Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, May 29, 2008

Hari Ini : Menu Semalam

Semalam aku masak mee-hoon china. Abang nak makan mee-hoon singapore tapi katanya takmau letak lada hitam sbb dia still sakit tekak dan sakit perut (sbb tak letak lada hitam - terus dia jadi china, if letak lada hitam, dia jadi mee-hoon singapore..heheeh)
Masa beli bahan utk masak mee-hoon, aku nampak ada ketam.. 'feveret' abang tuh.. so, aku amik 2 ekor (sekor jantan, sekor betina)... teringat cam nak buat mee kari, tapi abang sakit tekak, taklehlah.. pastu ingat nak goreng.. berminyak plak.. hmm.. apa aku nak buat dgn ketam ni?.. beli je lah - balik nanti baru fikir...

sambil siap2 bahan utk masak mee-hoon, terfikir dlm hati, 'isy, mee-hoon ni kering, tekak abang sakit.. nak buat something berkuah / sup lah'.. terlintas terus nak buat sup ketam.. tapi apa ramuannya?.. agh.. peduli aku ramuan apa pun, janji aku dpt buat sup ketam..

so, aku masukkan apa yang aku rasa nak masukkan.. dan last sekali aku terfikir nak letak telur.. wah wah - jadi ala2 'shark fin soup with crabmeat' lah.. (if Chef Ismail tengok, sure dia guling2 gelakkan aku..), tapi lantaklah.. yang nak makan aku and laki aku (and maid aku) - bukan aku masak untuk Restoran Rebung Chef Ismail tuh kan kan kan..hehehehe..

and how about the 'taste'?... jeng jeng jeng... aku rasa macam sedap (mak aii.. aku perasan giler siot.. ) tapi yang penting laki aku kata 'hmm..sedaplah leen'.. (kalau dah memang hantu ketam tu, rebus kosong pun sedap..)

So.. alhamdulillah.. senang hati aku tengok laki aku makan sepinggan mee-hoon china dan semangkuk penuh sup ketam ala2 tu.. dgn penuh kekhusyukan sehingga liciiiiiiiinnnnn.. tapi yang pasti, bukan sebab sedap sangat apa yang aku masak.. tapi sebab aku ikhlas sangat nak masak and bagi laki aku makan - pasal tu ler dia makan dengan penuh keasyikan dan keseronokan sebagaimana aku terlampau enjoy masak utk dia and nak bagi dia makan and nak tengok dia makan..
And yang paling aku happy sangat : everytime lepas makan, selepas mengucap syukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan, sure abang cakap "terima kasih leen sebab masakkan utk abang..". Pheh!!! - Penat lelah aku 'menyinsing' kain masuk kedai and 'berperang' kat dapur tiap2 petang lepas balik kerja rasa 'hilang' dgn ucapan tu.. walaupun dah 4 tahun kami kahwin, abang still ucapkan perkara yang sama.. dan aku pun.. walaupun dah empat tahun dengar benda yang sama, still perasaan aku macam 'first time' dengar masa aku mula2 masak (masa baru kahwin dulu..)..hehehhe..

Konon2nya aku nak tangkap gambar apa yang aku masak semalam and post kat sini or kat ruangan 'resepi.net'.. tapi.. baru je aku letak hidangan, abang dah start mencedok.. terpaksalah batalkan niat tuh...

13 comments:

Anonymous said...

Aku plak dan berpeluh masak menu best2, tiba-tiba kanda tanya, u masak apa ni? I tak makan lah semua ni. Down rasanya..... Dan akhirnya jadilah aku tukang masak yang konsisten dengan menu sardin, ikan bilis goreng dan telur dadar atau masak kicap. Sesekali kalau teringin sangat aku masaklah menu aku. Membunuh kreativiti betullah. Bukan malas tau...memang tak laku kalau masak best-best pun. Eh, jom pi restoran rebung nak?

kaktiny said...

kesian kan.. ko tak dpt nak praktikkan menu2 istimewa ko.. takper..
menarik gak idea pi restoran rebung tu.. cari time - kita lepak sana - tgk chef ismail berkaraoke..

Anonymous said...

kaktiny bolehlah masak2 pasni jamu kami pulakkk..ehehehe..

tp sy xmakan seafood dan daging merah. tu belum santan mantan lemak2... camnolah agaknya akak nak masak ekk dgn org yg terlalu jaga makan neh..keekekekee

rudy bluehikari

kaktiny said...

rudy..
utk org yang jaga makan ni lagiiiiiiiii lah senang nak masak.. lagiiii cepat kaktiny siapkan hidangan...
- steam, sup, rebus.. byk menu dlm kepala nih..

rudy xmkn seafood and daging merah - not a problem at all.. skrg kan byk makanan vegetarian food berasaskan soya dan sayuran (dh byk produk halal) - so, bleh pelbagaikan hidangan..

macam husband kaklong tuh.. pheh.. senang hidup.. balik2 menu yang sama.. kan kaklong kan.. heheheh..

ahmoi said...

wahhh..bestnyer biler apa yang kita buat dihargai..baiklah suami akak tu..moga bahagia sampai bila-bila pun.

kaktiny said...

ahmoi.. time kasih atas doa di hari jumaat yang mulia ini..
semoga Allah makbulkan.. AMIN...
Luv U..

tentangseseorang said...

wohhhh masakkan untuk ady juga. insyaAllah ady cakap, terima kasih kaktiny jamu kitaorg. lain kali jamulah lagi. mesti lagik terharukan? sebab lagik panjang dari suami kak tiny ahahahaha

blackpurple @ jowopinter said...

mee-hoon china?

Saya suka mihun goreng putih. Sedap!

Esok nak balik Muo. Yeay! Yeay!

kaktiny said...

ady..
oleh kerana ayat 'bodek' ady lebih panjang, makanya kaktiny akan tambah 'extra dish' utk ady bila berpeluang masak utk korang semua nanti yer.. heheheh

BP..
mee-hoon china tuh spesis mihun goreng putih ler..

Bestneyr, minggu lepas kaktiny balik muo, tak sempat makan yong tau foo sup kat bentayan.. abang nak balik cepat sgt.. isy.. dah order rempah soto.. tolong amikkan dr mentua kaktiny...heheheh

thafiexq said...

lapa!!!

kaktiny said...

thafiexq > nak makan apa.. habaq mai kaktiny masak kat 'hang'.. heheheh...

blogmenjerit said...

kalau la aku ada isteri macam ni, hari2 nak sakit tekak je. wakakaka

kaktiny said...

blogmenjerit > tu cuma 'tang' masak jer lah... tak tengok time 'angin senggugut' datang.. mesti semua lelaki dlm dunia nih insaf nak kawin..hahahahah...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.