ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU
Allah lebih mengetahui dari segala sesuatu.. Ya, aturan Allah lebih sempurna dari apa yang insan rancangkan, impikan dan mimpikan..
Teringat kembali aku kepada adik-adik pogram Y2Y Putrajaya.. apabila salah satu latihan dalam kumpulan, aku mengarahkan mereka melukis sebuah rumah dan apa yang PERLU ada PADA rumah tersebut.. dan senaraikan dlm bentuk tulisan.. Pelbagai lukisan dan lakaran yang mereka lukiskan juga senaraikan pelbagai.. lucu melihatnya..
Di sessi perbincangan, aku tanyakan kpd mereka.. di dalam senarai, aku tak nampak pun adanya dinding, bumbung, lantai, tingkap, pintu, hatta tapak rumah sekalipun.. yang aku nampak adalah swimming pool, pondok guard, sofa dari Itali, serombong rumah, katil cavenzi dan byk lagi senarai DALAM rumah..
Aku tanya apa beza PERLU ada PADA SEBUAH RUMAH dan MAHU ada DALAM rumah.. kekadang perkara2 remeh inilah yang kita lupa dan alpa.. kita tidak sedar dan kita mungkin tidak kisah.. kerana yang kita pentingkan adalah apa yang kita mahu.. bukan apa yang kita perlu..kerana kita rasa apa yang kita perlu akan tersedia dengan sendirinya maka kita perlu melihat apa kehendak melebihi keperluan.. di sinilah silapnya kita.. jika kehendak tidak diperolehi, kita akan menyalahkan takdir dan menyesali nasib.. sedangkan kita diberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu..
Seperti perkahwinanku.. masa di sekolah - sedari sekolah rendah - masa aku darjah 5, aku
meminati seorang teman ni "XI".... dan sejak dari aku darjah 5 jugak aku diminati oleh seorang jejaka ini "XII"..
Namun.. tak siapa di antara kami yang ditakdirkan bersama..
Ntah mana2 datangnya Abang yang berasal dari Muar, Johor.. rakan sekuliahku masa di UiTM ketika mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-Undang.. tetiba menjadi suami aku dan abah kepada seorang puteri dan seorang putera kami sekarang ini.. hehehhehhahaha.. padahal aku amat benci kalau sesiapa sedara-mara aku yang kahwin dengan orang jauh.. last-last aku yang dapat orang jauh.. Kedah - Johor.. Utara - Selatan.. padan muka aku..
Tapi.. Allah lebih mengetahui.. aku perlukan Abang melebihi aku perlukan "XI" dan Abang perlukan aku melebihi "XII" perlukan aku untuk duduk serumah dan bersatu atas nama ikatan perkahwinan.. Aku mungkin bukan yang terbaik untuk menjadi isteri kepada "XI" dan "XII" dan memang takdir di Luh Mahfuz meletakkan jodohku dengan suamiku tersayang..
Itupun.. tak mudah aku menerima Abang sebagai "kekasih"..
Pada mula perkenalan, tidak terdetik apa2 perasaan di antara aku dengan Abang.. hanya rakan sekuliah.. sementelah lagi aku telah khabarkan pada dunia bahawa aku tunangan orang (hanya untuk mengaburi mata semua orang agar tidak ada sesiapa akan jatuh hati pada aku dan begitu juga aku tidak mahu jatuh hati pada sesiapa..) jadinya tak terdetik langsung di hati ini aku akan "bercinta" dgn sesiapa pun di UiTM Shah Alam ini....
..................................................... oooooooooooooooo ......................................................
KISAH AKU DAN ABANG
Tahun Akhir Pengajian.. kawan baik aku - si E - pecah lubang..
dikhabarkan pada Abang supaya tackle aku sbb aku ni belum dipunyai oleh sesiapa... kenapa dan mengapa dibagitau pada Abang.. hanya E yang mempunyai jawapan yang pasti.. dan Abang mengambil kesempatan "menembak" aku dengan soalan2 yang tak mampu aku tepis - nak pulak dia kata "hari ni hari jumaat, awak tipu berdosa dan Allah saksi kepada jawapan2 awak"..cheh..bila lak dia karang ayat maut tuh... aku yang tgh sakit gigi hanya boleh jawab dgn mengangguk dan menggeleng.. tempatnya.. dekat Restoran Tanjung Puteri, Seksyen 11 Shah Alam.. bermula dari situ, Abang asyik bagi hint nak "berkawan rapat" dgn aku.. dan aku yang telah menyaksikan bagaimana kakak aku baru putus tunang dengan lelaki pilihan keluarga... menjadi trauma untuk membiarkan keluarga menentukan jodoh aku..
Memang tak mudah untuk aku terus menerima Abang.. 3 kali aku buat solat istikharah.. tapi 3 kali itu aku tidak mendapat sebarang mimpi - tapi datang dalam bentuk realiti..
Istikharah 1 : aku mohon, jika jodohku dgn Abang, temukan aku dgnnya esok..
esoknya hari ahad.. aku ke library PTARII dgn E... kul 2.00ptg.. hari yang malas..hari yang bebudak lain tido dan lepak kat umah.. hari yang kebanyakkan budak lelaki class aku akan balik kampung terutamanya Abang – sebab kampungnya dekat jer..lagipun dia naik kereta, so senang nak cabut bila-bila masa.. dan lagi dia ni homely type.. apa sikit, balik rumah..
Tapi.. sesampainya aku di depan library.. aku terpana bila terpandang amir di depan pintu library dan dibelakangnya "Abang".. aku hampir pengsan.. aku tanya A.. "mimpi apa korang datang library tengahari buta nih.. tak pernah hayat aku tgk korang jejak library, nak pulak hari ahad.." then amir jawab.. "entah apa mimpi si R ni, beriya2 ajak aku datang library".. dan apa ayat A seterusnya aku biarkan di angin lalu.. seram sejuk kaki aku masa tu.. E asyik dok sigung aku dgn lengan dia..
Istikharah ke-2 : aku mohon, jika jodohku dgn Abang, maka aku minta dia datang ke kelas ganti hari sabtu minggu tersebut..
minggu tu, hari jumaat kami tak ada kelas.. hari khamis pulak kelas pagi sahaja, jadi ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung pada petang khamis dan sambung sampai ahad.. dan bebudak lelaki siang-siang lagi dah pesan kat kami yang tak balik ni supaya tolong sainkan nama diaorang utk kelas ganti hari sabtu (satu kelas je).. termasuklah Abang.. dia balik Muar petang khamis tuh..
Hari sabtu.. pukul 8.30am.. aku ke kelas ganti dgn E dan rakan2 yang hanya berapa kerat tuh.. pukul 9.00am, dapat notis, class batal.. CHEHH.. ramai yang menyumpah, termasuk aku sebab ruginya tak balik kampung semata2 tunggu kelas ganti.. EEEEE... GERAMNYEEE..
pukul 9.30am.. tgh aku turun tangga fakulti nak balik ke bilik kolej, ada sorang mamat ni terkocoh-kocoh lari naik tangga tanpa toleh kiri dan kanan dan dalam 'pelarian' membelok ke satu lagi pintu tangga untuk naik ke kelas.. sempat aku jerit.. "Rxxxx.. sini lah, nak pegi mana tuh?.." dan pelari amatur itu tadi pun terhenti pelariannya dan datang dengan muka termengah-mengah kat aku and the geng sambil bertanya "kelas kat mana?".. aku dengan muka nak tergelak nak mampus dengan bangganya menyatakan "KELAS BATAL".. memang cuak habis aku tengok muka Abang waktu tu.. nak tergelak ada.. kesian pun ada..
tapi tetiba aku teringat solat aku malam tadi.. Ya Allah.. petanda apakah ini?.. aku terkesima menatap muka Abang yang tercungap-cungap menahan nafas lelahnya.. aku semakin berdebar..
Istikharah ke-3: DRASTIK..
aku dah tak tahu nak doa apa.. semakin hari Abang semakin mendesak jawapan samada aku sudi berkawan serius dgnnya kerana final exam just around the corner and peluang untuk kami bertemu adalah tipis sekiranya tiada jawapan pasti dari aku.. sbb masing2 akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan hanya akan bertemu di hari graduasi.. dalam tempoh itu pelbagai kemungkinan dibimbanginya.. dan aku, terus membisu tetap tak tahu apa yang harus aku katakan.. mengiyakan, aku tak pasti betul ke pilihanku ini.. menidakkan, aku takut melepaskan apa yang terbaik yang ada didepanku.. aku benar-benar buntu.. aku katakan pada Abang, aku akan bg jawapan selepas pulang dari raya haji nanti..
Lalu aku tekad.. dalam doa istikharahku yang ketiga, aku mohon pada Illahi, andai ada jodohku dgn Abang, maka aku minta Allah tutupkan peluang untuk aku pulang ke kampung untuk menyambut raya haji pada tahun itu.. GILA.. sapa yang taknak balik kampung pada musim perayaan.. dan aku pasti.. aku takkan lepaskan peluang untuk balik kampung..
Esok raya haji.. aku baru nak cari tiket - sbb tgh sibuk memikirkan kes sahabat baikku si E yang dilanda krisis cinta nya ditolak oleh jejaka idamannya.. petang itu aku baru sibuk menelefon merata.. kaunter tiket keretapi, kapal terbang dan bas.. semuanya fully book.. ohh..tidak.. tapi akhirnya aku berterima kasih pada asri kerana berjaya mendapatkan tiket balik ke kulim yang masih ada di kaunter stesyen bas Klang.. jadi jugak aku balik malam ni - bas pukul 11.00malam.. rizal berjanji akan hantar aku ke bus station dan akan pulang terus ke muar selepas itu (hai.. mudahnya orang berkereta.. senang atur waktu sendiri..).. sejenak, aku terlupa akan doaku kerana sibuk mencari tiket bas dan pada masa yang sama menjadi pendengar setia kisah duka lara sahabatku yang kecewa dek cintanya ditolak..
Usai solat maghrib, aku bersiap untuk balik kampung, Abang kata nak bawak aku keluar makan pastu terus hantar ke bus station.. aku ok jer.. dah ada org nak hantarkan.. Alhamdulillah..
Sebelum melangkah keluar dari bilik, sahabatku datang.. terkejut jugak.. apehal budak ni tak balik lagi.. ingatkan dah cabut balik dengan sepupunya.. sahabatku duduk dibirai katil aku sambil merenung..
‘oit..nape ko?.. ko kata nak balik dgn sepupu ko.. tak dtg lagi ker?’
‘Tak..bukan tak datang.. aku tak bagi datang.’
‘Habis tu, ko balik tak? Ke nak ikut aku balik kulim?’
‘Tak, aku taknak balik.. aku tak boleh balik sebab kalau aku balik mesti aku akan sedih dan menangis dan mesti mak, apak and adik beradik aku tahu aku tgh sedih..’
‘Lah, sedih ko pasal tu tak habis lagi ker.. pastu ko nak tinggal sini sorang2 ker?’
‘Itulah.. aku ingat nak mintak ko tolong temankan aku kat sini.. lagipun cuti 2 hari je, esok and lusa, tulat dah ada kuiz.. kita study sama2 lah.. aku mmg taknak balik kampung dan aku mintak sgt ko teman aku kat sini.. tolong Tiny..’
Adohai.. sian plak kat kawan aku sorang ni yang tgh merawat hatinya yang rawan..
dan mmg betul pun, tulat ada kuiz, 10% carry mark lak tuh.. if balik mmg confirm tak study.. camana eh?.. aku pun turun bawah and tepon mak, tanya pendapat mak.. mak kata tak kisah.. mana yang baik untuk aku.. tapi kakak aku bising.. “Ni tahun last kita raya haji sama-sama sebelum kakak kawin, hujung tahun ni kakak dah kahwin tak tentu raya haji tahun depan kita dpt raya sama2”.. pulak dah.. kakak aku beremosional plak..
di persimpangan dilemma aku nih..
aku tanya mak semula.. minta buatkan keputusan untuk aku.. aku cerita jugak la kisah si sahabat dan juga hal ujian kuiz tu dan jugak apa yang kakak ckp kat aku.. tapi mak kata.. “takpelah, adik-beradik takkan putus hubungan.. kawan menangis susah nak cari dan penting study untuk exam sbb tahun ni tahun akhir”.. maka aku dapat jawapan yang pasti..
sorry kak.. I’m not going back.. Ok sahabatku, aku setia menjadi sahabat tawa dan tangismu.. and aku mesti gunakan masaku ini dgn study..
Pukul 9.00pm.. oh ya .. Abang dah menanti aku di bawah.. ku khabarkan pada Abang yang aku tak jadi balik kampung sbb temankan si sahabat yang tgh kecewa.. so, takyah hantar aku ke bas station.. tapi Abang kata nak keluar makan dgn aku sblm dia balik.. Fine.. keluar makan but balik before 10pm, itu peraturan kolej..
Kami pergi makan dekat seksyen 24.. tak banyak nak diborakkan sbb aku tgh mengenangkan si sahabat dan si kakak yang kedua-duanya tengah bersedih..
Perjalanan balik, aku diam jer.. takder mood nak bersembang.. Abang ajak balik kampung dia.. BANYAK LAWA.. NAK MAMPUS.. NAK KENA PELANGKUNG NGAN AYAH AKU? baik aku balik kampung aku daripada balik kampung dia.. Selepas keluar daripada kereta Abang, dia panggil aku dan mangingatkan aku supaya “Jangan Lupa”.. lupa apa?.. aku dah tak boleh nak ingat apa2 pun sbb hati tgh berbelah bagi mengenangkan sahabat dan kakak dan perasaan aku yang 50 nak balik kampung dan 50 nak teman sahabatku..
Sekali lagi Abang ingatkan aku, Jangan Lupa.. aku tanya.. Lupa apa?.. dia kata : "JAWAPAN". Aku kata : “Ahh aahh.. ooo..itu.. ok…” terus aku berlalu menaiki tangga Kolej Delima 2, sehingga ke tingkat 5.. mendapatkan sahabat yang sedang kesepian.. aku jadi lupa pada segala-galanya..hanya melayani tangisan si sahabat..
Esoknya.. takbir raya Aidiladha.. aku merenung katil sebelah.. sahabat masih nyenyak tido (kebetulan dua-dua orang cuti “wanita”..) Aku merenung luar jendela.. Hari ini adalah hari pertama dan sejarah dalam hidup aku, meraikan Hari Raya Aidiladha tanpa keluarga.. hanya mengenang keseronokan dan keriuhan aktiviti yang dijalankan bersama keluarga.. kami ada rutin khas kami setiap kali perayaan.. tapi tahun ini aku tidak turut serta.. pasti janggal perasaan keluargaku, tanpa aku di sisi mereka.. lebih2 lagi kakak.. maafkan adikmu..
Dan, aku.. masih tidak tahu apa yang akan aku lakukan sepanjang hari ini.. selesai mandi, kami pergi makan di dewan makan yang WAH, menghidangkan makanan raya. Ada ketupat, ada sate, ada lontong.. layanlah jugak..
Selesai makan, aku telefon mak.. mengucap salam dan memohon ampun.. juga pada ayah, adik2 dan kakak.. tangisan kami bersahutan.. tapi kukuatkan hati untuk tidak terlalu beremosi..
Bersiar-siar di persekitaran kolej dengan sahabat memberi ketenangan yang tak dapat digambarkan.. suasana lengang.. tiada bunyi motosikal atau bunyi budak2 ROTU atau KESATRIA berkawat.. tenang-setenangnya.. udara pagi aidiladha kami hirup dengan seinsafnya..
Kami ke port kegemaran kami .. tempat adik angkat kami.. kolam ikan.. di situ kami akan bersembang dengan ikan-ikan yang cantik dan gemuk2.. sebuku gardenia menjadi santapan mereka pagi aidiladha itu..
Sambil bersembang dgn adik-adik kami – si ikan2… aku tetiba teringat doa di dalam solat istikharahku.. hari itu adalah hari raya aidiladha.. dan aku di sini.. di UiTM Shah Alam.. bukan di Kulim, Kedah.. Ya Allah.. Kau berikan jawapan-Mu di pagi hari berkat-Mu.. hari di mana hamba-hamba-Mu berkorban memenuhi kewajipan.. dan hari ini aku perlu melakukan pengorbanan..
Mengorbankan harapan dan impianku untuk bersama “XI” dan menerima Abang untuk bertakhta di hati.. Jika ini yang ditakdirkan.. Aku redha sepenuh jiwa..
Dan untuk Abang.. "aku telah mempunyai jawapan.. hanya menanti kepulanganmu untuk ku khabarkan padamu.."
Dan selepas itu.. .'terasmilah aku sebagai teman wanita abang' (uweekk - muntah hijou aku masa menulis nih..). walaupun sudah pasti namun masih tetap kabur dan menjadi rahsia bagi teman-teman dan rakan sekuliah.. tidak ada yang dapat menghidu.. kerana bagi mereka aku masih tunangan orang.. maaf kekawan.. aku terpaksa menipu kalian..
..................................................... oooooooooooooooo ......................................................
Mengenali Abang.. menjadi kekasih, tunang dan kini isteri juga ibu kepada anak-anaknya.. membuat aku lebih mengerti kenapa dan mengapa Allah mentakdirkan dia untukku.. dan aku akui.. sememangnya dia yang terbaik untuk menjadi suami kepadaku dan berhadapan dengan sikap dan perangaiku.. mungkin ‘XI’ ataupun ‘XII’ tidak mampu mengikut rentak karenahku sebagaimana Abang melayanku.. meletakkan aku sebagai permaisuri hatinya.. I LOVE U ABANG…. LOVE U SO MUCH!!!!!!!....
YES.. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.. Rencana Allah lebih terancang daripada apa yang kita impikan dan mimpikan..
Dalam bahagia.. pasti ada derita.. dalam suka, pasti ada duka.. dan itu membawa aku kepada falsafah hidup seterusnya.. Allah sentiasa menguji hamba-Nya, dan Dia uji kita dengan ujian yang Dia tahu kita mampu hadapinya.. and again.. it’s true..