Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, February 17, 2011

Tepuk dada, tanya…?


Menonton Halaqah (TV9) – Wasiat Terakhir pada malam selasa tempohari yang di sampaikan oleh YBhg Dato' Haji Noh Haji Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, membuatkan tidak sedikit air mata kami laki bini yang mengalir… pentas sidang yang dibuat umpama berada di khemah di kota Mekah dengan berkain ihram serta bahasa panggilan “SAUDARAKU”, sangat meruntun hati..

Tiada pangkat, tiada darjah kebesaran, tiada penghormatan kepada nama.. tetapi yang ada hanyalah keinsafan dan sanjungan tertinggi untuk Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam.. Allahu Akhbar.

Banyak.. banyak.. banyak... maklumat yang dinyatakan, ilmu yang disampaikan, pesanan dan amanat yang disebarkan. Semuanya adalah melalui "Wasiat Terakhir" Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam... Subhanallah.

Dalam banyaknya maklumat dan ilmu yang disampaikan, ada satu yang ingin aku kongsikan sebagai peringatan kepada diri sendiri, kepada anak-anakku dan kepada semua yang membaca..

Pepatah menyatakan, Tepuk Dada, Tanya Selera...

Tetapi, ada pula si 'bijak pandai' yang menyatakan, 'Tepuk Dada, Tanya Iman'.. (ya, aku pernah tergolong dalam orang yang suka-suka hati membuat perumpamaan sebegitu!!).

Apa maksud Tepuk Dada, Tanya Selera?.
Dari istilah bahasa, maksudnya: "Renungkan dan fikirkan dengan mendalam akan sesuatu perkara sebelum kita putuskan atau lakukan pekerjaan atau perbuatan tersebut."

Seperti perbincangan Halaqah semalam.. panel menyatakan, tiada istilah tepuk dada tanya iman... yang ada adalah Tepuk Dada Tanya SELERA..

YA!. Aku setuju, (walaupun tiada ulasan panjang mengenainya dalam rancangan itu), tapi, aku amat BERSETUJU!..

Kenapa kita perlu "MENEPUK DADA" apabila kita hendak melakukan sesuatu seperti kata pepatah tersebut?. Bila kata pepatah tersebut 'SESUAI' untuk digunapakai?.

"Apabila yang kita bertanya itu adalah persoalan yang melibatkan KEHENDAK"... dan mengapa kita bertanya kepada 'SELERA'?"
KERANA, YANG "BERKEHENDAK" ITU ADALAH "NAFSU" KITA!!!...


Contoh:
Sempena cuti sambutan Maulidur Rasul, Ayah anda mahukan seluruh keluarga berkumpul bersama-sama dan turut mengimarahkan Masjid dengan sambutan Maulidul-Rasul dan aktiviti keluarga. Tetapi anda telah merancang untuk menonton wayang dan bersantai bersama-sama teman anda. Apakah perasaan anda ketika ini?
i- berbelah bahagi samada ingin mengikut ayah anda atau mengikut rakan anda?
ii- terasa ingin mencari alasan untuk tidak menyertai ayah anda?

Jika anda berhadapan dengan situasi sebegini dan perasan anda ketika ini merasakan "perlu memilih", inilah yang dikatakan 'TEPUK DADA, TANYA SELERA'.. apa kata NAFSU anda ketika ini?.

JIKA ANDA BERTANYAKAN IMAN.. ANDA TIDAK PERLU 'TEPUK DADA'!. TIDAK PERLU BERSOAL JAWAB, KERANA JAWAPANNYA SUDAH TERSEDIA..

Apabila ayah anda memberi saranan sedemikian, makanya, ianya merupakan perkara baik yang dirancangkan oleh ayah anda untuk anda sekeluarga. Maka, keputusan yang tepat adalah MENGIKUT CADANGAN "KETUA KELUARGA" ANDA!.

MUDAHKAN??...
Siapa yang lebih anda utamakan? Keluarga anda atau teman anda?.
Iman anda tentunya memilih keluarga – kebahagiaan keluarga adalah kebahagiaan anda! (jika anda kecewa dengan pilihan anda, itu bukan kerana IMAN.. tetapi itu sebenarnya NAFSU yang bermaharajalela di hati anda!!!).

YA!. Sesuatu perkara itu adakalanya di dengar mudah, tetapi, seringkali ia berhadapan dengan situasi sukar dan payah sehingga ada sendu yang memutik, ada getar yang berdetik, ada jiwa yang berdarah, ada rasa yang meruntun parah. Bukankah begitu???... Kenapa?. Kerana syaitan itu tahu, bila jarumnya bisa menusuk terus ke jantung hati kita!!..

Firman Allah:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."
(Surah al-A’raf 7: 200-201).

Justeru itu, ingatlah wahai diriku:
LETAKKAN AKAL DI HADAPAN PERASAAN!
HALAKAN IMAN MEMINTAS NAFSU!.
BUKAN SEBALIKNYA!.

Benarlah sabda Rasulullah dalam wasiatnya yang terakhir:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU."

Firman Allah:
"Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; Wahyu yang diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi"
(Al-Quran Surah Taha : Ayat 2-4)


Nota: saban waktu kita 'terperangkap' dengan 'pilihan' yang adakalanya kita tidak tahu yang mana KEPERLUAN, yang mana KEHENDAK - kerana NAFSU sentiasa cuba berlari pantas memintas IMAN.. (dan aduhaiiii... kita membenarkannya!!!), lantas "terkeliru" dan bercelaru untuk 'membuat keputusan'!... dan aku, adalah antara insan yang mudah 'terkeliru' itu!. "Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk menepis godaan syaitan dan melawan godaan nafsu hatiku sendiri!. Berikan petunjuk-Mu kepada hambamu ini. Tunjukkan aku jalan yang benar yakni jalan yang Engkau redhai. Ameen. "


Ya Allah, aku mohon redha-Mu.. redhai aku. Ameen.


.

20 comments:

kak Erna said...

ameen..semoga kita semua diredhai allah

KAKTINY said...

Kak Erna > benar kak.. itulah yang kita mohon saban waktu.. semoga Allah perkenankan.. ameen.

ckLah said...

Iman pula perlu dilengkapi taqwa...


Dengan iman dah taqwa, InsyaAllah nafsu tidak beraja 'di dada'!


....moga kita tidak menjadi hamba nafsu yang jahat. Amin.

Mak Su said...

kaktiny, tq utk nota ini

♥Tsuwaibah♥ said...

terima kasih atas perkongsian ini.... Sebelum membaca entry ini, saya juga berpegang dgn 'tepuk dada tanya iman'. Skrg,Insha'Allah sudah jelas. alhamdulillah...

KAKTINY said...

cklah > sungguh benar cklah.. ilmu, iman, dan takwa.. tiga serangkai yang perlu dikukuhkan ikatannya agar tidak terburai.. seiring dengan anggota untuk beramal, selari dengan akal untuk bijak mengatur rentak..

... pandangan, nasihat, perhatian, sokongan dan panduan daripada orang lain juga perlu, agar menjadi lebih tahu.. maka itu, tegur diriku wahai ibu guru, jika ada silap dan salah bicara dan lakuku pada perhatianmu..

:)

KAKTINY said...

maksu > sebagai peringatan untuk diri dan sekadar perkongsian bagi yang ingin mengetahui.. terima kasih maksu, kerana sudi menghayati.. :)

KAKTINY said...

Tsuwaibah > As Salam.. sekadar menyampaikan dan mengulang apa yang di dengar dan di fahami.. pernah turut juga terlibat dalam menuturkan begitu sebelum ini.. :(
terima kasih di atas kesudian singgah di sini.. :)

blackcardomompods said...

Wasiat Rasulullah saw mg meruntun hati meratap jiwa kerana beliau sanggup bersusah kerna umatnya sedangkan umatnya sedikitkn tak pernh ingati baginda atau jrg2 ingt.sungguh insap bila baca wasiat tuh

kakpah said...

kakpah tengah tepuk2 dada ni.... tersedak!!

Tiny,ekau lah yang selalu mengingatkan kami yang selalu terlupa ni.. tenkiu.

Kak Long said...

Beberapa hari lalu aku perlu membuat keputusan antara kesian, keinginan dan kewajipan. Setelah lama berfikir maka aku memutuskan bahawa aku ada kewajipan yang banyak sekali dan belum selesai. Kewajipan pada suami, ibu bapa dan juga adik-adik yang masih belajar. Dan yang paling utama kewajipan terhadap diri sendiri iaitu menjaga ibadahku (hubungan terus dengan tuhan) dan pekerjaanku (yang membolehkan aku terus survive di muka bumi ini). Semoga Allah meredhai keputusan aku bahawa pada masa ini....andaikata nanti Allah membentangkan jalan/persimpangan yang baru....aku akan memilih lagi dan membuat keputusan lagi. Lorong kehidupan kita tak sama, but the final destination is certain. Akhirat!

Makbonda said...

Jihad paling utama adalah memerangi nafsu

tasekM said...

amin.









apa sebut dada2 ni tiny... he he.







.

KAKTINY said...

Ct > betul ct.. walau di ulang baca dan di ulang dengar, sebaknya tak boleh ditahan.. sendunya tak boleh di halang.. terasa sangat pemergian Baginda..
Andai Baginda masih ada.. alangkah… huhuhu…
- ketiadaan Baginda mengajar kita erti rindu.. dan mendidik kita menanam azam ingin bertemu.. semoga Allah perkenankan.. ameen.

KAKTINY said...

kakpah > tiny ni memang selalu asyik dok menepuk dada (nk memilih) pastu menepuk dahi (sebab menyesal) kak pah oii.. huhuhuhu….

Inipun untuk peringatan diri tiny sendiri kak.. yang sering terlupa dan terlalai…
Tegur tiny kalau perbuatan tiny tak serupa coretan.. sangat2 mengharapkan teguran dan perhatian untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.. supaya dapat meningkatkan iman dan takwa.. Allahu..

KAKTINY said...

Kak Long > betul kan.. istikharah kepada Allah, mudah Dia memberikan jalannya kan.. Alhamdulillah..
Nah.. hang telah temui jawapan berdasarkan Iman dan takwa (kewajipan).. lemparkan nafsu (keinginan) yang kita sangka naluri kemanusiaan (kesian)..
Aku salute keputusan hang!. Apapun, aku tetap sokong hang.. sentiasa!.
Selagi layar kita masih terpasang, selagi itulah kita perlu mengemudi bahtera hidup.. tak kira di masa tenang atau gelombang.. Betul kata hang.. setiap orang arus jalannya berbeza, tetapi tetap berlayar di lautan yang sama, dan menuju ke destinasi yang serupa. Akhirat.. dan syurga Allah adalah dambaan kita.. semoga redha Allah bersama kita wahai sahabat yang kukasihi.. ameen.

KAKTINY said...

Makbonda > .. dan nafsu itulah lubuk emas Iblis yang paling utama.. kan makbonda.. berazam untuk terusan berjihad memperjuangkan iman dan takwa.. !!! (andai tersungkur, semoga cepat sedar utk beraubat dan kembali ke jalan-Nya.. semoga Allah memberikan pertolongan... ameen.).

KAKTINY said...

tasekM > pasai aku tengah diet nih… dok pekena tandori chicken bahagian dada je.. takleh amik paha!!!.... Hahaha... :p

suara said...

Su pun tengok rancangan tu, tapi hujung-hujung je. Memang sebak jugak dibuatnya. Huhu...

Tapi kalau bab tepuk dada ni kan, mengelirukan sikit la(mengikut akal betul bendul yg tengah pening. hehe...)

Nak kira logik, patutnya kalau nak tanya selera, tepuk perut. Kalau nak tanya akal, tepuk kepala. Tepuk dada... erm... itu bahagian yg paling hampir dengan hati, jadi tanya apa ye? Keinginan, perasaan... erm... keinginan tu sebahagian besarnya sekata dengan nafsu, tapi boleh dikawal jika hati ada iman. Jadi... macam mana ye? Macam mana pulak timbulnya selera bila tepuk dada ni. Kalau tak tepuk, tak boleh tanya ke? Ishhh... pening... pening...

ps : Errr... tengah pening ni. Merapu sikit. Sori ye tiny.

KAKTINY said...

Su > As Salam Su... hahaha... kalau nk didebatkan perihal tepuk menepuk ni, sampai bebila pon tak habis.. (macam isu interlok pulak..hihihi..)

..bab pepatah tu, kita letak tepi je.. itu sekadar isu semasa yang di ulas untuk menceriakan bahasa..
persoalan logik tak logik tu, takyah le nak pening peningkan kepala su oii... sbb dalam kubur nanti takde tanya logik pasak tepuk menepuk ni.. dan Rasulullah takde bagi amanat pasal tepuk menepuk ni.. hihihihi..

.. apa pun, penekanannya adalah tentang iman yg perlu diperkukuhkan, takwa yg perlu dipertingkatkan.. nafsu yg perlu dibendung.. dan berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.. tu jer.. kan kan kan..


:)


.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.