Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, August 11, 2009

CONVO OH CONVO MASTER: Siri 2 – UNTUK MAK


Mak… Alhamdulillah… tak tergambar dan tak terucap rasa syukur ini ke hadrat Illahi kerana memberi peluang dan ruang untuk mengizinkan mak dan ayah bersama-sama MASUK KE DEWAN serba gemilang itu untuk menyaksikan anak mak ini naik pentas dan menerima Ijazah MASTER…

Mak… sebenarnya bukan Ijazah MASTER itu yang anak mak ini kejar.. TIDAK… TUJUAN UTAMA anak mak mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian Master di situ BUKAN UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH ITU… BUKAN!!!... tapi TUJUAN UTAMA ialah UNTUK MEMASUKI DEWAN ITU BERSAMA MAK DAN AYAH DAN UNTUK MENAIKI PENTAS ITU DISAKSIKAN OLEH MAK DAN AYAH SECARA LANGSUNG DAN TERUS!!!....

Itu sebenarnya TUJUANKU (meskipun nawaitu aku di sini SILAP sebenarnya.. tapi sebagai anak, aku tidak mampu membohongi hatiku bahawa ITU SEBENARNYA TUJUANKU…) aku boleh menulis kononnya aku mengejar ilmu kerana Allah.. tapi saat hari pertama aku mendaftarkan diri.. BUKAN ITU TUJUANKU!!!.... banyak tujuan, sebab dan musabab aku mengikuti pengajian ini tapi SEBAB YANG PALING UTAMA DAN TERATAS ADALAH:-

- AKU NAK MAK DAPAT TENGOK AKU NAIK PENTAS AMBIL IJAZAH SECARA ’LIFE’... bukan pada gambar seperti sewaktu Konvokesyen Degree aku di UiTM - 8 tahun yang duluuuuuu.... (kisah KISAH CONVO UiTM final dulu...)

Jadinya... matlamatku terlaksana... aku dapat kecapi apa yang aku hajati iaitu:
1-Mak dapat masuk dewan dengan ayah utk tengok aku ambil Ijazah Sarjana;
2-Adik beradik semua dapat datang dan bergambar bersama...


Dulu... masa convo... dalam ahli keluarga....hanya ayah sahaja bersamaku... mak sedaraku (mak kih) menemani ayah sebagai pengganti mak... family paksu, family pak chak and family pak uda datang meraikan.. meskipun gembira dengan kehadiran mereka... NAMUN.. JAUH DI SUDUT HATIKU... aku sangat KECEWA... kecewa kerana mak tidak dapat turut sama kerana baru lepas operation... kakak tak dapat turut serta sebab baru lepas beranak (masih dalam pantang), adik2 juga tidak dapat datang sebab masing2 sedang menduduki peperiksaan.. JADINYA... HANYA AYAH YANG MASUK...

Dan.. 8 tahun yang lalu.. aku bertekad dan berazam agar SATU HARI NANTI... aku akan menaiki lagi tangga KONVOKESYEN dan disaksikan oleh mak dan ayah di dalam dewan dan dinanti oleh adik-beradik di luar dewan..

ALHAMDULILLAH.. Allah memakbulkan doaku... dan memberikan dan merealitikan 'HARI INI - SETELAH 8 TAHUN BERLALU'.. HARI INI adalah hari kegembiraan yang BUKAN SEDIKIT kepadaku.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...

MAK..... TAK TERGAMBAR RASA RIANG DAN BERBUNGA HATI INI... (terutamanya bila nampak wajah mak dan ayah di screen....)...

MAK, AYAH, KAKAK, ADIK-ADIK... INI UNTUK KALIAN.. TERIMA KASIH.. AKU SAYANG SEMUA.. SUNGGUH-SUNGGUH DAN SANGAT-SANGAT...

p/s : maaf... aku tahu aku terover sikit di sini.. tapi.. mak.. ini untuk mak... biarlah dunia mengeji anak mak... orang benci dan tak suka.. tapi anak mak ini sentiasa bahagia kerana ada mak, ayah, kakak, adik-adik, suami, anak2, mertua dan ipar duai serta sahabat handai yang sentiasa bersama - SUSAH SENANG, TAWA dan TANGIS.... dan yang paling aku tahu.. ALLAH SENTIASA BERSAMAKU.... SUJUD SYUKURKU HANYA PADA ALLAH AZZA WAJALLA...

12 comments:

iina said...

Yang utama niat ko terlaksana.. aku pulak konvo master tak konvo pun sbb dah balik mesia n mak ayah aku pun xtgk.. uwaaaa.. lagik sedih hehehehe..

Tapi konvo phd aku?? Insyallah.. jika ada peluangnya diberi oleh Allah.. Insyallah aku dtg untuk konvo aku nnti.. ko nk ikut ke? hehehe

zino said...

tahniah...

KAKTINY said...

iina > aah.. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang pukang, aku nak ikut masa convo PhD ko nanti weh...
hihihi....


zino > terima kasih bebanyak... hihihi

kak wos said...

kak tiny, tahniah!!
wah.. aku lak yg sebak gitu baca entri hang nih..
syabas kak.. syabas!!
tak sesia usaha hang kak..
betoi la kata pepatah
"usaha tangga kejayaan"
bila dah dok kat mercu kejayaan tu jgn lupa kat aku yg serba kekurangan nih yer kak.. huhuhu...

KAKTINY said...

kak wos > wos sayang.. time kasih yer.. time kasih... time kasih bebanyak...
InsyaAllah setakat hari ni kaktiny mmg tak penah lupa kat hang.. mmg tak penah (meskipun hang tak invite kaktiny kat private blog hang.. dan hang tak accept kaktiny kat gmail hang.. kehkehkeh... gurau jer.. jgn terasa plaks tau.. hikhikhik)

kata nak sambung blajaq.. bila lagi?.. kaktiny sentiasa di sini bila2 hang perlukan bantuan dan sokongan juga dorongan.. ikhlas ni weh... janji hang sambung belajar... anything sms ler or calling calling… kaktiny tetap dgn nombor lama dan umah lama.. tak tukar lagi ler setakat nih.. hihihi..

apapun.. kaktiny doakan hang bahagia dgn umah baru k.. (oo.. mentang2 dh pindah rumah baru.. blog pun hang pindah baru kan.. hihihi.. takpalah... yang penting.. ‘SELESA”.. kan kan kan...)

whitetulip said...

Salam kak tiny sayang..

Sekalung, dua kalung, tiga kalung, banyak2 kalung TAHNIAH wat kaktiny. Pas ni amik Ph plak kan..kan..Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad...Amin..

"Hargai insan2 tersayang di sekeliling kita..."

Nek Cun said...

Tiny, tahniah kerana telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana (Master) dan dapat bawa emak dan ayah masuk Dewan semasa menerima Ijazah. Memang itulah hadiah yang berharga untuk ibu ayah!...

en_me said...

alhamdulillah n tahniah.. moga maju jaya.. salammm

Masy said...

kongret kakakku!! ms konvo sy dulu, arwah abah x sempat nak tgk. huhu. abg no 5 yg gantikan dgn mak. mak kata abg sy mengalir airmata tgk sy konvo - sian kat sy kot sbb konvo time abah dah xde huhuhuh

eh sedih2 pulak. apepon, mana gambau konvo akak? hehehhe

kongret againn!!! *hugs*

KAKTINY said...

whitetulip > terima kasih sayang… memang kaktiny sentiasa hargai mereka yang menyayangi kaktiny.. hihihi


Nek Cun > terima kasih nek... saya seronok sangat bila tengok wajah kegirangan mak dan ayah… happy sangat..


en_me > terima kasih... salam..


Masy > terima kasih adikku sayang... tak mo sedih2 k… gambo convo?.. dlm proses nak ‘dubbing’.. kehkehkeh… nanti la kaktiny upload kan.. hihihi
*hug” dia jugak…

Kak Long said...

ALHAMDULILLAH, TAK TERKATA APA DAH!

KAKTINY said...

kaklong > mmg tak terkata dah kan. (tapi banyak buleh nak tulih nih.. hihihih)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.