. Mak nak cari dekat mana?" (masa ni aku dh sob sob sob dh.. tunduk ’menikuih’ dan srooot sroooott ayaq idung dok naik turun.. ayaq mata dok berjurai.. huhuhu)

Sambung mak.. "Dan lagi. Malam kan banyak hantu. Nak kena sorok dengan hantu?"

"TAK MAAAAUUUUUUU!" laju je aku jerit sambil peluk mak!..

(kenangan yg sangat abadi.. mak.. tiny kenang ia kini dan selamanya..)

Bermula dengan peristiwa ITUlah.. aku memang TAK BERANI KELUAR MALAM!. Jangan kata pi jalan-jalan, pi rumah kawan buat kerja sekolah pon aku naik seram bila jam dh pukul 5.30pm.

Pernah masa aku tingkatan 3, pegi buat kerja sekolah kat rumah kawan (konon study group la.. kehkehkeh), jam pukul 4 petang.. tetiba kat luar hujan lebat.. GELAP!. Mak kawan aku BUKAK LAMPU!.. dan.. aku menangis melalak kt umah kawan aku!. Terkejut seisi keluarga dia.. mak dia tanya ’kenapa’.. aku kata aku takut kalau duduk rumah orang, orang bukak lampu.. SBB BUKAK LAMPU, TANDANYA DAH MALAM!!... dan aku NAK BAAALLIIIKKKK!!!... (begitu sekali ’psiko’nya aku pada ”MALAM”!). -

Dan.. dek kerana itu, ayah kawan aku ngan mak dia ngan kawan aku sekali, teman hantar aku balik umah dan ’give a little explanation on my behalf’ – mengapa mereka hantar aku balik (dan esoknya ayah aku kena hantar aku pegi umah kawan aku, sebab nk bawak balik basikal!! kehkehkeh)..

Juga.. ada satu peristiwa di mana aku ngan geng2 budak sekolah ni pegi umah sorang member (yg dekat sgt jarak umahnya), pastu semua pakat takut nak balik sbb aku gatal bukak cerita hantu pada petang tu.. bawak ke malam, semua tak berani nak balik rumah masing2.. tetiba jam 10.00 malam, tingkap bilik kawan aku kena ketuk.. (rumah flat tingkat bawah sekali kan..).. dengan suara "TINY, BALIK!!".. OIIITTT... MAK AKU KEJAR SAMPAI UMAH MEMBER OOOO... apa lagik.. mencericit larik balik umah!!!.. (lagi takut dekat mak daripada takut kat hantu okeh!!)..

Dan.. memang terbawak la sampai sekarang pon... kalau sengsorang kat luar time malam tu, mmg ada sedikit ’cuak’.. UNLESS kalau dengan family (skrg dh ada cik abang sayang, ok le kan kan kan.. kehkehkeh).

YA!.. Baru-baru ni (entah atas topik apapun tak ingat..) mak sendiri cakap kat cik abang.. "TINY, MASA SEKOLAH DULU, DIA MMG TAK RETI KELUAR MALAM.!".. (owh.. mak so proud of it rupanya.. hihihi.. sayaaaang mak..)

(owh ya, mungkin mak syak aku mmg ’terberani skit’ keluar malam masa ’deting’ ngan abang kt UiTM Shah Alam dulu kan... dah nyer, nak keluar makan kan kan kan.. siang tu kan kelaaaassss... kehkehkeh.. dan syukur jugak aku ’bercinta’ di tahun akhir.. so, sempat satu semester je la kuar malam.. pastu masing2 balik negeri masing2 sorang utara dan sorang selatan... sampai le ke hari berlangsungnya ikatan yg bernama ’perkahwinan’ – baru duduk sebumbung dan masa tu memaaaaannngggg KERAAAAP KELUAR MALAM!!.. dahnyer, balik kerja nak makan malam kan kan kan.. sebab MALAS MASAK @ tak reti masak masa memula kawen dulu!!.. kihkihkih).


Aku sekelumit pon tak menyesal dengan PERATURAN MAK.. (beserta jugak dengan jelingan, cubitan, dan jentikan maut mak).. KERANA AKU TAU MAK SAYANGKAN AKU!.

Bak komen tasek dalam kotak komen entri kak pah :
"Kerana itu kita jadi manusia"..

Ya, aku setuju tas!.

Firman Allah:
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." (Al-Quran Surah Al-Anfal : Ayat 28)


Juga sepatah peringatan cklah:

"Tak rugi poon!".

Betul cklah.. tak rugi pon tak keluar malam!.. dan amat berbangga hari ni sebab tiada sejarah hitam di zaman remaja akibat 'keluar malam'..

Firman Allah:
"Dan tiada seorang pun di antara kamu yang tidak masuk ke dalamnya (yakni neraka). Itulah keputusan Tuhan yang tidak dapat dihindar. Akhirnya, kami selamatkan orang-orang yang menjaga dirinya (dari kejahatan) dan Kami biarkan orang-orang yang bersalah berlutut di dalamnya!" (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 71-72).


Syukur dan puji hanya bagi Allah Azza Wa Jalla..

Tuesday

TAK USAH YA!.


Hari ni aku terlebih bebel kt blog YB.. ampun YB.. hahaha..

Pasal entri BERTAJUK NI!.

Untuk tak "memeluatkan" org lain yg baca komen aku kt blog dia, baik aku BEBEL kat blog sendiri.. hihihi..

Pertanyaan 'seseorang' katanya:
OK TAK NAK ACCEPT "EX" sebagai FRIEND FB?.
(*FB - Facebook)

Hmm... pertanyaan aku adalah...

"Kenapa perlu ada PERSOALAN at the first place?"

Mudah kan?. Kalau ada "persoalan", bermakna ada 'sesuatu' di hati anda yg 'meragui' sebab musabab kenapa dan mengapa anda perlu ACCEPT.. setuju?

Seandainya terbit rasa ‘perlukah?/haruskah?’, maka tanya hati anda, mengapa pertanyaan itu muncul?.

Kalau benar-benar anda 'SUDAH BUANG SEMUA KISAH LAMA' dan OK JE.. maka, anda akan "just ACCEPT without QUESTION"... sebab, bila anda ACCEPT without question, meaning that, hati anda benar-benar menerimanya sebagai KAWAN (dh namanya pon "EX")..

Tapi, JIKA ADA TIMBUL PERTANYAAN, makanya, TANYA SEMULA HATI ANDA... masih ada getarkah utk menyambut salam SI DIA 'EX' ANDA?..

HAH!.. atas dasar fikir yg begitulah, makanya, JAWAPAN AKU ADALAH.. NO NO NO.. "DO NOT START... "

Firman Allah:
"Walaa taqrabul ziina"– Janganlah kamu menghampiri zina (Al-Quran Surah Al-Israa’ 17: Ayat 32).

Lihat ayat Allah... firman-Nya :- JGN MENGHAMPIRI.. (apatah lagi MELAKUKAN..) makna tersiratnya adalah.. JGN MEMBUKA RUANG DAN PELUANG UTK SYAITAN DUDUK DI HATI DAN NAFSU MENGUASAI DIRI.

Ingat tak entri CKLAH – XIIINAM751 yang bertajuk "Sporting tahap tinggi".

Andai implikasinya jadi sampai sebegitu sekali.. AKU TETAP DGN PENDIRIAN UTK SAY NO NO NO!. (IGNORE je!).

Mungkin OK bg anda dan si dia di sana.. tetapi.. bolehkah anda menerimanya JIKA PASANGAN ANDA YG MELAKUKAN DEMIKIAN DGN ALASAN “ALAH.. 'EX' JE PON!...” (lepas tu panjang pulak cerita yg belakang belakang belakang tu nanti.. eeee... nauzubillahi mindzaalik)....

TERPULANG ANDA....!!.

(MUJUR AKU TAK TAU SAPA EX-GIRLFRIEND LAKI AKU.. kuikuikui...).

.. dan syukur jugak sbb aku tak ada EX-BOYFRIEND... hahahaaaa...

OK.. I REST MY CASE!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.