Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, February 25, 2011

Kerana Sayang..


Dalam perjalanan ke tempat kerja, pasang CD ceramah seorang Ustaz ni. Ada la masuk bab hukum.

Ustaz tu cakap: 'Sebagai umat Islam kita tidak boleh pertikaikan hukum. Segala yang termaktub di dalam Al-Quran adalah ketetapan Allah dan tidak boleh sesekali dipertikaikan. HARAM untuk dipertikaikan. Mesti ikut!. Berdosa besar jika menolak hukum Allah.'

Aku: SETUJU.

'Ini termasuklah hukum syariat. Hukum hudud. Hukum poligami. Kalau Allah dah kata poligami tu boleh, jangan la nak membantah. HARAM membantah. Ini tidak, asal sebut poligami, siap sepanduk, siap debat, siap Memorandum'. sambung CD ceramah Ustaz tu.. (tapi tajuk ceramah tu bukan pasal Poligami, saja Ustaz tu buat lawak sikit).

Bab ni aku dah gelak ngekek-ngekek dah.. Pastu aku cakap kat abang.

Aku: Hah.. kan betul. Poligami tu hukumnya HARAM.

(HAH!!!... jangan fitnah melulu ya... itu mukadimah dialognya sahaja.. ada kupasan isinya DI SINI... dan ianya hanya sembang-bual santai seorang isteri dan suaminya... tiada niat untuk mempertikaikan hukum atau agama... mohon dijauhkan daripada niat sedemikian rupa.. nauzubilahi mindzaalik... kekalau korang tak baca pon tak pe, sebab takut ada plak yang pening kepala dengan hujah putar belit aku.. laki aku je yang tahan, paham dan 'mangli' dengan hujan aku nih.. hahaha...)

...................................................................

(Poligami oh poligami... memang takkan berjumpa titik noktahnya.. selagi manusia dipenuhi 'KESERAKAHAN JIWA'.. baik lelaki juga wanita.. wallahu 'alam)

Aku bercerita daripada kacamata seorang cucu yang mempunyai dua Datuk dengan dua kehidupan berbeza.

Arwah Wan (datuk dari sebelah Ibu - ayah kepada ibu aku) dan arwah Tok Ayah (datuk dari sebelah ayah -ayah kepada ayah aku) , merupakan perbandingan yang ketara untuk aku jadikan teladan dan sempadan.

Arwah Wan bermonogami. Setia bersama arwah tok (perempuan) sehingga ke akhir hayat kedua-duanya. Di Bukit Mertajam itu merekalah pasangan merpati dua sejoli yang setia berpimpin tangan sehingga ke usia emas, sehingga Allah memisahkan mereka ke dalam perut bumi. Ibu aku anak ke-4 daripada 10 adik-beradik dan sehingga kini anak menantu cucu cicit arwah Hashim-Chik masih utuh ukhwahnya. Jangankan Al-Fatihah yang setiap hari didoakan, bacaan Yaa Siiin, doa selamat, tahlil, tak pernah putus untuk arwah kedua-duanya. Aku sangat mengasihi dan menyayangi mereka. Sangat-sangat. Banyak kenangan aku bersama mereka. Dan kasih aku kekal hingga kini kepada arwah kedua-duanya. Al-Fatihan untuk arwah Haji Hashim bin Che Mat dan Hajjah Chik Binti Zakaria. Aku sangat mengagumi kesetiaan mereka.. yang kini diwarisi oleh ibu dan ayahku.. masih setia bersama, berdua dan bahagia... sayang mak dan ayah... muahss..

Arwah Tok Ayah berpoligami. Ayah aku anak sulung dari isteri pertama. Dan mendengarkan kisah zaman kecilnya, perkembangan pelajaran serta jeritan emosinya, cukup membuatkan hati aku sarat dengan simpati kepada ayah. Sejarah beribu-tiri itulah yang membuatkan ayah BULAT TEKAD untuk tidak memberi madu kepada isterinya dan tidak akan memberi ibu tiri untuk anak-anaknya. Itu janji ayah kepada dirinya dan kepada Allah pada hari akad nikahnya dengan mak. Dan lagi, sehingga kini, sungguh, aku tidak pernah tahu di mana kubur arwah tok ayah dan sungguh, aku tidak pernah membaca Al-Fatihah apatah lagi Yaa Siiin untuk arwah Tok Ayah, sebab dia ’tiada’ dalam memori aku apatah lagi di jiwa aku (Astaghfirullahal ’azhiim).


Menolak Poligami bererti menolak Sunnah Rasulullah, menidakkan hukum Allah!

Maafkan aku.

Bukan begitu hujah yang aku ingin nyatakan... Hukum tetap hukum.

Cumanya, hujah aku di sini adalah dari sudut sisi pandangan aku sebagai seorang isteri dan ibu... sekadar meluahkan kepada para suami.. bukan tidak boleh berpoligami, bukan sangat menentang untuk dimadukan....

Jika benarlah, menjadikan Rasulullah sebagai ikutan, kenapa tidak BERMONOGAMI sehingga wafatnya isteri pertama?. Rasulullah bersama Saidatina Khatijah selama 25 tahun tanpa POLIGAMI. Dan hanya berpoligami 3 tahun selepas kematian Saidatina Khatijah (dan tahun-tahun itu dikatakan tahun Baginda berduka).

Dan ada Hadis yang menyatakan Rasulullah murka dan melarang keras ketika ada Ketua Suku kaum yang ingin meminta Saidina Ali meminang puteri mereka kerana Rasulullah tidak mahu anaknya Fatimah dimadukan (wallahu ’alam).

Tolong fahami hati kami, dan kasihani kami wahai kaum suami. Kaum isteri ini punyanya 1 akal dan mengendong 9 nafsu.. untuk melenyapkan rasa cemburu, mengubati rasa sakit hati, menelan rasa benci, memadam rasa amarah, menghakis rasa terkilan, membuang rasa prasangka, mengenepikan rasa perbandingan, dan menghakis segala rasa tidak enak dalam perasaan ADALAH TIDAK MUDAH, BERAT DAN PAYAH!.. dan hawa nafsu yang 9 inilah yang dengan mudah syaitan melancarkan misi hasutannya dan kaum isteri ini amat mudah terjebak di dalamnya.... kerana.... kami ini WANITA!. Maka itulah kalian, wahai kaum suami, dilantik menjadi Nakhoda untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina, dengan amanah, dengan tanggungjawab, untuk mencari redha Allah.

Wahai kaum suami, janganlah membuka ruang kepada kami untuk menjadi ahli neraka yang bahan bakarnya adalah tulang-temulang manusia dan batu-batan kerana kelemahan 9 nafsu kami itu!.. Bimbing kami, untuk menyelusur denai kehidupan, menuju Jannah Allah.

Kepada kaum isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya berpoligami dan takdirnya untuk hidup bermadu... hmmm..... apa yang mampu aku nyatakan pada kalian wahai penghuni syurga?.. Redhalah.. kerana redha-Mu itu kerana Allah.

Allah Berfirman: " ....................... dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau berteguh hati (bersabar); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan." (Al-Quran Surah An-Nahl 16 : Ayat 126-127).

Suami, anak, tubuh badan, harta kekayaan.. BUKAN HAK MILIK HAKIKI. Hanya pinjaman sementara sahaja. Semuanya milik Allah. DIA bebas beri kepada siapa yang DIA hendak pinjamkan. Selagi ada hayat ini, berbaktilah untuk mendapatkan redha Illahi.

Allah Berfirman: "Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 284).

Kenapa Allah uji sedemikian? Kerana sayang. DIA memberikan ujian kepada hamba-NYA yang DIA tahu MAMPU melaluinya. Ganjaran akhirat telah tersedia. Lepaskan segala rasa kembali kepada Allah dan redhalah dengan ujian ini.

Allah Berfirman: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 155-156).


(note: alaaah kak, lantak dia ler, dia nk nikah lagi satu ke due ke.. lagipulak, tak lamanye poon, tak dia mati dulu, akak yang mati dulu, tak pun si madu tu yang pergi dulu.. paling tidak, kiamat sampai dulu... tak boleh jadi hak milik kekal sesape pon.... esok-esok kang, kat akhirat sana sok, akak mintak masuk syurga dulu pasai dia aniaye akak.. kekalau dia nak langkah masuk syurga, akak tarik je kaki dia.... biar dia terpelanting kat belakang dok hitung dose.. akak tengok je la dia kene humban dlm neraka... Mase tu kot nanti, dia jerit mintak tolong kat akak.. akak buat deerkkkk je.. tu le, mase kt dunie nak seghonok sangat, hambik ko kat akhirat esok, sengsara!.. dia ingat senang nak pikul amanah dengan pakai hukum Allah?... huh!.).. hihihihi...

Boleh pakai ke nasihat last aku tuh??...
(tiba-tiba terdengar ada yang jerit.. "ko cakap senang le, sebab ko tak kena"...)..

Betul!!!.. sapa kata cakap tu susah?. Cakap memang senang.. sebab tu kita bercakap.. kalau cakap tu susah.. tak de sapa le yang nak cakap...!! ye tak?...

Oh ya!.. Berbalik kepada pernyataan aku menyatakan Poligami itu hukumnya haram (bagi sesiapa yang malas baca sembang-sumbang meleret aku DI SANA).

Maksud aku, hukum itu menjadi haram adalah apabila terdapat ketidakadilan dan penganiayaan yang berlaku di dalam hubungan poligami tersebut.
Betul tak wahai para da’ie, ustaz, ustazah, tok imam, bilal, mufti, ulama’ sekalian?...


Ya Allah.. ampuni kekhilafan hamba-Mu ini dalam menutur kata...

Hamba mohon redha-Mu Allah.. redhai aku. Ameen.
.

4 comments:

Tukang cuci cute said...

So far ada lelaki yang pernah aku tanya.. tak semuanya sanggup nak berpoligami.. kebanyakan ye cakap.. tak mampu dan terlalu sayangkan isteri.. memanglah niat di hati tuh rasanya kebanyakan lelaki tuh ada.. tapi nak lakukan.. berapa kerat yang sanggup?? Aku pernah jumpa beberapa lelaki yang hampir berpoligami.. itupun tercetus semasa mereka agak mewah dan banyak duit.. tapi bila aku tanya sekarang (diorg xjadi kwin lagik).. semua kata tak sanggup dah.. ekonomi sekarang nie.. dah tak macam dulu.. ada seorang pun.. cukup2 makan je..

Kalau tanya aku.. if benar2 nak berpoligami.. sama ada aku yg suruh ;) atau berikan sebab2.. deep down sebenarnya aku tak kisah.. U know what I mean kan ;)

Mak Su said...

tak tahu nk ckp apa, cuma lelaki yg empunya diri jer yg paham keadaan dirinya, apakah dia terdesak sgt nak berpoligami

Kaktiny said...

Dear > keinginan berpoligami itu sebenarnya ujian untuk lelaki jugak.. persoalan tentang kerana iman atau kerana nafsu akan membuatkan mereka terperangkap sendiri.. (dan.. bukan hak kita untuk menilaikannya kan).

Poligami dibenarkan atas banyak sebab.. hanya jika mereka benar-benar mahu mengambil peringatan dan pengajaran melaluinya..

Tapi, kalau ikut 'norma' hitungan mudah, monogami itu sudah cukup sempurna..

dan.. AKU FAHAM dear.. sangat-sangat faham.. :)

Kaktiny said...

maksu > poligami dibenarkan bersebab.. dan kenapa Allah membenarkannya bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan.. kerana ada kebenaran dan kebaikan di dalamnya..

.. proses melaluinya itulah yang sering menjadi ukuran dan rungutan.. kerana apa?.. kerana banyak yg negatif yang dilihatkan berbanding yang positif yang melaksanakannya..

Wallahu 'alam..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.