Tetiba hari ni rasa nak lanjutkan sikit pasal kisah keluar malam..
Beza keluar malam dulu dan sekarang..
Merujuk kepada diri aku sendiri dan cerita sekeliling.. mmg jelas ketara perbezaan "KELUAR MALAM" dulu dan sekarang.. melihat perbezaan cara dulu ngan cara sekarang.. aku jadi TAKUT yg amat..
Dulu, masa aku balik malam, mak buleh je 'kurung' aku kt luar tak bagi masuk rumah dan aku akan menangis melolong minta mak bukak pintu.. pastu "SERIK TOBAT" tak berani balik malam dah!!!.
Tapi, cuba buat camtu kt anak2 kita sekarang... Hmm.. MMG TAK JALAN LER... jgn kata 20 minit meraung kat luar... 5 minit pon sesilap haribulan dh tak dengar suara.. HILANG!.. (bukan kena culik.. tapi diaorg tau je ke mana nk pegi bila kita tak bagi masuk umah!!.. nak plak henpon 24 jam kat tangan.. calling calling roger roger, berdesup ’geng’ yg nk mengangkutnya!!..)
Itulah ketakutan aku sekarang ni.. entah mampu atau tidak mendidik anak dara ngan anak teruna aku tu nanti.. boleh tak sama cam mak ayah didik aku ngan adik beradik aku?..
Seingat aku, masa aku di bangku sekolah, MAK AYAH AKU MEMANG JARANG BAWAK KAMI JALAN MALAM... semuanya di waktu siang je.. (kecuali hal hal tertentu yang tak dapat di elakkan..).
Waktu malam memang SETIAP HARI AKAN MAKAN MALAM DI RUMAH!!.. BERSAMA-SAMA SEMUA AHLI KELUARGA (kecuali sapa yg duduk asrama tu je la kan kan kan!! Hihihi..).
Dulu.. masa time aku dulu.. kalau merajuk.. AKU KUNCI DIRI DALAM BILIK..
Sekarang.. takutnya kalau merajuk, bebudak AMIK KUNCI KERETA DAN KELUAR DARI RUMAH TAK BALIK-BALIK!!... huhuhuhu...
Tambahan pulak.. hidup di Kuala Lumpur ni... MALAM SENTIASA MUDA!!.. (seronokla setan, sebab ‘waktu bekerja’ mereka diiktiraf oleh manusia.. time dioarg bekerja, manusia pegi temankan!!.. chait).
Perkara ini jugak yang buat aku rasa nak MARAH DIRI SENDIRI... sebabnya.. aku ni... sekarang nih!!.. kalau nak pegi shopping, bawak anak-anak, seharian sampai ke malam.. takpon, balik kerja je, malamnya pegi Jusco la, Giant la, keluar makan la.. keluar pegi umah sedara la.. semuanya melibatkan masa yang pulangnya "TENGAH MALAM"..
Maka.. siapa yang bersalah jika anak2 TAK TAKUT KELUAR MALAM???.. Sebab mak bapaknya (mcm aku ler tuh!!) yg mengajar mereka PULANG LEWAT MALAM!! (Umpama ketam yang berjalan senget.. mampukah membentuk anaknya berjalan lurus?? YA RABBI.. ampuni aku!!)
Teringat semalam abang balik dari masjid, dia cerita perihal ceramah ustaz malam semalam pasal Iman dan Amal..
Antara intipati kata ustaz penceramah.. "nanti di akhirat.. apabila tiba waktu malam, Allah akan paparkan di ‘skrin ”tv” akhirat’ segala aktiviti malam kita – apa yg kita buat pada waktu malam.. semuanya akan Allah tayangkan semula.. utk lihat berapa banyak MALAM kita yg diperuntukkan untuk sujud, tasbih dan tahmid mengadap dan memuji Allah.." (aduushh.. malamnya aku banyak tido daripada berjaga.. lebih banyak keluar makan, keluar berjalan, menyelusuri highway daripada berqiyamullail dan mengaji al-quran.... huhuhu).
Firman Allah:
"Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Quran Surah Al-Mujadalah 58 : Ayat 6).
Maka itu.. aku sangat-sangat bimbang... kealpaan dan kekhilafan diri untuk memberikan teladan yang baik akan membuatkan wujud rasa TAK TAKUT KELUAR MALAM kepada diri aku, suami dan anak-anak aku.. nauzubillah..
Firman Allah:
"Rasailah olehmu, kerana kamu melupakan menemui hari kamu ini dan Kami melupakan kamu pula. Dan rasailah siksaan yang lama, disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Quran Surah As-Sajadah 32 : Ayat 14).
Mengingatkan diri yg kami suami isteri bekerja.. mengenangkan anak ditinggalkan dengan maid yg mengasuh.. kemudahan handphone bimbit, internet serta kemudahan messenger yg pelbagai.. YA ALLAH... mampukah aku mengajar, mendidik dan mengasuh mereka agar mereka sarat dengan RASA TANGGUNGJAWAB SERTA TAKUT DAN MALU PADA ALLAH, PADA IBU BAPA, PADA MASYARAKAT juga kepada diri mereka sendiri!!..
"Anak-anak ibu... tolong... tolong kuatkan dirimu nak.. imanmu dan amalanmu.. perbanyakkan ibadah kepada Allah sebagai pengisian malammu... Ibu mengingatkan diri ibu dan juga diri kalian nak.. Semoga Allah merahmati kehidupan kita dunia dan akhirat.."
Firman Allah:
"Sesungguhnya bangun (sembahyang) dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya." (Al-Quran Surah Al-Muzzamil 73 : Ayat 6).
Ya Allah.. tuntuni hatiku, suamiku, kedua ibu bapaku, anak-anakku, saudara-maraku, sahabat-handaiku, jiran tetanggaku, dan seluruh umat islam serata dunia, ke jalan-Mu Ya Rabb.. agar kami ternanti-nantikan malam untuk mengisinya dengan mengadap-Mu Ya Wahhab Ra Razzaq Ya Fatah hu Ya ’Alim.. Ameen.
16 comments:
MC sok kalau dah besar jgn harap la nk kluar mlm. aku sebat.
wah! garang, kan aku...? ha ha.
.
tas > aku pon nk jadik garang camtuh..
kalau anak2 nk kuar jugak.. AKU IKOT!!.. tak kira pi mana pon, AKU HANTAR, TUNGGU DAN JEMPUT!!..
.
Salam TINY,
Kalau semua nak buat siang pun susah juga terutama kita ni kerja sampai lewat petang. Tapi anak2 boleh membezakan (harapnya) jika kita keluar malam utk perkara2 yg baik dan harus spt menziarah rumah saudara mara dari perkara2 yg sia2 spt pergi menonton konsert.
Apapun terima kasih di atas peringatan ini dan semoga Allah menolong kita di dalam mendidik anak2 kita.
YB > salam. tu le kan.. sbb siang banyak sgt dah aktiviti utk 'kehidupan' nih!.. huhu..
semoga anak2 aku nanti faham dan tahu bezakan yg perlu dan tak perlu KELUAR MALAM!!.. dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua utk membentuk keluarga yang sakinah..
Semoga.. ameen.
walau saya sudah boleh dikategori
besar remaja,
saya tetap dalam kawalan ibu bapa,
kalo dulu hati saya menyinga,
tapi sekarang saya patut berjutaan terima kasih,
kerana mereka saya tidak seperti diluar sana.
insyaallah sampay bila2,
moge semua terpelihara.
dear sis,
i like the way you write.
keep up the good job
=)
Zaman ckLah dulu...Kedai Runcit Pak Ma'on tutup sebelum azan Maghrib.
...itulah satu2nya kedai yang ada. Jadi, memag tak ada istilah 'shoping' malam!
:D
FMJ > alhamdulillah.. syukur kan mak ayah halang kita keluar malam.. kalau tidak tak tentu kita jadi insan.. (sedihnya bg mereka yg leka, lalai dan terlalu riak bangga dgn kehidupan malam yg menyesak dan menyesatkan.. nauzubillah..)
- kaktiny sgt selesa jika kehidupan kaktiny dipantau dan ditegur.. dulu oleh mak ayah (skrg pon, for certain circumstances.. kuikuikui.. ) dan sekarang oleh cik abang.. hehehehe..
thanks sis, for dropping here..
salam ukhwah.. dan salam perkenalan..
cklah > tu la pasal kan cklah.. dulu kedai pak laha ngan pak cik amzah )umah lama tiny.. kehkehkeh), pon bukak takat pukul 6.30pm je.. dan ianya hanyalah di bawah rumah (rumah flat di TUDM Butterworth..) - dan MMG MALAS NK PEGI KEDAI SBB KENA TURUN TANGGA!!!.. (selalu mengelat utk tak kena suruh pegi kedai..hahaha).
sekarang ni.. segala pasaraya-pasaraya besar bagak semua tu beroperasi sampai kul 11.00 malam.. silap haribulan, pukul 1.00 pagi pon bukak lagi.. dan di dalamnya BANYAAAK SGT menda2 yg menarik perhatian bebudak (termasuk MAK BAPAK BUDAK) nih utk pegi dan pegi dan pegi shopping mopping segala bagai tuh.. huwaaa waaa waaaa..
:(
camner eh?..
Tiny
Abih.. camna nak p mkn muara malam2 nie?? siang xbukak hehehee ;)
sekarang ni masa malam lah banyak tarikan di luar tu. siber cafe bukak sampai subuh. shoping kompleks pukul sepuluh pun ada yang tak tutup. wayang sampai midnight show pun ada kan..
.
.
abih.. kita ni ceramah ngan anak2 kat rumah. penceramah dia yang kat luar tu lagi handal handal.
Nak salahkan sapa?
Selagi ada daya kita, kita asuhlah anak2 supaya tidak membuat benda yang salah dan yang kita tak suka. Lebih2 lagi yang Allah tak suka. Dari kecik nilah kita bina benteng untuk anak-anak. Benteng yang kuat2 supaya tak runtuh masa dorang besar.
Dah tu pulak anak2 sekarang ni bukan maca kita dulu. Kalau mak bapak tak suka boleh senang2 marah dan pukul kita. sekarang? Cubalah kita berleter apatah lagi memukul melempang.. alamat tak balik langsunglah..
hik..hik.. panjang lak aku berleter..
iina > kes tu aku bagi exceptional.. warghkahkah.. hihihi.
(takpe, kita pegi takyah bawak bebudak.. kuikuikui..)
kak pah > betui sgt tu kak pah.. malam lagiiiii la banyak menda yg bukak terbukak nih!!.. huhuhu..
setuju sgt kak pah.. anak2 skrg, kalau merajuk, banyak betul hala tuju yg dia buleh lepak.. tak kt umah kawan, kat shopping kompleks pon buleh idop!.. huhuhu.. takooootttt!!!...
..takpe kak.. tiny memang suka org berleter banyak2 nih.. tiny suka sgt..
sila sila.. komen @ bebel sampai habis column pon takpe.. hihihi.. tak cukup ruang komen, ruang blog tiny tadahkan..
sebab leteran itu tanda prihatin.. tanda sayang, tanda gusar dan tanda ingin membentuk ummah yg berguna..
salam kenal,
jarang keluar malam pasai rumah ..nun jauh dlm kelapa sawit..hehe
sudi2lah flw ati..
ati > salam ukhwah.
takpe.. tak rugi pon tak keluar malam ni kan kan kan..
terima kasih ye sudi ke sini.
:)
.
memalam jangan merambu jer..
kalau pergi tusyen, pergi surau..okay la kan?
ashley > pegi surau, tuition, kelas dan segala bagai yg tu ok, takdak hal.. mak pon tak risau.. kan..
tapi bab pegi merambu, melepak dan buat menda yg tak senonoh tu yg merunsingkan tuh!.. huhuhu..
Post a Comment