Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 21, 2010

WITHOUT SORRY.. REGRET!.

Gila gempaks tak tajuk?..


Apa bijik butirnya?.. okeh.. akan diketahui selepas ini!...

(banyak spekulasi buleh dirungkai nih.. kahkahkah!!!!)

Aku buat sequal je la.. kali ni nk buat mudah, ringkas dan MENUSUK MAKNA!. (mcm la aku reti nk karang pendek2.. hihihihi)

1) Asalnya diterima surat yg ada tajuk begini!!




2) Meminta begini!!..



3) Yang nantinya menayangkan begini!! (wallahu 'alam)




4) Yang agak jauh daripada begini!!.



5) Maka diputuskan.... BEGINI shj JAWAPANNYA!!..




.. Without SORRY.. JUST REGRET!!...



Ini adalah sekecil-kecil PROTES yg dapat aku "sumbangkan" utk "AMAL MA'ARUF, NAHI MUNGKAR".. dan aku tidak mahu terheret sama bila tiba hari pembalasan kelak!!..


Ya Allah... apa nak jadi dengan "DUNIA FESYEN ISLAMIC" sekarang?..
MENGEERRRRIIIKKKAAAANNN (bak kata Tok dalang dalam Upin Ipin).

*****************************************************************************

Aku nak tulis jugak peringatan ini!!.. PERINGATAN KEPADA DIRIKU DAN KAMU SEMUA WAHAI MUSLIMAH DAN PARA WANITA ISLAM (tak kirala islam pada nama atau pada ibadah!!)..


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 26)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau
•bapa mereka atau
•bapa mertua mereka atau
•anak-anak mereka, atau
•anak-anak tiri mereka atau
•saudara-saudara mereka atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
•anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
•perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
•orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
•kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An Nur 24 : Ayat 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 59)


dan aku mohon Allah jauhkan aku dari terkena siksaan ini:

"Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya." (Surah Al-Furgan 25: ayat 34)
- NAUZUBILLAHI MINDZAALIK!!..


AKU MEMOHON REDHANYA ALLAH - YA ALLAH, REDHAI AKU.

19 comments:

tasekM said...

bagus2.

thanx 4 the n3 yang... mengingatkan aku sama..

:)



.

tasekM said...

lupa. nk habaq. tak dak miss call pun kat hp aku. masa hang hantaq sms tu hp aku dh habih bateri tu yg lambat reply tu. sori tau.



.

KAKTINY said...

tasek > aku tak leh nk pegi halang.. jadi aku protes je la kan.. ('dan selemah-lemah iman - dlm menegur- adalah dgn menyangkal dengan hati..' masih lemah gilos iman aku kanz!.. huhuhu..)

oo.. bateri ko kong eh.. selamat.. anak aku dok tekan2 nombor sesuka hati jer.. aku tgk dail last number, nombor ko!.. (masa tgk berita, terus je aku teringat ko.. dan snap gambar and send.. kehkehkeh)..

Mak Su said...

iya, kita elakkan penglibatan selagi boleh

Kak Anie said...

Tiny...akak dpt email menunjukkan gambar2 tu... berastagfar akak dibuatnya...

Apa yang mereka fahamkan tentang aurat dan pakain dlm islam...

KAKTINY said...

maksu > tak dak kuasa nak batalkan event.. (kalau ada, nk gak buat!..) huhuhuhu..

KAKTINY said...

Kak Anie > mmg nak nangis kak!.. astaqhfirullahhal'azhiim..
huhuhu... takut, geram, marah, sedih dan hiba hati nih, Allah saja yg tahu.. terasa cam nk je bagi diaorg dengar makna surah Al-Qiamat (75).. (Allah sebut 4 kali perkataan "Celaka" (ayat 34-35) bg org yg mendustakan kebenaran!!).

Nanti, bila turun bala Allah, semua org terkena tempiasnya!!.. aduuuuhhhaaiii.... huhuhu...

Masy said...

islam liberal la tu agaknya.. hmmmm tp ok la tu, akak tunjuk yg akak x setuju. gud2 :)

iina said...

Aku rasa ini kes nak dapat sumbangan charity yg lebih banyak sebab tuh guna perkataan islamic.. supaya nampaklah sopan santun kot.. emmm.. mcm2 skrg nie ek ;)

kak Erna said...

tiny..asal labuh je islamic..tak nampk ke dia orang tu atas terbuka kan..pandai2 je dia..
betul2 dah akhir zaman..
tiny..semoga kita semua dilindungi

blackcardomompods said...

kak tiny...

Pertama,

memula nk ucap terima kasih sebab baca bukti2 kukuh utk perdebatan gue dgn org bukan islam di sini mengenai penutupan aurat!!Sudah lama ku cari2 ayat2 ini,maka senangla pasni ku ingin mengemukan bukti pada mereka.Tima kasih,tima kasih,moga2 penulisan ini akan membuka mata2 yang gelap,mencuci hati2 yang kabur,dan menggandakan pahala mu itu!

Kedua..

SAKIT JIWA!!!!

SAKIT MATA!!!

SAKIT HATI!!

Ini kejadian di Malaysia atau di US? di UK?

Jika benar ia berlaku di US dan UK,saya rasa itu biasa,kerana kita adalah insan yang pelik dan kolot

Tetapi jika ia berlaku di Malaysia,Harap Allah lindungi insan2 yang baik dari bala bencana.

Korang si penganjur tu islam ke non muslim?Please..please....jgn sebab korang abis orang lain kena!!!

Argggggghhhhhhhhhh

kakpah said...

tiny, kita ni kan kalau nak sumbang tu biarlah kat saluran yang memang sah2 tak sesat jalan kan? ish.. ada ka tak takut...

KAKTINY said...

Masy > kalau dh nk liberal sgt, gunalah nama lain.. grr grr grrr.. geram sungguh la!.. yg tak tahan tu, org ISLAM sendiri yg nantinya dok pi rasmi dan memenuhkan meja!!.. eeeeeeeee…….

KAKTINY said...

iina > banyak lagik mendalah lain buleh anjurkan.. takyahla guna nama islamic pastu yg dok tayang badan org bukan islam... yg buat fesyen pon ada org bukan islam.. yg dok penuhkan meja dan tengok, org islam.. Ya Allah.. takut aku weh!.. (mende2 camni kekadang aku sedih sbb tak dpt nk elak drpd ’terlibat’ secara implied.. sedih laaa... huhuhuhu)

KAKTINY said...

kak Erna > tu la pasal kak… labuh tang kain je.. tapi melopong nganga tang atas nuun.. hape ke kes camtuh kan??!!!.. mmg selalu berdoa semoga semua umat Muhammad yang Islam ini dilindungi dunia dan akhirat.. dan yang belum islam itu segera memeluk islam dan yang tidak menjalani cara hidup islam segera bertaubat.. dan yg menjalankan amalan islam itu tetap beristiqamah dan bersama menegakkan amal maaruf nahi mungkar.. (berkata sbg peringatan utk diri sendiri..).. huhuhuhu..

KAKTINY said...

blackcardomompods > pertama.. banyak lagik dlm quran dan hadis pasal aurat dan pembalasannya (nanti2 kalau kaktiny jumpa lagi, kaktiny emailkan eh.. sama2 share the info k..)

Kedua.. kalau dekat US UK pon kaktiny nk bantah sbb namanya “ISLAMIC”.. tp dok tayang segala mak nenek yg ntah hape hape..

Masalahnya skrg adalah event itu akan berlangsung di "NEGARAKU.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"...!!!..
Dan menyaksikan keterlibatan ORG ORG ISLAM secara langsung dan tidak langsung!!.. AMAT MENYIKSA HATI INI!!!!... huhuhuhu

KAKTINY said...

kakpah > baiklah bagi kat bebudak tahfiz sambung pengajian.. laagggiii berkat!!... siap dapat doa utk dunia akhirat lagi.. ni dah la bayar mahal2.. cuci mata dengan dosa.. terlibat dlm sumbangan dosa… tunggula kt akhirat nanti.. nauzubillahimindzaalik..
… tiny takut kak.. sungguh tiny takuuutttt!!!.... huhuhuhuhuhu….

ckLah@xiiinam said...

Memetik kata-kata Ustaz Zaharudin tentang majlis ini


....bercanggah dgn Islam & tdk layak diberi nama 'Islamic'. Selain meraih untung mnggunakn nama agama, ia mgkn satu teknik menghina Islam secara lebih licik agar tidak dibantah scara terangan. Ia hanya disokong oleh musuh Islam @ pihak pencinta Islam liberal @ si jahil yg ingin mentafsir Islam menurut logik. Sebarang kerjasama dlm anjur & promosi adlh berdosa besar.

KAKTINY said...

cklah > tiny setuju sgt bab PENHINAAN ISLAM SECARA HALUS tuh!!... dan yg sedihnya.. SI STATUS AGAMANYA "ISLAM" yg turut menjadi penyumbang bg meraikan majlis AMAL yg sebegini!!.. aduuuhhh...

jantungku bagai tertusuk sembilu..
hatiku bagai ditoreh belati..
hendak bersuara lidahku kelu..
hendak menghalang aku tak berani..

terasa btapa kerdilnya diri.. sekerdil namaku "TINY".. huhuuuwaaaaa... waaaa...waaaa... sob sob sob..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.