Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, May 13, 2008

TINTA 3 : CINTA, KEBAHAGIAAN DAN RAMA2..

Ada satu bait novel yang ku baca tentang bahagia yang sehingga kini kunyatakan kepada diri dan kepada sesiapa yang bertanya..

CINTA dan KEBAHAGIAAN..

Andai ada sesiapa yang terlalu taksub menagih cinta atau resah mengejar bahagia.. aku khabarkan..

STOP!!!!!!!!!!!... Jangan menagih cinta.. jangan dikejar bahagia...

Cinta dan kebahagiaan umpama rama-rama, selagi ingin kau hendak menangkapnya, lagi cepat ia lari, semakin rakus kau mengejarnya, semakin jauh ia terbang.. lalu biarkan ia.. kerana ianya akan datang sendiri.. rerama akan hinggap di bahumu jika kau tenang dan sabar.. di saat kau tidak teruja menginginkannya...

Seperti aku.. dahulu aku terlalu 'obses' utk rapat dgn “XI”... terlalu resah kerana tidak mendapat apa yang aku inginkan.. ku rasa dunia tidak adil.. dan ku kira aku insan yang terpinggir kerana tidak ‘bergelar peguam’ - meskipun aku belajar dan graduate jurusan tersebut... letih dan penat aku kejar kedua-duanya..

Lantas, ku biarkan ia berlalu.. bersama angan dan kekecewaan.. Aku teruskan perjalanan kehidupan.. mengikut rentak yang Allah aturkan..

Tanpa sedar.. aku kini melewati hari-hari yang tenang, senang dan bahagia.. tanpa aku sedari, kebahagiaan itu milikku meskipun ‘XI’ bukan suamiku dan aku bukan seorang ‘peguam’..

Menjadi isteri kepada ‘suamiku’ dan pekerja di sebuah Public Listed Company.. aku bersyukur.. kerana kebahagiaan itu jelas terasa..


Selagi aku tahu bagaimana untuk menikmati kebahagiaan itu, selagi itulah ianya milikku..

Dan CINTA.. apakah ada cinta yang paling agung selain CINTA KEPADA ALLAH???.. kerana CINTAKU PADA ALLAH.. maka aku rasa bahagia dengan segala pemberian-Nya kepadaku..

Allah berikan kesakitan, penderitaan, cubaan, dugaan – aku redha.. kerana kasihku pada-Nya… ia membuatkan aku lebih bersyukur kerana Allah mengingatiku dan ingin aku terus mengingati-Nya.. ku yakin akan setiap musibah adalah untuk membasuh dosa-dosa yang kulakukan samada sedar atau tidak dan ku bersyukur andai ianya adalah kifarah di atas dosa-dosaku yang lalu..
Dan aku juga percaya setulus-ikhlasnya bahawa setiap musibah ada hikmah dan rahmat si sebaliknya..

BENAR.. tanpa kebenaran, takkan wujud ayat, madah, kata-kata, nasihat atau cerita.. dan aku menulis dari ceritaku…

Seperti suamiku.. He doesn't want to think 10 step ahead, enough to think 1 or 2 step further, coz, if do too much of thinking, we can't even make a first step move.. dan katanya lagi.. Lebih hargai apa yang kita ada hari ini daripada memikirkan esok yang tak pasti..

Dan seperti kata kaklong : Tetapi apa yang kita ada hari ini, sewajarnya kita hargai dan pelihara sebaik mungkin. Kerana hari esok pun belum tentu milik kita.


So.. nak buat apa peningkan kepala.. bersyukur dengan apa yang ada hari ini dan jalani hari ini dengan bahagia.. lebih gusarkan hari esokpun tak guna kalau tetiba mlm ni nafas kita di ambil Yang Maha Esa..

1 comment:

kaklong said...

kata nak bagi pinjam novel. mananye?

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.