Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 30, 2011

.. telah sampai takdirnya..

Firman Allah :
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati" (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 185)


Aku masih lagi dalam keadaan "TERKEJUT" dengan perkhabaran yang ku dengar dari corong telefon. Seakan TIDAK PERCAYA apabila mak beritahu yang "MIA", sepupu aku, anak kepada adik ayah aku @ paksu di sebelah ayah aku - MENINGGAL DUNIA PAGI INI!.

Innalillahi wainnailaihi raajiuun - Sesungguhnya, dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Tidak kira usia, pangkat, jantina, status, warna kulit, bangsa atau di mana sahaja berdirinya kita.. apabila telah tiba seperti yang termaktub di Luh Mahfuz, apabila telah sampai perjanjian kita dengan Allah tentang ajal kita.. NAH!. ITULAH MASANYA!.

Firman Allah:
"Katakanlah : Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian itu kamu dikembalikan kepada Tuhan" ( Al-Quran Surah As-Sajdah 32 : Ayat 11)


Menurut emak.. adik saudaraku itu dimasukkan ke hospital dan terus berada di ICU. Sehingga semalam, doktor mengambil darahnya untuk pemeriksaan tetapi tidak dapat mengesan sebarang penyakit yang serius yang dihidapinya!. Pagi tadi keadaannya kritikal dan doktor menyatakan beliau NAZAK!. Sejurus selepas perkhabaran nazak, mak telefon aku menyatakan "MIA DAH TAKDAK"!!.. HAH???!!... Mak biaq betui!!!... Ianya satu berita yang tidak masuk dek akal (menurut akal jahilku!!).

Akalku tiba-tiba cuba menidakkan kewarasannya untuk menerima berita itu dengan hati yang terbuka..

~ Mia masih muda..
~ Mia tak ada penyakit
~ Mia budak baik
~ Mia tak pernah sakit teruk pon
~ Mia tak sakit apa-apa
~ Mia gadis paling lembut dalam golongan gadis seusianya..

MUSTAHIL!!.. Nafsuku cuba menghasut akal agar menolak keimanan yang sepatutnya REDHA ianya ketentuan ILLAHI.

Laju air mataku mengalir tatkala menelefon kakak mengajak pulang ke kampung!. YA!. Malam ini kita bertolak pulang!!. (khabarnya jenazah dikebumikan sebelah petang selepas asar ini). Meskipun sampaiku nanti segala urusan menguruskan jenazah telah selesai, tetapi kehadiranku untuk melawat yang masih tinggal.. MAKSU sekeluarga!.

Ya, pasti maksu amat memerlukan sokongan seluruh saudara mara. Anak perempuannya itu yang sering menjadi tempat meluah segala cerita derita bahagia telah pergi selama-lamanya. Bagaimanakah maksu sekarang??.. Semoga Allah anugerahkan ketabahan kepada wanita TABAH yang amat aku kagumi itu!.

Mia.. belumpun mencecah 30.. tiada penyakit bahaya.. tidak tahu punca penyakitnya.. MUDA! SIHAT! CERIA!.. tiba-tiba terlantar di ICU!. Dan pagi ini.. tiba-tiba dikejutkan dengan KEMBALI KE RAHMATULLAH!.

Benarlah.. Jangan disangka muda hidupnya kan lama.. Jangan disangka sihat kan cerdas sentiasa, APABILA SUDAH SAMPAI JANJINYA DENGAN YANG MAHA PENCIPTA, MAKA MALAIKAT MAUT DATANG TANPA DUGA, TANPA PINTA, IA MENJALANKAN AMANAHNYA.. dan, hanya itu sahaja hayat kita di dunia FANA ini..

Untuk diriku dan kita yang masih alpa dengan kematian yang semakin hampir.. yang saban hari malakatul maut melintas di hadapan kita tanpa kita sedar, BERINGATLAH!.

~ Berapa banyak amalan kebaikan yang telah lakukan?
~ Solat 5 waktu - terpeliharakah?
~ Puasa - sudah berbayarkah?
~ Zakat - sudah tertunaikah?
~ Sedekah jariah - berapa banyak yang kita belanjakan?
~ Sudahkah meminta maaf dengan orang yang kita sakiti hatinya?
~ Hutang piutang kita, masih ada yang tertangguhkah?
~ Adakah ibu bapa kecil hati dengan kita?
~ Amalan kebaikan yang ditinggalkan - banyakkah?
~ masih egokah kita untuk berdendam dan tidak memberi maaf kepada sesama saudara Islam?
~ Masih adakah kesal di hati kita terhadap segala duka yang kita tanggung dahulu kala?
~ masih adakah riak dan sombong yang sedang bermaharajalela menyekat iman kita?.

Firman Allah:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" (Al-Quran Surah Al-Anbiya 21 : Ayat 35).

Kematian! - Ya kita sedar ia akan datang pada bila-bila masa.. tetapi sejauh mana kita benar-benar sedar YANG IANYA AKAN MENJEMPUT KITA PADA BILA-BILA MASA???..

....berputar segala kelemahan dan dosa diri satu persatu...
~ mengenangkan hutang piutang yang masih berbaki..
~ apa masih adakah salahku pada cik abang yang beliau tidak redha...
~ terbayang rakan taulan yang mungkin masih ada yang terasa hati.. yang masih tidak dapat memaafkan diri ini..
~ terbayang wajah emak ayah serta mertua adik beradik ipar duai jiran tetangga yang ketika raya itu sahaja kata ampun dan mohon halal didengari dari bibirku...
~ teringatkan janji-janji yang belum tertunai..
~ puasa yang belum berganti..
~ amalan harian yang entah menjadi kebaikan atau kejian...
~ solat fardhu dan solat sunat yang entah cukup entah tidak, entah diterima atau dipangkah!..
~ Al-Quran yang hanya berapa kali aku mengulang baca!!.
~ kelemahan hati yang sering mengeluh dan LUPA BERSYUKUR!!... Nauzubillah!.

YA ALLAH.. terasa tersekat nafasku!!

ADUH!. Mia, pemergianmu benar-benar mengetuk dinding sedar kaktiny!. Sangat2! Terasa begitu gentar mengingatkan bahawa kematian itu adalah PADA BILA-BILA MASA!. Kaktiny sangat bimbang dik!. Pemergianmu terkesan dengan sangat mendalam di jiwa ini.. YA RABB.. AMPUNI HAMBA2-MU INI..

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosamu dik.. Semoga Allah menempatkanmu bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Ameen.


Al-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMMAH NAJMIAH MOHD NOR..


YA ALLAH... REDHAILAH KAMI SEMUA YA RABB.. REDHAI KAMI!. AMEEN.

18 comments:

iina said...

Innalillahi wainnailaihi raajiuun .. semoga roh dia dirahmati..

Hati2 balik kg.. Yang dah pergi itu pasti.. yang masih hidup kena tetap teruskan kehidupan..

Salam takziah pada keluarga Maksu ye

aNIe said...

Innalilli wainnailaihi rajiun... semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang disayang...

Takziah buat keluarga yang kehilangan...

Semoga Tiny selamat kembali... hati2 memandu...

Syigim said...

menangis syigim baca posting ni kak tiny, not just bcoz of pemergian a cousin (tp maaf, syigim xbrape kenal which one is mia, kak tiny..) but also all your reminders...

thanks for sharing your thoughts, moga kita sentiasa di bawah rahmatNya, amin..

Acik Erna said...

Alfatihah..dan takziah buat keluarga tiny dan keluarga arwah..
semoga tiny dapat update semula tentang sebab2 yang membuatkan nya terus masuk ke ICU..

ibuintan said...

Innalillahi wainnailaihi raajiuun ... moga arwah Mia diberi keampunan dan ditempatkan dalam kalangan ahli syurga

takziah buat keluarga Maksu dan Tiny juga


memang sukar untuk kita meredhakan pemergiannya yg tiba2, namun itulah janjiNya

ckLah said...

Innalillah....



Kematian seseorang, untuk yang hidup mengingati mati...

Masy said...

takziah lg skali utk keluarga Mia..

-alfatihah..-

luahfikiran said...

SALAM,
AL FATIHAH DAN TAKZIAH.

kueh bakar said...

salam.

hati2 memandu.selamat pulang.

Kaktiny said...

iina > Betul.. kita yg hidup ni kena renungkan dan insafi kehidupan kita kan..

Kaktiny said...

Kak Anie > Ameen.
Jazakillahu khair atas ucapan dan doa akak..

Kaktiny said...

Syigim > Miyah adalah anak Pak Su Nod (Mohd Nor – adik bongsu Pak Long Ya (ayah kaktiny)..

Kaktiny yg menulis pon sebak.. bukan sekadar pemergiannya.. tetapi ’hentakan’ yg ditinggalkan kepada kotak minda kaktiny.. maka itulah kaktiny meluah dgn mencatat jeruk rasa yg terasa.. huhuhu..

Semoga redha Allah bersama kita semua.. sentiasa.. Ameen.

Kaktiny said...

Kak Erna > ye kak.. tiny updatekan kisah nya dlm Belasungkawa Najmiyah Mohd Nor..
Huhuhu..

Kaktiny said...

Ibuintan > mmg sgt2 sukar menerima kenyataan ‘kematian’ kan kak!. Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan.. dan permulaan sebenar sebuah perjalanan!..
Allahu!..

Kaktiny said...

ckLah > Sungguh kak!.
Kematian seseorang, untuk yang hidup mengingati mati...

..tiny sungguh2 ingin mengambil peringatan!.. (meski adakalanya tersasar semula!!!...huhuhu)

Kaktiny said...

LP > Salam..
Jazakallahu khair atas doa dan ucapan.

Kaktiny said...

KB > Alhamdulillah.. dh selamat pulang ke KL..

Kaktiny said...

Masy > jazakillahu khair atas doa dan ucapanmu dik!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.