Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, January 17, 2011

Ketahuilah asal usul anda.. wahai 1Individu…


PANAS PANAS PANAS..

Ya.. Isu ini sangat panas ketika dan saat ini. Isu yang membuatkan penulisnya yang telah menulis karya ini 40 tahun yang lalu menangis di atas kerusi rodanya. Beliau tidak mampu lagi mendengar dengan jelas, waima berfikir dengan kritis seperti penulisan-penulisan lampaunya kerana usianya telahpun mencapai 91 tahun....

Novelnya yang ke-11 : Interlok, menjadi bahan bakar yang sgt PANAS saat ini.

SEDIH!. Sedih melihat Pak Lah (Datuk Abdullah Hussin) menangis mengenangkan karyanya dipandang ’jelek’.. dikatakan mengundang ’perkauman’.. hanya kerana 1PERKATAAN... membunuh semangat 1MALAYSIA!!...

Lewat pembacaan lompat katak di sana di sini di situ, aku terbaca ada pihak yang menyuarakan sebegini:

"........... Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah 'ketahui lah asal usul anda' apabila membaca buku itu,"...... (wallahu ‘alam kepada penuturnya!!!).
(Berani bagi jaminan – PERCAYA DAN YAKIN… hamboiiii..... masa sasterawan negara itu menulis buku tu, orang yang bagi statement ni ‘darjah’ berapa eh?? ayoiii)..

‘Statement’ "KETAHUILAH ASAL USUL ANDA"… benar-benar menarik minat aku ‘mengulas di sini’..

Ya Ya.. aku nak SEMUA orang.. bukan setakat 1Bangsa.. atau 1Agama... atau 1Negara... tetapi... setiap 1INDIVIDU...

KETAHUILAH ASAL USUL ANDA!!!..

Firman Allah:
"...Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani)." (Surah As-Sajadah 32 : ayat 7-8)

Firman Allah:
“Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!” (Surah Yaa Sin 36 : ayat 77)

NAH.. dua ayat ini (banyak lagi yang lain..)terang-terang menyatakan ASAL USUL MANUSIA... asal manusia daripada air mani... MULIAKAH ASAL USUL KITA???..

Dalam Al-Quran tidak ada istilah kasta.. aku tak temui dalam mana-mana surah yang menyebut pasal ’kasta’..

Tapi, ianya sudah lamaaa diperkenalkan dan masih dipraktikkan (sebahagian) oleh masyarakat India.. jadinya.. apakah mungkin Pak Lah (sasterawan) mengambil rujukan itu dari atas langit?.. kalau bukan daripada masyarakat India itu sendiri?.. (tu la, sapa suruh 'tok nenek korang' perkenalkan sistem ini duluuuuuu....)

Bukankah ’hakikatnya’.. DULUUUU.... “kebanyakan” keturunan India yang berkasta ‘pariya’ didatangkan ke tanah melayu untuk bekerja di estet?. (sejarah yang aku belajar la.. tak tau pulak kalau sejarah dah berubah!! - pi rujuk kat cklah.. hihihi).

Masa aku belajar sejarah dulu.. kasta dalam masyarakat India itu ada 5 jenis:
1. Kaum Brahmana, para pandita dan rohaniawan.
2. Kaum Ksatria, para anggota lembaga pemerintahan.
3. Kaum Waisya, para pedagang, petani, tukang dan sebagainya.
4. Kaum Sudra, golongan pekerja kasar, rakyat jelata
5. Kaum Pariya, Golongan orang orang terbuang yang dianggap hina

Sama juga dengan hakikat kaum melayu...

Bukankah melayu ini sinonim dengan bodoh dan malas hingga ada dongeng Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Mat Jenin dalam ‘kisah dan teladan’ bangsa melayu?.

Jadinya, apa HINANYA ‘PARIYA’ di mata masyarakat India sekarang????.. Apa hinanya MELAYU BODOH DAN MALAS di kalangan cerdik pandai melayu sekarang?????..


AKU?..

Aku tak megah apabila bangsaku dikatakan BODOH DAN MALAS.. tapi aku AKUR bahawa itu adalah sebahagian sikap BANGSAKU.. dan sikap itu juga yang ada dalam diriku sendiri... (sekiranya aku BUANG SIKAP BODOH DAN MALAS itu, dah lama aku ganti tempat Hillary Clinton.. warghkahkahkahkah)..

Kalau orang 'kata' : "Tak malu betul... bergelaran ustazah, tapi kena tangkap basah dengan anak murid sendiri"..

Aku tak marah.. sebab aku bukan ustazah.. dan aku tak pernah kena tangkap khalwat.


Kalau orang 'kata' : Mak bapak dia cikgu, tapi anak sendiri melahirkan anak luar nikah.

Aku tak terasa, sebab mak ayah aku bukan cikgu dan aku tak pernah (Alhamdulillah... Na’uzubillah) melahirkan anak luar nikah.


Kalau orang 'kata' : Ala, dia tu perasan bagus nak sambung PhD sekarang ni, tapi sebenarnya result SPM dia dulu pun teruk jugak.. dulu dia kelas sastera je... dan result SPM dia tak lah ’power’ sangat.. taklah pandai sangat pon... pemalas jugak budak tu..

Ok.. bab ni aku akur.. tapi takdela terasa sangat walaupun memang amat kena kat batang hidung aku sendiri.. sebab.. dah itu kenyataannya.. apa sangat?..


Tapi.. tidakkah kita perlu bersyukur dan berbangga dengan pencapaian kita hari ini?.. yang mana lebih baik daripada sejarah ’hadirnya’ kita dahulu?. DAN BUKANKAH SEJARAH ITU TIDAK BOLEH DIUBAH!!.. (buleh tak print result SPM yang baru dengan result power setaraf result Master?? Nan adoolaaaahhh yeeerrrr... hihihihi.).

Justeru... KENAPA ADA YANG BERIYA-IYA SANGAT 'NAK TERASA' PASAL ISU INTERLOK INI EH??.. ADUHAAAAIIIII.....

AKU BANGGA... WALAUPUN AKU BEKAS BUDAK SASTERA TINGKATAN 5, TAPI AKU (INSYA'ALAH) AKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT PHD..

AKU BANGGA... WALAUPUN AKU ANTARA MELAYU YANG MEMPUNYAI SIKAP BODOH DAN MALAS, TETAPI MASIH BERPELUANG MENIKMATI HIDUP DALAM NEGARA 1MALAYSIA..

AKU BANGGA... BUKAN KERANA DIRIKU, ATAU BANGSAKU ATAU KETURUNANKU ATAU SEJARAH DAN KISAHKU... TETAPI.. KERANA AKU HAMBA ALLAH, TUHAN YANG SATU.. DAN AKU PENGIKUT UMAT MUHAMMAD DALAM BERJIHAD MEMPERTAHANKAN ISLAM SEBAGAI JALAN HIDUP...

AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI HAMBA ALLAH SERTA UMAT MUHAMMAD YANG MEMPUNYAI AL-QURAN AL-KARIM SEBAGAI “KARYA AGUNG” YANG MENJADI PEGANGAN DAN PEDOMAN HIDUP!!..


Firman Allah:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 14-16)

AKU MANUSIA YANG ASAL USULNYA DARI SETITIS AIR YANG HINA INI BERBANGGA DAN BERSYUKUR DENGAN ATURAN ALLAH TERHADAP DIRIKU... SUNGGUH AKU REDHA!!..


Ya Allah... hanya redha-Mu yang ku pohon... Redhai aku.. Ameen.






.

21 comments:

Tie said...

Err......

Satu ketika dulu, kak tie pernah terbaca, entah di mana, nama bangsa Melayu ni asalnya dari ME LAYU, yang bermaksud... faham-fahamlah maksud LAYU tu, huhu.....

Tiny jangan pulak marah tau, ini bukan kak tie yang kata, tapi ada seseorang entah, kak tie tak ingat. Dah tua ni, lupa lak.

Kaktiny said...

kaktie > salam kaktie... sebenarnya mmg nak tulis jugak mende tu (asal konon nama me'layu' ni.. tp, pasal 'diaorg' tak sentuh pasal isu 'melayu', pasal tu malas nk tulis.. kang panjaaaangg lagi la karangan tiny nih.. kehkehkeh)

Adliff said...

Kalau bekas pelajar perundangan, berhujah begitulah. Bagus. Syukur kerana punya kekuatan untuk menulis sebegini. Biar yang lain celik sejarah.


Kita semua hamba...

melayu - maksudnya bangsa yang mengembara.

ns said...

Itulah hakikatnya jika tidak boleh menerima kenyataan/hakikat.
Sejarah akan berulang sekiranya kita tidak belajar dari sejarah.
Kalau tidak suka, membenci sudahlah, jangan sampai bakar. Mmg cetek ilmu betuii la.

tasekM said...

kita tak pernah mengkastakan.
tapi.
hakikatnya kasta itu dtg dr mereka jua.



.

Makbonda61 said...

Salam KAKTINY,

Tanpa kita mamaki hamun mereka pun, mereka telah di hamun oleh Khaliknya. Kalaulah ada yang sudi memeperkenalkan alDin kepada mereka,nescaya berbondong-bondong mereka meninggalkan dunia jahiliah ini dan datang kepada Islam,sebenarnya mereka sendiri sudah tidak selesa dengan cara nenek moyang mereka.Wallahuaalam.

iina said...

Pada aku cakap orang yang tidak berilmu tidak perlu dilayan.. sebab buat penat jek.. cakap banyak pun tak faham2 juga.. kadang2 aku malas nak bertekak dengan golongan camnie.. tapi kalau orang dah mula membuka diri dengan ilmu dan berbicara secara berilmu nah.. itu lebih baik.. kalau hanya sekadar 1 perktaan tapi nak huru hara dan bangkitkan perkauman dan konon2 nak memperkasakan bangsa.. lupakan jelah.. nampak sangat kat situ dimana tahap ilmu ye..

Sedih kadang2 bila tgk anak2 remaja lebih byk yg ikut kepala dan nafsu bila berbicara dan bahas tanpa sikit pun nak study benda2 yg diorg cakap tuh.. kadang2 jumpa juga org tua yang perasan banyak pengalaman tapi masih juga cetek ilmu.. yang mahukan org hormat dia sebab dia tua.. emmm.. langsung hilang rasa respek aku ;)

suara said...

Bila diri tak mengenal erti syukur... maka begitulah reaksi yg diberikan. Terlalu sensitif. Isu kecil yg begini seolah bunga api yg mampu membakar hutan. Ish...

Kaktiny said...

aliff muhammad > selagi Allah beri kaktiny anugerah bersuara, berfikir, menulis dan segala yang adanya… kaktiny akan gunapakai semampunya.. kan dik..

Kaktiny said...

GDIZ > mereka suka melalak utk mendapat perhatian.. itu sikap yg sukar mereka buang walaupun ada di antara mereka yg menjadi 10 dlm senarai terbaik …

Sungguh kasihan..
(lagi kesian bila org melayu sendiri yg buta tuli… apa raaaaa…. Kan..)

Kaktiny said...

tasekM > sungguh haih..
pastu depa nk melalak kt kita balik.. hadoiilaaaarrrr…

Kaktiny said...

Makbonda > salam MakBonda… terima kasih di atas komentar..
Sangat2 menanti jelmanya saat seperti yang dijanjikan Allah seperti Firman-Nya:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. "
(Al-Qur'an, Surah Al-Nashr 100: ayat 1-3).

InsyaAllah.. Ameen.

Kaktiny said...

iina > betul kan iina kan.. ni la yg org kata.. baik takyah cakap kalau cakap tu lagi bukak pekung di dada dan menunjukkan kebahlulan sendiri...
yang sedihnya, ada plak org melayu yg ikut sama tuh!.. macam baguih sangat la kunuuuunnn... haru biru kelabu sungguh haih!!..

Kaktiny said...

suara > jalan mudah nk tagih perhatian adalah dengan melalak di tepi bukit serta menyalakan api di sebelah hutan… kan su kan..

ckLah @xiiinam said...

Selalu nak 'menyumpah' dengan anak-anak remaja mereka....tapi, banyak terma dan etika kerja yang membatasi.


...memang panas selalu dengan depa. Tu yang kekadang buat entri tentang Renuka....sebagai satira paling sopan. Hehehe

Kak Long said...

Aku bangga dapat kawan macam hang. Aku bangga sebab aku pun nak sambung Phd sebab ikut hang!

Kaktiny said...

cklah > maka itulah.. tiny amat meneliti tulisan cklah... pasti ada maksud tersirat meski lewat entri 'suka'suka reka'.. 'satira yang paling sopan'.. sungguh!.

.. dan kagum dgn jiwa cklah yg dh 'sebati' dgn karenah 'mereka-mereka' itu..

andai tiny ditakdirkan berhadapan situasi sedemikian - setiap hari, silapharibulan ada jugak "buku" baru yg keluar.. bukan dibakar.. tapi penulisnya terus masuk ISA.. kuikuikui.. sbb bagi 'BUKU LIMA'... hahaha...

(berkata pada diri: perlu lebih mempelajari sabar dan mengenali redha.. Allahu..)

Kaktiny said...

kaklong > aku amat syukur ada hang sbg kawan aku.. sangat2 bersyukur..
kita bertemu kerana Ilmu, kerana persahabatan, kerana persaudaraan, kerana kasih sayang dengan IZIN ALLAH..

aku yang lebih patut berasa bangga kerana ada kawan yang bangga mempunyai aku sbg kawan.. dan kawan aku itu adalah hang, my dear.. I'M SO HAPPY WITH OUR FRIENDSHIP..

THANK YOU ALLAH for giving her to me.. Alhamdulillah..

Aku sayang hang.. sangat-sangat..
sungguh!!..

(dan... aku sungguh sujud syukur sebab kita akan sambung belajar SAMA-SAMA.. dan aku doakan kita melangkah utk ke dewan graduasi utk kesekian kalinya BERSAMA-SAMA.. LAGI... InsyaAllah..)

LUV U 2, 3, and 4EVEEERRRR... dear..

muahss..

M.a.A.s said...

setuju!!!...tidak ada bezanya disisi Allah melainkan Taqwa...:)

KAMATO said...

Tulisan yang baik..... kita perlu sedar sapa asal-usul kira

Mak Su said...

berusaha membaiki diri adalah lebih baik dari mengkondem, dan kenali diri akar umbi untuk keinsafan dan tauladan serta sempadan

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.