Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, November 04, 2010

Keluar Malam.


Entri kak pah mengingatkan aku pada cerita zaman kecik2 dulu....

Ya.. mak mmg GARANG!.. sangaaat-sangaaat.. (kan wahai adik beradik ku sekalian.. kehkehkeh).

Ayah pon garang.. tapi tak penah naik tangan.. (mak, tak naik tangan.. tapi jari dia naik.. COBITAN MAUUUTT!!.. sakitttt oooo.. tetiba je ko buleh terasa ngilu sebelah pinggang pinggul tu tanpa sedar.. kehkehkeh... ampuuun maaak!.. hihihihi.)

Salah satu KEPANTANGAN MAK adalah – BALIK MALAM!.. ... dan 'malam' pada pengertian mak adalah sebaik sahaja azan maghrib berkumandang sehingga azan subuh mengganti waktu!. ITU MALAM!.

Kalau nak pergi mana pon... SIANG SAHAJA!!... NO WAY KELUAR MALAM!. (melainkan dengan mak, ayah dan semua adik beradik).

Pernah satu ketika dulu masa darjah 3, aku lepak umah member sebab nk baca buku cerita yg dia baru beli (aku ni selagi tak habis baca buku cerita, tak berganjak.. terbawak penyakit ni sampai zaman anak dara.. pon penah kena kejutan letrik ”dijentik telinga” sebab tak dengar mak pangil.. kuikuikui... excited nk habiskan baca buku cerita.. hahaha)..

Sudahnya.. aku terlewat balik.. jarak umah kawan ke rumah aku adalah sepelaung je pon!!.. (ala, mcm daripada umah aku ni ke pos pengawal depan tu je - kalau korang tau umah aku la.. hahaha).

Lewat tak lewat, jejak je basikal di depan umah, azan maghrib dh berkumandang. DOSH!.. baru je lock basikal, aku dengar pintu umah pon di ’lock’ jugaks.. cepat2 aku pulas tombol.. TAK BERHASIL!!! DAH LOCK!!.. aduuuhhh.. NAIYA!!..
(dalam hati, dah tau dah.. MUKA MAK MESTI MERAH MENYALA PUNYA!!..)

Ngeri, risau, debar segala perasaan bercampur baur macam rempah giling jer.. all in one!. Nak nangis sangat.. terbayang kekalau ada org gila yang datang kacau atau kalau ada org jahat datang culik!. The worst, kalau ada hantu yang keluar ’bekerja’ mai singgah dekat aku!!.. huuwaaaa... (kan maghrib kita adalah pagi bagi hantu.. malam kita adalah siang bg hantu...pasai tu jangan keluar waktu maghrib dan waktu malam.. nanti jadi geng hantu! – tu pesan arwah tok aku okeh!!).

Berkali-kali bagi salam ketuk pintu panggil mak ayah kakak semua.. langsung tiada respon.. intai celah bawah pintu, nampak kaki mak ayah akak semua.. huhuhuhu.. sedih sgt!.

Maunya dekat 20 minit gak la.. (sampai semua dh siap nk makan malam).. baru ayah bukak pintu bagi aku masuk... suh pegi mandi, salin baju siap semua.. dan makan malam sorang-sorang!.. HUHUHUHU... sedih gilos...

Tapi.. sedih tu tak leh lawan SEDIH DAN PEDIH HATI BILA MAK TAK MAU TENGOK MUKA AKU DAN TAK MAU CAKAP DENGAN AKU!.. ITU KESEDIHAN YAAANNNGGG PAAAAALLLIIINGGG KRITIKAL... rasa macam bumi terbelah lapan.. rasa macam taik bintang jatuh hempap rumah... rasa maca lubang kubur dah terbukak panggil suruh masuk!.. punyala pegi mengendeng kat mak, memintal baju mak, sujud kaki mak... HARAM MAK TAK NAK PANDANG!.. (uish.. serius oo.. masa tu aku rasa, MATI ITU MENAKUTKAN sebab mak tak redha!!!.. owh tidaaaaakkk!!!).

Pastu ayah panggil.. ayah tanya kenapa balik lambat.. (dengan nada menangis yg sgt2.. bagitau yg ’teralit’ baca buku cerita kt umah kawan!! Huhuhu)..

Pastu masa tidur, terdengar ayah cakap kat mak "dia pi baca buku cerita kt ghumah kawan dia, bukan dia pi mana-mana pon".

Selang seminggu lepas tu, mak panggil aku.. (dan aku akan ingat dialog mak ni sampai bila-bila).

"Mak bukan suka-suka tak bagi keluar malam. Mak bagi kan kalau tiny nak berjalan pi mana-mana. Tapi, kena bagitau mak, dan lagi, balik sebelum pukul 6!. Maghrib mak nak semua anak-anak mak ada kat rumah. Makan malam sama-sama. Mak sedih kalau anak-anak mak takdak sama-sama kat rumah dengan mak. Kalau jadi apa-apa kat luar, kalau hari siang bulehla mak ajak ayah naik motor pi cari, mak buleh tanya orang, ajak pi tengok kat mana hilang.. tapi, kalau malam, mak nak cari kat mana?. Kalau kena sorok tepi tiang rumah pun mak tak nampak. Lagi malam lagi gelap, lagi susah mak nak cari, pon takdak sapa nak teman mak cari pasai malam-malam orang nak tidoq, esok orang kerja, mak kena jalan kaki cari sorang-sorang. Mak nak cari dekat mana?" (masa ni aku dh sob sob sob dh.. tunduk ’menikuih’ dan srooot sroooott ayaq idung dok naik turun.. ayaq mata dok berjurai.. huhuhu)

Sambung mak.. "Dan lagi. Malam kan banyak hantu. Nak kena sorok dengan hantu?"

"TAK MAAAAUUUUUUU!" laju je aku jerit sambil peluk mak!..

(kenangan yg sangat abadi.. mak.. tiny kenang ia kini dan selamanya..)

Bermula dengan peristiwa ITUlah.. aku memang TAK BERANI KELUAR MALAM!. Jangan kata pi jalan-jalan, pi rumah kawan buat kerja sekolah pon aku naik seram bila jam dh pukul 5.30pm.

Pernah masa aku tingkatan 3, pegi buat kerja sekolah kat rumah kawan (konon study group la.. kehkehkeh), jam pukul 4 petang.. tetiba kat luar hujan lebat.. GELAP!. Mak kawan aku BUKAK LAMPU!.. dan.. aku menangis melalak kt umah kawan aku!. Terkejut seisi keluarga dia.. mak dia tanya ’kenapa’.. aku kata aku takut kalau duduk rumah orang, orang bukak lampu.. SBB BUKAK LAMPU, TANDANYA DAH MALAM!!... dan aku NAK BAAALLIIIKKKK!!!... (begitu sekali ’psiko’nya aku pada ”MALAM”!). -

Dan.. dek kerana itu, ayah kawan aku ngan mak dia ngan kawan aku sekali, teman hantar aku balik umah dan ’give a little explanation on my behalf’ – mengapa mereka hantar aku balik (dan esoknya ayah aku kena hantar aku pegi umah kawan aku, sebab nk bawak balik basikal!! kehkehkeh)..

Juga.. ada satu peristiwa di mana aku ngan geng2 budak sekolah ni pegi umah sorang member (yg dekat sgt jarak umahnya), pastu semua pakat takut nak balik sbb aku gatal bukak cerita hantu pada petang tu.. bawak ke malam, semua tak berani nak balik rumah masing2.. tetiba jam 10.00 malam, tingkap bilik kawan aku kena ketuk.. (rumah flat tingkat bawah sekali kan..).. dengan suara "TINY, BALIK!!".. OIIITTT... MAK AKU KEJAR SAMPAI UMAH MEMBER OOOO... apa lagik.. mencericit larik balik umah!!!.. (lagi takut dekat mak daripada takut kat hantu okeh!!)..

Dan.. memang terbawak la sampai sekarang pon... kalau sengsorang kat luar time malam tu, mmg ada sedikit ’cuak’.. UNLESS kalau dengan family (skrg dh ada cik abang sayang, ok le kan kan kan.. kehkehkeh).

YA!.. Baru-baru ni (entah atas topik apapun tak ingat..) mak sendiri cakap kat cik abang.. "TINY, MASA SEKOLAH DULU, DIA MMG TAK RETI KELUAR MALAM.!".. (owh.. mak so proud of it rupanya.. hihihi.. sayaaaang mak..)

(owh ya, mungkin mak syak aku mmg ’terberani skit’ keluar malam masa ’deting’ ngan abang kt UiTM Shah Alam dulu kan... dah nyer, nak keluar makan kan kan kan.. siang tu kan kelaaaassss... kehkehkeh.. dan syukur jugak aku ’bercinta’ di tahun akhir.. so, sempat satu semester je la kuar malam.. pastu masing2 balik negeri masing2 sorang utara dan sorang selatan... sampai le ke hari berlangsungnya ikatan yg bernama ’perkahwinan’ – baru duduk sebumbung dan masa tu memaaaaannngggg KERAAAAP KELUAR MALAM!!.. dahnyer, balik kerja nak makan malam kan kan kan.. sebab MALAS MASAK @ tak reti masak masa memula kawen dulu!!.. kihkihkih).


Aku sekelumit pon tak menyesal dengan PERATURAN MAK.. (beserta jugak dengan jelingan, cubitan, dan jentikan maut mak).. KERANA AKU TAU MAK SAYANGKAN AKU!.

Bak komen tasek dalam kotak komen entri kak pah :
"Kerana itu kita jadi manusia"..

Ya, aku setuju tas!.

Firman Allah:
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." (Al-Quran Surah Al-Anfal : Ayat 28)


Juga sepatah peringatan cklah:

"Tak rugi poon!".

Betul cklah.. tak rugi pon tak keluar malam!.. dan amat berbangga hari ni sebab tiada sejarah hitam di zaman remaja akibat 'keluar malam'..

Firman Allah:
"Dan tiada seorang pun di antara kamu yang tidak masuk ke dalamnya (yakni neraka). Itulah keputusan Tuhan yang tidak dapat dihindar. Akhirnya, kami selamatkan orang-orang yang menjaga dirinya (dari kejahatan) dan Kami biarkan orang-orang yang bersalah berlutut di dalamnya!" (Al-Quran Surah Maryam 19 : Ayat 71-72).


Syukur dan puji hanya bagi Allah Azza Wa Jalla..

23 comments:

Cikgooden said...

ada masa kena kluar malam gak....

wei tiny...hang ingat semua dialog mak hang no....

Kaktiny said...

cikgooden > hang jantan!(.. dan budiman kaaan!!.. hehehe)- Lain kes la kot!..

ya.. Alhamdulillah.. mmg banyak yang aku buleh ingat sebijik sebijot nak nak plak dialog-dialog yang kalau ianya 'menusuk teruih ke jantung aku'.. (bukan setakat dialog, memek muka pon aku ingat.. macam memek muka hang masa kuis kuis sudu kat mangkuk sup masa makan kt jonis dulu.. mmg muka TAK LALU JONIS sgt ketara wokeh!!.. hahaha).

.. sesilap baju warna apa yg mak aku pakai pon aku ingat.. (tapi, kalau menda yg aku lupa.. mmg hampeh aku lupa teruih.. kehkehkeh).

ckLah @xiiinam said...

Masa darjah 2, ckLah sekolah petang. Sekolah jauh (4 batu=berapa KM? Malas kiralah :D). Seorang diri, sebab budak2 kampung sekolah di seberang sg Bernam (dah masuk Selangor). Nak elakkan menyeberang sungai dengan bot kecil saban hari, kami disekolahkan di sekolah jauh tu.

Jalan pula tanpa aspal. Kalau hujan, terpaksa bertarung dengan tanah liat yang membebal pada roda basikal. Sampai rumah lewat malam....biasa. Ular, babi hutan, malah cipan pun ckLah pernah terserempak....

Sesekali mak menyusul dengan lampu picit dan 'parang pendek'. Apabila terserempak mak, ckLah tak tegur dia, meski kami berjalan bersama-sama. Takut itu bukan mak, tetapi jelmaan yang menyerupai mak. Sampai rumah baru tegur...dan ngada-ngada nagis. (tadinya bukan main kuat dan berani!)


Ooooops, macam nak buat entri lain je cklah ni. :D


Pendekkan cerita, kecik2 dulu....selamat saja berada di luar rumah waktu malam. Sekarang...banyak pancarobanya!

Kaktiny said...

Takut itu bukan mak, tetapi jelmaan yang menyerupai mak.

hahaha... ye ye betul.. time umur tu.. takut ngan berani tu kekadang terkonfius dan tak dpt nk beza dan nk gunapakai masa mana.. kehkehkeh..

setuju ngan cklah.. dulu-dulu kalau keluar 'tahu hala tuju dan hala baliknya'..


(mak cklah siap ngan 'parang pendek'... perghh... mmg patut dpt tokoh ibu mithali).. hihihi.


note: takpe.. takpe.. nk tambah entri kt sini pon takpe.. dipersilakan.. kecik ruang komen.. ruang blog turut disediakan.. hehehe...

kata2, kisah dan cerita cklah sentiasa menjadi penguat azam dan semangat.. (mmg aura cikgu amat2 ketara di jiwa cklah.. hihihi).

blackcardomompods said...

Tp kaktiny perbuatan mak kurung kt luar dh xleh amalkan skrg,bhayaaaa.kita dulu baik je ikut mak kan,ct risau sgt dgn zaman anak kita ni.adakh dia sebaik kita????.cewahhh BAIK kah kita?????haha

iina said...

Dedulu aku selalu gak kuwa malam p umah arwah nenek aku yang selang 1 umah siap bawak lampu suluh sbb kdg2 mak ayah aku suh p ambik brg hahahaha.. kat sini ari2 aku balik malam ler sebab pkl 4.30ptg dah gelap.. winter time..

so kalau nak kata tak nak balik malam susah ler skrg nie.. terutama bila maghrib sok pkl 3.30 ptg hehehehe.. bagus dak alasan aku hehehe ;)

But itulah caranya kita ajar anak utk jadi manusia.. mak aku selalu gak pesan jgn balik maghrib2.. dia cukup marah.. satu lagik dia cukup pantang dengan kami adik beradik.. bila dapat tahu kami makan tengahari kat rumah orang.. yelah kdg2 bila tghri tuh p umah kwn.. lepak2.. kdg bila balik umah mak tanya tak nak makan ke?/ kalau ckp jek.. dah makan kat umah si polan2.. mesti mak menyingga.. dia tak suka kami makan umah org cam dia tak mampu nak bg makan jek..

Sejak tuh kalau kitaorg lepak tengahri.. diorg ajak makan.. selalu kami tolak dan terus balik umah.. ;)

Acik Erna said...

salam tiny..disebabkan..dulu dilarang keluar malam..akak ter ..larang pulak anak kelaur malam..anak...dah hero semua..sampai akak kena tegur..dek sedara mara..
anak akak tu lelaki..katanya..akak boleh jawab..tau lah..masa baru2 lahir dulu doktor dah bagi tau dah..anak akak lelaki..he he..
tapi..betul juga kan..anak sekarang..dah berkawan.dah bekerja..memang la..sesekali nak keluar ngan kawan2..

adie said...

masa aku muda remaja dulu,aku tak suka keluar malam.duk umah lagi best sambil layan remang-remang kotaraya.hehe

Kak Long said...

eh kita swimming malam laki bagi pi ok kot....

Kaktiny said...

BCP > betul ct.. perihal kurung kt luar tu sgt2 takleh praktikkan waktu skrg.. sesilapnya, kita kunci tombol pintu, dia start enjin kereta - langsung tak balik rumah.. huhuhuhu... mmg mengerikan nk didik anak zaman skrg..

ibundo said...

salam tiny.
dulu masa kita kecik kadang2 kita tak faham kenapa mak dan ayah kita letak rules yng kita rasa mengongkong pergerakan. kpah ada masanya terlepas cakap jugak dengan mak, buat ini tak boleh, buat itu tak boleh....
tapi mak tetap bagi explaination kenapa .. sebab2nya.. sehingga kita paham.

sekarang, selepas menjadi ibu kepada anak2 yang sudah besar, kita faham akan perasaan mak dan abah dulu.

anjang said...

kuat sungguh memorinya... banyak dialog diingati... teringat zaman hantu kum kum tengah mengganas semua tak berani keluar rumah... he he

Kaktiny said...

iina > ye la iina.. betul.. pasal makan tengahari kat umah org.. mak aku pon buat statement camtuh.. kehkehkeh...

tapi dh besar ni, mau tak mau kena gak keluar malam pasal urusan yg pelbagai.. kan..

Kaktiny said...

kak erna > betul kak.. tiny pon nk praktikkan kt anak2 camtu.. tak kira la hero ke puteri ke.. dua-dua tiny nk buat larangan sedemikian... lantak ler org nk kata apa pon..

risau kak.. skrg ni mcm2 sgt aktiviti yg di luar kawal ni.. huhuhu...

Kaktiny said...

mr.penyu > hahaha.. remamg2 kota raya.. glamer citer tuh dulu..

Kaktiny said...

kaklong > kita kalau pi hujung dunia berdua pon, laki kita tak marah. pasai depa tau dan percaya dengan 'jarak langkah serta sempadan aktiviti' kita..

dan kita pon tau 'hala tuju dan hala balik serta aras batasan' kita.. kan kan kan... kehkehkeh..

(asal ngan hang je, laki aku pon ON kan je.. takdak hal punya.. GREEN LIGHT forever.. kehkehkeh).

Kaktiny said...

kak pah > betul kan kak.. dulu mmg. jiwa rasa nk memberontak jer.. tapi skrg rasa BERSYUKUR yg teramat dgn halangan dan kawalan mak ayah tuh..

skrg nk praktikkan kat anak2.. tp tak taula keberkesanannya.. skrg ni bebudak punya perangai dan kegiatan.. adlah menakuuutkan.. huhuhuhu...

Kaktiny said...

anjang > ya ya.. hantu kum kum.. ingat ingat.. ngan hantu paku jugak.. uish.. dulu mcm2 nama hantu yg wujud.. tu lg takooot tuh!.. kehkehkeh...

syahrul rizal said...

hehehe, sampai macam tu ceritanya....masa ting 3 tu umah sapa.....umah flat tingkat bawah sekali umah sapa pulak

Kaktiny said...

syahrul > umah marina wati.. (mujur bapak dia mmg kamceng nganbapak aku.. depa hantar aku balik.. kehkehkeh)..

ada sekali lagi kt umah Teh Suet Yen - pon bapak suet yen hantaq aku balik..(masa pi tution.. huhuhu... hihihi).

yang umah flat tu.. umah budak junior kita - tingkatan 2, nama dia Liza.. umah dia yg umah flat sarjan 3 tingkat - yg dekat surau tuh.. hihihi.

ASH said...

Aku zaman anak dara dulu selalu gak balik malam..tapi aku pergi kelas..
.
.
sebab kat USA, pukul 4.30pm time time WINTER dah maghrib!
Mau tak mau kalau ada kelas habis jam 6pm memang jadi kelas malam lah.

Kaktiny said...

ashley > cheh!.. ni dh jadik cam kes iina glasgow.. hahaha..

mujur le aku tak gi obersi.. kalu tidak, entahnyer tetiap hari meraung dlm kelas sbb nk balik umah.. takpon langsung tak pegi kelas.. hahaha.. (plus melalak sbb nk balik mesia jugaks.. kehkehkeh).

pasai tu aku setakat di sini je kan.. sungguh Allah itu Maha Mengetahui.. Syukur Alhamdulillah.. hihihi.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Tiny,

Panjang tapi berisi.


*bergenang air mata saya kak..teringat nakalnya saya masa kecik & remaja dulu keluar waktu siang. Malam mmg jangan harap dapat lagi-lagi duk Kolompo. Ayah siap pegang tali pinggang...takutttt.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.