Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, May 13, 2008

Hari ini : Philosophy Abang

Semalam aku MC.. selsema and sakit tekak.. abang baru balik dari Surabaya hari ahad.. kena diarrhea..

Doktor Rose cakap, sejak akhir2 ni sesapa yang balik dari Indonesia kerap kena diarrhea…

Malam semalam aku sembang dgn abang fasal philosophy hidup.. aku kata kat abang.. aku tgk dia relax jer dlm berhadapan dgn masalah kerja, rumahtangga atau apa sahaja.. kekadang aku tertanya gak.. takder perasaan ker laki aku ni?...

Aku tanya abang.. macammana dia “terlalu tenang” apabila berhadapan dgn masalah kerja, masalah dgn ‘aku’, masalah dgn keluarganya, kawan2, staff2 di pejabat dan apa juga masalah Negara..

Abang tetiba keluarkan falsafahnya yang tak pernah aku dengar.. Katanya:

- Cara abang selesaikan masalah sama macam lawan tai ci dari luar.. abang tak samamcm leen, leen lawan tai ci dari dalam..
(aku pun tak paham apekebenda sbnrnya.. tai ci pun tak tahu camner.. tetiba je style selesai masalah cam buat taici..sesapa yang tahu ilmu taici jgnler marah kat laki aku nih.. dia ikut sedap mulut dia jer..)..

+ cara tai ci?..camana tu?

- iyelah.. abg tak macam leen, leen internal dan spirit leen kuat.. leen dapat tahan emosi leen dan banyak guna dalaman leen bila berhadapan dgn masalah.. abang lain…. Abang tunggu masalah datang baru abang selesikan..

+ still confuse..

- masalah ni macam lampu trafik… kita ibaratkan hijau – no problem, kuning – there will be a problem, merah – kritikal problem..

+ ok.. (game traffic light ler pulak..)

- cara leen hadapi masalah, bila kuning, leen akan cepat2 fixkan supaya jadi hijau..kekadang, yang hijau tu pun leen dah fikir kebarangkalian dia jadi merah, so leen dah letak protection supaya dia tak merah.. padahal dia ada satu step lagi iaitu kuning.. yang kuning pun leen cepat2 jadikan hijau balik.. bila merah datang.. leen gelabah skit tapi sedayanya leen jadikan kuning then makan masa nak pergi hijau.. tapi abang lain..

+ Ya Allah.. putar belit alamnya.. habis tu abang punya ‘tai ci’ macam mana?..

- bagi abang.. yang hijau abang tak tengok dah.. yang kuning pun abang biarkan dulu.. tapi bila merah, masa tu abang bagi ilmu tai ci, serang satu2, sampai jadi kuning pastu hijaukan..

+ takke bahaya macam tu.. bila tetiba banyak plak yang merah.. litang pukang abang nak kuntau kiri kanan.. abang tak takut ke chances to loose one of the light?.. mana tahu, byk sgt merah dan kritikal, ada yang abang terlepas pandang dan tetiba yang merah tu hangus or malap.. kan ke bahaya..

- itulah risiko yang abang kena hadapi, tapi mcm abang cakap abang lawan tai ci dari luar.. so setiap inci gerak deria abang kena cekap.. mcm Jet Li.. kan tak pernah kalah..hahhehehahh.. (amboi sempat plak dia gelak)..

+ hmm.. ok.. if that’s ur philosophy.. I agreed coz there’s no right or wrong answer..

-dan lagi abang jenis tak suka fikir terlampau jauh ke hadapan.. mungkin leen ada matlamat untuk 5 tahun, 10 tahun, 30 tahun and so on.. abang tak suka nak letakkan matlamat camtuh.. bagi abang abang lebih fokus kenyataan hari ini dan apa berlaku esok, minggu depan, bulan depan dan tahun depan.. leen mungkin jenis yang akan fikir 10 step ahead from others.. tapi abang jenis yang fikir 1 step further.. sebab abang takut if abang terlampau fikir 10 step ahead, I can’t even move my first step..

- tapi dlm rumahtangga, abang nak leen tahu yang leen dan anak2 adalah priority abang.. mungkin abang tak tunjuk pada leen atau tak pandai bagi kata2 bermadah atau tunjukkan dengan hadiah atau perbuatan.. tapi percayalah yang abang tak boleh hidup tanpa leen dan anak2.. abang tahu leen kuat untuk hidup even without abang.. dan abang percaya, tanpa abang, leen boleh terus melangkah dan tak mustahil akan terus berjaya sbb semangat leen kuat, ur internal spirit is without limit.. leen jugak ada sokongan mak ayah, adik-beradik, kawan2 dan saudara-mara yang kuat.. tapi abang.. sumber kekuatan abang hanyalah leen, tumpuan masa depan abang hanya untuk leen dan anak2.. tanpa leen dan anak2, abang tak tahu apa masa depan yang abang nak bina.. selama ni leen tgk abang banyak tumpu kerja, sebab abang jenis yang fokus, dan kekuatan dari leen dan anak2 buat abang lebih fokus pada kerja.. bukan bermakna abang tak prihatin pada leen, cuma abang tahu mmg leen adalah part of my life..

+ itulah sikap lelaki.. tak pandai tunjukkan kasih-sayang.. perempuan or lebih2 lagi isteri, bukan nak sangat hadiah2 mahal, kata2 sayang everyday, surprise or whatsoever.. what they need is ‘perhatian’.. (oh my!!!!!!.. what a typical woman word come out from my own mouth???...) ok.. we put it this way.. abang tahu leen sayangkan abang.. dan satu dunia pun tahu how much I really love U.. bila leen pegi shopping, walaupun pada dasarnya nak beli barang leen, tapi kepala teringat abang.. so, nak jugak beli barang utk abang.. and bila ada hari2 tertentu yang berkaitan dgn abang.. nak jer buat surprise dan celebrate utk abang.. even Manchester United menang pun, leen janji hadiahkan abang original jersi MU.. padahal bukan abang ada share pun dlm MU tu.. tapi, sbb apa? sbb leen tahu itu akan menyenangkan dan menggembirakan hari dan hati abang.. everyday with morning kiss, setiap kali balik ofis abang melangkah masuk rumah leen hidangkan secawan air.. any event yang berkaitan, leen buat surprise party or surprise gift.. beli satu set baju or barangan branded untuk abang.. supaya abang nampak bergaya.. semuanya sbb leen sayangkan abang..

- abang tahu leen sayangkan abang.. dan leen suka tunjuk cara leen sayangkan abang dgn beli barang mahal2.. buat surprise utk abang, everyday wish something utk abang.. masalahnya, abang tak pandai nak buat itu semua.. tapi I want u to know that I love you so much.. more than everything.. and I need u to complete my life..

+ ok.. leen nak tanya abang.. abang suka tak dgn apa yang leen buat dan bagi pada abang?..

- Of course la abang suka.. tapi abang tak kreatif macam leen nak buat semua tu..

+ ada ke leen minta abang buat something kreatif? Tak kan.. malahan leen tak pernah suruh abang buat apa2 pun.. leen tak pernah minta abang buat apa2 pun.. dan leen buat semua tu bukan sebab abang suruh atau minta atau terpaksa atau nak menunjuk2.. NO.. tak pernah sama sekali.. leen buat semua tu sebab leen ikhlas dan sebab leen sayang abang sesangat.. ‘sayang’ adalah sesuatu yang terlalu ‘subjektif’.. jadi leen nak abang ‘merasai’ kasih sayang yang leen terjemahkan dalam bentuk ‘objektif’..

- abang seronok dan berterima kasih sangat atas apa yang leen bagi dan buat pada abang.. abang sendiri tak boleh nak fikir apa yang abang perlu buat dan bagi pada leen..

+ ok.. leen nak abang renungkan persoalan ini pulak.. leen tahu abang sayangkan leen.. tapi abang sibuk dgn urusan pejabat dan seribu satu ‘lampu merah’ yang nak dihijaukan.. ‘if tomorrow never comes’ utk kita.. how should I remember ur love?.. if abang pergi dulu or if leen pergi dulu.. what’s left for me to remember ur love?.. sbb tu ada pepatah kata.. ‘hutang budi di bawa ke mati’.. maksudnya sesuatu yang diberi itu akan dikenang selagi hayat dikandung badan..

- Abang tahu point leen, tapi it is just that abang tak tahu nak buat apa, nak bagi apa..

+ It’s ok.. leen bukan pertikaikan apa yang abang bagi dan tak bagi.. leen just nak share pandangan leen terhadap perkataan ‘sayang’ tu..

- conclusion?..

+ ‘Sayang’ is tooooo subjective.. dan kenapa leen ‘merealisasikan’ sayang dalam bentuk objektif adalah untuk jadikannya kenangan dan melahirkan kegembiraan di hati abang.. mana tahu ‘if tomorrow never comes’ for either you or me.. at least, kita ada kenangan..

- Lebih hargai apa yang kita ada hari ini daripada memikirkan esok yang tak pasti..

+ boleh tahan jugak philosophy abang ni.. ok.. agreed.. no right and wrong answer..

- dan sebelum leen bukak soalan lain pulak, abang nak bagitau satu yang dari tadi abang ‘pendamkan’..

+ Apa dia.. cakaplah..

- Abang dah tak tahan….. nak terberak lah!!!!!!!!!!...


Hampeh betul… oh yer.. lupa, dia kena diarrhea.. patutler muka terkulat2 jer.. but.. ok.. nice conversation.. dan tak semena2, malam tadi abang kena demam panas, lepas daripada pergi tandas tu, terus mintak t-shirt lengan panjang dan minta selimut tebal.. badan dia panas sangat, kaki abang sejuk sangat.. aku risau sangat.. abang tak pernah sakit teruk macam ni.. kat rumah cuma ada panadol.. jam pukul 9.30pm, agh.. kedai bukak lagi nih.. keluar sekejap lah beli ubat.. bawak nureen pegi kedai.. beli ubat pil chi kit teck aun utk cirit-birit, air cap badak, cool fever, and bubur nasi ayam..

Balik tu, tanya abang, nak makan bubur nasi tak?.. dia kata taknak, takut muntah..tekak loya.. terus bagi abang makan pil chi kit teck aun, panadol, minum air cap badak dan letakkan cool fever kat dahi dia.. baringkan abang.. pastuh.. amik air, lapkan kepala, leher, tangan dan badan dia.. pastu picit kaki dia.. Si Nureen asyik do tengok je aku lapkan abanh dia.. dia pulak mintak lapkan, dia kata dia sakit jugak.. aku suruh nureen tolong aku picitkan kaki abahnya, dia picit sikit pastu terus keluar tgk tv dgn maktoknya..

abang mula berpeluh.. dalam kul 12.30am, rasa panas pulak kaki dia, then lapkan kaki dia pulak.. then dia pergi toilet lagi.. lepas balik dari toilet, dia duduk atas katil.. taknak baring..and minta bubur nasi.. suapkan bubur nasi and buatkan teh o panas, habis semangkuk bubur nasi dan secawan teh o panas.. Alhamdulillah.. dah kurang panas badan dia dan dah tak ke tandas dah.. si zaqwan pulak jaga.. salin pampers and buat susu utk zaqwan.. susukan zaqwan dan tido kan dia.. nureen asyik masuk keluar masuk keluar bilik, sekejap nak tido dgn ibu, sekejap nak tido dgn maktok.. hai nureen.. nureen.. dah pukul 1.30pagi, matanya tahan betul.. tak jugak nak tido2.. tangan kanan tepuk si zaqwan, tangan kiri picit kaki abang.., yang mulut dok leterkan si nureen suruh masuk tido sebelah abahnya.. walaupun akupun tgh selsema dan sakit tekak, tapi rasanya, melayan 3 harta jiwa aku ni buatkan aku rasa terlupa sakit sendiri.. Syukur sangat, sebab Allah kurniakan deria seorang isteri dan ibu kepada aku.. what a wonderful feeling I felt that moment.. word can’t describe..

Pukul 3.00am.. baru si nureen lena.. zaqwan dah berpusing 90% dari kedudukan asal.. abang pun dah mula berdengkur.. baru terasa sakit kepala – nak makan ubat selsema tak berani sbb kul 6pagi dah nak bangun, bersiap utk kerja.. so, tido jerlah..

Kul 6 pagi tadi, bangun, solat subuh dulu sblm mandi.. rasa dahi dan badan abang.. dah ok.. tak panas sgt dah.. Alhamdulillah.. nureen and zaqwan still tido.. then siapkan persalinan ofis abang.. and mandi, bersiap.. kul 7.00am.. keluar rumah utk ke pejabat..

Teringat pulak abang dan falsafahnya malam tadi.. whatever it is.. leen tahu abang yang terbaik untuk leen.. dan Ya Allah.. terima kasih kerana aku masih bernafas hari ini dan masih menjadi isteri kepada Mohd Rizal dan ibu kepada Nureen Fierzanah dan Muhammad Zaqwan..Syukur Alhamdulillah..





.

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.