Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, May 07, 2008

TINTA 1 : MENGGAPAI LANGIT KE TUJUH

Aku impikan segala yang aku mimpikan… menggapai hingga ke langit ke-7.. ini hakku.. tiada siapa yang mampu merebutnya dariku..

Minggu lepas 3-4 Mei 08, ada kem motivasi Y2Y Sek. Presint 11 Putrajaya.. first time aku jadi fasilitator 'bertauliah" - which mean I conduct the LDK by myself.. aku join Company Abg Wafa - yang aku kenal melalui Maiza iaitu kawan rapat Maiza dalam group Embun Hidayah.. Abg Wafa buka Consultant Company, join dgn Abg Nizal Mohammad (TV3).. yang jadi fasi tempoh hari, aku, maiza and Chef Ismail.. Chef orangnya mmg peramah dan gila2.. mcm2 hal diborakkan.. sapa tak kawin lagi jgn ler duduk dgn dia.. sure merah telinga.. and sesiapa yang latah, minta jauhkan diri dari dia.. sure penat diusiknya.. kesian si Yus (Pegawai Belia dan Sukan Putrajaya), teruk di'belasah' Chef Ismail dgn usikannya.. Abg Wafa jadi pemantau.. ada ler abg wafa bawak 2 org anak buahnya, tapi sorang hilang bila tunang dia datang and sorang lagi adalah follow group2 kami ni.. aku jaga satu group, maiza satu group and chef ismail satu group.. seronok sangat.. teringat masa dulu kena pergi kem bina insan.. kena jerit dek fasilitator.. sekarang aku jadi fasi.. padan muka bebudak tu aku kerjakan.. tapi bebudak sekarang tak makan saman.. bukan dia takut kat kita.. kita kena balik dgn diorang.. ditariknya aku ke hulu ke hilir masa game tukar group.. tp mmg bebudak tu happening giler.. takkan ku lupa adam, shahrul, izzati, fatin, shah, fashilah, raja, yasmin, megat, shira, shila, husna, nizar dan ada a few lagi.. cute betul diorang nih.. Aku rasa happy sangat sbb inilah dunia yang aku inginkan.. jadi fasilitator.. jadi trainer.. Lepas aku habis Master nanti, aku nak apply Trainer Professional Certificate dari MIM.. aku nak jadi qualified trainer.. so pasnih.. bukan setakat jadi fasilitator program remaja.. tapi aku jugak nak jadi trainer untuk course2 macam secretarial, admin, HR dan apa jua yang berkaitan.. dan nantinya aku nak jadi speaker bukan sahaja kepada staff tetapi jugak kepada director2 dan kepada program dalam dan luar negeri..

Seperti yang aku katakan pada Maiza, pada adik2 program Y2Y Putrajaya.. impian dan mimpi adalah hak kita dan tanamkan impian, bermimpilah WALAU IMPIANMU MENGGAPAI LANGIT KE-7...

“KUN FA YA KUN”.. dikatakan jadi, maka jadilah ia.. hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk menjadikan sesuatu.. tapi kita tidak disekat untuk bermimpi, berharap, berdoa dan memohon sesuatu dari-Nya..

Dan aku.. itulah yang sering aku lakukan..

Aku memetik pada satu kata-kata yang kubaca:
"Letakkan sasaranmu mencecah langit kerana jika kau jatuh, jatuhmu digunung.. jangan kau letak sasaranmu hanya di dahan pokok, kerana jika tidak mengena, ia akan terus mencecah bumi..." dan TERBUKTI..

Pada peperiksaan Master semester pertama lepas, aku mensasarkan 4.00. Tapi aku hanya memperolehi 3.83 (Maiza dapat 4.00 – bestnyer dia).. mulanya aku sedih jugak.. tertanya pada diri, di mana silapnya aku.. kenapa tak dapat 4 flat.. seketika aku lupa bersyukur yang aku lulus semua exam.. hanya A dan A- membezakan aku memperolehi 4 flat seperti maiza.. tapi sejenak aku terpana dengan kata-kata adikku amir..”tak ada bezanya pun 4 flat dengan 3 pointer.. yang penting grad.. bila dah grad nanti orang tak tanya u Master dapat berapa pointer?.. orang tanya, what is ur highest qualification.. if sebut Master, orang dah respect.. takyah bagitau pointer pun.. dan katanya lagi.. oleh kerana aku Insyaallah bakal menyambung PhD, lagilah orang takkan tanya pointer Master bila aku dah ada PhD.. then.. aku mula tersedar dan segera bersyukur kerana lulus ujian semester pertama dan layak ke semester ke-2.. tapi aku masih bermimpi dan mengimpikan untuk dapatkan 4 flat (tak salahkan?.. aku sasarkan ke langit..)

Memang tak salah memasang impian.. seperti impian ayah aku yang menjadi impianku juga..

Cerita 15 tahun yang lalu.. ketika aku masih di tingkatan 4.. setiap petang hari rabu dan jumaat aku akan menaiki feri ke Penang Island untuk mengikuti kelas British Council.. kelas aku bermula jam 4.00pm-6.00pm. Manakala kelas kakakku bermula jam 5.00pm-7.00pm. Jadinya, kakak aku akan pergi dengan ayah dan aku akan balik dengan ayah – menaiki honda cup 60cc nya yang banyak berjasa itu.. sementelah menanti kelas ku tamat jam 6pm setelah kelas kakakku bermula jam 5pm.. ayah akan menunggu di tembok pantai padang kota lama sambil menyaksikan orang memancing ikan.. juga mencuci mata melihat kapal-kapal yang singgah terdampar di persisiran pantai..

Satu hari, sehabisnya kelas, ayah bawa aku ke padang kota lama, sambil makan sotong kangkung, ayah menunjukkan padaku satu kapal besar yang berlabuh.. ayah berkata kepadaku.. “Tiny belajar sungguh-sungguh, dapat kerja elok, boleh bawak mak dan ayah naik kapal tu..” sempat ku kerling melihat nama kapal tersebut.. STAR CRUISE.. hmm.. ‘ramainya mat saleh.. mesti mahal tu’.. tukas ku dalam hati.. namun tetap aku menanam impian untuk membawa mak dan ayah menaiki kapal itu suatu hari nanti.. meskipun aku rasa macam tak mungkin terjadi kerna aku baru di tingkatan 4, entah apa keputusan peperiksaan SPM ku dan entah apa kerjaya aku nanti.. meskipun aku bercita-cita sejak dari tadika, hendak menjadi peguam..

Setelah 15 tahun berlalu, aku tidak rasa ayah akan terfikir – hanya bermimpi – untuk menaiki kapal mewah itu.. namun 25 APRIL 2008 menyaksikan sejarah yang mimpi boleh direalisasikan dengan berkat doa, usaha dan tawakkal.. tarikh itu ayah dan mak menjejakkan kaki mereka buat pertama kali dalam hidup ke kapal mewah itu.. STAR CRUISE AQUARIUS.. sengaja ku pilih kapal yang Aquarius kerana ia merupakan kapal terbesar dalam kategori Star Cruise..

Meskipun harganya 2 kali ganda jam TISSOT yang ku hadiahkan kepada suamiku....


namun aku puas.. aku bangga dan aku gembira.. aku BERSYUKUR yang tidak terhingga.. Allah memakbulkan impian dan harapanku..

Nah.. siapa kata kita tidak boleh berimpian dan bermimpi.. itu hak kita dan hanya kita yang mampu untuk menjadikan kenyataan atau membiarkan ianya ditiup angin senja dan jatuh umpama bunga-bunga yang berguguran..

Bukan aku hendak membangga diri.. tapi ingin ku jeritkan pada alam... impian dan mimpi adalah milik setiap insan.. jika penantianku selama 15 tahun ini membuahkan hasil.. kenapa tidak mimpi dan impian orang lain?..

Ya benar, tiada yang pasti, tetapi juga benar bahawa tiada yang mustahil.. namun, ini akan membawa aku ke falsafah hidup ku yang seterusnya : "Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu”.. and it’s true..

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.