Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, October 08, 2010

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH...





ALHAMDULILLAH..

Ya Allah.. segala pujian kupanjatkan HANYA PADA-MU..
Sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU.. LILLAHI TA'ALA..


Ya Allah.. segala janji-Mu itu benar Ya Allah..

Aku adalah hamba-Mu..
Terima kasih kerana perhatikan aku.. terima kasih kerana memandang aku.. terima kasih kerana sedarkan aku.. terima kasih kerana tidak membuangku jauh dari tuntunan-Mu Ya Allah...

Ya Rabb.. di kala Kau berikan ujian sukar.. aku sedih, pedih, perit..
tangisku hiba, kecewa, gundah, resah, gelisah dan meronta..

Namun, aku berpegang pada janji-Mu Ya Allah.. di setiap ujian adalah kifarah penghapus dosa.. di sebalik dugaan ada rahsia rahmat yang tersembunyi, yangmana nikmatnya akan terserlah hanya ketika berlalunya duka.. dan.. ianya untuk aku sendiri BERFIKIR DAN MENGINSAFI DIRI!!!...

Ya Allah... Aku manusia biasa.. insan yang lemah dengan godaan nafsu yang penuh keserakahan jiwa.. aku akur itu Ya Allah...

Aku insaf.... sedangkan NABI MUHAMMAD S.A.W yang maksum yakni kekasih-Mu yg tidak pernah sesekali mengingkari-Mu itu lagikan berhadapan dengan ujian yang MAHA BERAT.. siapalah aku manusia bongkak ini untuk tidak merasa diuji?.. siapalah aku insan hina ini untuk tidak merasa diduga, siapalah aku hamba yang lalai ini untuk hanya menerima nikmat bahagia tanpa ujian dan dugaan??..

Aku malu dengan Rasulku.. diuji ujian kecil, aku mengeluh; diduga ujian mudah, aku merintih.. sedangkan aku sendiri yang menganiaya diri dengan terlupa dan leka untuk tunduk patut pada yang termaktub dalam Al-Quran-Mu.. berpaling daripada apa yang disebarkan dlm sunnah Rasul-ku.. lagi aku EGO inginkan BAHAGIA TANPA UJIAN!.. MANA MUNGKIN ITU!!...

Dengan yakin dan pasti, aku lalui ujian-Mu yang sebenarnya hanya sebesar zarah jika dibandingkan penderitaan kaum terdahulu itu Ya Allah.. hanya keserakahan jiwaku yang memandang ujian-Mu itu sebagai segunung batu yang menghempas di dada jiwa..

Tidak sia-sia Kau ciptakan susah, senang dan segala bentuk ujian dan dugaan, melainkan Kau tahu ianya untuk mengukuhkan iman hamba-hamba-Mu untuk lebih yakin dan percaya kepada-Mu... ALLAHU AKHBAR...

Rahmat-Mu tidak pernah kering Ya Allah... nikmat-Mu tidak pernah hilang Ya Allah.. bahkan sentiasa berlimpah ruah.. sentiasa penuh dan melata di serata pelusuk alam segenap petala langit... SUJUD SYUKURKU HANYA PADA-MU YA ALLAH... ASH-SYUKRULILLAH..

Di kala kau uji aku dengan kesenangan, janganlah aku takbur, sombong dan bongkak.. janganlah aku lupa diri, alpa, lalai dan leka.. INGATKAN AKU YA ALLAH.. Tetapkan imanku.. janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah kau luruskannya...

Aku redha dengan ujian-Mu dan aku teramat bersyukur dengan anugerah-Mu Ya Allah..

Segala pujian hanya pada-Mu Allah... selawat dan salam untuk Muhammad S.A.W, Rasul junjunganku... aku bangga menjadi hamba-Mu Ya Allah... aku terima dengan redha ketentuan-Mu dan aku berterima kasih sangat-sangat dengan nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku Ya Allah.. sangat-sangat aku mensyukurinya.. ALHAMDULILLAH..


HANYA REDHAMU YANG KU POHON YA RABB.... REDHAI AKU!!... Ameen.
Firman Allah:
"Hai anakku (kata Luqman)! Dirikanlah sembahyang, suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk, dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh. Janganlah engkau memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!. Sesungguhnya Allah tiada mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri!!. (Al-Quran Surah Luqman 31: Ayat 17 dan 18).

.... diri... ingati ini.. sentiasa!!!.....



KU MOHON REDHANYA ILLAHI...





.

10 comments:

ckLah@xiiinam said...

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar....

kakpah said...

kakpah menerima ujian lagi. sorang lagi anak masuk hospital..

KAKTINY said...

cklah > Am seeking for His forgiveness and blessing.. here and therafter..


Kak Pah> Allah sayangkan kak pah.. catatan pahala seorang ibu berlembar-lembar diselak dan ditinta malaikat yang mencatit utk kak pah....

aliff muhammad said...

Kak Tiny,

Semoga dipermudahkanNya untuk hari-hari yang mendatang.

Jazakallah hu khair.

KAKTINY said...

aliff > Jazakallahu Khair adikku..
...catatan di kala tenang utk peringatan di kala gelombang..

Tie said...

Alhamdulillah,
Bila kita dalam kesulitan, hubungan kita denganNya bertambah-tambah akrab... semoga Tiny dipermudahkan segala urusan.

zino said...

semuga segala urusan di permudahkan...

KAKTINY said...

Kaktie > betul kaktie.. dan terima kasih.. sentiasa nak ingatkan diri agar mengakrabkan hubungan dengan Allah setiap detik masa dan ketika.. bukan hanya tatkala susah shj.. malah di waktu senang perlu lebih lagi kerana nikmat yg Allah beri amat tidak terbatas.. banyaak!.. Alhamdulillah.


Abah Zino > Ameen ya Rabbul 'alamiin..

blackcardomompods said...

tq kak tiny..really like this entry!

betul tu..kita sentiasa mengeluh bila di uji,sebenarnya dr ujian tersebut kita jadi manusia yg lebih mengenali diri sendiri dan mengenali siapa lawan dan kawan.

Jika tidak Allah hadirkan ujian itu,kita pasti hanyut bersama kawan2 sebegitu.Rupanya dgn ujian itu,Allah selamatkan kita dr hanyut bersama kawan2 yg tidak bagus.

seperti yg termaktub lam surah al baqarah ayat 286,kita perlu pinta Allah hadirkan ujian yang setimpal dgn pikulan kita bukan pohon Allah TIDAK bg ujian buat kita.Betul tak?

bila baca ayat tu bru kita phm bhawa,org yg beriman akan sentiasa di uji.Baru mantap iman kan..huh..panjang pulak setazah celupps ni..kekeke..ampunnnnn

KAKTINY said...

BCP > betul tu yang.. surah al bawarah ayat 286 tu mmg dh selengkap penyataan peringatan kpd kita.. kalau kita dapat bala pon sbb salah kita sendiri.. dan sebenarnya ujian kita ni xlangsung seberat ujian Nabi dan umat terdahulu.. tp sbb kita ni terlalu manja kot, ujian cenonet dh nampak mcm langit runtuh atas badan.. isy isy isy.. semoga kita sentiasa kembali kepada paksi iman dan takwa... ameen.

ustazah celup ke blonde ke yg penting sama-sama memperingatikan.. kalau tak sembang menda2 ni, kita dok gebang menda meraban jer.. sesekali saling muhasabah camni, seronok sgt (kena selalu sebenanrnya kan kan kan..)..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.