Hari ni aku terlebih bebel kt blog YB.. ampun YB.. hahaha..
Pasal entri BERTAJUK NI!.
Untuk tak "memeluatkan" org lain yg baca komen aku kt blog dia, baik aku BEBEL kat blog sendiri.. hihihi..
Pertanyaan 'seseorang' katanya:
OK TAK NAK ACCEPT "EX" sebagai FRIEND FB?.
(*FB - Facebook)
Hmm... pertanyaan aku adalah...
"Kenapa perlu ada PERSOALAN at the first place?"
Mudah kan?. Kalau ada "persoalan", bermakna ada 'sesuatu' di hati anda yg 'meragui' sebab musabab kenapa dan mengapa anda perlu ACCEPT.. setuju?
Seandainya terbit rasa ‘perlukah?/haruskah?’, maka tanya hati anda, mengapa pertanyaan itu muncul?.
Kalau benar-benar anda 'SUDAH BUANG SEMUA KISAH LAMA' dan OK JE.. maka, anda akan "just ACCEPT without QUESTION"... sebab, bila anda ACCEPT without question, meaning that, hati anda benar-benar menerimanya sebagai KAWAN (dh namanya pon "EX")..
Tapi, JIKA ADA TIMBUL PERTANYAAN, makanya, TANYA SEMULA HATI ANDA... masih ada getarkah utk menyambut salam SI DIA 'EX' ANDA?..
HAH!.. atas dasar fikir yg begitulah, makanya, JAWAPAN AKU ADALAH.. NO NO NO.. "DO NOT START... "
Firman Allah:
"Walaa taqrabul ziina"– Janganlah kamu menghampiri zina (Al-Quran Surah Al-Israa’ 17: Ayat 32).
Lihat ayat Allah... firman-Nya :- JGN MENGHAMPIRI.. (apatah lagi MELAKUKAN..) makna tersiratnya adalah.. JGN MEMBUKA RUANG DAN PELUANG UTK SYAITAN DUDUK DI HATI DAN NAFSU MENGUASAI DIRI.
Ingat tak entri CKLAH – XIIINAM751 yang bertajuk "Sporting tahap tinggi".
Andai implikasinya jadi sampai sebegitu sekali.. AKU TETAP DGN PENDIRIAN UTK SAY NO NO NO!. (IGNORE je!).
TERPULANG ANDA....!!.
(MUJUR AKU TAK TAU SAPA EX-GIRLFRIEND LAKI AKU.. kuikuikui...).
.. dan syukur jugak sbb aku tak ada EX-BOYFRIEND... hahahaaaa...
OK.. I REST MY CASE!.
23 comments:
sokong kak Tiny 100%, bjuta % laaa...
elakkan andai trbit '....'
mnta d elakkan...
*selamat takde FB...ekekek...
* bila nk dpt jmpa akak lg eek???
windunya kat keletah skecik tu...
tu lah kan? dah putus, putus je lah. nak cari2 lagi buat apa. nak hubung2 balik buat apa. sikit banyak mesti ada perasaan2 lama tu jengah balik. ish.. kalau dah bekawin dah beranak pinak, takyah lah carik penyakit. Bukan kecik2 punya penyakit tu....
huiiii. ni yg aku hangin ngan yb nih. sajeeeee je tau dia tu. suh blanjer kari kepala ikan kang baru tau.
tak sakit jgn cari penyakit ekkkkk????
Tiny...akak sokong 125%... jgn cari penyakit... orang kata... takde penyakit jgn cari penyakit
nak cakap bebenor je ni yang. aku bulih je. sbg kawan. kawan adalah kawan dan tak lebih dari itu.
.
cik dia > hang tu.. bila nk mai umah kaktiny?.. bebudak kecit tu pon dh besaq dah.. mai la sini.. hihihi..
kak pah > betul tu kan kak pah.. kalau yg buleh kawal tu takper.. tapi, ramai yg tak tentu arah daripada yg betul hala..
kekadang, dugaan dan malang tu dtg berpunca daripada kelalaian dan kesilapan kita di atas perkara yg kita pandang remeh dan enteng pada permulaannya.. kan kak pah kan..
tijah > ye ye ye.. setuju ngan ko.. jom kita belasah dia suh belanja kari kepala ikan jenahak ngan ikan jelawat goreng...
betul tij.. penyakit yg bila dh kena sok, baru tak lena tido malam.. (ada jugak kang statement: andai dapat ku undur masa..)
kan!.
kak anie > ye kak.. sangatla betul nya.. janganla nk cari bala free kan.. esok2 kalau tak sempat nk buat u-turn, dh teraccident... naiya oooo....
tasek > (benornya jugak kan, tadi aku ada taip, "kalau mcm tasek takpela, sebab dia mmg jenis TAK DAK HAL punya.. dan mmg no feeling-feeling"..)... tapi aku takut disilap tafsir, naiya weh.. jadinya aku delete statement tuh.. hihihi.. (ampun yang).
aku tau hang tas.. hang mmg ok jer.. pasai tu aku tau hang tak kisah dan tak teragak nk accept.. pasai hang takdak kes nk pikiaq hal feeling meeling segala bagai tu.. aku yakin sgt hang mmg tau batas KAWAN, EX dan HAK!.. (yg dirisaukan tu yg jadi mcm kes kt skolah cklah tu.. eeeeiiiwwwww.. mak tak rela you!!)..
salam tiny..nasib baik akak macam tiny..tak do ex boyfriend..
kalau dulu ado orang nak..tapi kito tak layan..tu tak di panggil ex kan..zaman akak dulu.mano ado tu..tau2 kono pinang yo..he he..
Salam kenal Kak Tiny.
Setuju sangat..
Dari komen akak di sana yg buatkan saya ke sini..
past is past kann?
Kalau aku dah confirm aku ignore.. takde ye aku nak bg dia tau apa yang aku buat dlm hidup aku.. nak wat pe?? nak jadi kawan semula?? no no no.. yg lepas itu lepas.. takkan leh patah balik dah.. baik tak yah mulakan sesuatu yang bakal merosakan kehidupan yang sedia ada tenang lenang nie..
Lain ler kalau dari dulu dah memang jadi kawan.. then nak add dalam fb itu kes lain.. ini takde angin puting beliung pe2.. alih2 nak add friend lak.. boleh blah ler hehehehe ;)
kak erna > org nk tapi kita tak 'declare' @ setuju nk jadi gepren dia, tak masuk list "EX" kak.. kehkehkeh (kalau mcm tu, ramai le ex dok berderet.. hahaha)..
tiny mmg suka camtu kak.. biar kena pinang terus.. takder nk ber X Y Z (tp, terkantoi gaks bercintan cintun ngan cik abang.. syukur jodoh sampai ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah). hihihi.
azrina > salam.. hihihi... dari blog YB eh.. hihihi..
ya benar.. namanya pon PAST kan.. yg kena jaga dan amik berat adalah yg PRESENT (rumahtangga) and FUTURE (anak2) ni hah.. kanz?!.. hihihi..
terima kasih datang singgah.. salam kenal dan salam ziarah..
jemput dtg lagi yer.. (nanti kaktiny ke sana plaks k.. hihihi).
iina > kalau yg mmg kita dh berkawan lama dah tu lain citer la kan.. ini yg entah tetiba muncul dan ada plak tertanya2 nk accept ke idak.. tu mmg tak payah ler.. kalau accept as kawan, takyah le nk ada rasa belah bagi..
yg dirisaukan adlh kalau jadi yg tak sepatutnya atas sebab "add" and "accept" tuh.. (mcm citer kt blog cklah tu).. HAH!. yang tu yg taknak tuh!!!..
Errk!
Kak tie memang tak berani!
First sebab tersangat-sangat malu!
Sebab masa tu memang perangai innocent betul.
Sekarang dah sedar diri...
Kalau terserempak pun mesti nyorok (walaupun kemungkinan besar dia tak cam).
Bukan setakat exboyfriend (ex special actually, tak la berkepit dan cinta separuh mati!), ex classmates pun kak tie tak contact. Malu ooi... kak tie ni kan suri je...
Tu yang kak tie tak bubuh nama sebenar dalam Fb... hehehe... Takut semua yang ex tu cuba nak contact semula. Kang habis kisah gelap gelita tu terungkai dan kemungkinan ada lak yang tersentuh!
ex-ex request, sy approve je. tgk niat kita laa kan kak. nk berkawan ke nk kembali terjalin.
Salam tiny....
Komen ckLah..
Yah, seperti dalam n3 ckLah itulah...
...dan sedang memerhati 'olah' kenalan-kenalan maya di blog. Kenalan blog yang minta add, ckLah 'selongkar' dulu aktiviti fb dia...
Lepas tu...ignore! Bukan sombong, tapi....mencegah lebih baik. Dan...tak rugi pun!
kak tie > kita dh ada life yg sgt bagus.. dan bak kata iina, syukur dgn kehidupan kita yang senang dan tenang ini kan..
masy > ko tu bujang dik.. lain citer (lain le kalau ex ko tu dh kawen.. KENA BETULKAN NIAT!.. ya itu betul!.. BETULKAN NIAT!).
cklah > salam kembali cklah..
....mencegah lebih baik. Dan...tak rugi pun!
ITULAH 'KALIMAT KERAMAT' yang menjadi pegangan..
"TAK RUGI PON!.. KAN CKLAH KAN KAN KAN" (lagi rugi kalau kecikkan hati insan tersayang.. si suami/isteri.. dan laaaggiii rugi kalau jauh dari NIKMAT DAN REDHA ALLAH!.. adush.. tak dapat nk hadapi itu!)
Ya Tiny...
fb ku suci...
Jauhkan dari elemen-elemen lagha di fb. (selalu intai fb orang yang 'open to everyone' :D).
Nauzubillah...
cKlah > .. dan tiny.. sentiasa mengintai di samping belajar dan menuntut dari blog seorang guru yg pintar, ibu yang penyayang, wanita yg cekal, isteri yang setia, watan yang bermaruah, anak yang pengasih, warga yang prihatin, umat Muhammad yang berpendirian serta hamba Allah yang tahu aras akal, minda, jiwa dan nafsu.
yakni dirimu..cklah..
InsyaAllah..
:) :) :) :) :)
.
Post a Comment