Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, October 22, 2010

Peringatan Diri : TAK MAU KAYA jika...


Masih sedikit berkaitan dgn protes di entri semalam!. Pasal sumbangan yang mana aku bermati-matian membangkang tujuan SUMBANGAN BERBENTUK “AMAL” itu!.. (Ya, aku sgt2 PROTES dan TIDAK MENYOKONG!!.)

Bagi org yg kaya raya dengan duit ringgit, pasti memandang komen aku sebagai hingusan dan picisan.. tidak apa-apa... (setidak-tidaknya, aku ada bukti di hadapan Allah bahawa aku MENENTANG kejahilan dan kemungkaran yg “DATANG” depan mata!!).

Bagi org org yg kaya duit ringgit.. melimpah ruah kekayaan anda... silakan... silakan... lakukan apa shj dengan wang anda.. itu hak anda..

...dan SESUNGGUHNYA AKU BERSYUKUR KERANA TIDAK DILIMPAHI WANG RINGGIT BERJUTA-JUTA DI DALAM SIMPANAN seandainya dengannya aku menjadi laqa.... sungguh aku bersyukur..

Allah berfirman:
"Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Al-Quran Surah Thaha 50 : Ayat 131).

Semalam, aku khabarkan pada abang.. "Andai dengan menjadi kaya wang ringgit, mewah berharta benda, akan menggelapkan hati abang dan leen, akan menjadikan kita ego bongkak dan bangga diri.. akan menghumbankan kita ke dalam neraka Jahannam.. Leen mohon di malam jumaat ini, di saat kebanyakan umat islam mengalunkan bacaan yaasin memohon hajat, agar JANGANLAH ALLAH KURNIAKAN KEMEWAHAN HARTA BENDA ITU KEPADA KITA.. seandainya kesudahan yang buruk dan azab Allah di akhirat kelak yang akan kita terima berpunca daripada kemewahan harta benda dan wang ringgit itu.."


Dan doaku di hari jumaat yang mulia ini.

"Ya Allah, aku mohon Kau lepaskan aku daripada bebanan hutang dan fitnah orang.. serta Kau cukupkan duniaku dan mudahkan perjalanan hidupku dan ibadahku.. terimalah aku, perhatikan aku, redhai aku Ya Allah.. Jika kemewahan dunia menyebabkan aku jauh lalai daripada mengingati-Mu dan memberikan kesudahan yang buruk di alam akhiratku, jauhkan ia dariku Ya Allah.. namun, andai dengannya aku bisa lebih dekat dan ibadahku lebih hampir pada-Mu, maka permudahkanlah ia untukku Ya Allah.. sesungguhnya Kau lebih mengetahui dan maha mengasihani.. kasihanilah aku Ya Allah.. AMPUNI DOSA-DOSAKU wahai Rabb yang Maha Agung.."

Sungguh aku teringin menikmati yang dimiliki oleh golongan kanan serta yg puak ketiga dalam Al-Quran Surah Al-Waqiah 56 : Ayat 10-26 dan Ayat 27-37.

Serta nikmat seperti yg dinyatakan di Ayat berikut:

Firman Allah:
"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari". (Surah Al-Quran At-Thaha 20 : Ayat 118-119).


(wahai teman, sahabat, rakau taulan dan saudara seagamaku... jika, sekiranya hari ini, esok, lusa, akan datang nanti atau bila-bila kalian lihat dan dapati aku telah, akan atau bakal tersasar arah daripada apa yang aku perkatakan, TOLONG!.. TOLONG INGATKAN AKU... aku manusia yang mudah lupa, alpa dan leka... MAKA, PERINGATAN SEBEGINILAH yang kalian boleh forward, hantar, email, ingatkan aku bahawasanya perbuatanku salah dan perlu kembali semula ke paksi islam yang sebenar!).


Aku mengingatkan diri aku sendiri.... YA!. aku penat dan lelah melihat sekeliling.. Aku ingin bersuara!!.. tapi imanku terlalu nipis utk mengeluarkan kata.. terlalu TAKUT KEPADA MANUSIA BERBANDING TAKUT KEPADA ALLAH.. tidak tega untuk menegur dengan LIDAH dan menghalang dengan perbuatan.. YA ALLAH.. AMPUNI AKU.. AMPUNI KEKHILAFAN DAN KELEMAHAN HAMBA-MU INI!!..







.

16 comments:

iina said...

Amin.. hidup biar sederhana.. kerana itu sudah cukup bahagia.. hehehe cam nak jadi tajuk status fb aku ari nielah hahahaha ;)

ckLah@xiiinam said...

Sedang menulis komen untuk entri sebelumnya....tak perasan ada yang baru...



Sungguh Tiny...kesederhanaan itu kebahagiaan. Berlebih-lebihan itu memudaratkan. Kekurangan itu pula menyusahkan....

Tie said...

Betul tu Tiny, bila kita nak sumbangkan sesuatu , biarlah caranya berpadanan, supaya ianya dikira sebagai amal.

Kalau dah buat fashion show tu, yang diperagakan pun jauh dari islamic... ia bukan sahaja ditentang oleh agama, malah mengelirukan non-Muslim.

Kak Long said...

Pagi tadi imam masjid negara yg berceramah di pejabat skm menerangkan tafsir zuhud yg byk org salah faham. depa ingat zuhud tu macam org yg meninggalkan kebendaan, pakai ala kadar...dan beribadat shj hingga langsung x pentingkan dunia. zuhud itu sebenarnya dlm hati....iaitu bila tidak merasa terlampau sedih/kecewa dengan apa yg kamu hilang dan tak bermegah dengan apa yang kamu ada. Jika kekayaan boleh membawa kita ke jalan Allah...maka itulah yang sebaiknya. Tetapi jika kekayaan membawa kepada kebinasaan, maka hendaklah kita kembali kepadaNya....

KAKTINY said...

iina > Ameen. Betul iina… setuju sgt.. sederhana itu juga yg menarik… kan..

KAKTINY said...

ckLah > hihihi… betul tu cklah… Berlebihan itu juga bagus.. andai kena pada gayanya akan menjadi cukup indah… rezeki yg melimpah ruah itu juga kurniaan Allah…tp, ramai yg lupa dan lalai daripada yg sedar dan insaf!!.. huhuhu..

KAKTINY said...

Tie > iya sgt tu kaktie.. tu yg kekadang geram, menyampah dan malas nak layan surat2 citna yg mintak ‘sumbangan amal’.. ‘charity dinner’… ‘kutipan amal belian meja’ segala bagai semua nih.. NYAMPAH!!.. perabis beratus ribu utk meja makan + persembahan segala bagai.. yg nk didermakan seciput je!!.. ntah sapa yg dpt pon tak taulaaaa…. Huhuhu..

KAKTINY said...

Kak Long > WOW!.. Imam Masjid Negara mai bg ceramah… bestnya kt opis ada wat ceramah camtuh.. (aku ni dok cari dlm internet je la nk baca segala ceramah dan info agama… jarang dpt dengar ceramah lintas langsung camtu.. huhuhu).

Yg kaya duit ringgit tu Alhamdulillah.. rezeki Allah bagi melimpah ruah.. syukur.. tapi masalahnya.. hmm…. pi involve benda yg merapu meraban ntah hapa2.. pakai nama Islamic tu yg buat aku meluat tuh!!.. huhuhuhu..

(silap haribulan, hujung2 majlis ada menari karaoke segala bagai!!!.. LAGI HARU BIRU KELABU!!!)... haish!!..

diba said...

nak kaya tpi bukn untk mmbinasakn.

tasekM said...

takut makin derma makin dekat dgn neraka.



.

suara said...

Su pun selalu berdoa agar jadi insan yg tahu bersyukur. Jika nikmat syukur hilang, maka nikmat ketenangan akan hilang, dan jika ketenangan hilang, bahagia juga akan hilang.

Baru pagi tadi dengar motivasi pagi kat Radio IKIM, ustaz Rajhan kata nikmat syurga dunia yang sebenarnya ialah ketenangan hati, bukan duit, kekayaan atau kemewahan.

en_me said...

salam akak tiny tewww..

KAKTINY said...

diba > bagus bagus bagus.. semoga dpt menjaga iman dan takwa tak kira di kala miskin atau kaya..

KAKTINY said...

tasek > betui tu.. aku tau hang faham maksud 'cerita' aku.. huhuhu..

KAKTINY said...

Su > betul su.. itu yg tiny mohon dan hajatkan.. biar miskin harta, tapi kaya iman.. biar rendah pangkat, tapi tinggi takwa.. biar hina darjat di mata manusia.. tapi di angkat darjat di sisi Allah..
Mohon sentiasa beroleh redha Allah.. Ameen.

Bila hati tenang.. miskin atau kaya harta.. tetap terasa bahagia.. (ibu bapa tiny contoh terbaik utk tiny..).

KAKTINY said...

en_me > salam utk en.me itue jugaks.. hihi.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.