Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday

SALAM RAMADHAN 1430

ASSALAMUALAIKUM!

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah..

Sungguh cantik kain pelikat,
Dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
Cuma terlayang madah ini.

Sebelum cahaya surga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
*Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
Membina mengambil masa, meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan .
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang
terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL,
AAMIN.

Wednesday

CONVO OH CONVO MASTER: Siri 3 – TERIMA KASIH SEMUA


Sekali lagi Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah yang Maha Esa.. Dia telah memberi keizinan kepadaku merasai nikmat bahagia ini.. sesungguhnya kepada-Mu segala pujian yang hakiki.. Allah Rabbul ‘Alamin...

Di kesempatan ini, ku kalungkan ucapan terima kasih buat mak, ayah, kakak, adik2 (amir yang sudi jadi jurugambar dan epy yang sanggup terbang balik dari Sabah), suami (yang tolong siapkan anak2 di rumah), anak2, abang ipar dan anak-anak saudaraku, mertua dan ipar duai (yang sanggup datang dari muar nuun serta luangkan masa dtg jugak), saudara mara (yang sanggup datang dari penang, semenyih segala), sahabat handai serta semua yang hadir meraikan aku pada hari convocation aku ahad lepas... tak lupa juga buat jiran tersayang... tokma yang menghadiahkan baju convo serta ada lagi hadiah susulan selepas itu.. (sian tokma tak dpt join sbb afiff nak ikuut.. hihihi – sudahnya, bergambar dgn jubah penuh kat umah tokma.. hahahhahaaaa)..

Paling tak lupa kepada sahabat jauh di glasgow yang sentiasa memberi kata2 semangat utk aku.. sahabat yang sedari awal pengajian sehingga berjaya bersama menggenggam sarjana idaman ini.. kaklong dan azharuddin... BOSS yang paling aku hormati.. Pensyarah-pensyarah yang amat berbudi dan berbakti.... teman2 sepejabat... saudara mara jauh dan dekat...

Dan paling istimewa buat kalian semua RAKAN-RAKAN BLOG yang sejak awal bulan Mei 2008 sehingga kini... yang datang dan pergi silih berganti.. dan ada juga yang kekal setia... TERIMA KASIH...

Juga untuk ’YANG LAIN-LAIN’... yang nama dan peranan mereka ada tersemat di lubuk ruang hatiku... TERIMA KASIH...

Tanpa KALIAN SEMUA... adalah mustahil aku menempa kejayaan ini, secepat ini dan pada hari ini telah menggenggam Sarjana ini...

Meskipun sekadar ucapan biasa.. namun... ia tulus dari hatiku... TERIMA KASIH... aku benar-benar maksudkannya...

Aku mohon halalkan segala doa serta ingatan dari kalian... keikhlasan kalian benar2 aku rasai dan sekali lagi.. TERIMA KASIH SEMUA... dan terima kasih ini juga kepada yang datang membaca secara senyap.. andai aku kenal kalian, sambutlah senyum tawaku... dan jika kalian hanya pembaca yang singgah seketika.. sambutlah salam ukhwahku.. dan last but not least... TERIMA KASIH!!!!..... SYUKRAN JAZILAN…

THANK YOU… I LOVE YOU!!!!...

Tuesday

CONVO OH CONVO MASTER: Siri 2 – UNTUK MAK


Mak… Alhamdulillah… tak tergambar dan tak terucap rasa syukur ini ke hadrat Illahi kerana memberi peluang dan ruang untuk mengizinkan mak dan ayah bersama-sama MASUK KE DEWAN serba gemilang itu untuk menyaksikan anak mak ini naik pentas dan menerima Ijazah MASTER…

Mak… sebenarnya bukan Ijazah MASTER itu yang anak mak ini kejar.. TIDAK… TUJUAN UTAMA anak mak mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian Master di situ BUKAN UNTUK MENDAPATKAN IJAZAH ITU… BUKAN!!!... tapi TUJUAN UTAMA ialah UNTUK MEMASUKI DEWAN ITU BERSAMA MAK DAN AYAH DAN UNTUK MENAIKI PENTAS ITU DISAKSIKAN OLEH MAK DAN AYAH SECARA LANGSUNG DAN TERUS!!!....

Itu sebenarnya TUJUANKU (meskipun nawaitu aku di sini SILAP sebenarnya.. tapi sebagai anak, aku tidak mampu membohongi hatiku bahawa ITU SEBENARNYA TUJUANKU…) aku boleh menulis kononnya aku mengejar ilmu kerana Allah.. tapi saat hari pertama aku mendaftarkan diri.. BUKAN ITU TUJUANKU!!!.... banyak tujuan, sebab dan musabab aku mengikuti pengajian ini tapi SEBAB YANG PALING UTAMA DAN TERATAS ADALAH:-

- AKU NAK MAK DAPAT TENGOK AKU NAIK PENTAS AMBIL IJAZAH SECARA ’LIFE’... bukan pada gambar seperti sewaktu Konvokesyen Degree aku di UiTM - 8 tahun yang duluuuuuu.... (kisah KISAH CONVO UiTM final dulu...)

Jadinya... matlamatku terlaksana... aku dapat kecapi apa yang aku hajati iaitu:
1-Mak dapat masuk dewan dengan ayah utk tengok aku ambil Ijazah Sarjana;
2-Adik beradik semua dapat datang dan bergambar bersama...


Dulu... masa convo... dalam ahli keluarga....hanya ayah sahaja bersamaku... mak sedaraku (mak kih) menemani ayah sebagai pengganti mak... family paksu, family pak chak and family pak uda datang meraikan.. meskipun gembira dengan kehadiran mereka... NAMUN.. JAUH DI SUDUT HATIKU... aku sangat KECEWA... kecewa kerana mak tidak dapat turut sama kerana baru lepas operation... kakak tak dapat turut serta sebab baru lepas beranak (masih dalam pantang), adik2 juga tidak dapat datang sebab masing2 sedang menduduki peperiksaan.. JADINYA... HANYA AYAH YANG MASUK...

Dan.. 8 tahun yang lalu.. aku bertekad dan berazam agar SATU HARI NANTI... aku akan menaiki lagi tangga KONVOKESYEN dan disaksikan oleh mak dan ayah di dalam dewan dan dinanti oleh adik-beradik di luar dewan..

ALHAMDULILLAH.. Allah memakbulkan doaku... dan memberikan dan merealitikan 'HARI INI - SETELAH 8 TAHUN BERLALU'.. HARI INI adalah hari kegembiraan yang BUKAN SEDIKIT kepadaku.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...

MAK..... TAK TERGAMBAR RASA RIANG DAN BERBUNGA HATI INI... (terutamanya bila nampak wajah mak dan ayah di screen....)...

MAK, AYAH, KAKAK, ADIK-ADIK... INI UNTUK KALIAN.. TERIMA KASIH.. AKU SAYANG SEMUA.. SUNGGUH-SUNGGUH DAN SANGAT-SANGAT...

p/s : maaf... aku tahu aku terover sikit di sini.. tapi.. mak.. ini untuk mak... biarlah dunia mengeji anak mak... orang benci dan tak suka.. tapi anak mak ini sentiasa bahagia kerana ada mak, ayah, kakak, adik-adik, suami, anak2, mertua dan ipar duai serta sahabat handai yang sentiasa bersama - SUSAH SENANG, TAWA dan TANGIS.... dan yang paling aku tahu.. ALLAH SENTIASA BERSAMAKU.... SUJUD SYUKURKU HANYA PADA ALLAH AZZA WAJALLA...

Monday

CONVO OH CONVO MASTER: Siri 1 – SYUKUR PADA ILAHI

090809: Majlis Konvokesyen UPM ke-33
Ijazah: MASTER PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA...
Penerima: KAKTINY lerrrrr... hihihihi.....


ALHAMDULILLAH.. segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang mengawal segenap lapisan langit dan bumi serta kandungan di dalamnya...

Betapa aku terlalu bersyukur kerana Allah menganugerahkan hikmat dan kejayaan ini kepadaku dan memberikan kebahagiaan ini untuk aku kecapi sepenuhnya...

Apa lagi perkataan yang mampu aku lafazkan kepada-Mu Ya Rabb.. sujud syukurku menangis terharu kerana limpah kurnia dan rahmat-Mu yang tiada penghujungnya kepa hamba kerdil-Mu ini...

Ya Rabb... selayaknya segala pujian hanya untuk-Mu Ya Rahman Ya Rahim... dengan seluruh nama As-Maul Husna-Mu aku menyembah diri, sujud dan bertafakur... berzikir memuji-Mu... Ya Allah..

Dan selawat serta salam untuk junjungan mulia umat Islam, Rasulku Nabi Muhammad S.A.W....

Masih terasa tangis gembiraku... masih terkesan rasa riangku... juga terkenang jerit payah dugaan-Mu... dan... AKU MASIH BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR ATAS KURNIAAN-MU wahai Yang Maha atas segala sesuatu.. ALLAH RABBUL ’ALAMIN...

Dan.. MASTER Pembangunan Sumber Manusia... KINI SUDAH SAH MENJADI MILIKKU... (anda bila lagi?...hihihi... If I can achieve this, therefore.. NOBODY can say ”NO, I CAN’T!!!!... 'YOU' also can DO IT... and DO IT NOW!!!).

Thursday

PENGUMUMAN CONVO… MASTER!!


PENGUMUMAN PENTING!!!...

TARIKH: 9 OGOS 2009
HARI: AHAD
JAM: 9.00am (sessi pagi)
TEMPAT: Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah,
Universiti Putra Malaysia.
Acara: Majlis Konvokesyen ke-33
Penerima: salah seorangnya.... AKULAH!!!... (bersama-sama sahabat dan sekelas aku yakni kaklong and Azharuddin.....) hiihihi


Pesanan: Diminta bagi sesiapa yang sudi, yang menyayangi, yang mengasihi, serta yang masih mengenali juga mengingati kaktiny...

MAKANYA.. jemputlah ramai-ramai datang meraikan hari bahagia kaktiny nih.. nak gak bergambar ramai2 ramai2 ramai2 di hari bersejarah tu.... KENAPA?... kenapa 'kaktiny' kalut sangat nak panggil sekampung sekapai sealam sejagat datang meraikan hari convo aku??? (mcmlah org lain tak convo...)... '

Jawapannya ada pada sapa yang tahu : KISAH CONVO UiTM 2 : CONVO OH CONVO…

Sedar tak sedar dah setahun berlalu… Tajuk CONVO pernah aku tulis pada tahun lepas.. pada tarikh ini dan di bulan 8 jugak…. cuma masanya sahaja yang lain.. [kan dah ’strictly prohibit from DEVELOPING AND MAINTAINING PERSONAL BLOG DURING O*** HOUR”] (eh chop.. nak tanya… BLOG ajer ker?.. jobstreet.. FACEBOOK.. buleh ke TAK???... *wink wink* *sambil kenyit kenyit mata kat pihak pihak tertentu*.. kehkehkeh… ’mamak, cili padi sekilo’... hahahhahahaaa..... *chesss…..setan bertanduk aku terkeluar daaaa** huhuhuuhu.... ampuuuunnn yerrrr!!!.... "nak kena pergi recharge kat ESQ Training nih... dh nk start tersasar dari orbit dah nih... huhuhuu)

Berbalik pasal kisah CONVO nih.. tahun lepas - 2008, aku ceritakan kisah pengalaman CONVO DEGREE IN LAW pada tahun 2001 di UiTM.. .. dan dengan kuasa dan anugerah Allah yang paling ulung dan Maha UNGGUL... tahun ini... HARI INI.. pada tarikh yang sama dan bulan yang sama [cuma masa dan tahun yang berlainan]..

AKU BERITAKAN TENTANG CONVO MASTER AKU!!!....

Alhamdulillah...

InsyaAllah.. 09/08/2009 bakal menyaksikan aku menyarungkan JUBAH MASTER (Pembangunan Sumber Manusia) di UPM sempena Majlis Convokesyen yang ke-33..

Bangga?.. Terharu?... Gembira?... Pilu?...

Semua RASA ada… terutama apabila aku baca kembali kisah2 lalu dan juga komentar2 kalian dan sahabat-sahabat sebelum ini… RASA-RASA itu DATANG!!!... bercampur baur…

Lama rupanya setahun ini… banyak rupanya yang dah berubah… MASA dan RASA…

BUT.. LIFE MUST GO ON kan kan kan…

(aku dh start ter’emo’ di sini… dan andai aku turut ‘rasa’ yang aku rasakan kini… berkajang TAK HABIS CERITA… so STOP about RASA-RASA itu… back to reality)..

Ok [transform ke mood ceria…]… hari Isnin lepas, sepatutnya amik JUBAH… tapi.. UPM TUTUP RUPANYA… gara2 virus H1N1 nih.. (grrr grrr grrrr... kan Allah dh HARAMKAN mende alah tuh!! Grrr grrr grrr.. tu ler.. degil sangat... nak sangat bela dan makan.. dah dtg BALA.. padan muka semua....)

Oleh kerana aku dah amik cuti half day... takkan nak masuk ofis kot (amvoi kan.. hihihihi....) – so.. merewanglah aku ngan kaklong... last sekali.. pi mana tau?.. kehkehkeh...

Pegi Butik HAJABA... oleh kerana aku dh tak payah pikir pasal BAJU utk convo (ada orang sponsor kan kan kan..hihihi)... maka aku cuma perlu beli tudung jer.. dan aku sangat2 tertarik dengan tudung HAJABA tuh... makanya.. tersangkut beli 2 tudung sekaligus... kehkehkeh... (nanti aku pakai masa convo... hihihi) – dan untuk dinner graduan hari isnin depan, aku nak beli jubah ngan tudung CT kat Hajaba tuh.. CONFIRM!!... [aku dh berkenan sangat dgn jubah tuh..)...

Semalam ada raptai and amik jubah convo.. oklah.. nak gi hantar iron kat kedai.. bagi nampak shining skit.... hihihi..

Pengumumannya?.. itu jer lah pun yang nak bagitau!!... nak minta datang ramai2 ke convo tuh... hihihihi.... (jangan mare yerrr..... hihihi..... tiada paksaan!!!.... kerana khemah, payung dan makanan khas tidak dapat disediakan oleh pihak penganjur.. jadinya, yg datang adalah dengan perbelanjaan peribadi sendiri... kehkehkeh...)

Aku sayang semua.... doa ikhlas kalian SEMUA (aku benar-benar maksudkan KALIAN SEMUA) adalah di antara penyumbang kejayaan aku hari ini... TERIMA KASIH!!!.....

Wednesday

Ketupat rendang sebelum RAYA…


Aku jadi lucu bila ‘mendengar’ orang sedang bercakap dengan nada ceria dan ‘jelas’ tetapi tetiba “BERBISIK” untuk satu perenggan ayat…

Hehehehheheee…. Aku tahu.. ‘perenggan ayat’ yang dibisikkan itu… ADA NAMA AKU.. kan kan kan.... kehkehkeh... (alah.. aku tahu ’tektik’ tu.. SBB AKU PUN MACAM TU... malah mungkin lagi OTAI.. tapi dulu la DULUUU... sekarang aku dh ’kurangkan taringnya’.. tunggu masa nak patahkan jer... meskipun susah..)

Sekarang aku sering tersenyum sendiri di bilik ini... andai ada yang menyatakan aku gila.. AKU REDHA... sedangkan Nabi Junjungan mulia, Muhammad S.A.W juga orang katakan Baginda gila ketika menyebarkan syiar islam... apatah sangat aku ni yang andai orang panggil gila kerana senyumkan orang orang yang sedang ’makan daging aku’.. kehkehkeh....

Gigit yang tidak sakit di badan tapi sakit di hati adalah ’gigitan manusia yang makan daging kita secara terangan’... tapi sakit itu bukan hak aku untuk mengerang... aku pulangkan pada Allah untuk menyembuhkannya...

Yang pasti.. sekarang ini aku ingin bersihkan jiwa aku sendiri... aku nak hilangkan perangai2 suka makan daging sesama insan nih.... dulu aku memang JAGUH gak bab ”mengayam ketupat cicah rendang daging orang nih...”

Camner nak slowkan eh?... adushhhhh..... ni ler salah satu KELEMAHAN KETARA AKU.. aku rasa kat akhirat nanti.. INILAH ANTARA PUNCA YANG BUAT AKU SURE KENA TAHAN KAT PINTU SYURGA (tak dpt langkah masuk terus) sebab HOBI mengayam ketupat cicah rendang orang nih!!!!....

Apa nak heran.. dulu aku ’rajin’ sgt dok BERKETUPAT RENDANG pasal orang... sekarang, tanggunglah kalau orang nak berketupat rendang pasal aku… (cumanya, jika boleh, hulurkanlah maklumat tentang diri aku yang benar2 kalian BENCI agar dapat aku ubah sikap ke arah yang lebih baik!!!....)

”What goes around comes around kan..”. Dan andainya dengan itu dapat menghapuskan dosa aku dan menambahkan pahala aku juga peluang aku untuk mendapat keampunan dan keredhaan Allah… SUNGGUH AKU REDHA…

YA ALLAH... AMPUNI AKU... mulutku, lidahku, lafazku... aku benar-benar memohon keampunan-Mu Ya Rabb...

Benarlah kata bijak pandai:-
DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP...
BERCAKAP BILA PERLU..
JIKA TIADA BERITA YANG PERLU, MAKA DIAM ITU HARUS!.

TAK... SUNGGUH..... aku tak marah pada sapa yang nak ‘makan daging’ aku... silakan... malah aku ampunkan dosa kalian yang mengumpat dan mengata aku... jika benar2 kalian BENCIKAN AKU...

CUMANYA..... AKU???!!!!!!.... MACAM MANA AKU NAK BELAJAR DIAM HAH????!!!!!!.....



p/s: dengan buku amalan baru nanti.. aku benar2 ingin mengurangkan markah sebelah kiri catatan... dan melebihkan catatan di sebelah kanan bahu... Ya Allah.. berikan kekuatan kepadaku dan aku mohon petunjuk-Mu Y Allah agar aku tidak sesat di jalan yang terang... tidak tergelincir dari orbit islam.. Allahu Akhbar...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.