Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, June 20, 2009

70 dan Selamat Hari Bapa…

Kisah petang tadi…

Seusai solat asar…. Abang duduk di sofa… aku ambil tempat utk duduk di birai sofa, sambil badan mengadap abang…

Aku tanya abang…

Aku : “Abang, leen nak tanya skit… kalau ada org nak bagi kat abang RM70 abang nak tak?.. ke abang cuma nak RM1?..

(abang antara nkjawab dan tak nak jawab je…..- aku tahu, abang tgh fikir ‘rasional’ atau ‘tricky’ di sebalik pertanyaan aku..)

Then aku gelak.. aku kata – “soalan yg simple jer lah.. takkan nak fikir lama kot?”.. hihihi..

”Sincerely, ask yourself.. if someone said that he wants to give you RM70.. will you take the RM70 or you let go the RM69 and just take RM1/=?..” aku kembali bertanya.. (masa ni aku berusaha tahan muka utk tak gelak atau mimik yg boleh mencurigakan… hahhaha)

“Jawab lah abang.. sincerely.. without pretending… Allah knows your right answer k…”, masa ni aku dh tersenyum skit…

“oklah.. abang amik RM70 tu ler.. dh org “insist” nak bagi kan...” abang cuba menjawab tapi nampak sgt cam tak yakin dgn jawapan... sbb dia tahu bini dia ni suka soal something yg ada “IMPLIED MEANING”.. hahahahhaaaa...

MEMANG PUN... then aku gelakkan abang... (sebenarnya gelakkan diri sendiri gaks.. huhuhuhu)..

“Naper”, tanya abang.. (tak puas hati ler tuh... hahahhahaa....)

”Tak... kita ni lah kan... Allah dah "INSIST" nak bagi 70 pahala kalau berjemaah.. tapi kita tolak mentah..sombong betul kita kan.. padahal dosa berbakul tak tentu lagi dapat bersihkan.. Allah dh offer nk bagi pahala berlipat ganda, tapi kita amik satu jer... boleh dgn lapang dada pulak tu abang solat kat depan sorang-sorang, leen solat kat bilik sorang-sorang... PADA MASA YANG SAMA DAN TAKBIR YANG SAMA BESERTA SALAM YANG SAMA... tapi SECARA SENDIRIAN!!!!! YA ALLAH... sombong dan bongkak kan kita bang... PERASAN macam dah banyak sgt pahala dan macam betul sgt ler kengkonon dah solat, dh buat rukun wajib.. DAH SETTLE lah konon... betapa ruginya kita kan bang kan.... kita kutip satu jer pahala dan kita ’ABAIKAN RM69 tuh”...”, aku menyuarakan apa yg terbuku seusai solat asar aku tadi... (selepas bagi salam solat asar tadi, terdengar suara abang pun bagi salam.. masa tu aku tersedar... YA ALLAH... kenapa kami tak berjemaah?????... RUGINYA!!!!)

Maghribnya, terus abang ajak aku solat berjemaah dan baca Yaasin sementara menunggu Isyak... sejurus salam isyak masa abang tgh berzikir... aku tak dpt tahan air mata... mencurah2 lajunya... CUKUPKAH PAHALA AKU UTK MENCUCI SEGALA DOSA YG AKU LAKUKAN SECARA SENGAJA ATAU TIDAK... SECARA SEDAR ATAU TIDAK dan SECARA TERANG ATAU TIDAK????...

AKU BENAR2 HARAPKAN PENGAMPUNAN DARI ALLAH... aku tidak mahu berjumpa Allah dgn keadaan diri yg masih penuh dosa yg tak terampun.. MALU!!!!...

ASTAQFIRULLAH HAL ’AZIM....

Apapun... untuk abang... untuk AYAH yang tersayang.. untuk ayah mertua… untuk Boss… dan utk semua yang bergelar BAPA… (hari-hari pun hari bapa kan kan kan...)

“SELAMAT HARI BAPA”…. Jagalah amanah yang Allah berikan kepada kalian…. You are so special and the selected person that Allah choose to be a FATHER!!!.....

TAHNIAH KEPADA BAPA-BAPA YANG REDHA MEMIKUL DAN TIDAK PERNAH MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG ALLAH LETAK DI PUNDAKNYA….

12 comments:

iina said...

Tiny

perkara yang sama juga terjadi pada aku.. kebetulan masa tuh aku solat dulu dan hubby aku kat bilik sebelah.... selepas tuh aku pun terperasan yang kami sama2 solat tapi lain2 bilik.. betullah kadang2 kita tak perasan.. sedangkan berjemaah itu lebih baik aku setuju sangat ;)

Selamat hari bapa buat semua kaum bapa.. so makan kat mana esok nie?

KAKTINY said...

salam iina..

breakfast kat kedai kat bandar tun razak jer.. buleh?.. hihihihi...

maybe nk celebrate kt umah kakak kat bangi kot.. sesaja nak suh semua ayah2 (ayah aku, laki aku, laki kakak aku) potong kek sama2.... hihihi

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

bahagia no?..aku pun dah lama tak jemaah, tanya lah mana mana laki pun...kekadang amat jarang berjemaah bersama isteri,

dulu dulu..ada la..he he he

KAKTINY said...

salam cikgu..

betui la cikgooden... mentang2 kubur masing-masing kan.. huhuhu

betui... mana2 pun tiny tgk sama ja.. masing2 solat sendiri2 ja...

Kerapnya kalau berkumpul kat kampung, kalau dh balik dari berjalan, sampai rumah ja, masing2 kelam kabut amik wuduk.. lari berterabur pi bilik sini sana, depan belakang... nak sembahyang... KALAULAH.. ada yg ajak solat jemaah kat ruang tamu depan.. kan seronok..

selfish kan kita semua nih.. huhuhuhuh....

tiny laiman said...

salam kak tiny...tiny pun dah lama tak baca n3 akak..rindu sangat2 nak baca nasihat, lawak n ingatan akak pada kami semua...
n3 kak tiny ni betul2 buat tiny rasa besalah pd suami...bila dia ajak jemaah sesama selalunya tiny kata abang solat lah dulu nanti tiny solat sendiri...sombong nyer tiny ye kakak......subahanALLAH....

Aliff said...

Budaya orang pantai timur, kalau ada sanak saudara berkumpul, maka setiap waktu solat itu akan dicuba berjemaah, terutamanya maghrib dan isyak. Datuk atau nenek akan jadi tukang peringat. Selalu bila cucu-cucu nampak datuk sudah ambil air sembahyang, tak cukup tanahlah cucu ikut serta. (Dialami ketika kali pertama dan seterus apabila pulang ke Kelantan).

Budaya orang negori (yang masih memegang adat basandi syarak)Azan maghrib berkumandang, qamat sudah kedengaran diruang depan (balai). Datuk jadi imam kepada dunsanaknya.

Namun kini sukar untuk ketemu suasana demikian kerana Islam hanya pakaian, bukan untuk keridhaan Allah SWT.

(secebis pengalaman membesar dalam dua budaya hidup yang amat berbeza namun masih berpegang teguh pada syarak)

xiiinam said...

salam tiny....
Lamanyeee tak jumpa....

KAKTINY said...

tiny laiman > tu ler.. kita ni bukan setakat sombong ngan diri sendiri tapi sombong ngan Allah.. tu yg lagi malu tu kan kan kan.. huhhuuuu...


aliff> betul lah dik... kaktiny nampak ketara sgt skrg ni.... jemaah, kalau tak kat surau atau kat masjid, mmg payah la nk 'jumpa'.. kalau kat umah, masing2 kelam kabut cari 'sejadah dan ruang' sendiri... huhuhu


cklah > *hug* *hug* *hug*.. rindu kat cklah... muahsss...

kadok said...

sama2lah menjadi yg terbaik..amin..:)

KAKTINY said...

kadok > sama2 kita doakan semoga kita semua menjadi khalifah terbaik Allah.. dan kuat sebagai umat Muhammad yang unggul... amiiin..

eddie dewanaga said...

well, am not a father yet but the way lu tegur hubby tu cukup berdiplomasi dan efektif!

nice job beb...

KAKTINY said...

eddie > laki ni nak tegur kena betul caranya.. kalau silap tak pasal2 kena FIRE balik.. tul tak? tul tak?.. hehehheee...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.