Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, September 14, 2011

11w1d???


BIAR BENAR??..

Buntang bijik mata aku memandang screen scan di sebelah doktor!.

Cik abang senyum senyum je.

Firman Allah:
"Dia yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dialah Yang Maha Pemurah!. Tanyakan perkara itu kepada yang tahu!". (Al-Quran Surah Al-Furqan 25 : Ayat 59).

… dan, manusia yang paling bahagia dan gembira mendengar berita ini tak lain tak bukan adalah si kakak (Nureen) tu ler.

Nureen : Alhamdulillah. Ibu. Kakak happy sangat. Ya Allah, terima kasih sebab dengar doa kakak. Ibu, kakak tak sabar nak puasa lagi. Sebab Allah makbulkan doa kakak yang kakak doa masa kakak puasa. Hihihihi...
(hambooiii... suka benar budak ni. Penuh yakin dia bahawa doanya di ramadhan yang lalu dimakbulkan Allah. Siap menadah tangan dengan penuh khusyuk memuji kebesaran Allah.. comelnya reaksi anak Ibu nih.. huhuhu.... Subhanallah)..

Zaqwan : Nanti adik jadi abang!.
(waaahhh... semangatnya si zaqwan ni. Dah perasan nak jadi abang).

Zaqwan : Adik nak adik boy.. Boleh geng dengan adik!..

Nureen : Taaaaaakkk... Ibu dapat baby girl.. boleh main dengan kakak. Kan Ibu kan.. baby girl kan..

Zaqwan : Taaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk... Baby boy.. Kan Ibu kan kan.. Boy kan?

Ibu : Mana kita tahu baby ni girl ke boy... apapun, kita kena redha.. bersyukur sebab doa kakak dimakbulkan Allah.. Alhamdulillah.. (tersipu-sipu Nureen tersenyum bangga.. hihihihi)

Abah : Takpa, siapa yang dapat geng kali ni, next time turn yang lain plak dpt geng!.

Ibu : Mak haaaaiiii... cepatnya FAMILY PLANNING!!!.. yang ni pon tak keluar lagik!!!..

...................................................................

Sungguh aku tak percaya. Tak sangka dan tak pernah duga akan rezeki yang satu ini, secepat ini!!!.


11w1d??.. Maknanya minggu depan 12 minggu. 3 BULAN???... HAAAAHHHH????????!!!!!.

Alah?. Muntah?. Pening?.

Entah. Aku tak perasan masa mana. Agaknya masa yang aku dok bising pasal gastrik tu, ini puncanya barangkali. Muntah pening masa puasa yang aku sangka berpunca dari gastrik itu, ini jugaklah puncanya barangkali. Tapi, fokus masa tu lebih berat kepada gastrik yang aku alami awal bulan 7 tempohari (siap kena masuk wad segala bagai!..).

Apapun, sungguh aku bersyukur dengan rezeki yang Allah anugerahkan ini.
(hmm...merasa cuti panjang le tahun depan... hahahahaha).

Maha Suci Allah. Mudahnya Allah menjadikan segala sesuatu. Mudah sungguh bagi-Nya mentakdirkan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Subhanallah.

Ya Rabb.. Sesungguhnya Kau sangat pemurah. Sangat Pengasih dan Sangat Penyayang. Ya Khaliq yang Agung.... Aku sangat menyintai-Mu. Allahu Akhbar.

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Al-Quran Surah Al-Luqman 31 : Ayat 12 dan 13)


'Wahai anak-anak Ibu.. Ingatlah nasihat-nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana Ibu juga menasihati diri Ibu dengan kalam-kalam Allah yang mulia yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim. Ameen.'




Ya Allah. Redhailah kami semua. Ameen.











.

16 comments:

Masy said...

tahniah kak!!!!!! wihuuuuuu!!!!

aliff muhammad said...

Syukur dan tahniah!

Serindit Biru said...

tahniah kak tiny,bertambah lg rezeki..alhamdulillah..puasla nureen manjakan adik dia nnt :)..take care k.tiny..

Kaktiny said...

Masy > wiiiiiiii.... hahahaha... Alhamdulillah..

Kaktiny said...

aliff > jazakillahu khair adikku.. hihihi...

Kaktiny said...

serindit biru > ni berjangkit mak ngah ngan mak cik nureen la nih... hahahaha.... lepas ni mak uda follow kot.. kehkehkeh..

iina said...

Alhamdullilah... Tahniah.. rezeki anak lagi kan.. I'm Happy for you ;)

Kaktiny said...

iina > thanks dear.. itulah kan.. doa bebudak ni termakbul.. :)

ckLah said...

Setelah segala isi perut dibersihkan masa gastrik tu...tumbuh benda lain ya!


Tahniah Tiy. Jaga diri baik-baik. Jangan ligat sangat tau! Moga sihat sentiasa.......


.....anak Ramadhan ni? Hihihihihihihi....

Kaktiny said...

cklah > tu le pasal eh.. gastrik tu le puncanya!.. hahahahaha..

terima kasih kak.. kena tertib sikit lepas nih.. hihihi..

... tak.. sebelum ramadhan sebenarnya.. hihihihi..

Makbonda said...

Alhamdulillah.

Mulalah dengan surah Mariam,Yusuf,Luqman,An Nisa',dsbnya.

wos said...

alhamdulillah.

Tahniah kak!
weeeee!!! wuuuuu!!! wiiiiiiii!!!!

Kaktiny said...

makbonda > InsyaAllah.. memang tgh bermula..

.. titipkan lagi pesanan-pesanannya kak.. nak tahu apa lagi yg patut dilakukan utk membentuk kandungan menjadi anak yg soleh/solehah..

<3

Kaktiny said...

wos > aku tetiba ngidam nasi goreng kampung hang.. camna tuh?.. hihihihi...

Acik Erna said...

Alhamdulillah..syukur ya allah..tahniah tiny..semoga tiny diberikan kesihatan yang baik sehingga saat melahirkan.

Mrs.MH said...

Hi kak tiny, lama saya x singgah ke sini.. Apa2pon TAHNIAH ya!

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.