Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday

Tunggu di Syurga?.


* Entri ini panjang!... (pernah ke aku buat entri pendek?).. hihihi.. Sempena menutup bulan Mei 2011 dan esok, SELAMAT DATANG JUN 2011.

Firman Allah: “Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari Syurga) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” (Al-Quran Surah Al-Waqi’ah 56: ayat 35 – 37)

Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin sedara, Tok Imam yang nak nikahkan pengantin tu, bagi tazkirah 'pendek' utk pengantin sebelum acara akad nikah...Tok Imam ingatkan tanggungjawab suami dan isteri... (juga untuk pedoman bagi yang dah jadi laki bini ni, kata tok imam.. hehehe).

Tok Imam kata, yang lelaki ni, tak payahla nak fikir sangat pasal poligami semua ni.. Esok di akhirat nanti, suami akan dapat jugak berpoligami.. dengan bidadari lagi! Dan isteri kamu ni, akan jadi ketua bidadari kepada madu-madunya.. bimbingkan dulu isteri yang ada ni, bagi dia jadi bidadari syurga. dan bersenang-lenanglah kamu di dalamnya tanpa rasa cemburu dan muda belia selamanya...

Lepas tu, tok imam nasihatkan pula kepada kaum isteri supaya janganlah mengamuk sangat kalau suami nak berpoligami, bagilah dia kahwin sebab di akhirat nanti kamu akan dimadukan jugak. Malah kamu akan jadi ketua bidadari... kamu akan bersiap sedia menunggu suami kamu datang di syurga Allah. Maka, cuba-cuba bawa hidup aman tenteram untuk cari redha Allah dunia dan akhirat. ~ serentak di sambut dengan ’wooooo’ yang panjang... (para suami, abang-abang bapa bapa sekalian, suka la tuh!..).. hahahaha...

Sejurus ’wooooo’ tu ’berhenti’, timbul satu suara dari group ‘makcik-makcik’ kat belakang nuun..

"Nak tunggu dia?. HUH!!.. Nak bermadu dengan bidadari la konon!. Entah iya entah tidak dia (si laki la tu kot) tu dapat masuk syurga, solat pun culas-culas, puasa apatah lagi... asyik bini ni je yang dok tunggang langgang sorang-sorang... nafkah pun kekadang semput.. bini ni la yang tanggung hutang piutang belanja rumah segala bagai!... Haish.. Tak kuasa la nak menunggu dia tok imaammm.. Taknak dah jadi bini dia kat akhirat esok... baik minta Allah bagi pasangan yang lain. Kalau dia tu dapat masuk syurga tu, mmg rahmat Allah la tok imam oii.. entahnya, tak habis azab Allah dok seksa dia kat neraka esok..".

Hahahaha... boleh pulak ada dialog camtuh!.. kehkehkeh... (aku dh tunduk mengekek tahan gelak, kawal kawal kawal!!!.. JGN SAMPAI TERBURAI!, nanti lambat pulak akad nikah si pengantin sebab berlarutan bahas dan debat pasal isu nih.. kuikuikui...).

Di satu acara lain.. (terselit sikit perihal poligami dan bermadu).

Seorang dari wakil kaum muslimat bertanya:
"Ustaz, Nabi Muhammad SAW dulu, tak pun memadukan Khatijah. Ada petikan yang saya baca, ada hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad dulu marah apabila ada kabilah quraisy nak risikkan menantu Baginda, Saidina Ali dengan anak gadis mereka. Nabi Muhammad tak bagi Saidina Ali memadukan Fatimah. Betul tak Ustaz?." konfiden akak tuh nak menegakkan isu!. Hahahaha....

Ustaz kata:
"Nabi Muhammad SAW tak bagi Saidina Ali memadukan Fatimah KERANA, disebut dalam hadis, bahawa kekuatan Saidatina Fatimah dikatakan bersamaan dengan kekuatan 4 orang wanita. Maknanya memang Ali telahpun memiliki 4 orang isteri, umpamanya!." ujar Ustaz penceramah..

Ada wajah-wajah isteri yang ku lihat, tunduk.. insaf agaknya dengan kekhilafan diri.. huhuhuhu...

"Tapi Ustaz, kami yang bini-bini sekarang ni pon, tak ke lebih kekuatan dari tu?. Beranak dh tentu kami, mandikan anak, kami buat, tidurkan anak, kami, sekolahkan anak, kami, kami nilah si Ibu yang dok mengurus setiap inci hal anak. Dah tu, cari nafkah utk rumahtangga pun kami!. Kami ni kena pergi kerja jugak!. Keluar awal pagi, balik lewat petang. Melayan karenah Boss dan birokrasi pun kami lalui jugak!. Gaji kami kerja sebagai kuli tu la untuk tampung bocor yang tak dapat ditampung dek cik abang tu hah!. Dah tu, balik kerja, sampai rumah, memasak pun kami jugakla, mengemas pun kami, kain baju nak cuci nak gosok, lantai nak disapu dimop, pun kami lah yg jadi tukang cuci tukang memasak, tukang mengemasnya. Dah standard Orang Gaji dah!. Pastu pulak, dah malam, yang nak kena jalankan tanggungjawab utama ISTERI.. layan itu ini begitu begini yang macam yang itu itu pun KAMIIILAH jugak.... tak ke 4 tugasan utama kami tu dah bersamaan ngan 4 bini jugak ustaz?... silap-silap LEBIH!.. Ada suami nampak?. Rasanya pasal tu la Allah bagi kami bermadu kat syurga esok, sebab LAKI yang masuk syurga SIKIT SANGAT!.." penuh perasaan akak ni membalas..

Aku mampu tunduk dan terbahak dalam hati.. memang syok nak gelak kuat-kuat sebenarnya... tapi, di majlis ilmu, jgn buat onar weh!.. mujur laki aku tak ikut time ni sebab dia kena kerja, kalau tidak, MMG MODAL BESAR!... kahkahkah.. (ceramah kemudiannya beralih kepada topik asal ~ ’Khusyu’ Dalam Solat!.. hihihihi... :) ).

Di satu acara lain, tetiba aku di usik bab poligami ini.. (pi kenduri ni memang macam2 hal la kan!.. kalau tak kawen, tanya bila nak kawen, dh kawen tanya bila nk dapat anak, dah dapat anak tanya bila nak tambah anak, dah tambah anak, boleh plak tanya soalan sudi ke tidak nak bermadu!... CHEESSSS!!).

Aku pun apa lagi!... Bagi la sedas, jawapan pedih telinga (kepada soalan yang pedih telinga.. apa punya soalan daaaa!!!). Ini jawapan aku: ~
"Kalau laki 'cheq' (cheq tu maknanya 'aku' dalam bahasa Utara) tu, orang yang SOLEH, TINGGI IMAN DAN TAKWA, boleh membentuk dan mengekalkan 'cheq' menjadi isteri yang solehah serta mampu mentarbiyah anak-anak 'cheq' agar menjadi mujaheed dan mujaheedah yang berjuang dunia dan akhirat untuk mencari redha Allah serta dia berkemampuan membina keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah... MAKA, sesungguhnya! (hah... dalam satu nafas ko!!.. hihihi).. 'CHEQ' SIKIT PUN TAK AKAN MEMBANTAH MALAH SANGAT-SANGAT MENGIZINKANNYA!. SUNGGUH HAIH!!!"

(Diam sat... Minum ayaq seteguk... then sambung balik.. hahahaha...)

"Tapi... setakat hari ni, detik ni dan saat ni.. CIK ABANG 'CHEQ' NI, BELUM LA LAGI SAMPAI TAHAP IMAM MUDA, APATAH LAGI IMAM ULAMA... jadinya, takyahla sesapa nak tengok 'cheq' bermadu noooo! Dan, untuk laki 'cheq', takyah nak pasang angan-angan nak minta izin berpoligami segala bagai! NAN ADO LAH!!!... kahkahkahkah..."

(abang di sebelah senyum je sambil meneguk sirap ais sampai habis.. kehkehkeh... abang COOL kan bang kan kan kan...!!!)..

Dalam kereta, aku minta maaf kat abang, sebab cakap camtu depan orang kat umah kenduri.. tapi sempat gak aku usik cik abang..
Aku kata: "Kalau abang teringin nak berpoligami, maaf la... mmg Leen tak bagi. Bukan apa, sebab Leen sayang abang... Leen takut kalau abang berpoligami, Leen kesian kalau abang masuk syurga lambat (kata dalam hati, leen lagi takut kalau leen masuk lambat asyik dok memendam dendam.. takut weih kalau takleh nk kawal rasa cemburu dan sakit hati, pompuan ni nafsu 9 ooooo....)... Tapi, kalau abang nak jugak, GO A HEAD. TAPIII... kalau dengan izin dan takdir Allah, Leen yang masuk dulu, Leen taknak ah tunggu abang, sebab, kalau abang berpoligami, mesti banyak hitungan "KEADILAN" yang abang nak kena JAWAB dan DIBALAS... Baik Leen minta jadi pasangan pejuang mujahid Islam yang mati syahid, dah tentu-tentu diaorg tu dah masuk syurga awal!.... Leh Leen rasa nikmat syurga dengan suami yang muda belia sama usia... hahahaha... [serentak itu, paha aku kena cubit... kuang kuang kuang!!....]

...... (gurau je la bang!.. jangan amik ati yer.. Leen ni pun entah iya entah tidak dpt masuk.. tapi mmg la berazam nak masuk.. walaupun sedar yang dosa tinggi melangit melaut!!.. GILA amat kalau ada umat islam yang taknak masuk syurga!!! Orang yang tiap-tiap hari tak solat dan dok buat dosa tu pun tau teringin nak masuk syurga!!... betul tak???!!!)...

Firman Allah:Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Nabi Muhammad SAW), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali-Imran 3: Ayat 30-31).


Untuk aku sendiri:
#Takyah nak pening kepala fikir akan berjumpa atau tidak suami/isteri, anak-anak di Syurga nanti... yang penting, jaga iman, amal dan takwa di dunia ini, dengan nawaitu "LILLAHI TA’ALA" untuk mencari redha Allah semata-mata... Agar diizinkan Allah, diberi ganjaran untuk menikmati syurga-Nya kelak!.. (ameen). Nikmat dan keindahan syurga Allah itukan melebihi sekalian nikmat nafsu yang telah dimatikan Allah di sana nanti. Dapat menikmatinya (Syurga Allah) di 'sana' kelak (mudah-mudahan, ameen), pasti TAKKAN SEMPAT nak memikirkan siapa-siapa dan apa-apa jua.. KAN!..#

-------------------------------------------------------------------------------

~ pada sesapa yang terasa blog aku ni ’pedih’ atau asyik nak MENUNJUK MACAM BAGUS... lihat butang pangkah, sila tekan di sana... sebelum itu, aku cadangkan, sila baca blog ILUVISLAM.COM...Blog dakwah itu amat bebas tanpa emosi... tak macam blog aku ni yang adakalanya penulisanku tidak dipimpin akal waras, kerana ianya bersulam emosi yang tidak stabil yang sering menggoyahkan iman!. Ini kekhilafanku yang sangat aku akui.. Tetapi, penulisanku ini benar-benar menjadi terapi kepada jiwa aku.. UNTUK DIRIKU!!... Maaf jika rentak kita tidak sama bunyi dan nada kita berbeza alunan! ~


Seperti kata MakBonda dalam komen entri aku sebelum ini:
~ rezeki ialah bagaimana ia memberi munafaat kepada kita... (dan dengannya kita mampu memberi munafaat kepada yang lain) ~

Mampu menulis di blog ini adalah satu anugerah Allah yang sangat aku syukuri sebagai satu daripada jutaan rezeki kurniaan Allah, dan aku mohon agar yang membacanya mendapat manfaat, setidak-tidaknya ketika membaca makna/ terjemahan ayat suci al-Quran yang aku titipkan (aku merujuk kepada 4 sumber rujukan, di mana Tafsir Al-Quran itu telah mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - InsyaAllah.. semoga tidak tersilap tafsir.. andai ada kesilapan, mohon diperbetulkan kepada yang lebih memahami... terima kasih!.).


Ya Allah... kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa memohon redha-Mu. Redhai kami Ya Rabb.










.

Friday

Murah Rezeki.

Pelbagai amalan dan nasihat daripada pakar motivasi mahupun ilmuan agama jika ditanya apa cara dan amalan terbaik untuk murah rezeki..

Aku juga tak ketinggalan mencari itu ini begitu begini untuk tujuan yang sama.

Membaca surah Al-Waqiah setiap malam, amalan solat-solat sunat seperti solat sunat subuh, dhuha, tahajjud, taubat, hajat, istikharah, witir.. banyakkan beristighfar, sentiasa insaf, tawaduk, dan bertaubat, sentiasa bersyukur, hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu-bapa setiap pagi, sentiasa memaafkan orang sebelum tidur dan memohon maaf dari orang, bersedekah setiap pagi dan petang, menjamu orang makan, memudahkan urusan orang lain, mengamal zikir-zikir, dan doa-doa tertentu seperti ayat seribu dinar, doa mejauhkan sifat malas, bakhil dan banyak hutang, doa pembuka 12 pintu, dan pelbagai lagi amalan lainnya… Segala amalan, zikir, tahlil, tasbih dan doa nawaitu adalah Lillahi Ta’ala kerana memohon redha dari Allah..

DENGAN IZIN DAN RAHMAT ALLAH, AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN SECARA ISTIQAMAH ITU JELAS MENAMPAKKAN HASIL YANG SANGAT-SANGAT BERKESAN.. SUNGGUH!.. AKU AKUINYA…

"Eleh, sembang macam bagus, tapi takde la pulak nampak ko bawak BMW ke, Alphard ke, duduk rumah Banglo ada swimming pool ke, ada ratusan jutaan tunai dalam Bank.. dalam fix deposit ke.. tak pulak dapat hantar mak ayah dan juga diri sendiri pergi Haji dan Umrah berkali-kali.. tak ada pulak dapat bagi pinjam ribu riban kat orang..!!!… hutang kereta, rumah, loan, kad kredit nampak dok bersepah lagik tuh!.." satu suara datang mengejek!.. hihihihi..

Ya.. aku akui… jika dipandang dari sudut REZEKI WANG RINGGIT DAN HARTA BENDA MATERIAL, hari ini, saat ini, detik ini dan ketika ini, AKU KALAH di situ… tiada RM jutaan dalam akaun simpanan aku. Di waktu ini, masih ada hutang yang tersisa, yang masih berlarutan utk menanti dijelaskannya.. (sedayanya aku ingin melangsaikannya… semoga dipermudahkan Allah, ameen).

Namun, aku yakin dengan janji-janji Allah..

Firman Allah:"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Quran Surah Thaha 20 : Ayat 132)


Sungguh aku bersyukur ke hadrat yang Esa.. SANGAT-SANGAT BERSYUKUR!!. Anugerah dan REZEKI yang Allah limpahkan kepada aku dari sudut yang lainnya, SANGAT BANYAK.. terasa malu pula menikmati rezeki yang melimpah ruah ini, sedangkan AMALANKU SGT "SEDIKIT".. sangat tidak berpadanan dengan apa yang telah Allah hadirkan ke dalam hidupku ini…

Di usia ini, aku masih mempunyai kedua ibu-bapa.. Ada adik-beradik kandung.
Di usia ini, aku sudahpun memiliki keluarga sendiri..
Ada suami di sisi, ada sepasang anak, puteri dan putera penyambung kasih..
Ada kedua ibu-bapa mertua serta ipar duai dan biras..
Ada saudara-mara..
Diizinkan suami dan dimudahkan Allah menjalankan ibadah di dunia pekerjaan.
Ada rumah, kenderaan, gaji tetap serta kemudahan pendidikan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan sebagai cabang mencari redha Allah.
Ada rakan taulan.. di kala senang ada yang bertandang, di kala susah, ada yang menjengah.
Ada jiran tetangga. Ada kariah dan jemaah.
Ada cukup anggota tubuh badan, pancaindera, kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
Ada kekuatan untuk menjalankan amalan wajib untuk beribadah kepada Allah.. dalam tenang dan dengan kemudahan yang tersedia..

Yang mahalnya...
Diizin Allah lahir dalam Agama suci Islam.
Diizin Allah mengenali Rasulullah dan berazam meneladani Baginda.
Diizin Allah masih kekal dengan agama Islam sebagai pegangan dan tata-cara hidup (meski banyak lagi ropong dan lompong yang perlu ditampal dan diperbaiki)..
Diizin Allah menikmati udara-Nya, merasai degup nafas dari ruang rongga tubuh, menikmati sejuk panasnya cuaca, dan menikmati segala isi perut bumi luar dan dalam dan segala yang diciptakan-Nya..
Dengan mudah dan lapang mendapat ampunan maaf dan kata kasih dari suami, anak-anak dan kedua ibu-bapa.. mudah redha dipohon dan kata balas redha diberi... oleh suami, oleh Bonda dan oleh Ayahanda tercinta..

Dan banyak lagi.. jika aku tulis setiap inci anugerah Allah kepadaku, tidak mampu tertaip dek jemari ini, tidak cukup laman ruang entri ini, tidak habis baca kepada yang menatap..

ALLAHU.. MAKA REZEKI SEBAGAIMANAKAH LAGI YANG AKU DAMBAKAN??.. (monolog untuk diri!!).
Firman Allah:
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 29-30)

"Di Jumaat ini, Penghulu segala hari... Tanpa putus aku bersyukur ke hadrat Illahi.. dan tanpa putus juga aku mohon kepada Khaliq-ku .. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemberi Rezeki... Aku mohon:
1- Semoga dipermudahkan langsai segala hutang piutangku yang terzahir atau tidak... sentiasa INGAT DAN SEDAR untuk kembali memberi rezeki yang diberikan Allah kepadaku!.
2- Sentiasa diberi kemudahan untuk menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya.. dan memberi manfaat kepada yang lainnya... semoga segala amalan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.
3- Sentiasa memaafkan dan diberi kemaafan oleh Allah dan oleh sekalian makhluk Allah.
4- Hatiku dan nawaitu sentiasa "Lillahi Ta'ala" (Moga segera diberi kesedaran oleh Allah apabila tersasar jalan dan tindakan).. dapat benar-benar melaksanakan perintah Allah juga Rasulullah.
5- Sentiasa berada dalam orbit Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan dan dalam redha Allah dunia dan akhirat.. Hidup dan kembali kepada Allah dalam redha-Nya jua.. Ameen. "

"Semoga Allah makbulkan dan perkenankan setiap doa dan permintaan hamba-hamba-Nya.. Ameen. "

Ya Allah... kami mohon redha-Mu Allah... redhai kami.






.

latest update:



Firman Allah:
"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan". (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 60-61)


Ya Allah.. TERIMA KASIH!.. TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH!.

Teringat kata-kata mak..
"Allah selalu duga kita ni sikit ja dengan ujian susah.. sat (sekejap) sangat.. tak sampai berapa lama pun, sat gi Dia dah bagi kemudahan pulak.. kalau dalam sebulan tu, baru satu hari ja Dia bagi kita susah hati.. yang lagi 29 hari tu lapaaanggg ja.. tu pun kadang-kadang berbulan-bulan lapang!!.."

Mak!!.. Benar sungguh kata-kata mak itu!..

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah.. Allahu Akhbar..


Walahau lawala qu wata illabillahi 'aliyul 'azhiim.

I LOVE ALLAH... sooo much!...


.

Thursday

Oh Nonaku.. Sensitif~ (jangan baca pada yang beremosi!)


Dalam asyik bercerita tentang isu ‘pregnancy’ (YA!, aku bakal menimang 2 anak buah tahun ini.. hihihi.... dua-dua adik iparku sedang mengandung anak sulung masing-masing.. tahniah ye adik-adikku... bertambah lagi cucu Pak Rahim dan Mak leha.. Alhamdulillah)..

Sedang berbual, adik iparku tiba-tiba bertanya satu soalan..

Adik Ipar: Kaktiny, kalau kaktiny di tempat "Wan Azizah" (anda tidak perlu bertanya lanjut jika anda tidak tahu ‘persoalan’ apakah ini!!), would you think the second option?

Senyum. Bertuah punya soalan.. hahahaha…

Aku: You mean?. Divorce?.

Adik Ipar : (mengangguk). Kan kecoh ramai asyik tanya dia itu ini. Kesian dia kan.

Aku: IF.. IF tanya PENDAPAT kaktiny, I’LL NEVER THINK OF ANY OPTION!. Hihihi..

Adik Ipar: Tapi, kesian kat dia kan!.

Aku: What does it mean by "KESIAN"?. Kesian di mata siapa?.. hihihihi.

TOLAK SEBARANG POLITIKAL ISU, AKU BERCAKAP ATAS "PANDANGAN" KASAR SEORANG ISTERI, IBU, DAN WANITA AKHIR ZAMAN!.

[YA!. Isu ini sangat SENSITIF.. SANGAT-SANGAT!. Aku tahu itu.. tetapi, aku nukilkan di sini sekadar menyatakan sudut pandangan aku.. siapa yang nak menyatakan sudut pandangan sendiri, menyokong atau membangkang atau mengutuk atau mencela sudut pandangan aku, PLEASE CREATE YOUR OWN BLOG and EXPRESS IT THERE OKEH!.. kalau rasa nak BERDEBAT ISU INI dengan aku ~ email aku adalah ciktiny@gmail.com ... sila hantarkan hujah anda!.. jgn buka aib dan umpatan di blog ini, blog ini sekadar pandangan seorang KAKTINY!!]...

Seperti yang aku nyatakan kepada adik iparku, sebagai PEREMPUAN, ya, aku kasihan kepada Wan Azizah.. suaminya menjadi topik bualan hangat!. PANAS .. SANGAT PANAS!.. dan ia berlarutan dengan SANGAT LAMANYA.. ONE AFTER ANOTHER!.

Jika aku pandang dari sudut seorang isteri dan ibu, YA, juga aku kasihan. Kerana kiri kanan depan belakang dirinya diheret dengan kisah si suami.. anak-anak turut terkena bahangnya!.

Namun, memandang dari sudut muslimah islam ~ sri kandi muslimat, YA! Aku nampak di situlah kecekalan seorang WAN AZIZAH.. yang mungkin agak 'melampau' jika aku 'tafsirkan' sebagai ciri-ciri WANITA SYURGA (wallahu’alam!.. aku tidak tahu, ini RAHSIA Allah.. namun, aku hanya megambil yang jernih daripada ribuan karat dan kotor berita yang berterabur!!!).

BELIAU MENUNJUKKAN CIRI-CIRI WANITA SYURGA ~ pada umat akhir zaman ini! (ini tafsiran peribadi aku sendiri!.. terpulang kalian, apa tafsiran kalian!).

"HEY!. Subahat dengan suami buat 'maksiat dan dosa', lagi ko nak kata WANITA SYURGA?!."
(ada soalan sumbang yang menempelak pernyataan aku!).

Sudut pandangan aku mudah!. Maksiat atau DOSA ZINA si suami adalah DIRECT antara si suami dengan Allah.. One by One!.. (menurut ustaz, dosa zina dikira 1 dosa, dan sekiranya bertaubat dgn TAUBATAN NASUHA, itu urusan Allah untuk menghapuskan dosanya!).

Tugasan isteri adalah 4 PERKARA:
1. Solat wajib 5 waktu dijaga tertib.
2. Puasa di bulan Ramadhan ditunai sempurna.
3. Kemaluan / Aurat dijaga rapi.
4. TAAT PADA PERINTAH SUAMI.

Itu Sabda Rasulullah. Dan lagi, Rasulullah sendiri pernah bersabda:
"Jika aku mampu menyuruh bersujud, pasti aku arahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya". (Wallahu’alam).
[Sabda Rasulullah ini dinyatakan apabila Saidina Umar ingin bersujud dengan Nabi Muhammad ketika mendengar kisah tunggul tamar yang telah mati datang mengadap Rasulullah dan bersujud kepada Baginda (kisah seorang Arab Badwi meminta Rasulullah menunjukkan mukkizat Baginda kepadanya!). Tetapi, Rasulullah menolaknya, kerana hadirnya Baginda adalah untuk menghapuskan sistem pemujaan dan penyembahan!. Justeru, Baginda tidak memberi izin kepada mereka untuk bersujud kepadanya.. sebaliknya sujud hanya kepada Allah!. (Wallahu’ alambisawab, didengar melalui ceramah dan penceritaan].

Lihat sabda Rasulullah... betapa HEBATNYA SI SUAMI!!..

Dalam kes Wan Azizah, jika kita berkata si isteri BERSUBAHAT, sudahkah kita JELAS maksud SUBAHAT?. Adakah "maksiat" (yang digembar-gemburkan itu) dilakukan di dalam rumah mereka? Di dalam BILIK TIDUR mereka dan disaksikan dengan kedua BIJI MATA si isteri itu sendiri dan perlakuan ’maksiat’ itu berterusan dalam isteri sedar tanpa sanggahan si isteri?.

Jika YA, maka itulah BERSUBAHAT DALAM MAKSIAT dan JIKA ITU KEADAANNYA, memang si isteri WAJIB MINTA CERAI kerana tidak boleh BERSEKONGKOL dengan MAKSIAT suami!.

Tetapi, jika ianya sekadar 'tuduhan' (tak kisah la benar atau tidak), tetapi tuduhan itu di luar 'ruang nampak' si isteri, maka isteri itu tidak bersalah langsung untuk taat kepada suaminya, selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan MAKSIAT dan DOSA!. (saya bukan ustazah, tetapi saya mencari dan bertanya ilmu agama kepada yang lebih arif, yang bertauliah sebagai ustaz dan ustazah!).

MAKSIAT?.. DOSA???... Hahahahaha.... Aku ingin nak bertanya perihal MAKSIAT DAN DOSA!.

Apa itu maksiat?. Apa itu dosa??... Siapa kita yang meletak garis "MAKSIAT DAN DOSA" dan "HUKUM" ke atas MAKSIAT DAN DOSA?.

TIDAKKAH KITA TURUT TERLIBAT DALAM MAKSIAT APABILA MATA KITA MEMERHATI AURAT YANG TERDEDAH???!

TIDAKKAH KITA TURUT SAMA BERDOSA KETIKA MENYUMBANG MENJANA EKONOMI DENGAN PROGRAM MAKSIAT YANG MENAYANG AURAT WANITA?. Hahahaha...

SETIDAK-TIDAKNYA, PERSONALLY, BAGI AKU, WAN AZIZAH HEBAT KERANA:
~WAN AZIZAH SEORANG ISTERI YANG TIDAK MEMINTA CERAI DAN TIDAK MEMUSNAHKAN SEBUAH KELUARGA DAN MEMISAHKAN ANAK-ANAK DARIPADA IBU DAN AYAH MEREKA!!..
~WAN AZIZAH SEORANG WANITA YANG SANGGUP MENAHAN RASA MEMENDAM DUKA DEMI JIHADNYA UNTUK MEMPERTAHANKAN RUMAHTANGGANYA!..
~WAN AZIZAH SEORANG MUSLIMAT YANG REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH KE ATAS DIRINYA DAN TERUS BERISTIQAMAH DENGAN JANJI PERKAHWINANNYA YANG DIDIRIKAN ATAS LAFAZ KALIMAH "LAILAHAILLALLAH"!!!..
(ada yang berani diuji Allah dengan ujian dan dugaan macam dia?.. kita ni, sakit hati sikit, terus nak melalak, terasa hati sikit, terus nak bising mencanang satu dunia, YA.. kata kita, kita tidak KUAT.. tetapi WAN AZIZAH MEMBUKTIKAN BAHAWA ADA RUPANYA WANITA AKHIR ZAMAN YANG SANGAT KUAT!.. shame of us!!.. shame of us.. shame of us!!..).

Adakah anda berasa JIJIK kepada Wan Azizah yang kononnya B*D*H bersama suami yang melakukan MAKSIAT @ DOSA (wallahu’alam, SAYA TIDAK TAHU!... saya tidak menjadi saksi dengan mata kepala sendiri, maka saya tidak tahu kebenarannya!!, saya tidak mahu terlibat dlm kes ini di hadapan Allah kelak!!)..???.

Baiklah...!!.. Mari kita hitung pula, berapa ramai isteri yang LEBIH B*D*H DAN B&NG&NG yang sanggup BERSUBAHAT dengan SUAMI yang melakukan salah satu atau lebih atau kesemua perkara di bawah ini:

-TIDAK SOLAT! (dosa setiap waktu solat yang ditinggalkan itu ada yang bersamaan dengan lebih dari satu dosa zina!.. check semula pada yang dh tumpul ingatan terhadap hukum agama!).
-TIDAK BERJEMAAH BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK!
-TIDAK SOLAT JUMAAT!
-TIDAK MENGAJI AL-QURAN!
-TIDAK MENEGUR ISTERI DAN ANAK-ANAK SUPAYA MENUTUP AURAT!
-TIDAK PERNAH BANGUN TAHAJJUD!.
-TIDAK PUASA!
-MENEGUK ARAK!.
-BERZINA DENGAN PELACUR ~ ADA PEREMPUAN SIMPANAN!
-MAKAN RASUAH!.
-KAKI JUDI!
-TIDAK AMANAH!.
-MUNAFIK!
-TIDAK JUJUR!
-FASIK!.
-TIDAK MENGAJAK MALAH TIDAK LANGSUNG MELAKUKAN AMALAN SUNAT YANG DISYARIATKAN
~ puasa, solat, kebajikan dan sebagainya!~.
-TIDAK TAHU HUKUM HAKAM AL-QURAN!
.. dan banyak lagi perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.

OLEH ITU, berapa ramai isteri yang B*D*H LAGI B*HLUL INI?? (sila angkat tangan jika anda atau yang di sekeliling anda sebegini perwatakannya ~ sambil angkat tangan sendiri jugak!! Huhuhuhu...)

LUCU KAUM ISTERI SEKARANG INI KAN (termasukla diri aku sendiri.. huhuhuhu!!!), kalau suami tak solat, tak ajak berjemaah, tak duduk mengaji al-quran bersama, tak bacakan tazkirah, tak ajak puasa sunat, tak bersedekah, tak ziarah mak ayah kat kampung, tak tengok keadaan adik-beradik jiran tetangga yang memerlukan bantuan, tak sama-sama tengok perkembangan diri anak-anak ~ adalah TIDAK MENGAPA!. TAK SEDIH PUN, TAK TERASA HATI PUN, TAKDE PUN RASA NAK NANGIS GULING-GULING BUAT SAJAK MELANKOLIK SEGALA BAGAI!. eeiiiwwwww....

TAPI, KALAU SUAMI BERKEPIT DENGAN POMPUAN LAIN, TAKPUN TIDUR DENGAN BETINA LAIN, TAKPUN MINTAK IZIN NAK BERPOLIGAMI, TAKPUN TAHU-TAHU DAH MENIKAH SATU LAGI, huiissssshhh..... terus mengamuk melenting melambung!. Gegar gempita satu tanjung!. Lepas tu, mula bersajak syair puisi macam dunia ni tak adil pada dia sorang je!.. hmmmm.... (jauh aku menungkan perkara ini!!... peringatan tegas utk diri sendiri!!).

Wahai kaum wanita.. patutlah dikatakan LALUAN kita ni MUDAH sangat kan!

NAK KE SYURGA PUN MUDAH, NAK KE NERAKA ~ LAAAAGGGIIILLLAAAH MUDAH!... Allahu Akhbar!.

Firman Allah:
"Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang di hari itu kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 281)




Ya Allah.. kami benar-benar mengharapkan redha-Mu Allah.. Redhai kami.. Ameen.





.

Monday

SELAMAT HARI GURU!.


Di sekolah, hari guru pasti akan ada sambutan khas untuk Guru-Guru kan! (tapi, murid-murid gak yang kenyang! Sebab bila time perhimpunan Hari Guru, kami dapat ice-cream free!!.. hahahaha…).

Paling menariknya, mesti nak bagi hadiah kat cikgu kan!.

Dulu, bila tiba hari guru je, aku pasti akan bagi hadiah berupa sajak karangan sendiri khas untuk cikgu-cikgu... bertulisan tangan, di kertas A4, digulung dan diikat reben merah (ala2 scroll ijazah tuh!).. itu ’trade-mark’ hadiah guru daripada aku!.

Sekarang ni, aku fikir-fikir balik, mesti ’semak’ je kan cikgu2 dok kumpul ’harta’ yg ’cerenet-cerenet’ (kecil-kecil, murah dan tiada manfaat) itu semua... hihihihi.

YA!. Aku akui, sekarang aku jarang buat entri baru... Jarangnya aku menaip di sini, kerana ada di sisi lain taipanku berfungsi... menyiapkan sesuatu!.. Dan, ini juga ada pengaruhnya daripada jasa-jasa GURU yang tanpa jemu menyumbang ilmu..

Kerana ilmu yang GURU-GURU curahkan kepadaku, buat aku rasa ingin untuk lebih mencari dan mencari ilmu itu.. untuk manfaat diriku, juga kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang mampu aku salurkan ilmu yang bermanfaat itu (semoga ianya bermanfaat dan mendapat redha Allah.. Ameen)..

Justeru, terima kasih wahai GURU-GURU... profession anda terlalu mulia.. seiring dengan matlamat dan nilai jiwa.. ianya SUNGGUH BERMAKNA!.

Ucapanku:

Kepada semua guru-guruku, yang pernah mendidik dan menyulam ilmu kepadaku, samada yang masih hidup atau yang telah meninggal...
Kepada guru-guru yang bukan dalam profession perguruan, tetapi tetap menyalur maklumat yang menjadikan individu itu seorang insan...
Kepada guru-guru yang sedang dan masih gigih menyumbang bakti mengajar anak bangsa tanpa jemu tanpa putus asa..
Kepada semua GURU-GURU yang memberi manfaat kepada Umat Muhammad, kepada hamba-hamba Allah..

Wahai GURU-GURU.. berlapang dadalah dalam mendidik anak bangsa.. sebagaimana Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam sentiasa patuh dengan firman Allah dan sentiasa berlapang dada dalam 'mentarbiyah' manusia menjadi insan!. ANDA HEBAT!. Kerana itu anda dipilih menjadi "GURU"!..

Firman Allah:
"Bukankah dada engkau telah kami lapangkan?. Dan Kami hilangkan dari engkau beban engkau?. Yang memberati tanggunganmu?. Dan Kami masyurkan namamu. Kerana itu, sesungguhnya bersama pada setiap kesulitan datang kelapangan. Sesungguhnya pada setiap kesukaran datang keringanan. Maka itu, apabila mempunyai tempoh, maka berusahalah (berkerja keraslah)!. Dan kepada Tuhanmu, mohonlah pengharapan!." (Al-Quran Surah Al-Insyirah 94 : Ayat 1-8).



Ucapan ini khusus untuk kalian:

Selamat Hari Guru!. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah. Ameen.



Ya Allah... redhai kami semua. Ameen.






.

Wednesday

KUAT MENJAWAB..

Masa tukar sekolah dari Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Kuala Lumpur ke Sekolah Kebangsaan bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1988, aku amat2 JAKUN dengan suasana sekolah.. sebab kawan-kawan kelas di sekolah aku tu, yang perempuan melayu, SEMUA PAKAI BAJU KURUNG.. yang pakai pinafore hanya AKU DAN SORANG BUDAK INDIA (my best friend ~ Jegathiswary) sahaja…

Gambar tahun 1988… member aku si Jegathiswary tagkan gambar nih.. sapa yg snap gambar ni, aku tak tau langsung! ~ ni time ujian.. ada yg cover buku (taknak bagi org tiru la tuh.. hihihi).. ada yang pandang belakang.. hihihi... aku ingat time ni aku dh siap.. dah simpan pencil box dah pun.. tunggu cikgu cakap "YANG DAH SIAP, BOLEH HANTAR KE DEPAN".. terus aku berlari hantar ke depan... (sebolehnya tak nak jadi yang terakhir untuk hantar, dapat jadi yang pertama is a BONUS!). hahaha... (consider tunjuk aurat tak gambar nih weih??.. aku tak baligh lagi masa nih!!...) kehkehkeh… (kot-kot mencetus isu, aku tarik semula penayangannya ini!!!.)

Aku ingat lagi, masa mula-mula masuk ke sekolah, kena isi buku biru – butir peribadi - yang ada tempat kena isi 3 cita-cita.. hmm.. cita-cita aku masa tu:
Yang Pertama : Peguam
Yang Kedua : Profesor
Yang Ketiga : Perdana Menteri
(masa ni aku sangat mengkagumi dengan Margerat Thatcher dan Benazir Bhutto).

Aku pun tak tahu kenapa aku tak terasa terlintas nak tulis 'cikgu, jururawat, kerani' seperti di kebanyakkan rakan-rakan punya buku biru..

Masa Pemilihan tingkatan 4, aku minta kelas Sastera, sebab kelas sastera ditawarkan subjek sastera (aku peminat tegar subjek Bahasa Melayu dan kemudiannya Sastera), dan lepas tingkatan 5, aku bersungguh nak naik tingkatan 6 Sastera, sebab tingkatan 6 boleh langkah terus ambil Ijazah (aku mmg tak mau amik Diploma!!... and masa tu, aku tak tau ada atau tidak asasi Law)... dan, paling penting, KELAS SASTERA tak ada subjek MATEMATIK TAMBAHAN, FIZIK, KIMIA, BIO segala bagai (yang buat aku nak muntah bila tengok buku-buku Sains kakak aku!!..)..
....and KIRA-KIRA??!!!.. is a NO NO NO in my whole life okeh!.. aku admit, aku bodoh matematik!!... hahaha… Bulan lepas, Boss aku tanya, dh berapa tahun seorang Director ni berkhidmat, (1991-2011), dengan mengira jari tangan kaki, aku kata "10 years"!.… Boss aku pandang aku dengan mengecil mata.. aku bulat kan mata – heran!!.. pastu baru aku perasan.. "EH!!... 20 years Boss!!!"... hahaha.. Boss aku tanya.. "I wonder how U can get A’s for your Master Statistik!!!".. (kuikuikui…Boss!, itu namanya, study untuk exam!!.. bukan study untuk knowledge, that’s make the different!!.. hahahaha)..

Okeh.. jauh ke laut dalam dah aku nih.. padahal aku just nak cerita pasal perangai aku yang KUAT MENJAWAB!..

Bila aku belek-belek balik, perkaitan di antara 3 cita-cita utama aku dengan sikap SUKA MENJAWAB aku nih. YA.. tiga-tiga CITA-CITA itu memerlukan seseorang itu BERCAKAP, BERHUJAH dan BERTEGAS DENGAN HUJAH PERCAKAPANNYA!.. ADUHAAAIII!!!...

Dari situ dah nampak kelemahan aku yang sangat nyata!.. SUKA MENJAWAB dan SUKA NAK TEGAKKAN PENDIRIAN DIRI!.. huwaaa huhuhuhu....

Aku akui, aku seorang yang ’perongos’ (menurut kata mak!!.. huhuhu), cepat marah dan cepat terasa (2nd child syndrome la katakan.. escapisme.. escapisme.. hehehehe).. tapi, cepat jugak cool nya.. hihihi (aku tak jenis berdendam dunia akhirat.. I may not forget, but I may easily forgive when it is really OVER!!). Peaceeee….!!!...

Bila dah jadi mak orang ni, aku tengok, sikap-sikap defensive tu ada dalam diri anak-anak aku.. (baru 6 tawon dan 4 tawon, dh pandai nk defend diri.. cheh!!!)... baka tulin aku le tuh kan!... huhuhu... (abahnya diam dan tenang, tapi ibunya HINGAR BINGAR!!..) owh!!.

Aku akui sikap ini sangat JELEK!..
Namun, adakalanya ianya menjadi BONUS bagi aku.. kerana, dengannya, AKU TAHU KAPASITI DIRI AKU... yang baik dan yang buruk!.. (meskipun adakalanya tersalah tafsir, tersilap taksir).. namun, atas sikap ini juga, aku temui kekuatan diri.. hemmpphh..

Jadinya, bagi yang tidak sekufu, MAAFKAN AKU..
Kalian berhak membenci atau meletakkan apa jua tafsiran dan taksiran tentang diri aku..

Yang aku tahu... walau apa jua sikap dan diri aku.... AKU SAYANG DIRI AKU.. dan AKU HARGAI ANUGERAH ALLAH MENJADIKAN AKU SEORANG AKU!..

Firman Allah :
“......Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka” (Al-Quran Surah Ali-Imran 3: Ayat 191)


Aku akui kelemahan diri dan aku berusaha memperbaikinya.. SUNGGUH!.

Tegur aku, betulkan aku, ingatkan aku.. andai bicaraku sumbang, langkahku pincang, tingkahku menyimpang.. aku ingin hidup dalam redha Allah.. kembali kepada Allah dengan redha-Nya jua..

Firman Allah:
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Al-Quran Surah Hud 11: Ayat 123)


Ya Allah.. aku pulangkan segala rasa dan resah kembali kepada-Mu. Ampuni aku Ya Rabb.




Ya Allah.. Kami mohon redha-Mu Allah... Redhai kami semua. Ameen.






.

Monday

Untukmu Ibu.


Semalam adalah SAMBUTAN HARI IBU..

(Sebenarnya, tiap-tiap hari juga adalah hari Ibu kan.. hari yang kita perlu mengingati Ibu.. dan tidak pernah luput ingatan dan doa untuk Ibu dan Ayah... )

Menurut Ustaz penceramah:

Sabda Rasulullah:Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu.. ( tak kira masih hidup atau telah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... (Wallahu’alam).


Makanya, setiap pagi, amalkanlah.


Berbalik kepada Kisah Hari Ibu semalam..

Bangun pagi je (smlm set jam awal skit sebelum waktu azan), aku terus meluru turun ke bawah - mak tidur kat depan tv dengan cucu-cucunya.. yang sibuk nak mengendeng celah ketiak maktoknya! (jeless oo jeles!!.. huhuhu).. terus aku ‘terkam’ mak (elaborate as peluk, gomol, cium pipi dahi hidung dagu.. hahahahaha.. dan mengendeng jugak kat celak ketiak mak utk beberapa minit sebelum ayah melaungkan azan subuh di bilik atas).

Ucapan Selamat Hari Ibu aku beri kepada mak sebelum orang lain berbuat demikian.. hihihihi (YA!, kami masih sering berebut-rebut nak "MENANG" siapa yang bagi ucapan dulu, tak kira la sebarang hari keraian!!... kuikuikui… dan aku sentiasa akan memastikan aku tidak menjadi orang terakhir!!.. dan menjadi yang pertama adalah BONUS!... hahahaha).

Plan untuk hari ini telah di atur oleh kami adik-beradik - ‘tong-tong sama banyak!’.. (epy, adik bongsuku yang jauh di Sabah nuun masih jugak contribute dgn ‘mengirim sumbangan’ ke akaun kakak untuk hadiah mak.. We miss you dik..)..

Kakak buat tempahan Restoran.. Amir pergi beli hadiah.. since mak stay umah aku minggu ni, so, aku akan bawak mak dan ayah berkumpul di rumah kakak.

Usai zohor, bergerak ke sini, Red Work Bangi, mula-mula cadang nak layan Korean Steamboat, tapi, Amir kata rugi, sebab bawak budak-budak, diaorg ni kan tak makan banyak, membazir je.. (betul gak..), lepas tu, terus tukar kepada ala-carte.

Semua menu-menu best gilos… so, menu pilihan kami adalah nasi putih bersama lauk-pauk di bawah ini. 12 jenis lauk pauk.. dan 2 jenis dessert.. serta air yang bercampur baur jenis dan aneka…

(gambar di cilok dari sini sana sinun.. imej asal dah ‘sadaqallah’.. tak sempat nak snap.. kehkehkeh)

Seronok sangat.. makan dengan berseleranya.. termasuk dessert dan air-airnya..

(OKEH, admit, MMG MENU YANG AMAT TAK IKUT SUNNAH RASULLULLAH… tapi, inikan JUGA ADALAH NIKMAT ALLAH... jangan kufur nikmaaattt.. Ya.. alasan kan!.. huhuhu...).

Di akhir acara, perlahan amir buka begnya dan sampaikan HADIAH kepada mak..

Mak agak terkejut pada mulanya, tapi kemudian senyum.. (suka la tuuh.. hihihi)..

Hadiah itu adalah hasil 'collection' daripada anak-anak mak (tanpa campurtangan menantu yeee.. kehkehkeh)..

"Nilai" bukan ukuran kan?.. Berapa jua harganya, bukan itu 'target' utamanya..

Kasih-sayang Mak yang sungguh tulus mulus dan suci itu mana mungkin mampu dinilai dengan harga barang yang 'sangat murah' itu.. Semua nilai menjadi terlalu murah dibanding dengan nilai KASIH MAK dan RAHMAT ALLAH!.

Lepas mak bukak hadiahnya, ayah mencelah..

"Ayah ucapkan terima kasih dekat anak-anak ayah sebab buat event ni, belanja makan dan bagi hadiah dekat mak. Sempena hari Ibu ni, dan setiap hari pun, hadiah ayah untuk mak adalah, ayah ampunkan semua dosa kesalahan mak pada ayah, ayah redha hidup mak dunia akhirat, ayah doakan mak bahagia selalu".. (dan di 'amiin' kan oleh semua anak menantu cucu..)

Wooooaaahhhh... sooo sweeettttttt.... (see see see.. ayah ni kan.. kalau ada apa acara yang berkaitan dengan mak, he won’t miss a chance to 'enter the scene'.. hehehehe).


(ayah yang selalu ceria ~ kalau time tak marah la.. hihihi... dan suka sangat buat lawak… kehkehkeh... gambar blur sbb kedudukan aku ngan ayah mengadap matahari..).

Tetiba abang ipar aku si En. Fauzi itu mencelah ~ "Ayah, 'hadiah dan doa' tu untuk menantu jugak kan?".. hahahahaaaa.... (HAH!.. ni mesti banyak buat salah ngan mak ayah nih!!.. kehkehkeh... taaaaak laaahhh... abang iparku dan suamiku kan ke MENANTU TERBAIK MAK DAN AYAH!.. sama rataaaaa... kuikuikuikui)..


Usai solat maghrib berjemaah, sekali lagi kami ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mak..

"MAK.. tiny sayaaaaaannnggggg mak dunia dan akhirat!.. Semoga Allah redhai mak sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat kelak.. Ya Allah.. sediakan Jannah-Mu kepada Ibuku.. ameeen."


p/s : Oh ya.. selain mak, seorang lagi "IBU" di dalam keluarga aku yang amat aku kagumi adalah ini:


My one and only Kakakku sayang... AYU.. seayu budi pekerti dan akhlaknya.. (adik pompuan dia ni je yang "kasaq kedegaq"!!! huhuhuhu...)

Lihat watak seorang Ibu Contoh ini... setelah menyuap anak-anaknya (yang seramai 5 orang itu ~ DAH CUKUP QUOTA CUTI BERSALIN!!) dan suaminya habis makan, barulah mencapai pinggan 'saki-baki' anak-anak dan menyudahkannya... huhuhuhu... SUNGGUH AKU MENGKAGUMI KAKAKKU NAN SORANG INI.. (dan akak, tiny banyak belajar dari semangat dan kesungguhan akak jugak... SUNGGUH!.. sayang akak... muaaahhhsss).

SAYANG MY FAMILY SOOOO MUCH!..


Firman Allah:
"Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … " (Al-Quran Surah Al-Ankabut 29 : Ayat 8)

Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan... dan dianugerahkan nikmat kebahagiaan ini kepadaku... Syukur Alhamdulillah..



Ya Allah... kami hanya dambakan redha-Mu Allah.. Redhai kami.. Ameen.







Sunday

Selamat Hari Ibu

Khusus untuk Mak, Zakiah Binti Hashim dan Mak Mertua, Zaliah Binti Abas.. dan umumnya untuk semua para Emak, Bonda, Ibu, Ummi, Mama... walau apa jua gelaran anda..

ANDA ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG MAHA UNGGUL!.


Emak..
Kau Anugerah Illahi yang tidak terperi..
Segunung berlian bukan galang ganti..
Bidadari syurga di bumi nyata..
Berjuang tenaga, nyawa dan jiwa...
Menepis sukar sedih perit dan pancaroba..
Demi keluarga, permata tercinta..

Bonda..
Tidak sesaat rehlahmu tenang..
Degup jantung sentiasa kencang..
Merisaui anak pagi dan petang..
Apa khabarkah di masa mendatang..
Andai mampu diikat ditambat
Di atur hidup setiap saat
Agar si anak tidak penat
Mengharungi dunia yang sesak sarat..

Ibu...
Dirimu berjiwa besar
Kala sesak dihayun ikhtiar
Kala sendu dibilas biar
Kala tangis diusap tegar
Kala walang dilantun sabar

Ummi..
Kau bak mentari yang menyinari
Siang memancar jelas menampakkan diri..
Kau pinjamkan sang bulan cahayamu di dinihari..
Di kala hujan, kau diam bersembunyi..
Tetapi tetap kau di sisi..
Kasihmu tidak bertepi..
Amanat Allah kau jaga rapi..
Agar menjadi insan sejati..
Zuhud dan tawaduk kepada Illahi...

Mama..
Mawar putih itu lambang kasih untukmu
Yang tidak pernah luntur sayang bertamu
Berat beban digalas dibahu
Tidak dicanang tidak diberitahu
Simpul derita menyulam cinta
Demi amanah titipan Yang Esa..

Ya Rabb..
Anugerahkan syurga-Mu kepada Emak, Bonda, Ibu, Ummi, Mama..
Tidak kira apa jua dosa mereka..
Jangan KAU benarkan menjejaki neraka..
Kerana mereka terlalu berjasa..
Menjadikan kami insan, menjadi manusia..
Agar tetap yakin dan terus percaya..
Bahawasanya KAU SENTIASA ADA!.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu yang benar-benar menggalas amanah gelaran itu.. Aku menyanjungi keperibadian kalian.. SUNGGUH!!...

Kalian adalah inspirasi bagi Ibu muda ini!..

Ya Allah, redhai ibu-ibu kami... redhai kami semua.. ameen.



.

Thursday

Kasih Ibu.


Sabtu minggu lepas.. lepak-lepak tengok Tanyalah Ustaz jam 7.00 pagi dengan mak dan ayah kat ruang tamu.. tajuknya, "KASIH IBU".. wah.. memang menarik.. maklumla, bulan MEI kan sinonim ngan MOTHER'S DAY... hihihi... (proud to still have my Ibu with me and proud to be Ibu as well... Alhamdulillah).

Sambil picit-picit kaki mak, sambil dengar ceramah kat TV.. (sambil otak dok memikir.. nak breakfast kat luar ke or nak masak.. kehkehkeh) – mata kami khusyuk mengadap bait-bait ayat ustaz penceramah tentang kehebatan seorang Ibu.

Dalam dok ralit dengar ceramah.. tiba-tiba ayah tadah tangan berdoa.. “Ya Allah, Alhamdulillah Kau anugerahkan aku isteri yang sangat baik dan setia, yang melahirkan, mendidik dan membesarkan anak-anak yang terbaik bagiku Ya Allah. Redhai isteriku dan anak-anakku. Ameen”. (Dan aku turut mengaminkannya dengan hati yang girang..)

Waaaaahhhhhhh… perlakuan spontan ayah amat mengusik hati kecil aku.. memang, kalau apa-apa yang berkaitan dengan mak, ayah akan selalu cepat bereaksi sedemikian.. sungguh indah kan.. dramatik betul la ayah nih.. hihihi… (dan.. sungguh mak beruntung kan.. hihihi).

Aku : Untung mak.. ayah selalu hargai mak.. selalu sanjung dan puji mak.. selalu doa utk mak.. dan yang penting.. ayah selalu redha setiap gerak laku mak..

Ayah : Ayah la yang paling untung dapat mak hang!.. (cepat je ayah membalas.. hihihi).

Mak senyum je (suka la tuuhh.. kuikuikui).. Soooooo cuteeee... (tak plak mak membalas apa-apa.. sedap sangat kot sbb aku dok picit kaki mak sambil mak baring-baring tengok tv.. hahahaha... nak gak kredit tuh.. chaitss.. hehehehe....).

Memang sewajarnya ayah menghargai emak.. Emak memang isteri yang sangat setia.. sangat mulus sifat dan perwatakan emak untuk seorang lelaki bernama Yahaya bin Marzuki (kalau dapat kat orang lain, mungkin jadi lain kan.. sebab tu jodoh mak adalah dengan ayah.. dan rezeki kami, anak-anak mereka, untuk berada di dalam keluarga bahagia ini.. Syukur kepada Allah).

Emak bukanlah seorang wanita yang terlalu sempurna sifat, perlakuan dan perwatakan. Emak hanya seorang wanita biasa yang lahirnya di sebuah kampung yang ayahnya bertani sawah padi untuk menyara keluarga dan ibunya seorang surirumah yang telah melahirkan seramai 12 orang anak (meninggal 2). Sehingga hari ini, emak kekal dengan adik beradik seramai 10 orang dan gabungan keluarga HASHIM-CHIK FAMILY CLUB, kami telah mempunyai seramai 102 orang ahli (setakat April 2011).


Emak tidak berpendidikan tinggi, tiada ijazah sarjana yang tergantung di dinding.

Emak tidak berkerjaya. Jawatan 'profesional'nya adalah SuriRumahTangga sepenuh masa.

Emak tidak pandai memandu kenderaan. Ada 'lesen’ basikal je.

Emak bukan seorang yang bertudung labuh berjubah berpurdah. Hanya seorang makcik yang biasa-biasa sahaja penampilannya (dan yang pasti, kuat membebel oooo... hahaha).

Emak bukan ustazah yang sangat mendalam ilmu agamanya, setakat asas hukum Islam dan hukum wanita sahaja yang diketahuinya (namun, kami mula belajar mengaji adalah dengan mak!.. dan mak adalah guru yang sgt GARANG!. Syukur mak tak jadi cikgu / ustazah.. hahaha).

Meskipun tanpa semua itu..

Emak adalah seorang Cikgu Displin yang sangat tegas!. Ketegasannya membuatkan kami sangat menjaga maruah diri dan batasan pergaulan!. (sebab tu aku ngan kakak takdak boyfriend masa zaman sekolah dulu, sebab TAKMAU KENA MAKAN PENAMPAQ MAK!.. huhuu – dan sebab tu jugak kot, adik-adik bujangku dua orang tu masih kekal bujang.. sebab terpengaruh dgn ’ketakutan’ kakak-kakanya inikah??!!.. hehehehe) – tapi skrg, bila dh hidup dlm rumahtangga sendiri, langkah banyak plak yg pincang!.. huwaaaa....waaaa.. waaaa...

Emak adalah seorang Chef terhandal. Air tangannya bisa membuatkan ayah dan kami teringat dan terkenang masakannya walaupun jarak beribu batu membatasi.. hihihi.. (tapi tak turun sangat la bakat tu kat anak-anak pompuan dia nih!.. sebab asyik dok layan mak masak je, sampai tak reti-reti nak belajar masakan mak!.. huhuhu).

Emak adalah seorang co-pilot yang sangat cekap dan tenang. Mak terror betul tunjuk jalan walaupun baru sekali mak pernah pergi ke tempat tu and kalau sesat dengan mak, relax aaa... kita leh ronda-ronda pusing kampung membelah kota.. (jangan dengan ayah, bergegar gempita satu kereta dengan bebelannya.. kehkehkeh.. opsss. Ampun ayah.. time Father’s Day nanti, cerita yang best-best pasal ayah plaks eh.. hihihi).

Emak adalah seorang Ibu yang sangat sempurna.. meski beliau tidak layak untuk menerima tokoh Ummul Mukminin di pentas dunia abad 21 ini, tetapi, beliaulah Ibu Mithali, Ibu yang sejati di mataku.. di hatiku.. di jiwaku.. selamanya..

Zakiah Binti Hashim.. Mak is THE BEST MOM for Ayu, Tiny, Amir and Jefry. Semoga redha Allah sentiasa bersama mak sebagaimana ayah sentiasa redha pada mak.

Sabda Rasulullah:
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sungguh-sungguh aku memohon kepada Allah, semoga mak juga di dalam senarai penghuni Syurga Allah.. ameen (adik Badrul - yang meninggal seusia 2 minggu selepas kelahirannya, juga pasti menanti Mak di sana nanti).

“Ya Allah, Wahai Khaliq Yang Agung.. Kami mohon Ya Allah.. ampunilah dosa-dosa kedua orang tua kami, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka untuk beribadah kepada-Mu, berikanlah keberkatan di dalam tubuh badan mereka, rezeki mereka, usia mereka serta kehidupan mereka dunia dan akhirat. Jauhikanlah mereka daripada sebarang bahaya, dan lindungilah mereka setiap detik, saat, masa dan ketika, di tanah, bumi malah alam mana jua mereka berada. Redhailah mereka Ya Rabb. Amiin Yarabul ‘alamin.”



Ya Allah.. redhai kami semua. Ameen.


YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.