Smlm, walaupun MC, aku sempat bukak Internet sekejap.. itupun sebab tgh tolong sepupu aku Azyani, buat report Industrial Trainingnya yang nak di hantar petang tuh.. busudak ni mmg tau.. ‘dah nak terberak baru nak korek lubang’.. maksudnya, bila keadaan dah genting baru nak buat kerja.. petang Isnin nak hantar report, pagi Isnin bagi kat aku suruh translate BM ke BI, kalau 5 muka surat takperlah gak.. ini 50 muka surat.. bagi pagi, tengahari nak.. ptg nak hantar kat lecturer.. aku pun apa lagi.. dalam tangan dok type translate, sempat mulut aku bagi ‘lecture’ kat dia.. tapi bebudak ni masuk telinga kanan kuar telinga kiri jer.. mentang2 aku jenis tak kisah dan mmg jenis suka ber’lecture’ (berleter lah tu..).. leteran aku diorang buat macam dengar lagu balada jer.. kalau heavy skit, diorang buat cam layan heavy metal.. bertuah sungguh…
Dalam melayari internet tu.. aku bukakler blog kaklongsayang.. setiap kali buka blog, aku takkan terlepas dari buka site kaklongsayang.. mmg ada satu yang akan terbuka khusus utk kaklongsayang.. tapi, tetiba aku dapati, kaklongsayang ada link baru.. wah kaklongsayang dah ada rumah baru..
Rumah baru kaklong bernama ‘akudanharapan.blogspot.com’… dan ia adalah ‘tentang seseorang’.. aku bangga sangat.. aku bangga tgk blog baru kaklong yang lebih tenang, lebih matang dan lebih ‘realiti’..
“kak long dan rumah baru.. yes.. this is the new kak long that I want to see.. semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan untuk meneruskan kehidupan..Semalam kak long adalah sejarah yang menjadi teladan, hari ini kak long menjadi inspirasi, dan esok kak long menjadi doa dan impian pada diri, keluarga, teman2 dan yang mengenali dan mengetahui 'kaklong'...”
Itulah comment pertama aku utk laman baru kaklong.. aku ingat lagi bila aku baca blog kaklongsayang buat pertama kali dalam hidup aku, aku jadi terpana dan dapt melihat warna-warni kehidupan dari rentetan kehidupan kaklong.. terus aku khabarkan pada atu ofis supaya melayari blog kaklong.. ku khabarkan pada kaklong betapa bebudak opis aku respect sgt kat dia dan so eager to see her in-person.. tersedak kaklong.. dia kata nak stop menulis sebab segan ler kalau orang tahu.. aku kata kat dia, kalau segan jangan tulis dlm blog.. tulis dalam diari.. simpan bawah bantal..hehehhe..
Kaklong kata, dia segan sbb dia rasa dia tak layak dipuji.. tapi aku kata lain.. sms aku pada dia di jam 12.17pm - 6 Mei 2008.. Aku kata :
“DATIN R, PENOLONG PENGARAH SKM, BAKAL GRADUAN MHRD.... u deserved all d title and d position.. And u deserve to get more than that. God willing, there will be more happiness after the entire bitter moment that u had gone thru. Don’t let the memory end, let them inspire u. Praise to Allah, coz without those experience, u wont be here and we wouldn’t know each other. Hari surammu telah jauh dibawa mega, izinkan aku menjadi setitis cahaya yang menyinari dan memberi cerita ria dlm perjalanan diari seorang kaklong. And now is ur time to show to urself tt warna kehidupan sgt menarik. Be an inspiration to all ur fan that life must go on and u manage to live in every color of life.. M…, I GIVE U MY STURDY RESPECT AND ENORMOUS SALUTE to all d hardship and ur spirit to live and to persevere ur life. KAKLONG.. NEVER GIVE UP AND DON’T PUT UR JOTS TO D END.. Ur writing will inspire others. TRUST ME!!!. Word can’t describe how much I venerate U.”…….. …….. ……. U R TRULLY THE CHOOSEN ONE!!!..
Dan Kaklong hanya mampu menjawab “Tq”.. samada dia speechless atau tgh bz atau tgh jumpa pengarah dia.. tapi itu je balasan daripada ayat aku yang berjela2.. tapi mlm tu kami borak sakan dlm phone..
Dan lepas ni aku rasa akan terlahir satu lagi blog baru daripada “Kak Long” aku sendiri.. Pengalaman, perasaan, kegembiraan aku menulis di Blog ini telah aku kongsikan bersama kakak kesayanganku.. satu2nya kakakku.. AYU.. dan satu waktu nanti, aku tahu bahawa akan terbit satu blog baru.. walaupun mungkin memakan masa.. hehehhehe... dan kakak.. khabarkan pada dunia apa yang kakak nak luahkan.. cukuplah 35 tahun kakak menyimpul suka duka dan memendam lara ria dalam hati sendiri.. ceritakan apa sahaja.. tanpa sekatan, tanpa batasan, tanpa had dan format.. mungkin kakak boleh mulakan dengan… LUAHAN MELALUI JEMARI… atau CERITA DARI HATI…
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment