Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, September 25, 2014

Musafir - Ke Perth : Day 02

Bismillah.

----------------------------- 
Hari ke-2 di Perth!

Dalam ‘travel itinerary’, hari kedua ini, trip pejabat akan ke Caversham Wildlife Park dan Pinnacles Dessert.

Oh! Oleh kerana Tuan Suami pernah ke Perth sebelum ini, maka beliau memberi ’amaran keras’ supaya aku tidak mengikuti trip ini kerana ia mengambil masa yang panjang (seharian) dan itu boleh membuatkan badan aku kepenatan. 

Bukan apa, kondisi mak buyung ni, cepat penat, cepat lenguh dan kaki mudah cramp! Kata Tuan Suami, kasihan kepada rombongan dan rakan-rakan lain sekiranya mereka lewat atau tergendala rancangan kerana aku (terutamanya jika ada kemungkinan aku akan ’mabuk’ sepanjang perjalanan yang panjang – mahu muntah atau perlu ke tandas sekerap waktu. Jarak dari tempat penginapan ke tempat-tempat tersebut memakan masa berjam-jam lamanya).

Mengambil kira nasihat daripada cik abang, maka aku memberitahu ketua projek bahawa aku tidak akan menyertai trip ini – dan hanya akan berehat di rumah (sambil berangan mahu sudahkan beberapa bab penulisan aku – KONONNYA!)

Oleh kerana aku tidak mengikuti trip ini, maka aku dengan suka-rela-hati menawar diri untuk sediakan bekal makanan kepada rakan-rakan sekerja (di sini, subuhnya awal... jam 7.00am sudah cerah terang benderang di  luar rumah!)

Menu bekalan mereka adalah – Bihun goreng dan burger ayam. 
  
 (Chef campak-campak sedang menyediakan bahan, dibantu rakan setugas yang lain).

Usai mereka keluar, aku pun dengan semangatnya keluarkan laptop... seketika, terpandang buku ’Chicken Soup for the Soul’, pun terasa nak baca... sedap-sedap lepak atas katil, terasa ’nyaman dan selesa’ pula... suasana hening dan sunyi dan santai... 


Akhirnya, ambil keputusan, tidur... arghkahkahkahkah.... (Cheh! Cheh! Cheh!)

Lelap seketika, kemudian terjaga. Perut lapar.
Makan sekeping roti dengan cheese dan masuk semula ke bilik.

Mood menulis tidak kesampaian!
Habiskan masa dengan baca buku ’Chicken Soup for the Soul’.

Usai membaca beberapa bab, terasa mahu menjengah keluar rumah.

Konon mahu ambil angin di luar.
Buka pintu rumah, kelihatan keadaan luar agak sunyi dan panas. Melangkah keluar, OUWHHH... sejuknya angin!
 
Masuk semula ke dalam bilik daaaaannnn..... sambung tidur! Kuikuikui.


**************
Rakan-rakan yang lain sedang berlibur di Caversham Wildlife Park dan Pinnacles Dessert. 

Sempat juga mereka ke Lautan Hindi (oh, ada yang berdoa supaya kapal MH370 muncul, pasti mereka menjadi orang pertama yang menemuinya... Aduhai... Aduhai... hihihi).

(Gambar berlatarkan Hindi Ocean)

Teman-teman di Caversham Wildlife Park.


Mereka melawat zoo yang besar, memberi makan kanggaroo, menyaksikan persembahan mencukur bulu biri-ciri, melihat binatang-binatang seperti keldai, burung dan pelbagai lagi – sayangnya, tidak sempat menonton persembahan koala.






(Gambar-gambar di Caversham)

Dari Caversham, mereka ke Pinnacles Desert Discovery
Melihat batu-batu dan pasir keemasan. 

 (Gambar-gambar di Pinnacles dan Sand Boarding)

Sekali lagi sayang, terlepas peluang bermain luncur pasir di tempat Sand Boarding kerana hari sudah lewat.
 
 
Tapi, Kumpulan 2 (hari yang lain) berpeluang bermain luncur pasir ini.



(Antara rakan-rakan pejabat dan rombongan dalam Kumpulan 2)

Permandangan WAJIB ambil gambar (yang sering di ambil oleh para pengunjung), adalah permandangan Kota Perth di waktu malam. Cantik!


Dan, mereka sampai di rumah pada jam 10.30malam... hehehe (nasib baik tak ikut... kuikuikui).

Oh ya. Ada hadiah kecil yang diberikan oleh rakan sepejabat kepada saya.
(Thanks Kak Lin yang baik).
Aduhai... terharunya....



Fridge magnet – Gambar batu-batuan di Pinnacles.

Oleh kerana aku tidak turut serta dalam trip ini, dan aku tahu trip ini memakan perjalanan yang panjang, maka, aku ditemani oleh Executive Director (Ms. Lee) menyediakan menu makan malam untuk teman-teman.

Menu yang simple. Sambal sardin, sup kentang, goreng sayur campur, goreng buncis dan telur. Rupanya mereka sudah makan di luar sebelum balik. Jadinya, lauk ini menjadi santapan sarapan esok pagi... (masa diaorang balik, aku sudah lena!)... hihihi.
Esoknya, menanti rakan-rakan sepejabat dari Kumpulan 2 tiba bagi meneruskan aktiviti serterusnya. 


.

Friday, September 19, 2014

Musafir: Ke Perth – Day 01


Bismillah.

-----------------------------

Penerbangan sampai 5 minit awal daripada waktu jangkaan (5.30am). 
Jam 5.35am sudah berada dalam perut Terminal Perth International Airport. 

Airport pick up sudah sedia menunggu.


Jam 6.30pagi sudah cerah dan sibuk seumpama jam 7.30pagi waktu Malaysia.
Matahari sudah mula menyinar.

Alamat rumah penginapan kami adalah:
Cannington Home (House 1)
 36, Woodloes St
Canninton WA, 6107
Perth, Australia
Contact: Mr. Daniel Kuh - Mobile: +61411133960 (International).


Sebaik masuk rumah, masing-masing cari ‘port’ untuk landing!
Rehat dan bersihkan diri (mandi ler… apa lagi!)



Usai mandi, perut lapar! Masa untuk cari breakfast.


Jalan daripada rumah ke Westfield (dalam 10-15 minit berjalan kaki – tapi, sebab jalan ramai2, tak rasa sangat penatnya!)
 Sampai di Westfield – lepak di salah satu restoran yang buka (nak makan di Nando’s tapi masih tutup). 
Masa makan, kebetulan pasaraya tersebut buat ’fire testing’... kami yang tengah sedap makan, ’terbangak-bangak’ nak bangun atau tidak, sehinggalah ’Fire Marshall’ dia datang kepada kami dan kata ’You may continue your meal, this is just a test’... FUH! Selamat. Kalau tidak, rugi breakfast yang bernilai lebih kurang ’RM30.00-RM50.00’ Malaysia, okeh!



Habis breakfast – SHOPPING TIME! 





 Strawberry sangat murah! 2 paket AUD5.00 – Buahnya besar dan manis! Syoknya.

Tapi, yang paling heaven adalah.... shopping 2 bakul penuh, hanya bernilai AUD175.00!!!
 

WHAT?????

Kalau kat Malaysia, 2 bakul penuh barang dapur macam tu (yang selalu aku shopping dengan Cik Abang kat Giant ni la...), harusla RM500-RM600!!!

Maksudnya, kalau ‘convert’ duit mereka ke duit kita sekalipun, TETAP, shopping tempat mereka lebih murah daripada aku shopping selalu kat sini! (Masa ni datang fasa pertama yang kengkonon rasa nak ‘migrate’ ke Perth ni… hehehe).

Dek kerana banyak berjalan dan melayan mata dengan harga barangan, sempat pulak kaki mak buyung ni cramp! Aduhai.

Baiknya mat saleh kat sini!
Masa aku tengah mengerang sakit kaki, ada seorang perempuan berlari daripada kedainya dan papah tangan aku. Dia minta office mate aku (Yasir) ambil kerusi daripada kedai makan berhampiran dan beri kepada aku! Aduhai – terharunya.

Mereka sangat berbudi bahasa. Malah, orang kedai yang kami ’kidnap’ kerusinya, langsung tidak berkata apa-apa, dan biarkan sahaja aku duduk (tanpa perlu order minuman atau makanan di kedainya).

Oleh kerana kaki aku cramp dalam jangkamasa yang agak lama, maka aku tidak berjalan ke mana-mana. Tidak sempat meninjau kedai-kedai beg, kasut dan sebagainya. 

Malah, ke kedai halal-mart (yang menjual daging-daging halal) pun tidak dapat pergi (hikmah di sebalik kaki yang cramp, jimat duit aku untuk tidak shoppping di sini... hehehe). Teman-teman yang lain meneruskan pembelian barang dapur di kedai daging halal.


Aku hanya sempat beli sekilo lebih anggur dengan harga AUD9.00). Macam-macam buah dan sayuran yang segar-bugar dan murah! (kalau ikut nilai duit mereka la).
 Selebihnya, aku hanya menjadi penanti. Sementara menunggu rakan-rakan lain datang berhimpun.

Balik daripada Westfield, tak larat mahu jalan kaki dengan beg makanan yang banyak. Terus panggil teksi! Kena AUD8.00.

Sebaik tiba di rumah, terus masuk dapur (sememangnya rumah kami, buka pintu je, sudah masuk dapur!!!) – apa lagi, masaklah! Semua nak makan tengahari ni!
(Chef campak-campak! Hahaha)
Masak menu yang mudah, cepat dan senang - paling penting, kenyang!

Usai makan tengahari, solat dan rehatkan diri – sambung aktiviti berjalan.

Kali ini mahu ke Perth City!

Oleh kerana ’rusa baru masuk kampung’, maka memang tidak tahu apa jalan yang patut digunakan.

Mula telefon talian hayat (rakan-rakan yang lain cuba mencari jalan dengan menelefon teman-teman yang terdekat).

Katanya, ada stesyen keretapi berdekatan.

Maka, MENAPAKlah kami mencari stesyen keretapi (sambil berposing sana sini, sebab lama sangat nak jumpa stesyennya!)

Ya, benar-benar MENAPAK!
Dekat 25 minit kami menapak, baru sampai ke stesyen keretapi yang dimaksudkan! Beckenham Station.
(Berpeluh weihhh! Gila jauhhhhhh! Mau lenguh lutut dan kebas tapak kaki... huwaaaa).
 
Nasib baik udaranya sejuk – walaupun tengahari, anginnya buat kita rasa segar dan tidak berpeluh.
Di train, satu hal pula berlaku! Stesyen train mereka ini sangat tidak ’user friendly!’ – Sudahlah tidak ada kaunter tiket atau orang yang menjaga tiket, mesin duitnya pula hanya menerima duit syiling SAHAJA!

Kami ni kan baru sampai! Mana nak cekau duit syiling, semua duit puluh-puluh, ratus-ratus sahaja! Aduhai! Aduhai! Mujur ada seorang rakan sekerja yang ’pecah tabung’ keluarkan semua syiling dia (dia sudah menjangka perkara ini sebab dia pernah datang ke Perth sebelum ini!). Maka, pakat pinjam meminjam la. Seorang AUD4.40 untuk ke Perth City dari Beckenham Station.

 (Mak buyung duduk di kerusi ’priority seat’ – bolehlah kan? Hehehe).

Sampai di Perth City sudah jam 5.00 petang – berseleraklah berjalan.

Masing-masing dengan hal masing-masing. Jam 6.00 petang perlu kembali berkumpul semula di tempat yang dimaksudkan.


Di Perth town ini, sempatlah aku singgah Australian Souvenirs Shop – beli satu dua item. Berjalan lagi, ada Aussie Souvenirs Shop juga, tapi kedai orang Vietnam – barangan yang sama dengan kedai pertama tadi, tapi harganya SETENGAH harga MURAH daripada kedai pertama!
Cheh! Cheh! Cheh! MENYESAL BELI KAT KEDAI FIRST TU!!!!!

Oleh kerana jam sudah hampir ke pukul 6.00petang, maka tidak sempat mahu shopping banyak2. Dalam hati sudah simpan hajat, mahu datang lagi dan beli barangan yang sudah ada dalam anganan di kepala! Mesti datang lagi kedai Vietnam di Perth City ini! MESTI! *** (Azam untuk HARI TERSEBUT!!!)
(replika kaktus / pokok hijau di belakang itu menjadi 'trade-mark' tempat berkumpul)

Balik ke rumah di Canninton, naik bas No. 202 - 2 Zone dari Perth City. Sudah tahu cara naik bas dan cara bayar tambang... hehehe.
Sampai rumah – lapar!
Masak lagi!
Masak nasi goreng sahaja.
Senang, cepat dan kenyang!

 Settle masak, masuk bilik, REHAT!

Usai solat, mandi dan rehat, kaki terasa sangat lenguh!

Syukur ada rakan sepejabat sudi menghulurkan tangan untuk memicit kaki. Thanks cik siti sayang.... hehehe... (terkenang dan terbayang, andai di tanahair, Cik Suami dan anakanda sulung lah yang selalu melaksanakan ehsan tersebut... picit kaki.... hehehe....), kemudian, TIDUR!

Menanti hari esoknya.


.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.