Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 14, 2010

Salah Suami


Perjalanan pulang dari tempat kerja di jalan yg sunguh jammed sebenarnya merupakan satu perkara yang amat bahagia untuk aku (sekali-sekala laaa...) (KECUALI KALAU ADA TETAMU MENUNGGU DI RUMAH ATAU ADA ACARA YG PERLU DISERTAI PADA MALAM HARI ITU!!)… ini kerana perjalanan itu sentiasa di isi dengan cerita-ceriti, borak-borak, sembang-gebang tentang pelbagai isu dan saling bertukar pandangan dan fahaman… (tapi, ada jugak masanya masuk bab umpatan, kejian dan pergaduhan serta perbalahan ….. yang ni semua part yg tak best laaaa….huhuhuhu)… hahaha…

Kali ni, bukak topik pasal kes seorang artis yang diminta menambah nafkah saraan bulanan anak2 dengan bekas isterinya dulu…

Aku tanya, “abang setuju tak bekas bini dia minta tambah nafkah anak?” (ni aku yang tanya)..

Memula abang kata ‘tak setuju’.. kata abang, “kan dia dah bagi, apahal nak minta di tambah-tambah pulak?”.. (ni abang yg cakap)..

Aku kata, "mmg patut la kena tambah... sebab laki tu 'claim' dia dh kaya dan ada business stabil.. siap tayang kereta-kereta-kereta yg dikatankan miliknya yg gila babas punya mahal… takkan anak-anak dia dgn bekas isteri tu tak de hak nak dapat?.." (ini aku cakap)

Aku lagi: “Cuba abang fikir, ini general, bukan pada artis ni la.. tapi pada sesiapa yang mengalami kes ini!!... katalah, lelaki ni sekarang hidup mewah dengan bini baru.. dan ada anak dengan bini baru... mereka laki bini anak beranak sekeluarga ni hidup dlm kemewahan.. si lelaki ni hantar anak2 dia dgn bini sekarang yang BERBIN BINTIkan nama dia (dah anak dia kan..) pergi sekolah swasta.. yuran sebulan mahal nak mampos.. tapi, dia mampu, makanya, dia hantar mereka ke sekolah itu… tapi.. anak dia yg duduk dengan bekas isterinya yang BERBIN BINTIkan nama dia sekadar belajar di sekolah biasa yg yuran tak sampai suku yuran anak2 dia dgn bini sekarang… pastu pulak.. anak2 dia dengan bekas bini pergi sekolah naik bas sedangkan anak2 dia dgn bini skrg naik limosin segala bagai.. ADIL KA ITU??.. sedangkan anak2 itu BERBIN BINTIKAN LELAKI YANG SAMA!!... (dari darah hasil perkahwinan yang halal!!)..

Hanya kerana ibu anak2 bekas isteri adalah isteri yang telah diceraikan, adakah HAK ANAK-ANAK dengan bekas isteri itu GUGUR SEMUA???... begitukah??

Kalau macam tu.. senangla orang jantan nih... kawen... buat anak banyak2... ceraikan bini.. kawen dgn org lain... pastu biar anak2 dgn bekas bini dan abaikan tanggungjawab.. camtu kah??..

Dah la anak2 dgn bekas bini tu tak dpt merasa kasih sayang seorang ayah kandung.. jugak tak dapat menumpang senang kekayaan ayah yang mereka di bin dan binti.. isy isy isy... kesian mereka...

Boleh tak anak-anak yang ditinggalkan bapa2 macam ni (yg tak peduli kt kebajikan anak2 dgn bekas isteri pertama), mereka (anak2 ini) mengangkat tangan berdoa kepada Allah..

Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan
ibu bapa kami SAHAJA, serta kesihanilah ibu bapa kami SAHAJA.. sebagaimana mereka berdua IBU mengasihani kami semasa masih kecil.

Boleh camtu??... Pastinya TIDAKKAN... mesti ramai yang kata... TAK BOLEH BUAT CAMTU.. APA-APA PON, DIA TETAP AYAH KAMU.. KAMU KENA TAAT... KAMU KENA PATUH...

Dan bila di hari tua nanti, bapa2 ini (atau ada setengahnya si ibu yg bersikap seperti bapa2 ini) di tinggalkan tanpa dijenguk dek anak2... JANGAN PULAK DISUMPAH MEREKA.. KERANA ANDA YG MENINGGALKAN LEGASI SEBEGITU!!!...

Firman Allah :
"Dan janganlah engkau tujukan permandangan engkau kepada kesenangan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka, janganlah engkau bersedih hati terhadap mereka dan hendaklah engkau bersikap sopan santun terhadap orang-orang yang beriman". (Surah Al-Quran Al-Hijr 15: Ayat 88).


Note : semua yang berwarna hijau itu cik abang aku cakap.. dan semua yang berwarna biru itu, AKU YG CAKAP..

See.. see.... betul tak aku cakap... sepuluh patah aku tanya, hanya sebaris ayat je yang abang tuturkan.... abang aku mmg tak banyak cakap...

Lihat jugak sebaliknya.... 25 patah perkataan abang aku jawab.. SERIBU RATUS perkataan aku hamburkan.. sampai habis perjalanan aku sorang ja nk bahas!!!.. sian cik abang.. hahahahahaha...


................................................###################..................................................................


Tapi, penutup sembang dari abang, sebelum sampai simpang rumah, adalah ayat yang paling aku suka dengar.. hehehe..

Menurut abang, pada pandangan peribadinya, KEGAGALAN SEBUAH PERKAHWINAN ADALAH BERPUNCA DARIPADA KEGAGALAN SUAMI... DAN SUAMI YANG PATUT DISALAHKAN!!!... (wow!!... ini cik abang aku punya pandangan peribadi okeh!!.. no right or wrong answer, sapa nk berdebat, pi buat entri sendiri!!..kahkahkah).

Aku : Rasionalnya? (waaaaooowww.. tetiba aku plak yg bertanya sepatah!!... amazziiinnngg... hahahahahaaa...)

Abang : Suami adalah Khalifah.... kuasa cerai talak di tangannya.. takkan jatuh talak kalau suami tak lafaz!. Jadinya, memang suami la yang patut mengakui kegagalannya mempertahankan rumahtangga jika sampai berlaku kes perceraian!..
(kata cik abang..)

Jika isterinya degil, adalah tanggungjawab si suami utk melentur, jika isterinya main kayu tiga, adalah kerana diri si suami yang tak pandai mengambil hati isteri, jika isterinya nusyuz adalah kerana suami salah didik, jika isterinya kurang ajar, adalah kerana suami tak tahu nak mengajar... isteri perlu dibimbing, dibentuk, diasuh... kalau isteri tidak puas hati dengan suami.. adalah kerana suami tidak pernah pedulikan isterinya..
(waaaahhhh... panjang pulak kali ni... aku plak yg terdiam terpana!!... kehkehkeh)..


Kesimpulannya, kalau ada kes cerai-berai.. AKU AKAN SALAHKAN PARA SUAMI....!!!!!... (aku sokong/ taat/ patut pada cakap suami aku apaaaa..... korang nak sokong pandangan lain, peduli hape aku kan kan kan.. kehkehkehkeh)..


Tambahan:-
Aku ada terbaca satu entri ni... menarik jugak:

SEORANG lelaki bertanya bapa mentuanya:

'Ramai orang puji bapak kerana mampu mempertahankan perkahwinan bapak. Boleh tak bapak berkongsi dengan saya apakah rahsianya?'

Dengan tersenyum, bapa mentuanya pun menjawab:

'Jangan sekali-kali mengkritik isteri kamu kerana kekurangannya. Sentiasalah ingat bahawa kerana kekurangannya itulah, isteri kamu gagal mendapat suami yang lebih baik daripada kamu.'

(arghkahkahkahkahkah.... hihihihihihihi...)...


.

22 comments:

ckLah@xiiinam said...

Akhir-akhir ini...sering melihat kisah benar 'keruntuhan keperkasaan' insan lelaki...yang sepatutnya menjadi kepala keluarga.

Ada antaranya kenalan jiran sekampung, dan ada juga bapa murid-murid ckLah...dan selebihnya di media massa...

Pelbagai cerita keruntuhan...
Ditangkap kerana dadah, memukul isteri, judi...............malah sumbang mahram!


Apabila ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk membincangkan masalah anak, mesyuarat PIBG atau mengambil kad kemajuan.......selalunya ibu yang datang. Bapa?



...dan siapa di sebalik gejala buang bayi yang kianmenjadi ini?

kak Erna said...

salam tiny..terima kasih..kerana berjaya membuat akak senyum dan gelak sepanjang membaca n3 ni..bukan gelakkan kehancuran rumah tangga orang..tapi..
yang sbenarnya sape yang kesian ye..tiny ke..cik abang tiny..he he..
boleh pulak tu..bercakap sorang2 panjang2 tak ada respon..kalau akak dah merajuk dah..akak pulak akan beku tak becakap..biar aje dia cakap sorang2 he he..

Tijah said...

AI LAIKKKKK!!!!

terus caps lock kannn?

hahahah

iina said...

Aku setujuuuuuuu... pada aku peranan suami mendidik isteri.. dan peranan isteri pulak menjaga didikan yang diberikan.. ;)

diba said...

suami dan isteri mmpunyai tnggungjwab yg mnyempurnakn diri masing2

diba said...

suami dan isteri mmpunyai tnggungjwab yg mnyempurnakn diri masing2

Cik DIA said...

perghhhh...
tabik spring tuk kak tiny...
akak berjaya buat saya tersenyum dan tertawa bila baca entry ni...
harus diakui kebenaran setiap yg diucapkan...
blink blink blink...
(",)

Anonymous said...

mamat ini tidak insap pun. dia main dgn budak itm masa blajar, family dia sokong dia. budak ppuan tu dah sarat.. budak kadazan. baik. bila beranak nama anaknya firdaus ke apa ka entah.. masa tu tumpang di rumah mak angkat melayunya. bila neneknya dapat tau nenek hantar tiket balik sabh, nenek org kuat igama tu.. so anak si bahlul ni di baptist kan.. nenek nya ambil ..so

now Allah swt kasi dia dunia, harta, datuk, moyang, ada kluarga di buang macam sampah.oRG RAMAI MASIH MENGAGUNG KAN ORG SAMPAH SEPT INI..
yg tak dikawin tapi digauli.. yg diketahui dan tidak diketahui.. Allh swt sj yg tahu.
cuma mungkin satu hari tidak disedarinya, dia jatu miskin, kena aids ke.. masa tu tengoklah.. dan sengetlah jln nya kerana anak sorg dah ugama lain kerana dia tidak mahu bertanggung jawab..
MUKA PUN MACAM TELUR PENYU, PERANGAI PUN MACAM PENYU BERTELUR SEPAH SEPAH..

KAKTINY said...

ckLah > Owh Lelaki!!... bagaimana agaknya mereka hendak berhadapan dengan persoalan demi persoalan di akhirat kelak??.. Amanah sebagai khalifah bukan calang-calang tanggungjawabnya kan cklah.. addduuuhh… huhuhu..

KAKTINY said...

kak Erna > hahaha.. bab tiny ngan cik abang, dh biasa sgt camtu kak.. dah mangli kata org kedah.. hihihihi… cik abang punya respon bukan dgn ayat tp dgn anggukan.. tu yg tak rasa cakap sorang2 tu.. sbb dia sentiasa dengar dengan peka.. heheheee…. (dan, tu yg buleh sambung bebel sorang2..kahkahahahaha)…
- akak ni mmg pesen kurang ckp eh… kalau jumpa tiny, mesti akak tension, sbb tiny je banyak sembang!!.. hahaha…

KAKTINY said...

Tijah > CAPS LOCK, BOLD, ITALIC AND RED IN COLOR OKEH!!..... kahkahkahkah…

KAKTINY said...

iina > ye kan yang.. sebab tu le kita ni jadi perempuan… yg dianugerahkan kelembutan sifat keibuan, ketegasan dalam diam, supaya kita mudah dilentur, mudah mendengar nasihat, mudah tersentuh dengan pujukan… maka itu ada pepatah “IN EVERY SUCCESFUL MAN, THERE’S A WOMAN BEHIND”.. (itulah yg kita perlu jadi.. kan kan kan)..

KAKTINY said...

diba > betul diba.. dua-dua kena tahu amanah dan tanggungjawab.. dan tak semestinya isteri boleh take it for granted kan… dua-dua kena main peranan… baru harmoni dan kekal rumahtangga… InsyaAllah..

KAKTINY said...

Cik DIA > kaktiny yg taip ni pon lagik nk gelak2… nak plak masa tgh flash back apa yg cik abang ckp… kehkehkeh…
Apa-apapon.. tanggungjawab rumahtangga tu pada setiap pasangan.. tak boleh bebankan di satu pihak sahaja… baru bahagia dan damai rumahtangga… kan..

KAKTINY said...

Anon > Allahu… jika begitu keadaanya, semoga shj dia bertaubat dan menyesali perbuatan lalunya… semoga hidayah Allah meresap ke jiwanya… semoga tidak dikhifarah Allah dgn bala dan semoga tidak dibawa ke hadapan pengadilan Allah dengan azab bahaya… Astaqfirullahal ‘azhiim..

Segala perkara buruk semua ni, kena ambil iktibar, mohon jauhkan jgn terkena pada diri kita, anak cucu keturunan kita.. Na’uzubillah…
Yang penting bermula dari diri kita sendiri… kena kembali kepada paksi islam sbg landasan hidup.. jadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah pedoman dan pegangan.. dan bersama amalkan AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR..

Semoga semua umat islam kembali kepada fitrah islam yang sebenar… Ameen.

Mak Su said...

asben sbgi kepala r/tangga mmg tak boleh main2 peranannya.... walau dlm apa keadaan pun

DrSinga said...

25 patah je berbanding dengan ribu-ribu-ribu ko cakap.....
heheheeeeeeee.
.
.
.
ai pun laike tulisan yang kaler merah tu!!!

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, hey, long time no see. How you doin'? I missed you. Hope everything okay.
You keep well and best regards, Lee.

ashley said...

Tetiba aku nak jadi pengunjung tetap blog ni.
selamat berkenal kenalan..walaupun lama dah kenal blog ni..

.
.
salam salam

KAKTINY said...

maksu > betul tu maksu kan..


Dr.Singa > aku tau doc, kalau pompuan @ bini mesti suka punya bab yg aku tebalkan dgn rona merah tuh.. hahahaa..

KAKTINY said...

U.Lee > Hi U.Lee.. I'm ok, thank you for your kindly care.. hope you are doing fine too.. happy always ya..

KAKTINY said...

ashley > salam.. hihihi... thank you thank you thank you sebab sudi singgah bertandang di sini.. terima kasih sebab nk jadi pengunjung tetap pada blog yg dh tak berapa nak rancak upload entri ni.. kehkehkeh...

salam ziarah dan selamat berkenalan.. hihihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.