Sekarang ni musim kenduri. Tiap-tiap minggu ada jemputan kahwin.
Sebut pasal perkahwinan teringat Filem Musang Berjanggut apabila P.Ramlee kata dia nak cari CALON ISTERI seorang PEREMPUAN.. sebab kebanyakan yang ada tu semuanya BETINA bukan PEREMPUAN.
Dan.. CABARAN utk menilai seorang PEREMPUAN adalah yang mampu mengagihkan ramuan masakan dalam uncang yang di campur pelbagai bahan – yang berjaya mengagihkan dan memasak ramuan itu barulah ia sebenar PEREMPUAN yang sesuai dijadikan CALON ISTERI!. sungguh kreatif (dan mendalam maknanya!).
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad Ibn Hanbal, dan Al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W menjelaskan 4 kriteria untuk memilih isteri.
1- HARTANYA
2- KETURUNANNYA
3- KECANTIKANNYA
4- AGAMANYA.
Lepas tu pulak, ada pihak yang sering menyarankan kepada wanita-wanita supaya sebagai isteri, KENA MAHIRKAN 4 KRITERIA ASAS ini kalau nak jaga suami:
1- JAGA PERUTNYA – kena jadi macam chef – kena pandai masak supaya suami senang dan kenyang. Air tangan isteri itu berkat katanya. Pandai layan suami makan dan sebagainya (tapi, isteri jangan terlebih makan, takut badan mengembang, nanti disalahkan isteri tak pandai jaga badan pulak.. laki mengembung takpe.. hihihi).
2- JAGA PAKAIANNYA – kena jadi macam kedai dobi – pakaiannya kena bersih, kena sentiasa harum, kena dilipat kemas, kena gosok berkilat, segaris kedut pun jangan ada (juga kena jaga pakaian sendiri.. berdandan kemas dan jaga penampilan dengan rapi.)
3- JAGA TEMPAT TIDUR – kena jadi macam ‘apa-apalah’- tempat tidur kena jaga biar bersih, bilik kemas, tukar cadar, sarung bantal, conforter, tukar baju segala bagai, bersiap semahunya, dan bersedia ‘anytime’.. (carilah segala skill, segala baju, segala perfume dan segalanyalah, agar si suami senang dan ‘tenang’).
4- HORMAT IBU AYAH DAN KELUARGANYA – jadi menantu yang sama taraf dengan jadi anak – maksudnya, mak ayah dia adalah mak ayak kita jugak.. adik-beradik dia adalah adik-beradik kita jugak. Jangan membelakangkan mereka. Bertimbangrasa dan penuh kasih sayang untuk kedua ibubapa suami (lagi bonus kalau jaga jugak kengkawan, rakan sepejabat dia, teman segame dia, sahabat zaman sekolah dia segala semua tuh!!).
Lepas tu ada pulak tuntutan kecil yang lain lagi supaya begitu dan supaya begini... bla bla bla bla bla bla.... kononnya, agar suami tidak lari.. agar suami tidak cari yang lain.. agar suami tidak pandang perempuan lain.. agar suami sentiasa rasa sayang dan senang kat isterinya nan sorang itu sahaja...
BAIKLAH.. ACCEPTED… POINT TAKEN AND NOTED!!.. (iya la kan.. kalau itu syarat untuk membina rumahtangga bahagia, kenapa tidak diikuti kan.. yang baik jadikan teladan.. iya dak?.. iyokan je laaahhh labuuuu...)
Habis dah cerita pasal KRITERIA MEMILIH ISTERI????.
Sekarang nak tanya pulak.
APAKAH KRITERIA UTAMA MEMILIH SUAMI??.
Boleh tak kita bagi satu je.. SATU JE POOONN...
1 SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI SUAMI.
1- MESTI BOLEH MENJADI IMAM!!!!...
Maksudnya:-
- Lelaki itu mesti mampu mengimami solat fardhu keluarganya dengan isteri serta anak2 sebagai makmum serta mampu juga mengimami jemaah keluarga atau masyarakat di dalam satu himpunan / perjumpaan keluarga / jemaah.
- Betul bacaan sebutan, tajwid serta tertibnya ayat Al-Quran yang dibaca.
- Faham jelas makna bacaan surah yang disebutkan.
- Mampu memberi tazkirah berpandukan AL-Quran beserta terjemahan, maksud, petikan hadis sahih, hadis periwayat, serta contoh kisah zaman Nabi dan para sahabat.
- Boleh tampil menjadi ketua yang mengimamkan bacaan Yaassin atau untuk kenduri tahlil atau untuk kenduri doa selamat.
- Mampu mengejutkan ahli keluargannya dan mengajak bangun melakukan Qiyamullail dengan mengerjakan solat tasbih, solat tahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir serta mengajar mengaji Al-Quran dengan tajwidnya sekali.
- Boleh mengimami solat tarawikh serta solat sunat hari raya.
- Mampu membimbing dirinya menjadi Ketua Keluarga, menjadi Khalifah Allah, menjadi pengemudi, penasihat dan pengawal kepada bahtera rumahtanggnya serta menjaga ahli keluarganya agar kekal dengan keimanan yang jitu kepada Allah.
- Disayangi, dihormati, dirai, dikasihi oleh isteri dan anak-anak, ibu bapa, mertua, keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga serta ahli masyarakat.
- Mampu mempertahankan keimanan diri serta ahli keluarga dan masyarakat untuk bersama AMAL MAARUF dan NAHI MUNGKAR!.
SATU NI JE SYARAT UNTUK MEJADI SUAMI!!.. MAMPUKAH???!!!..
Dr. MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) menyarankan agar wanita TIDAK MEMILIH CALON SUAMI DARI KALANGAN PEROKOK!! (cari artikel Dr. MAZA berkaitan hal ini dan baca sebab dan musababnya).
Kalau diletakkan syarat utama calon suami adalah:
"LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM DAN TIDAK MEROKOK"
Maka, makin ramailah wanita yang tidak berkahwin!!.. (makin ramai juga bilangan lelaki yang kena REJECT!!!).
Firman Allah S.W.T:
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik........." (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 26)
WAHAI LELAKI, CARILAH ISTERI DI KALANGAN PEREMPUAN YANG MENJAGA AGAMANYA, AURATNYA, MARUAH DIRINYA DAN BATAS PERGAULANNYA..
WAHAI PEREMPUAN, CARILAH SUAMI DI KALANGAN LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM ...
- Mampu mempertahankan keimanan diri serta ahli keluarga dan masyarakat untuk bersama AMAL MAARUF dan NAHI MUNGKAR!.
SATU NI JE SYARAT UNTUK MEJADI SUAMI!!.. MAMPUKAH???!!!..
Dr. MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) menyarankan agar wanita TIDAK MEMILIH CALON SUAMI DARI KALANGAN PEROKOK!! (cari artikel Dr. MAZA berkaitan hal ini dan baca sebab dan musababnya).
Kalau diletakkan syarat utama calon suami adalah:
"LELAKI YANG MAMPU JADI IMAM DAN TIDAK MEROKOK"
Maka, makin ramailah wanita yang tidak berkahwin!!.. (makin ramai juga bilangan lelaki yang kena REJECT!!!).
Firman Allah S.W.T:
"Perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat. lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik........." (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 26)
WAHAI LELAKI, CARILAH ISTERI DI KALANGAN PEREMPUAN YANG MENJAGA AGAMANYA, AURATNYA, MARUAH DIRINYA DAN BATAS PERGAULANNYA..
WAHAI PEREMPUAN, CARILAH SUAMI DI KALANGAN LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM ...
note: Sesudah berumahtangga, bersama-samalah berganding bahu untuk mempertahankannya dan mencari keredhaan dan rahmat Allah di dalamnya.. SEMOGA PERKAHWINAN ITU MENDAPAT BARAKAH!. "Barakallahu Lakuma Wabarakah"..
.
23 comments:
haih.. hajat di hati mcm tu la kak.. tp ade ke agaknye lelaki camni huhuhuuh
masy > paham dik.. paham... faham sgt akan kesulitan yg dialami itu.. aduhaaaiiii....
- ramai sungguh jantan dan betina yg bertebaran.. manakah sembunyinya perempuan dan lelaki?!!...
Itu masa nak memilih suami dan isteri.. dah jadi suami dan isteri lebih berat lagik tanggjwb ye kan.. lagi banyak nak kena jaga juga ;)
kak.. saya link ke fb saya yee.. hehe. :D
suka tulisan akak yg ni. hehe
aku perokok...jika ikut MAZA..aku ni tentu dah jadi bujang lajak tadak brek...
salam tiny..dah terlambat dah..he he..dah puloh tahun berlalu hehe..tapi kan..nasib baik..zaman akak dulu..memang akak elakkan perokok..rupanya..suami aak pun hisap rokok..tapi dia tau dari kawan..syarat akak tu..jadi dia berhenti merokok sebelum meminang akak..nasib baik..
Salam Tiny,
Tak mampulah aku nak penuhi syarat ko tu. Nasib baik emak Adam tak letak syarat yg mcm tu. Kalau tak, tak lahirlah Adam huhuhu
kak tiny,
memang ginilah sepatutnya.sebabnya kalau solat jemaah keluarga pun tak lepas,abislah si bini solat bilik lain,si somi bilik lain.Kalau jadi masalah susah nk solve sebab tak rapat dgn Allah.Percayalah,hanya Allah yang boleh tulung kita.
sb tu kita dgr lam ceramah ustaz kazim,makin sedikit org lelaki yang baik sb tu di ahkir zaman lelaki ramai khwin ramai.
itulh yg kita takut skrg ni..huhuhu
ckLah tambah satu syarat...
Mesti boleh sembelih ayam...
:D
iina > bila dah kawen, pepandailah mengemudi bahtera rumahtangga tu.. nk lurus ker, nak berlabuh ker, nak meredah gelombang ke.. sepakat ler.. kalau tidak, confirm karam..
Kan kan kan..
CJ > silakan dik.. ilmu ni pon akak pinjam jugak.. yang baik sama2 kita jadikan teladan..
Cikgooden > apa kata start maal hijrah tahun baru ni hang berenti merokok… hihihi… (ayah aku buleh berenti bila kawen ngan mak aku.. laki aku pon berenti bila kawen ngan aku.. hang pon buleh berenti punya... kan kan kan.. hihihi).
kak Erna > takper kak.. masih belum terlambat utk kita didik anak-anak kita supaya mereka layak bergelar LELAKI yang SESUAI JADI CALON SUAMI… hihihi..
Kita serupa kak.. ayah tiny pon sama.. tiny pon sama.. syarat nak kawen adalah BERHENTI MEROKOK.. alhamdulillah kekal berhenti sampai sekarang.. syukur pada Allah..
Yunus Badawi > tu bukan syarat aku letak la… tu kan syarat wajib lelaki islam!!.. hang nih… so, ko kena pastikan anak-anak ko tu semua dilatih dan dididik utk mampu menjadi Imam sebagai persiapan diri menjadi LELAKI yang LAYAK BERGELAR SUAMI.. (di sisi agama).
blackcardomompods > betul tuh kan… tapi mmg susah sgt nk carik skrg nih.. SANGAT2 SUSAH!!... tapi, yg kawen ramai tu pon kena check balik iman diaorg.. kawen atas dasar Iman ke atau dasar Nafsu?.. (kalau sbb nafsu, sekadar buleh jadi Imam tapi tak beriman, pon tarak guna ooo… huhuhuhu).
ckLah > ya ya ya cklah… buleh sembelih lembu korban jugak… kan kan kan… (paling tidak, buleh sembelih kambing boer, pon jadiiilah.. hahaha)..
org merokok memang kuat khayal, takda rokok, terketar tak leh buat kerja..yg payah nak nasihat ahli keluarge sendiri....
eizam > ya sungguh benar apa dikata.. mentarbiah org lain sangat mudah, tp bila kena kt keluarga sendiri.. itulah cabaran payahnya.. sebab kalau tarbiyah org, kalau nk ikut alhamdulillah, tak mau ikut, sudah..
tapi, kena kt family sendiri.. hh..
silap haribulan berbalah..
ada yg rasa menyampah..
kita plak rasa bersalah..
takut mak ayah terasa resah..
sudahnya mengundang musibah.. aduuuhhh..
(syukur alhamdulillah suamiku berjaya berhenti tabiat merokok sebelum bergelar suami.. kuikuikui)
pempuan payah nak fulfil keempat2 sarat...tetapi
lelaki laggiiiilah payah nak penuhi 1 sarat
ye..btul2 4 cri ni pntg..
alhamdulillah...x merokok, sudah boleh mengimami solat keluarga...seadanya aku bersyukur...wpun perjalanan masih jauh
Masih ada...insya Allah
Masih ada...insya Allah
Post a Comment