Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, July 01, 2010

KUNCI DIRI.


Memang keinginan untuk update blog berkobar-kobar. Tetapi terbatas dengan masa serta tanggungjawab yang perlu lebih diberi keutamaan (perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan blogger ‘part time’.. hahaha…).

Banyak peristiwa yang berlaku, yang dialami, yang dibaca, yang didengar, yang diamati, yang digeruni, yang difikirkan, yang didoakan…

24/7 – non-stop of thinking, asking, search and research.. about life, here and ‘there’, values, needs, priority, obligation… and so on and so on..

Kita “SANG JUARA” itu!!!.. daripada ribuan sperma ayah, kita adalah yang paling cemerlang yang mampu menakhluk ovum Ibu dan seterusnya keluar sebagai bayi dengan setiap anggota dan Kecerdasan Fizikal lalu membesar dengan segala anugerah Kecerdasan Akal serta Kecerdasan Emosi dan Rohani
Namun... persoalannya sekarang adalah... "Bagaimana untuk mengekalkan ‘KEJUARAAN’ itu?" dengan menggunakan seluruh potensi KECERDASAN yang telah Allah anugerahkan kepada kita.. semampunya!!!.

Gunakan SUARA HATI untuk kembali kepada paksi “kemanusiaan” dan kembali kepada “Fitrah Agama” seterusnya kembali kepada orbit Ihsan, Iman dan Islam.
Tujuannya satu : Mengabdikan diri kepada Allah – mengejar tempat di syurga Allah serta menjadi manusia HEBAT di dunia dan akhirat – dalam bidang dan cara tersendiri sebagai tanda bersyukur kepada yang MAHA PENCIPTA..

Doakan kita sentiasa menjadi yang TERBAIK… Terbaik sebagai umat Muhammad.. Terbaik sebagai hamba Allah.. dan mampu menjadi inspirasi kepada sesama manusia, setidak-tidaknya kepada diri sendiri, kepada anak-anak, kepada ahli keluarga dan kepada kelompok masyarakat di persekitaran… (jangan pulak jadi TERBALIK.. nauzubillah!!!)..

Menjengah blog kawan-kawan serta blog penulis-penulis yang diminati, membawa kepada penemuan blog isteri Ustaz Zaharuddin, di http://ummuhusna99.blogspot.com/
... dalam entri beliau bertajuk “Kembalilah”, perenggan “KUNCI” amat-amat menyentuh hati dan sanubari.

(mohon dipetik tulisan di entri Puan Noraslina Jusin dalam entri ”Kembalilah”).

Kata-kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

Allah menjadikan kunci pembuka solat adalah bersuci, kunci pembuka haji adalah ihram, kunci kebajikan adalah kejujuran, kunci syurga adalah tauhid, kunci ilmu adalah bertanya dan mendengarkan, kunci kemenangan adalah kesabaran, kunci ditambahnya nikmat adalah syukur, kunci kewalian adalah mahabbah dan zikir, kunci keberuntungan adalah takwa, kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Kunci dikabulkan adalah doa, kunci keinginan terhadap akhirat adalah zuhud di dunia, kunci keimanan adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan ( ketaatan), dan meninggalkan ( larangan ), kunci hidupnya hati adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa, kunci didapatkannya rahmat adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap al Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya.

Kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa, kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan, kunci semua kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat, kunci semua kejelekan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.”


Ada juga aku terbaca di satu ruang, ringkasan Imam Ibnul Qayyim rahimahullah terhadap ”Kunci Diri” adalah:

“Kunci memperbaiki diri itu bermula daripada sikap jujur terhadap diri sendiri. Dari situlahlah segala kesalahan mampu diperbetulkan”.

Ya, aku amat setuju...

Tak perlu BERMUKA-MUKA kepada Allah untuk menyatakan KITA JUJUR BERTAUBAT, juga tidak perlu MENGHULUR RASUAH MATERIAL kepada Allah tanda KITA JUJUR MEMOHON PENGAMPUNAN-NYA. Diri sendiri lebih tahu makna dan kebenaran serta niat dan perbuatan... APATAH LAGI ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI!!.... (acapkali, KITA MENIPU DIRI SENDIRI… aduuuuh.. sungguh memalukan!!..)

…dan… aku..... masih mencari KUNCI DIRI ini!!... adakah sudah ditemui atau masih terkapar meraba dalam kegelapan nafsu dan belenggu serta silauan godaan duniawi???...

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ


Amiiiinnn…




Julai 2010.. sudah 6 bulan 2010 meninggalkan kita, tinggal lagi setengah tahun untuk menghabiskan 2010.. Rejab 1431... beberapa hari lagi Syaaban melangkah masuk diikuti Ramadhan, bulan seluruh umat islam diwajibkan berpuasa, menunaikan Rukun Islam yang ke-3. Apa kebaikan dan kebajikan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini?. Bersediakah menyerahkan buku amalan tahunan kepada Allah?. Allahu Akhbar..



.

14 comments:

Acik Erna said...

salam tiny..terima kasih..n3 ini..dan terima kasih..bagi url blog ummuhusna..akak akan mengunjonginya..diusia akak ni..memang suka sangat membaca n3 tazkirah ni..

@xiM said...

betu lah kak tiny..kita sering tipu diri sendiri..padahal Allah itu maha Mengetahui..

Astaghfirullahalazim..

Masy said...

huhuhuhuuhu speechless

iina said...

Aminnnn... aku tolong aminkan ye ;)

Kaktiny said...

Kak Erna > sama la kita kak.. tiny pon suka baca tazkirah ni.. nak perbaiki diri kak.. huhuhu...


axim > sama2 kita muhasabah diri dik..


masy > kita saling mengingati dik..


iina > semoga kita sentiasa menjadi yang terbaik.. di mata Allah (mampukah???.. semoga mampu.. amiiinnn...)

Catwoman said...

Kak Tiny....

Terima kasih di atas p`kongsian ini.

Cepat sungguh masa b`lalu. Pejam celik, pejam celik.....t`fikir di minda sy apa yg telah sy lakukan selama hidup ni.

Moga ALLAH ampunkan dosa2 kita dan terima taubat kita.

:)

Kaktiny said...

zyma > kita sama2 ingat mengingati dik.. terlalu sgt leka dgn dunia, teralpa tujuan sebenar hidup..
nk kembali kepada paksi, banyak noi rasanya yg dh tersasar tergeliat.. huhuhuhu....

Lee said...

Hello Kaktiny, just dropped by say hello, and you to live your life the way you want it to be....
You keep well, stay young and simpan satu lagu dalam hati, Have a pleasant weekend, Lee.

tasekM said...

thanx 4 the n3..

.

Kaklong said...

Alhamdulillah, entry yang bagus...semoga memberi ilmu kepada yang membacanya....mengingatkan kepada yang semakin alpa

Yunus Badawi said...

Salam Tiny,
n3 yg hebat. Memberi peringatan bagi insan yg lalai mcm aku ni. Aku masih mencari kunci2 yg kau katakan tu. Banyak masa terbuang diulit kesenangan dunia yg sementara.

huhuhu

Kaktiny said...

Uncle Lee > Hi dear.. thanks for dropping here… and yes.. I am happy with my life and still searching and the best way it to be and always pray for the best… hihihi..


tasekM > terima kasih sebab sudi membacanya… hihihi..

Kaktiny said...

Kaklong > Syukran Jazilan, segala puji hanya bagi Allah yang Maha Agung.. sebenanrnya entri ni lebih bersifat mengingati diri sendiri yg semakin lalai.. sekejap teringat, insaf.. pastu, sekejap lagi terbabas balik... huhuhuhu… risau betul la…


Yunus Badawi > salam. Tengah dok pujuk hati utk jadi hebat mcm n3 ni jugak… setakat n3 jer hebat tapi org yg taip entri ni dok kat takuk lama, tarak guna jugak weih.. huhuhu…. Risau memikirkan diri yg masih jauh rasanya utk menemui kunci diri dan masih lalai dan asyik mendambakan nikmat dunia berbanding akhirat.. yg takut miskin dunia berbanding miskin akhirat.. yg lebih gerun pada undang-undang dan pandangan manusia daripada undang2 dan pandangan Allah… ggrrr grrr (marahkan diri sebenarnya!!.. sedih!!.. huhuhu)..

suara said...

Ada yg berkata, hidup ini adalah soal pilihan. Semua orang mahu masuk melalui pintu kebahagiaan, tapi kunci mana yang kita pilih untuk membukanya? Salah kunci, akan terbuka pintu yg salah. Sedih dan deritalah jadinya.

Namun kehidupan ini banyak sekali pintunya. Tersalah buka pintu, pastu akan ada satu pintu lain yg sentiasa menghala kearah ketenangan dan kebahagiaan... iaitu pintu taubat.

Kunci pintu manakah yang kita sedang pegang kini?

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.