Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, April 24, 2014

PhD Oh! PhD - Part 9 ~ Supervisor Oh! Supervisor

Bismillah.

Perjalanan PhD diteruskan ke langkah seterusnya.

Mengikut perkiraan Semester, aku agak ketinggalan.

Maklumlah, dengan kerja, dengan tugasan pejabat, urusan rumahtangga - masa Semester 3, sempat menambah anak!

Makanya, sekiranya di bandingkan dengan perjalanan yang sepatutnya, pergerakan  aku, memang agak 'slow'!

Sekarang, sudah di Semester 5, baru dapat buat Perjumpaan Pertama Jawatankuasa Penyeliaan PhD.
Aduhai.

Tiga orang pensyarah menjadi Ahli Jawatakuasa Penyeliaan PhD aku adalah:
1- Prof. Madya Dr. Khairuddin Idris;
2- Prof Dr. Turiman Suandi;
3- Prof. Madya Dr. Ismi Ismail.


Perbentangan di mulakan dalam suasana yang santai.
Sangat santai.
Sambil makan lontong dengan kuah kacang dan ayam masak merah.

Lucu mengenangkan apabila Prof. Turiman asyik bertanya soalan dan aku pula asyik meminta dia memberikan penerangan. Ini sessi perbentangan ke atau kelas? hihihi.

Keseluruhannya, OK.
Tetapi tidak lepas untuk menetapkan Peperiksaan Komprehensif (CE).
Prof. Turiman kata, perlu ada perjumpaan ke-2.

Oklah Prof-Prof sekalian.
Jumpa pun jumpalah.

Ini proses saya belajar dan terus belajar.

(Sedang merancang tarikh!)

.

Friday, April 18, 2014

PhD Oh! PhD - Part 8 ~ Thesis Proposal dan Supervisory Committee

Bismillah.

Terakhir aku tulis mengenai perjalanan PhD adalah pada Februari 2013.

Sudah setahun lebih rupanya, kisah PhD tidak aku paparkan di sini. 
Ku sangka cerita PhD ini sekadar untuk kenangan perjalanan pengajianku, rupanya ada aturan Allah yagn lebih dari itu.

Melalui beberapa catatanku tentang perjalanan PhD ini telah menarik mata seorang insan yang sedang mencari cahaya dalam melalui denai PhD ini. Membaca laman ini membuatkan beliau terus mengetuk pintu emailku dan bertanya beberapa soalan dan pandangan. Subhanallah.

Di sini, Allah ajarkan aku satu pengertian besar. 
Makna kalam IQRA' dan NUUN!

Itulah buktinya. Betapa daripada pembacaan orang, tulisanku ini dimanfaatkan untuk permudahkan urusannya. Meski aku tidak pernah tahu, tulisan mana yang paling berkesan di hati pembaca, tetapi aku perlu pastikan satu perkara, bahawasanya apa juga yang aku catatkan di sini, akan aku jawab di sana nanti. 

Allahu Akhbar.

Kepada anda yang menemuiku melalui laman ini, aku doakan kalian dalam lindungan Allah dan sentiasa bijak, sihat, bertenaga untuk memandaikan diri dan bangsa dengan kalam Iqra' dan Nuun. 

----------------------------------------

Sambungan Perjalanan PhD.

Allahu Allah. Alhamdulillah. 
Semalam sudah berjumpa dua daripada tiga Jawatankuasa Penyeliaan. Rata-rata seakan bersetuju dengan rangka kerja cadangan. Khamis depan akan bermesyuarat lagi - mohon Allah permudahkan untuk semua penyelia dapat hadir dan berkumpul.



Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertama, bersedia untuk Comprehensive Exam (CE). Ada 4 kertas yang perlu diduduki! (Jangkaannya pada awal atau pertengahan Mei).

Selepas CE, barulah perbentangan proposal (proposal defend - dijangka awal Jun). 
Selepas itu, barulah buat data collection. 

Allahu Allah! 
Mohon Allah yang Maha baik akan permudahkan segalanya untukku. 
Ameen. 

..................................................................

Penulisan. 

Hehehe. Mahu juga selit di sini bab penulisan ini. 
Setakat hari ini, sudah meletakkan diri untuk beri komitmen kepada 3 komplot:
# Komplot Ke-Syurga ~ Antalogi Cerpen bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot 5 Novelete ~ Antalogi Novelete bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.
# Komplot Cerpen Muzikal ~ Antalogi Cerpen berasaskan lagu bersama rakan-rakan alumni kelas Penulisan.

Sedang dalam proses:
# Buku Motivasi (manuskrip sudah sedia ada - tetapi perlu dirombak isi kandungannya);
# Novel Sulung;
# Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak;
# Karya untuk Pertandingan ITBM (kononnya!!!)

Di samping itu juga, sedang merangka modul latihan, untuk umum.
# Modul Latihan - Teknik Kuda Perang ~ Merangka strategi jualan online dan offline.
# Modul Latihan Pengurusan Thesis PhD ~ Rangka penulisan thesis dengan mudah dan cepat. 
# Modul Latihan - Bengkel Penulisan Buku untuk Remaja ~ Menggunakan Teknik 2 watak dan Surah Yusuf.

Tidak sabar mahu ikuti Konvensyen Penulisan 2014 pada 21 Jun 2014. 

.



Aku mahu berjihad dengan jalan yang aku tahu cara dan rentaknya.
Aku masih belajar dan belajar dan belajar - kerana masih banyak lompong tidak tahu yang mahu aku fahami.


Demi Iqra' dan Kalam Nuun.
Demi Allah, Rasul, Islam dan Ummah.

Aku menulis dan terus menulis. 
Mohon ada manfaatnya bersama yang dapat menjadi bekal syafaatku di sana.


Mata kalianlah saksinya. 
Maafkan aku sekiranya tulisan ini compang-camping sifatnya. 


Ya Allah Yang Maha Pemurah. Ampuni dosa kami yang telah lalu dan yang akan datang. Redai kami, dunia dan akhirat. Izinkan kami berjaya, kaya dan bahagia, sampai syurga. Ameen Ya Rabbul 'alamiin.


 .


Tuesday, April 08, 2014

Berlatih Menulis

Bismillah.

Sejak menyertai Mini Konvensyen Penulisan pada bulan Julai 2013, minat untuk menulis itu terbit kembali. Minat yang sudah lama dikuburkan setelah mendirikan rumahtangga.

Bertemu dengan 'geng-geng' yang sama fikrah menjadikan semangat untuk berjuang memandaikan bangsa dengan penulisan mengalir dalam setiap nadi dan pembuluh darah.

Setelah berguru dengan penulis-penulis yang juga tenaga pengajar penulisan kreatif dan non-fiksyen seperti Tuan Guru Zamri Mohamad, Puan Fazeila Isa, Cik Puan Azzah Abd Rahman serta Tuan Bahruddin Bekri, dunia yang sebelum ini dibiarkan sepi, kini kembali bercahaya.

Subhanallah. Suka.

************************************************

Percubaan Pertama.

Berikut adalah cerpen 2 muka surat | 2 watak.


Tajuk: Hati-hati dengan hati.
--------------
Sambil memuat-naik gambar ‘set lunch’ KFC, Sulaiman menulis sesuatu di Facebook.

“Makan KFC, 'lunch plate'.
Alhamdulillah”



Butang ‘post’ ditekan.

Selang beberapa minit, ruangan notifikasi facebook Sulaiman menerima berpuluhan jumlah ‘like.’ Ada juga yang meninggalkan komen dalam pelbagai bentuk ucapan.

“Tahniah.”
“Sampai hati tak ajak.”

“Tergamak kau pergi seorang sahaja.”
“KFC mana?”
“(y)”
“Mahu juga.”
“Alhamdulillah, rezeki dari Allah.


Hampir separuh ruangan telefon pintarnya penuh dengan komentar rakan-rakan, saudara-mara serta kenalan yang pernah dan tidak pernah dijumpainya.

Malas menjawab komentar-komentar tersebut, dengan santai Sulaiman tekan butang 'HOME' untuk melihat status rakan facebook yang lain.

Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu mesej yang baru dimuatnaik beberapa saat lepas.

“Kalaupun kita ada rezeki lebih, jangan tunjuk.
Muat-naik gambar makanan menunjukkan anda seorang pesakit mental.

Hati-hatilah wahai para sahabat.”

Terasa! Sulaiman memilih untuk diam diri dan abaikan status tersebut. Pemilik wall tersebut tidak lain tidak bukan adalah rakan sebiliknya. Dia mahu bersangka baik. Meskipun dia punya satu rasa yang firasat hati jahatnya menaksir maksud lain.

Bahunya ditepuk, namanya disergah dari belakang. “Man! Maaf. Terlambat sampai.” Amran mengambil tempat duduk di hadapan Sulaiman sambil mencuit sedikit coleslaw dalam pinggan Sulaiman.

Amran membuka tabletnya dan turut melayan facebook.

Sambil menghalakan tabletnya ke arah Sulaiman, laman wall milik seseorang ditunjukkan. “Tengok status mamat ni?” Amran bertanya.

Sulaiman pandang sekilas. Dibuat acuh tak acuh pada pertanyaan Amran.

Amran mengetip bibir. Matanya dikecilkan sambil memandang kembali status di facebook tersebut. Melonggok-longgok kemarahan dalam kepalanya. “Aku syak dia mengata engkau.”

“Huish. Tak baik berburuk sangka dengan orang. Kita sendiri tak tahu kebenarannya, nanti, kita juga yang bersimbah dosa. Sudah. Sudah.”

Senyuman tersungging dari wajah Amran. Namun, rasa kecewa telah bersandar dalam dadanya.

“Aku memang geram ni. Dia tak sedar, semua ni punca daripada dialah. Makan KFC dalam bilik. Bersepah. Plastik, letak bawah kerusi. Kotak berterabur atas lantai. Tulang berselerak atas meja. Kalaupun tidak mahu kongsi, beradablah sikit. Jangan buat bilik kolej macam rumah sendiri. Kalau tak tau nak kemas, sila makan di restoran!” gerutu Amran.

Sulaiman segera menyabarkan Amran. “Sudahlah. Jangan maki hamun depan rezeki ni. Nanti apa yang kita kata tu, lekat pada makanan, masuk dalam mulut, dalam perut, jadi darah daging. Kita pula berperangai sebegitu.”

“Kalaulah dia tahu, dia punca wujudnya gambar ni.”

Sulaiman faham perasaan Amran. Malas dia mahu komen apa-apa.

Matanya menatap pinggan berisi dua ketul ayam. Terus sahaja Sulaiman teringat kata-kata Prof. Ismail.

“Gambar dan tulisan, berperanan menceritakan sejuta kisah. Boleh ditafsir dengan beribu makna. Kitalah pencerita itu, kitalah penaksir itu. Cerita dan taksiran kita adalah cerminan hati dan jiwa kita. Mahu cerita yang bagaimana dan mahu tafsir yang macam mana. Terpulang pada diri sendiri. Apabila pulang ke sana nanti, kita yang akan menjawab dengan-Nya.”

Prof. Dr. Ismail adalah dekan Fakulti yang menggalakan pelajar Kolej menggunakan platform media sosial sebagai alat perhubungan, juga sebagai melatih daya kreativiti. Kata Prof. Ismail, medium media sosial adalah alat bantu hati dan terapi jiwa pada zaman millenium ini. Berkesan kepada hati kita dan kepada jiwa yang sama fikrah dengan kita.

Ya! Kata-kata Prof. Ismail terkesan kepada jiwa Sulaiman. Terasa sama fikrah dengan Prof. Ismail yang dihormati serta dikagumi itu.

Sulaiman menaip sesuatu di wall Facebook. Post!

“Tulisan kita mungkin disalah-tafsir oleh orang yang tertutup mata hatinya kepada kita. 
Cukuplah kita rapatkan diri kepada yang sudi memberi cahaya dan menyebarkan wangian bahagia, sampai syurga.”

Amran senyum membaca post terbaru di wall Sulaiman. Penuh semangat dia menekan butang like. Ada sesuatu yang ditaipnya.

“Aku sayangkan kau sahabatku. Sampai syurga.”

"Kisah hari ini akan menjadi sejarah dan lagenda."

Mereka berdua tertawa-tawa. Seronok dapat berkongsi KFC seorang seketul.

Mujur ada WiFi.

....... T.A.M.A.T.........
.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.