Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 28, 2010

Bahana Lidah

"Tergelincirnya manusia ke neraka bukan kerana perihal kakinya, tetapi bahana lidahnya".


YA!. Mudahkan mendapat DOSA PERCUMA! (dan azab neraka yg perit!.. owh tidaaakkk!!...). Lidah dan lisan yang berkata-kata!.

Sungguh aku akui.. INI KELEMAHANKU YG NYATA!. Umpama gula-gula, adakalanya mengutuk, mengeluarkan kata-kata marah, mengumpat, mengata.. menjadi bekalan sembang sumbang lidahku.. (sungguh aku malu tapi aku mengakui melakukannya!!).

Pasal kereta orang buleh jadi bahan mengata, pasal baju kahwin orang pun jadi bahan mengata, pasal majlis orang jadi bahan mengata, pasal pisang goreng, cucur badak, kuih loyang pon adakalanya buleh nak jadi bahan umpatan!!... HAISH!!... (apatah lagi pasal sikap dan tingkah laku orang lain... cepat je nak ’meninggalkan komentar’!! huhuhu...)... teruk sungguh kan!.. ada saja lidah ni nak berbicara BAB MENGATA, MENGUTUK dan MENGUMPAT!!.. (dan ada pulak tu pairing partner yg dok sudi jadi peneman.. huhuhuhu.. "cheq sedih la.. tapi cheq dok buat menda mengata mengumpat nih... adoooiiii laaarrrrrr"... huhuhuhuhu....).

(hambaoiii haaaiiii... best sungguh nooo kalau dh start enjin.. tak teringat setan dok mengipas membisik bertepuk tangan kiri kanan hoiiii.. adooiiiiiiii... huhuhuhu)



Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda , yang bermaksud:
"Sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk keridhaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkannya beberapa derajat. Dan sesungguhnya ada seorang hamba benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang termasuk kemurkaan Allah, dia tidak menganggapnya penting; dengan sebab satu kalimat itu dia terjungkal di dalam neraka Jahannam". [Hadis Riwayat Bukhari].


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." [Hadis Riwayat Bukhari].


Firman Allah:
"Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka)". (Al-Quran Surah An-Nahl 16 : Ayat 62)

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Al-Quran Surah An-Nahl 16 : Ayat 116-117)

PERINGATAN DAN AMARAN KERAS:

MENGUMPAT, MENGATA, MENGUTUK ITU JUGA MAKSIAT!
ZINA MATA, ZINA TELINGA, ZINA HATI, ZINA FIKIRAN (menonton aurat yg terbuka, mendengar bualan yang berunsur lucah, menghampiri kepercayaan syirik, lagha, kuat berangan, memikirkan dan menginginkan perkara yang terlarang dan haram) – JUGA TERGOLONG DALAM PERKARA MAKSIAT!..

Aduh!.. mudahnya diri terjerumus ke lembah maksiat!!..

"Kerana Pulut, Santan Binasa,
Kerana Lidah, Masuk Neraka".

Nauzubillahi mindzaalik!..

(kalau lidah lembu, buleh jugak buat sup!.. sedap ooo sup lidah lembu!!.. rapuh.. ekehkehkeh).


Ya Allah.. Ya Rabb.. tolong hamba-Mu ini...


Ya Allah.. aku mohon:
  1. Jadikanlah aku teman bicara yang solehah dan jujur.
  2. Mantapkan keyakinanku akan amaran dan bahaya siksaan-Mu di dunia dan azab akhirat akibat silap laku dan lisan yang berkata salah.
  3. Kuatkan imanku untuk sentiasa melatih lidahku berkata jujur atau jika tiada yang perlu diperkatakan, maka jadikan aku berupaya untuk diam!.
  4. Tanamkan kekentalan dalam jiwaku untuk sentiasa mengaji, mengkaji dan mengamalkan Al-Quran kalam mulia-Mu Ya Allah dan anugerahkanlah kejujuran dalam setiap ucapan dan tingkahlaku perbuatanku.
  5. Ingatkan diriku agar aku tidak jemu dan tidak lupa untuk membasuh dan membasahkan lidahku dengan ZIKRULLAH..


Ku mohon redha-Mu Allah.... Redhai aku.. Ameen.


11 comments:

aNIe said...

Tiny...kadang kita tak sedar kita terperangkap dalam bercakap atau mendengar kata2 umpatan...

Semoga kita sentiasa beringat...

ckLah@xiiinam said...

Kuasa lidah.....
Boleh menghancurkan silaturahim...
Boleh memutuskan ikatan suami isteri...
Boleh mencetuskan perbalahan...
Boleh mengguriskan perasaan...

Kan!




Pssst: Lokasi Tiny di Putrajaya ke?

luahfikiran said...

SALAM,
APA YANG DINYATAKAN ADALAH SATU KEBENARAN. PERINGATAN YANG CUKUP BAIK UTK LF SENDIRI. TERIMA KASIH

KAKTINY said...

kak anie > yg paling takut bila diri sendiri yg memerangkap diri dgn memulakan bual bicara berbentuk umpatan, kejian dan amarah!.. huhuhuhu... takut la kak!!.. (tapi dok buat jugak!!.. aduuuuh)

KAKTINY said...

Benar sgt bagai dikata tu cklah.. mmg kerana lidah yg tak bertulang ini buleh menghasilkan pelbagai kebinasaan, kemusnahan dan persengketaan... hebat dugaan ujian Allah pada anugerah-Nya yg bernama lidah ini kan!!..
(patut la Allah bg 2 mata, 2 telinga, 2 lubang hidung, 2 bibir.. tapi 1 lidah je.. kalau lidah pon 2, mmg KOMPOM le, hancuuuuussssss!!!!)

psst.. cklah nk dtg KL ke??... (tiny kt alam damai, cheras.. tapi kalau setakat nk ke alamanda putrajaya tu, ANYTIME.. hihihi... kalau dtg, bgtau le.. nanti tiny email address kt gmail k.. hihihi).
sayang cklah.. muahss..

KAKTINY said...

LF > salam.. tgh tazkirahkan diri sendiri sebenarnya... huhuhu.

Masy said...

zaman skolah dulu kitorang cakap, umpat2 ni dah macam bunga mulut. hahaahha gitu laa eh. mende yg x elok mmg best dibuat selalu. tu sume ujian la tu utk kita.. hmmm~

Uncle Lee said...

Hi KakTiny, just dropped by say hello.
How you doin'?
You keep well and have a pleasant week, best regards, Lee.

KAKTINY said...

masy > iyolah tu.. mcm bunga taik ayam kanz.. hihihi..


Uncle Lee > hi Uncle Lee.. am doing fine.. tq.. have a great day to you too..

zino said...

setuju sangat..

Ayu Ikhwani said...

Sy mohon share ye sedikit intipati entry ni.. terima kasih atas perkongsian ilmu ini =)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.