Bila dilanda susah... kita perlu BERSABAR..
Andai diuji payah... kita perlu BERSABAR...
Semasa didatangi bencana.. kita perlu BERSABAR..
Bukankah begitu?..
Perkara yang paling berat untuk dilakukan adalah BERSABAR ketika PAYAH..
BENARKAH??..
Ramai org yg masih mampu menghadapi UJIAN SABAR.. dan beristiqamah dengannya... Alhamdulillah..
Tapi... satu persoalan....
Apakah ada perkara yang lebih berat daripada sabar?..
YA.. ADA!!.. tahukah kalian APA PERKARA ITU???..
Perkara itu adalah:-
BERSYUKUR!.
Firman Allah:
"Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur". (Al-Quran Surah As-Sajadah 32 : Ayat 9).
Benarkah BERSYUKUR sebenarnya lebih PAYAH daripada BERSABAR?...
Contohnya:-
Jika anda diuji susah, ditimpa sakit atau kehilangan harta... ADAKAH ANDA BERSABAR?.. YA.. anda mungkin mampu bersabar dan merelakannya sebagai TAKDIR dan KIFARAH...
Tapi.. adakah anda BERSYUKUR?.. kerana yang sakit itu hanyalah anggota atau yang hilang itu hanyalah kebendaan.. BUKANNYA NYAWA anda..
Jika si isteri diuji dengan kecurangan si suami... ADAKAH BELIAU BERSABAR?.. YA, beliau mungkin mampu bersabar dan mengharapkan rahmat Allah di kemudian hari..
Tapi.. adakah beliau BERSYUKUR?.. Kerana yang curang dan berdosa itu adalah suaminya.. BUKAN DIRINYA!!..
Jika si suami diuji dengan isteri yang kuat berleter... ADAKAH BELIAU BERSABAR?.. YA, beliau mungkin mampu bersabar dan mendiamkan diri mendengar leteran isteri.
Tapi.. adakah beliau BERSYUKUR?.. Kerana setidak-tidaknya isterinya TIDAK BISU!. (jika bisu, si suami patut bersyukur sebab isterinya tidak membuatkan dirinya menggalas dosa mengumpat dan menghinanya).
Jika pasangan yang berkahwin ditakdirkan tidak mempunyai anak... ADAKAH MEREKA BERSABAR?.. YA, mereka mungkin mampu bersabar dengan harapan suatu hari nanti Allah akan kurniakan anugerah yang bernama anak kepada mereka...
Tapi.. adakah mereka BERSYUKUR?.. Kerana dengan anak itu mungkin mereka menanggung lebih banyak dosa daripada pahala.
Jika seorang insan teraniaya.... ADAKAH DIA BERSABAR?.. YA, dia mungkin mampu bersabar dengan harapan, kebenaran akan terserlah jua akhirnya.
Tapi.. adakah dia BERSYUKUR?.. kerana aniaya itu menaikkan satu darjatnya hampir kepada Allah dan doanya dimakbulkan.
Jika kita hadapi kesusahan, kepayahan dan keperitan yang amaaat berat (pd pandangan nafsu dan hati kita..), ADAKAH KITA BERSABAR?.. YA, kita mungkin mampu bersabar kerana kita sepenuh yakin menyatakan bahawa Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuan dirinya...
Tapi.. adakah kita BERSYUKUR?.. kerana Allah masih memerhatikan kita dan mahu menguji kita dengan ujian susah, payah dan perit itu dan ia membuatkan kita sering menadah tangan berdoa memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya.
Jika Allah uji kita dengan kesusahan waima kesenangan.. BERAPA BANYAK WAKTU YANG KITA BERSYUKUR??..
DAN ADAKAH SYUKUR KITA ITU IKHLAS KEPADA ALLAH ATAU SEKADAR MEMUJI KEBAGUSAN DIRI YANG BERJAYA???..
Firman Allah:
"Kemudian aku datangi mereka (manusia), dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Al-Quran Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 17)
Sekarang ini.. saat ini.. hari ini.. waktu ini... BERAPA BANYAK UCAPAN SYUKUR KITA KEPADA ALLAH?..
Bersyukur kerana masih bernafas di muka bumi... bersyukur kerana sujud kita tadi bukan sujud yang terakhir dan kita sempat memberi salam selepas solat tadi.. bersyukur kerana Allah mengekalkan nikmat mata utk melihat, lidah utk merasa, tangan utk bekerja, kaki utk bergerak, dan tubuh badan yang sihat untuk menunaikan perjalanan kehidupan dan beribadah sehari semalam.. bersyukur kerana ada degupan nadi untuk menatap mentari yang terbit dari ufuk timur dan menikmati siraman cahaya bintang malam..
Bersyukurkah kita jika terlantarnya kita di katil kerana sakit tetapi Allah masih meringankan hati kita untuk berzikir dan bertahmid meskipun tidak mampu bangun beribadah hingga ke kota Mekah?.
Bersyukurkah kita kerana apabila Allah buka satu pintu derita, di sebaliknya terbentang ribuan pintu bahagia untuk kita teroka?. Hanya kita yang tidak mahu melihatnya.. bukan kerana mata kita yang buta, tetapi hati dalam dada!!..
Firman Allah:
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan (berikan kepada) manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, sesungguhnya dia menjadi amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. (Surah Al-Quran Surah Hud 11 : Ayat 9)
Benarlah...
BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARIPADA BERSABAR!.
Firman Allah:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 7)
Ingatkan aku agar mahu mendalami makna sabar dan tahu merembiskan rasa syukur!.
'Ya Allah.. jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersabar dan bersyukur!. Dan semoga sabarku dan syukurku itu ikhlas untuk-Mu.. bukan kerana paksaan, bukan atas dasar kepura-puraan dan bukan kerana mengharapkan pujian dan balasan!. Ameen'.
*tajuk ini aku petik daripada catatan "SYUKUR ATAS SYUKUR" daripada pembacaan di sini*
- sila baca di sana - kisah Nabi Musa dengan Si Miskin dan Si Kaya - utk lebih menghayati erti BERSYUKUR.
.
28 comments:
Yeay!!Orang pertama!!
hehehe..
Kak tiny,wa baru terlintas nk explain topik ni,memang kita selalu sangat lupa ucap syukur.sebab itu ada hasad dengki,iri hati,berta sebelah.Pasal takde kesyukuran.
Jika kita bersyukur atas apa yang kita ada,kita takkan sibuk melihat kelebihan orang lain kerana Allah sudah berikan banyak sangat kelebihan buat kita.sampai kita lupa dan langsung tidak ambil peduli.
Jom,kita list down apa kelebihan yang Allah kasi buat kita.Pasti kita takkan sibuk tgk kelebihan,kbijakasanaan, kejelitaan,kekayaan orang lain!
esk wat topik - list down kelebihan yang Allah kasi,ok?Ct nk tulung jadi nasi tambah je..mood nulis kureng lak minggu ni!
salam tiny..betul..biasanya kita tak lupa bersyukur bila mendapat kelebihan..tapi..memang lupa bersyukur bila ditimpa kepayahan..
terima kasih tiny..mengingatkan..untuk lebih kerap bersyukur bila dalam kepayahan..
tiny:.
tazkirah pagi rabu..
BCP > apa kata kita list down kt kertas and tampal kt dinding bilik (kaktiny nk buat camtu la..).. so, pasni, kekalau kita tgh sakit hati ke, sedih ker, bengang ker, kita tengok balik apa yg dh kita dapat dan sedang dapat dan akan dapat.. maka kita ingatkan diri kita supaya bersyukur..
jom buat.. hihihihi.
kak erna > tiny sedang ingatkan diri sendiri kak.. yg memang selalunya banyak mengeluh daripada bersabar... banyak merungut daripada bersyukur.. huhuhu..
..bila baca kisah si miskin dan si kaya tu, benar2 memberi keinsafan dlm diri.. huhuhu.
cikgooden > sekadar perkongsian maklumat daripada bahan pembacaan aku jer.. bukan ilmu baru pon.. semua ilmu dunia ni kan kopipes drpd ilmu Allah.. hihihihi (ayat Quran tu laagggii terang2 di kopipes je.. kan kan kan.. kehkehkeh).
.. aku tersentuh sgt dgn kisah si kaya dan si miskin tu.. (hang pi dak kt url yg aku bg tu?.. pasai tu aku link kan.. sbb nk suh sesapa yg baca entri ni pi baca entri sana..)
semoga sama2 kita amik iktibar...
:)
.
thumbs up..
peringatan untuk semua orang yang selalu sangat lupa termasuklah kakpah..
kakpah > sebab tgh dok tazkirahkan diri sendiri makanya buat entri ni kakpah.. kekadang mmg sungguh diri ni lupa sgt nk bersyukur..
bila diri ni susah, terasa 'bagus' sgt konon sbb bersabar.. tp tak terfikir nk bersyukur dgn ujian susah tu..
bila diri ni senang, terasa 'lega' sangat sbb hati tenang, tp lupa nk bersyukur dgn kelapangan yg Allah bagi tu.. huhuhu..
.. dan lagi, mmg nk sgt berkongsi cerita si kaya dan si miskin dgn Nabi Musa tuh.. ianya sungguh menusuk kalbu diri ini..
:(
.
tq bebeh.
tasek > sharing is caring katanya.. kan yang.. :)
tetiba rasa rindu nak dongar nasyid RAIHAN..
ashley > ha ah kan.. lagu syukur tu..
tapi skrg nih tgh demam layan Maher Zain.. kuikuikui..
Kita bersyukur dalam apa juga bentuk.. baik masa senang masa susah duka gembira.. tapi kita selalu gak terlupa.. bila kita tgk org senang.. kita teringin nak mcm org tuh.. tapi bila kita tgk org susah.. kita kdg bangga sebab kita tak susah cam dia.. biasalah kdg2kan kita nie kan ;)
syukur aku cuma tersalah urat jer...bukan patah riuk wpun hari ni jalan senget sikit, tubuh badan lain sihat walafiat....Ya Allah, syukur alhamdulillah
iina > setuju sgt ngan statement ko tuh.. ini sifat manusia kan.. dan kita tak terlepas daripada kekhilafan ini..
maka itulah pentingnya kita mencari ilmu utk perbaiki diri.. (bukan jd manusia pendengki kan.. nauzubillah... org yg mcm ni kita kena lebih berhati2.. dan lebih baik kita jauhi.. kan kan kan).
kaklong > sungguh benar dear!.
Alhamdulillah.. dan semoga ujian sakit yg sikit itu Allah hapus dosa lain yg samada sengaja atau tanpa sengaja dan sedar atau tidak sedar dilakukan.. ameen.
sungguh bruntung sabar itu ada dlm dri;)
...hari ni ckLah jatuh terduduk di tempat yang sama ckLah jatuh terduduk pada hari Isnin lalu...(di kantin sekolah). Sebiji macam buah nangka gugur.Terpaksalah ckZahan datang ambik awal..pukul 11 pi klinik.
Kaki dah kena bandage ni...he..he..
Sabar...sabar...sabar....kena renung semula dalam-dalam. Tentu ada peringatan yang Allah mahu sampaikan...
...dan syukur, hanya terseliuh.
...dan syukur, kesakitannya masih boleh dihadapi.
Betul tu tiny...dalam setiap kesusahan terselit suatu getaran dalam hati agar kita segera mengambil langkah2 tertentu yang lebih bijak, agar tidak meremeh atau menambah lagi simpulan2 yang mungkin tidak dapat diurai kalau dibiarkan. Memang sepatutnya kita merasa amat bersyukur dengan hadirnya getaran hati tersebut kerana ianya anugerah dari Allah jua.
Semoga kita sama2 mengingati tentang perkara2 yang kadang2 tu tercampak jauh dari benak otak kepala gemala patik.
Hehehehe...!!!
Salam TINY,
Nak bersabar tu pun dah berat apalagi nak bersyukur. Aku ni lemah. Nasib baik ada kawan2 mcm ko ni.
Tolong dan bantulah aku menjadi hamba Allah yg lebih baik.
diba > nk membentuk sabar itu bukan mudah kan.. (kaktiny la..huhuhu).. apatah lagi bersyukur dan bersabar SERENTAK!.. Allahu.. semoga diberi hidayah dan kekuatan dari Allah utk mempraktikannya.. dan semoga Allah redhai.. Ameen.
cklah > maksudnya.. jgn pegi kat area tu dah.. (buleh ke tak pegi kantin?.. hihihi)... tak la.. gurau jer..
dlm kaki berbandage, ada ati lagik nk pegi kacau lembu korban belakang umah tuh.. mujur tak kena tanduk.. cklah.. cklah... hehehe...
betulkan.. setiap musibah, nikmat dan perkara.. terselit hikmah dan jawapan kepada sesuatu.. yg Allah beri pilihan utk kita menilai dan berfikir....
Allahu..
tokma > betul.. sebenarnya satu getaran atau 'suara hati' itu dh bgtau kita jawapan kpd persoalan yg baik.. tp lingkaran nafsu dan bisikan syaitan tu yg suka kacau dan goyahkan jiwa kita dan mengganggu keputusan serta keamanan hati kita.. kan!!..
YB > aku bersetuju dgn ko.. menyebut dan menyuruh bersabar adalah perkara yg AMAT MUDAH.. tetapi MEMPRAKTIKKANNYA ITU PAYAH!.
Mengingatkan dan menyampaikan kepada org supaya bersyukur amat senang.. tetapi nak MELAKUKANNYA KETIKA DIRI DITIMPA RESAH ADALAH SATU PERKARA YG SUKAR!!..
.. hendak sentiasa berusaha belajar menjinakkan diri utk melakukannya.. meskipun tahu akan pasti berhadapan dengan kekalutan.. MESTI!!...
Salam.. nak bgtau I jadi follower u.. dah lama dah. Ari nie saje nak klik butang follower tu. Saje ngada-ngada ;)
Salam Kak Tiny,
Timaseh kak.
perlu lebihkan sabar dalam diri. InsyaAllah.
tukang cuci > aik.. nape aku tak tau kewujudan yg ni??.. since julai?.. ini tidaaak adddiiilll... kehkehkeh..
wokeh wokeh.. I oke je.. yg pasti.. I LIKE THE TUKANG CUCI CUTE.. kehkehkeh...
azrina > salam. ya.. sabar dan syukur.. mmg kena lebih lebihkan.. supaya lebih mengerti dan menghayati makna hidup.. kan.. hihihi.
Post a Comment