… banyak bahagian yang amat aku kenangi dan semat dalam hati, terutamanya tentang bagaimana Rasulullah menggali potensi para sahabatnya.
Hassan Bin Tsabit R.A adalah sahabat Baginda Rasulullah yang bijak bersyair – tidak pernah Baginda arahkan untuk berperang!. Rasulullah mengangkat Hasan Bin Tsabit secara rasmi sebagai penyair Islam.
Hassan Bin Tsabit mengungkapkan puisi sebagai serangan balas kepada kafir Quraisy yang menghina dan mencerca Rasulullah. Subhanallah. Puisinya berbunyi:
Kamu menghina Muhammad maka aku membelanya
Dan di sisi Allah-lah balasan dari semua itu
Kamu menghina Muhammad yang baik lagi bertakwa
Seorang utusan Allah yang selalu menepati janji
Sesungguhnya bapakku, ibuku, dan kehormatanku
Adalah pelindung bagi kehormatan Muhammad dari kalian
Sumber di sini.
Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang mempersiapkan kenderaan orang untuk berperang, bererti ia telah berperang. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Khalid Al-Walid diriwayatkan pernah tersalah membaca ayat lazim Al-Quran dan katanya "Jihad telah mengganggu aku daripada mempelajari Al-Quran!". (sumber ~ tontonan rancangan di TV Al-Hijrah). Ini kerana, seawal beliau memeluk Islam, Rasulullah telah mengarahkannya mengepalai tentera Islam di Medan Perang, kerana potensi Khalid Al-Walid sememangnya di medan perang.. dan beliau telah membuktikannya dengan kemenangan yang banyak kepada Tentera Islam. Subhanallah.
Nah!. Rasulullah telah berjaya melihat potensi sahabat-sahabat Baginda dan menggunakan potensi itu untuk satu tujuan yang sama – BERJIHAD MENEGAKKAN ISLAM!.
Perkara ini aku jadikan iktibar dan pedoman. Bagaimana Rasulullah melihat potensi sahabat Baginda, begitu juga aku melihat potensi di dalam diriku, suami dan anak-anak, dalam meneruskan kehidupan ini dengan BERJIHAD DI JALAN ALLAH!.
Aku tidak mampu mengangkat pedang, suamiku bukan penyair terbilang, anak-anakku, masa depan mereka, masih belum jelas bayang, tetapi aku pasti, setiap kita punya potensi, yang perlu digali dan dicari, untuk digunakan sebaik mungkin.
Aku yakini satu perkara, JIHAD KE JALAN ALLAH ITU BANYAK CARANYA... (dan banyak juga rintangannya...)
Bukan hanya Tok Imam, Guru-Guru sekolah, Pensyarah, Pelajar dan Pemimpin itu yang sedang berjihad...... akan tetapi... penjual nasi lemak di pagi hari itu juga sedang berjihad, tukang sapu sampah di jalanan itu sedang berjihad, pemandu bas sedang berjihad, CEO Public Listed Company sedang berjihad, Secretary Chairman juga berjihad, Consultant Takaful juga sedang berjihad, peniaga cendol sedang berjihad, kontraktor Kelas A dan F juga sedang berjihad... Semua umat Nabi Muhammad sedang meneruskan jihad Rasulullah walau apa jua kedudukan yang di anugerahkan Allah kepada mereka – HANYA JIKA MEREKA MAHU DAN TAHU BERJIHAD DENGAN KEDUDUKAN MEREKA ITU!.
Firman Allah:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam (kaum muslimin)” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 78).
Semoga kita dapat kenalpasti apa potensi diri kita, serta para muslimin dan muslimat di sekeliling kita semua, agar kita dapat sama-sama berjuang MENEGAKKAN ISLAM dengan nawaitu yang jitu, bagi mendapatkan redha-Nya Illahi..
Firman Allah:
".... Satu peringatan untuk manusia. Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). Tiap-tiap diri tergadai (terikat), tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya...." (Al-Quran Surah Al-Muddatsir 74 : Ayat 36-38).
Cara, pandangan, penyampaian dan kaedah kita mungkin berbeza, tapi kita bermatlamatkan yang sama ~ MENDAPATKAN REDHA ALLAH!. Aku yakin itu!!.
Maka, aku mohon kepada Khaliq yang Agung, walau apa jua cara kita, moga Allah letakkan kita di atas landasan yang sama, yang diizin dan dirahmati oleh-Nya.. bagi memenuhi kesinambungan perjuangan Rasul Agung, Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam. Semoga diberkati-Nya. Ameen.
Ya Allah.. kami mohon redha-Mu... Redhai kami. Ameen.
7 comments:
kak,
mengemop tu boleh kira berjihad jugak tak kakkkk...?
p/s: tima kasih kak, pelawa durian semalam, anak aku yang nombor 2 tu mmng suka sangat.. tp dia tgh dok batuk dgn hebat, sat ni kalau nampak buah durian tu.. tak bg makan dia melalakkkk!
adehh, sorry na kak..
tima kasih banyak-banyak sbb ingat kat aku !
wos > ustaz ceramah tu cakap.. APA SAHAJA.. apa saja tindak tanduk yg kita buat dgn niat Lillahi Ta'ala.. pasti mendapat ganjaran JIHAD..
.. bila hang 'mengemop' dgn niat hang nk tgk umah hang bersih.. anak2 hang terhindar dr habuk dan akan mengelakkan keluarga hang diserang penyakit... ITULAH JIHAD..
Islam itukan mementingkan KEBERSIHAN..
Kebersihan itukan sebahagian daripada IMAN. Beriman itukan ciri-ciri berjihad..
jadinya.. hang tetap berjihad, waima dgn mengemop lantai.. INSYA'ALLAH..
Moga Allah kurniakan ganjaran anugerah yang banyak kpd hang sekeluarga... ameen.
p/s : takpa.. hang pertahankan kesihatan anak hang itukan jihad namanya.. hehehe... (jihad memastikan mujaheed Allah itu terus sihat utk meneruskan Jihad menegakkan Islam.. ameen.)
maksu mencuba2 berjihad ikut suasana zaman sekarng.. :)
Baru bbrp hari yg lepas ustaz kelas b.arab su cerita ttg rancangan tu. Dia suruh cuba tgk dlm youtube sbb rumah su tak dpt channel tu. Mmg teruja nak tengok. Tapi lupa lak apa tajuknya dlm b.arab. Campur dgn sibuk dgn meeting yg tak apa tah kat opis ni...
Mungkin cara kita betul, niat kita salah.. mungkin niat kita betul, cara kita salah.. Semoga sahaja Allah menunjukkan jalan yang benar kepada kita, dalam memenuhi makna hidup dan menepati erti JIHAD KE JALAN AGAMA ALLAH!.
Amin... Su pun risau dgn apa yg dipilih. Moga Allah tunjukkan mana yang baik... Segalanya demi Allah... InsyaAllah. Jgn lah hendaknya ada niat yg lain dlm hati... shyoh... syohh.. (menghalau setan yg dok mencacakkan tanduknya kat kepala ni... huhuhu)
maksu > jihad maksu di tempat baru memberi manfaat kpd anak2 terutamanya.. yg membaca.. yang mengamalkannya.. InsyaAllah..
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.. ameen.
Su > Alhamdulillah... semoga sahaja Allah memberikan petunjuk yang baik kpd kita.. meskipun tak baik pd rasa hati kita tapi kita mapu tadbirnya dgn baik di jalan Allah.. InsyaAllah..
(tiny pon selalu jugak dok mengesyoh syohkan setan yg dok bertenggek nk memesongkan niat nih!.. huhuhuhu).
lega hati aku baca hang reply tu kakkk...
Post a Comment