Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, August 10, 2009

CONVO OH CONVO MASTER: Siri 1 – SYUKUR PADA ILAHI

090809: Majlis Konvokesyen UPM ke-33
Ijazah: MASTER PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA...
Penerima: KAKTINY lerrrrr... hihihihi.....


ALHAMDULILLAH.. segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang mengawal segenap lapisan langit dan bumi serta kandungan di dalamnya...

Betapa aku terlalu bersyukur kerana Allah menganugerahkan hikmat dan kejayaan ini kepadaku dan memberikan kebahagiaan ini untuk aku kecapi sepenuhnya...

Apa lagi perkataan yang mampu aku lafazkan kepada-Mu Ya Rabb.. sujud syukurku menangis terharu kerana limpah kurnia dan rahmat-Mu yang tiada penghujungnya kepa hamba kerdil-Mu ini...

Ya Rabb... selayaknya segala pujian hanya untuk-Mu Ya Rahman Ya Rahim... dengan seluruh nama As-Maul Husna-Mu aku menyembah diri, sujud dan bertafakur... berzikir memuji-Mu... Ya Allah..

Dan selawat serta salam untuk junjungan mulia umat Islam, Rasulku Nabi Muhammad S.A.W....

Masih terasa tangis gembiraku... masih terkesan rasa riangku... juga terkenang jerit payah dugaan-Mu... dan... AKU MASIH BERSYUKUR DAN TERUS BERSYUKUR ATAS KURNIAAN-MU wahai Yang Maha atas segala sesuatu.. ALLAH RABBUL ’ALAMIN...

Dan.. MASTER Pembangunan Sumber Manusia... KINI SUDAH SAH MENJADI MILIKKU... (anda bila lagi?...hihihi... If I can achieve this, therefore.. NOBODY can say ”NO, I CAN’T!!!!... 'YOU' also can DO IT... and DO IT NOW!!!).

10 comments:

Adliff said...

Salam,
Tahniah. Dah tercapai yang terhajat di hati.

PHD bila pulak? Mana tau boleh terbang ke negara orang...

Minta maaf adik tak boleh datang sebab ada di Pahang pada 9 hb tu..

iina said...

Tahniah atas kejayaan. Selesailah perjuangan master bersambung pula perjuangan seterusnya. Dah mkn besar2an ke? Ahaks;)

MARIA said...

Alhamdulillah....!!!!

Mak Su said...

bestnyer kaktiny!!

tahniah!

:D

maksu needs a break, itu jer :)

Juezura said...

tahniahh...congrats :-). Teringat 9 tahun lepas convo utk master jugak..ahaks

ns said...

TAHNIAH KAKTINY..AKHIRNYA DAH DAPAT MASTER.

Kaktiny said...

aliff muhammad > terima kasih… terima kasih.. oh.. hidungku terbau johnny’s... hahahahhahaaa...
PhD di negara orang?.. meskipun hujan emas di negeri orang.. tetap ku pilih negeri sendiri yang berhujan batu dik.. hihihi..


iina > thank you.. thank you.... Makan besar?.. DAAAAHHHH... sepantas cahaya selepas ambik gambar kat studio.. makan kat mana???.. mana lagi.. john johnny jonathan ler.. hihihi.. JOHNNY’S!!! Kehkehkeh...


TOKMA > terima kasih tokma ku sayang.. di atas segalanya.. really appreciate it and sungguh la terharunya.. huhuhu… hihihi


Mak Su > syukur alhmadulillah maksu.. dah selesai… terima kasih… take 5.. take a break mak su.. kekadang REHAT itu perlu… tak your time.. I’m here waiting for you…


Kak Zue > 9 tahun lepas?... masa kak zue amik master tu.. saya baru amik degree kak.. hihihihi…


GDIZ > thank ns ku sayang… YUP… AKHIRNYA DAH DAPAT MASTER.!!! Hihihihi

m.q said...

tahniah lg skaliiiiii...
cek pun nk sambung master jugak laa
**bersemangat pulak dahhh**

Nur said...

ssh x amik MHRD

Kaktiny said...

masni > sambung sambung.. jgn tak sambung... selagi ada daya.. jangan siakan usaha.. go go.. apply for your master!!!...


cintazuraidah > salam ziarah... apanya yg susah.. isi borang, pilih MHRD, apply, bayar yuran.. start class.. then habiskan 4 semester (atau 3..)... dh settle.. tunggu convo...
tak susah lah.. hihihihi.. (gurau jer..)

Tapi, insyaAllah.. buleh lah.. tak la susah sangat pooon (ayat org yg dah grad.. mcm ni le bunyinye.. cuba tanya pasal PhD.. mampuih garu kepala... hahahhaaaa...)

hihihi... maaf yer, gurau skit.. salam ramadhan..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.