Bila engkau berbuat baik, ada yang mencemuh menyatakan engkau menunjuk bagus.. malah ada yang menfitnahmu dengan kebaikan yang engkau taburkan..
Perlukah diambil kira perkataan dusta mereka itu?..
Teruslah berbuat baik, kerana perbuatan baikmu itu untuk Allah..
Bila engkau terlalu menyayangi.. tetapi sayangmu tidak dibalas dengan rasa yang sama.. malah ada masanya hatimu pula yang disakiti..
Perlukah engkau serik memberi sayang dan apakah sayang mereka itu terlalu engkau dambakan?..
Teruslah berikan sayang itu, kerana sayangmu itu adalah kerana Allah..
Bila engkau jujur berbicara, ada yang menyatakan bicaramu meraih perhatian, pujian dan tepukan.. malah ada yang sengaja mencari ruang meneliti kepincanganmu..
Perlukan engkau terasa hati dan terus diam?..
Teruskan bicara jujurmu, kerana jujurmu itu demi kerana Allah..
Bila engkau menasihati, ada yang mencebik bibir, ada yang tidak gemar akan bicaramu.... malah ada yang membenci dirimu..
Perlukah engkau berhenti dengan kata-kata nasihatmu?..
Teruskan nasihatmu, kerana perkataan nasihatmu itu ilham rasa dari Allah.
Bila engkau sering memberi, ada yang mengambil kesempatan... malah ada yang mempergunakan peluang mengenakanmu demi kepentingan diri.
Perlukah engkau serik dan berhenti dari terus memberi?
Bukankah pemberian Allah itu lagi Maha Luas dan terlalu banyak, meskipun kepada hambaNya yang tidak bersyukur?
Teruskan memberi, kerana tangan yang memberi itu lebih mulia daripada yang menerima.. dan sesungguhnya pemberianmu itu adalah rahmat Allah.
Bila engkau ditimpa malang, ada yang berhati girang, mentertawakanmu dengan riang, kerana puas melihat dirimu berhati walang.
Perlukah engkau berdendam?
Jangan!. Redhakan takdirmu, redhakan mereka yang bahagia di atas kesengsaraanmu, kerana ria mereka hanya sementara, redha Allah jua yang kau cari SELAMANYA..
Apa jua yang kau laksanakan.. apa jua yang mereka fikir dan perlakukan terhadapmu..
Usah dinilai dengan nafsu.. teguhkan iman, tinggikan takwa..
Bulatkankan ikhlasmu hanya kepada Allah..
Teruskan dengan yakin.. buktikan bahawa doa iftitah di dalam solatmu itu benar..
"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah, Tuhan Semesta Alam.
Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam."
Buktikan kepada Allah!!.
Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 21)
"Tiada manusia yang mampu mengukur ikhlas.. kerana ia adalah rahsia mutlak di antara Allah dan makhluknya.. tidak akan dapat ditembusi oleh mana-mana mata meskipun diri sendiri yang adakalanya tertipu dengan nafsu dan godaan syaitan yang dilaknat!."
Firman Allah:
"Maka itu, berteguh hatilah (dengan jalan sabar)!. Sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah benar dan janganlah pendirian engkau dapat digoncangkan oleh orang-orang yang tiada mempunyai keyakinan!" (Al-Quran Surah Ar-Rum 30 : Ayat 60)
Sesungguhnya redha Allah jua yang dipohon.. Ya Allah.. redhai aku!..
.
20 comments:
redhai aku juga.
amin.
.
tasek > semoga Allah meredhai kita semua.. ameen..
Don't give up to do something good and meaningful in our life.. because it always comes with a price.. and that will teach us to be stronger and wiser ;)
Insyaallah Allah sentiasa meredhai kita dalm segala kebaikan;)
Mulanya enggan mencoret sebait ayat kerna bimbang disalah ertikan namun jiwa kerdil ini meronta2 utk mebautkan sepatah puluh ayat .hihi
Boleh kan kak tiny????hihi.rasa terkesan dan terkena sungguh dgn jiwa kita.
"Tika kamu terlebih memberi kasih sayang,ikhlas bersahabat,menghulur bantuan namun langsung tidak diingati,maka bersedihlah hati pada manusia namun jangan risau,kerana perkara yg dilakukan hanya niat kerana Allah,sedih itu hanya luaran ,sebenarnya kamu beroleh
kegembiraan dalaman- kenapa?
Kerana Allah itu maha adil,penyayang-kerana kamu niat kerana Allah,Dia balas dgn berikan kamu rezeki yg melimpah ruah dan nikmat2 kesihatan dan lain2 walaupun di hati cukup terluka dgn cemuhan.
Sekian,terima kasih.
Ada markah tak utk karangan ni?hihi
teruskan berbuat baik, tanpa perlu memikirkan apakah pulangan yang akan kita perolehi pada masa hadapan. memadai dengan mempercayai....janji Allah itu benar. jadi, berbahagialah sahabatku
....terkesan. Lalu sebak.
maksu seperti di atas, dibalas dgn tuba dan tikaman, kesabaran sudah terhapus, sudah jadi kebencian.... jawapannya, blah saja lah :(
tiny, akak dah biasa memberi madu pd kwn tp dibalas ngan tuba.. pd akak biarlah, kerna DIA lg maha mengetahui dr segala-galanya...
Tiny...kata2 yang begitu bermakna... yang banyak mengubati hati akak yang lara... terima kasih Tiny...
Semoga apa juga yang akak lakukan sekarang akan terus dilakukan kerana ALLAH...Ameen...
Semoga kita semua diredhai... kerana keredhaan ALLAH itulah yang kita dambakan
iina > you r right my dear… we shall never give up to perform the best of us.. thus Allah already give a lot to us eventho sometimes we take it for granted..
… takdir Allah sememangnya terbaik jika kita tahu makna redha dan syukur kan.. (aku tengah belajar menasihati diri.. hihihihi)..
diba > semoga begitu hendaknya dik.. ameen.
blackcardomompods > coretan itukan perkongsian ilmu… tak baik tau kedekut ilmu.. kehkehkeh… andai ada yg menyalahertikan makna tersurat.. itu sendiri pikirla.. not our duty to teach them the right and the wrongness… kan kan kan..
Maka itu.. catatlah.. komenlah.. waima hendak menjadikannya entri sekalipon, kaktiny sudi membacanya… setiap bait tulisan itu merupakan ilham Allah dan syukur jika dpt dinikmati bersama..
Markah?... kaktiny pon tak berani nk letak.. hihihi... takpe.. syure malaikat sebelah kanan buku catatan dh catit banyak2 dah tuh.. heheheheeee...
Mencemuh orang mmg senang... tapi, kalau terkena batang hidung sendiri.. baru tahu.. sebab tu kita jgn jadi seperti mereka.. biar dicemuh.. tetap maintain senyuuummm.. kehkehkeh..
kaklong > betul darling.. tak rugi kan berbuat baik.. sdangkan Allah tak pernah leka utk berbuat baik kepada kita.. diberi nyawa dan kehidupan.. diberi udara dan kebahagiaan.. diberi segala yg kita ada hari ini... terlalu baik Allah kepada kita.. takkan kita pulak nk sombong sesama manusia kan...
Aku penuh yakin dgn janji Allah... dan sabda Rasulullah... ”Bagi wanita yang menjaga solatnya, menunaikan puasa di bulan ramadhan, menjaga kemaluannya (aurat) dan taat kepada suami – diizinkan Allah untuk memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasukinya.. – itu yg aku nk kejarkan!!!... sungguh!!..
ckLah > Takdir Allah itu bersebab kan cklah.. dan janji Allah itu sangat tepat dan benar.. kan.. di dunia dan di akhirat, apa jua ditakdirkan... bertepatan dengan janji-Nya..
Sentiasa mentarbiyah diri untuk belajar... belajar untuk ikhlas dengan Allah.. belajar untuk redha dengan takdirnya.. dan belajar untuk tidak pernah ponteng daripada memohon redha-Nya.. semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita semua, dunia dan akhirat.. ameen.
Mak Su > tiny pernah melalui segala rasa itu.. mmg sakit.. mmg perit.. tetapi.. menggagahi diri utk terus berhadapan dgn takdir agar dpt mengecapi kemanisan di sebaliknya.. namun, adakalanya... mengundur itu mungkin pelarian yang baik.. beralah tidak bererti kalah.. sekadar menyerah untuk tidak terus dipersalah dan mengundag masalah kepada jiwa dan hati yang resah..
Rezeki di bumi Allah ini luas.. pasti akan ketemu ruang yang lebih baik dan lebih bahagia..
ze > betul kak… pastinya tuba yg dibalas itu akan ada penawarnya.. tidak di SINI.. di akhirat adalah pasti.. itu janji Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa dan beriman..
Tiny yakin dan pasti akan janji-janji Allah… telah tercatat di dalam kalam suci-Nya..
Kak Anie > kak.. ia sekadar peringatan kepada diri.. kita manusia tak pernah terlepas dari ujian Allah.. kita dh banyak diberi bahagia… seketika diuji duka, jangan mudah mengalah.. kerana luka itu sementara.. aksih dan rahmat Allah itu kekal selamanya.. kita berhak di atas kebahagiaan kita.. pedulikan kata2 yg berundur fitnah dan nista.. yang hanya cemburu dan mengundang syaitan menerpa.. biarkan biarkan..
Yang penting.. kasih dan rahmat Allah yang diberi itu lebih banyak bahagia daripada ujian derita sementara itu… ala2 cuaca kt mesia ni.. lebih banyak mentari daripada hujan.. tsunami pon melanda baru sekali tuh.. hihihi..
Bulatkan tekad dan nawaitu Lillahi Ta’ala.. bg yg jiwa dirasuk syaitan tu.. syoh syoh syoh.. pi main jejauh.. kehkehkeh..
Semoga diredhai Allah selamanya.. ameen.
betul sgt2 tu..teruskan menulsi ya..ari2 duks kodeng umh kak tiny,busy kejrg nmpk menulis.menulis ni dpt hilangkan keserabutan jiwa tau.hihihi..
kak tiny,ada special award utk kak tiny,kalau sudi,ambikla..tak ambik,siap ko..hahahahhaha
SALAM,
KOMEN ORANG MACAM2. KITA LAYAN MEREKA, KITA JADI PENING KEPALA. YANG PENTING KITA IKHLAS DAN TIDAK BERTENTANGAN DGN KEHENDAK AGAMA KITA.
BCP> kalau takdak entri tu.. maksudnya mmg bizi la yang oiii.. kehkehkeh.. lately tgh kalut nk siapkan proposal tesis.. tu yg jaraaaaaang-jaraaaaannngg nk berentri tuh.. huhuhu...
dah baca.. dh tengok.. dan terima aksih eh utk award tu... teringat dolu dolu kes2 pas pas award nih... kehkehkeh..
LF > Salam.. betul kan.. peduli apa org kata.. bukan diaorg yg bagi rezeki, bagi kehidupan atau bagi pahala kat kita kan..
tetapi.. tetap.. mereka perantara dan penyebab juga kita mengumpul dosa atau pahala..
Semoga nawaitu ikhlas Lillahi Ta'ala itu ada di jiwa kita dan sentiasa dipelihara Allah dalam setiap tindak tanduk dan niat hati kita.. ameen.
Post a Comment