BismillahirRahmaanirRahiim.
Walaupun dalam mood 'differ semester' tapi tetap nak juga sentuh bahagian-bahagian tesis yang masih tertangguh!
Risau pula bila tengok kalendar dah nak habis bulan 6!
Semester depan (bulan 9) WAJIB buat propsoal defend! WAJIB! (orang lain submit tesis untuk VIVA, yang aku ni baru nak sumbit proposal untuk defend - aparaaa!)
'Takpe. Takpe. Relax. Rezeki masing-masing tak sama. Aku direzekikan tambah lagi 3 orang anak sepanjang tempoh pengajian PhD ni, jadinya, adillah kalau Allah 'beli' sedikit masa aku dengan lambatkan sikit perjalanan PhD ni.' (Monolog hati memujuk diri supaya redha dan terus senyum dengan aturan Illahi).
.
Tertekan?
Oh. Perkataan itu sedikit demi sedikit saya cuba hapuskan daripada kamus perjalanan PhD saya ini. Saya tidak mahu lagi ada rasa tersebut. Kerana saya sudah JELAS dengan MISI PhD saya ini.
Untuk apa saya tertekan kepada perkara yang saya SUKA DAN CINTA?
Malah, saya tahu saya boleh mendapat dan memberi manfaat melaluinya!
Saya kan ada SENJATA ISTIMEWA, hadiah dari DIA!
Saya ada DOA! Hak eksklusif saya sebagai hamba.
Hak saya adalah berdoa. Hak Tuhan adalah memakbulkan doa.
DIA beri sesuai dengan masa dan keperluan saya.
Saya cuma perlu bergerak dengan D.U.I.T (Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal).
.
.
****************
Betapa baiknya Allah Ya Barr Ya Wahhab Ya Razzak yang menambah rezeki dalam bentuk lain sepanjang saya berada dalam tempoh 'differment' ini.
Allah telah datangkan ilham untuk saya buat satu model baru - adaptasi daripada tiga model kerja berlainan bidang yang boleh membantu penyediaan awal penulisan thesis dengan MUDAH!
C.S.I = Copy | Study | Innovate.
Itulah kerja seorang pelajar yang perlu buat tesis.
Preparing a thesis is just about COPY STUDY INNOVATE!
(FUH! Statement yang boleh mengundang 'penyembelihan' oleh akademik-akademik dunia. Hihihi).
Dalam tempoh differment ini, saya tidak tulis tesis saya, sebaliknya saya 'reka' model baru.
Model ini adalah gabungan dan adaptasi daripada model bisnes iaitu BMC (Business Model Canvas), RFOT (Research Framework On Template) dan Asas Penulisan Novel Cinta.
Model ini adalah gabungan dan adaptasi daripada model bisnes iaitu BMC (Business Model Canvas), RFOT (Research Framework On Template) dan Asas Penulisan Novel Cinta.
(1) BMC adalah model bisnes yang dibangunkan oleh Alexander Osterwalder (2008) - ia membantu para usahawan untuk membuat penilaian awal tentang potensi perniagaan, sebelum terjun ke lapangan perniagaan yang dihajati.
(2) RFOT adalah template kerangka penyediaan awal tesis oleh Dr. Othman Talib (2013) - ia membantu para pelajar yang mahu menyediakan tesis supaya jelas dengan skop kajian serta memudahkan penulisan proposal sehingga ke penulisan tesis kajian sebenar.
Dr. Othman Talib adalah pencetus ilham untuk saya rangka model START Model Canvas ini. Blog beliau (boleh klik sini) sangat membantu para pelajar yang sedang atau mahu menulis tesis. Sangat membantu (Allah rahmati beliau dan pengetahuan yang disebarkan).
(3) Bengkel Penulisan Novel Cinta yang saya ikuti pada Feb, 2014, yang dikendalikan oleh Cikpuan Azzah Abd Rahman, turut memberi ilham untuk digabungkan dalam kerangka START MC ini.
Gabungan dan adaptasi BMC + RFOT + Penulisan Novel Cinta telah menghasilkan S.T.A.R.T Model Canvas (Start Thesis Apply Right Template), by Tiny Azleen Yahaya (2015). :-)
(Ada bahagian yang 'dihilangkan' kerana modul model ini belum siap sepenuhnya. Nantiiiiiikan.)
Sedang menyiapkan modul ini dan akan diuji keberkesanannya kepada beberapa orang responden kajian.
.
.
Sekarang, saya sudah lebih JELAS, kenapa saya PERLU SIAPKAN Ph.D saya ini!
"Allah telah berikan saya satu ilham yang boleh disebarkan sebagai manfaat kepada kumpulan yang memerlukannya. Oleh itu, saya perlu jalankan amanah ini." - KakTiny.
.
.
.
Allah rahmati setiap anda yang datang membaca. Amin.
Salam takzim.
-KakTiny-
No comments:
Post a Comment